Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Matlamat hidup Iblis adalah untuk menyesatkan anak Adam supaya mereka dapat tinggal bersama-samanya di neraka. Iblis akan menggunakan berbagai cara untuk membawa anak Adam kelembah maksiat dan meninggalkan amal soleh. Oleh itu berhati-hatilah terhadap hasutan dan tipu daya Iblis laknatullah.
Terdapat suatu kisah Iblis bertemu dengan Nabi Musa untuk pengajaran kita semua.
" Suatu hari Iblis datang bertemu Nabi Musa a.s. dengan memakai kopiah yang bersambung dengan baju sekali serta warna-warni. Apabila telah dekat dengan Nabi Musa, Iblis pun membuka kopiah itu. Kemudian ia mendekati Nabi Musa a.s. dan memberi salam,
"Assalamualaikum ya Musa!"
Nabi Musa a.s. menyahut : "Siapa engkau?"
Iblis menjawab : "Aku Iblis"
Nabi Musa lalu berkata : "Engkau tidak di beri penghormatan oleh Allah. Mengapa engkau datang ke mari?"
Iblis menjawab : "Aku datang untuk mengucapkan selamat kepada engkau, kerana kedudukan engkau dan tempat engkau di sisi Allah."
Nabi Musa selanjutnya bertanya : "Apakah yang aku lihat di kepala engkau itu?"
"Ini kopiah, untuk aku gunakan bagi menarik hati anak Adam," jawab Iblis.
Nabi Musa a.s. selanjutnya bertanya : "Bagaimanakah engkau selalu berjaya mempengaruhi manusia?"
Iblis menjawab ; "Aku berjaya kerana manusia itu menghairani dirinya (ujub), merasa banyak amalnya dan lupa akan dosanya."
Iblis selanjutnya mengingatkan Nabi Musa a.s. tiga perkara :
Pertama : Engkau jangan berada di tempat sepi (berdua-duaan) dengan wanita yang tidak halal bagi engkau.
"Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, maka akulah temannya. Aku akan goda lelaki itu dengan wanita tersebut dan goda wanita itu dengan lelaki tersebut," kata Iblis.
Kedua : Engkau jangan berjanji dengan nama Allah sesuatu perjanjian kecuali engkau tepati janji itu.
Ketiga : Engkau tidak akan jadi mengeluarkan sedekah, kecuali engkau laksanakan terus.
"Sesungguhnya seseorang yang berniat hendak mengeluarkan sedekah, tidak jadi hendak melaksanakannya kerana aku menjadi temannya. Aku halangi dari menepati janji sedekahnya itu,"terang Iblis.
Selepas itu Iblis pun meninggalkan tempat tersebut dengan rasa kesal kerana perkara-perkara yang menakutkan anak Adam itu telah di ketahui oleh Nabi Musa a.s.
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan kisah tersebut di atas perlulah kita menjadikan ikhtibar bahawa tiga perbuatan tersebut janganlah kita lakukan kerana Iblis atau syaitan laknatullah berperanan menguasai manusia.
Pertama : Janganlah menghampiri zina (bertemu berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram) kerana berkhalwat boleh mendatangkan perbuatan zina . Sedangkan zina adalah perbuatan yang terkutuk dan akan dilaknat Allah SWT.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)
Dari Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Tiap-tiap anak Adam (manusia) itu mempunyai bahagian dari zina. Dua matanya berzina iaitu dengan memandang (yang di haramkan). Dua tangannya berzina iaitu dengan memegang. Dua kakinya berzina iaitu dengan berjalan. Mulutnya berzina iaitu dengan mencium. Dan hatinya bercita-cita atau berangan-angan, dan ia dibenarkan oleh kemaluannya atau didustakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Apabila kita berjanji dengan nama Allah SWT maka tunaikanlah janji tersebut jangan kita mungkiri.
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian." (Surah al-Maaidah ayat 1)
Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah SWT. dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Ketiga : Apabila kita berhajat untuk bersedekah maka jangan ditunggu-tunggu maka terus ditunaikan kerana sikap bertangguh-tangguh amat disukai oleh Iblis.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW berpesan kepada umatnya supaya jangan tangguh-tangguh amal soleh dan amal kebaikan sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah diatas pertemuan Nabi Musa dengan Iblis, kita hendaklah berhati-hati di dalam setiap amalan supaya kita dapat menjauhkan diri daripada sifat ujub, elakkan perhubungan di antara lelaki dan perempuan tanpa ada mahramnya, jika berhajat untuk mencari jodoh pastikan mengikut nilai-nilai akhlak Islam dalam pemilihan jodoh. Begitu juga dalam perjanjian yang sudah dipersetujui bersama mestilah ditunaikan seperti yang ditetapkan dan juga jangan bertangguh-tangguh untuk bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan infak dijalan Allah SWT.
Letakkanlah Al-Quran dan sunnah Nabi SAW di hadapan kita, tanda kita beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain dan gunakanlah sepenuhnya panduan ini yang akan membawa kita kejalan yang lurus dan di redai oleh Allah swt di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment