Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Sujud Tilawah ialah sujud bacaan.Disunatkan sujud bagi yang membaca ayat-ayat Sajdah.
Firman Allah SWT maksudnya : "...dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah pertunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahmaan, mereka segera sujud serta menangis. (Surah Maryam ayat 58)
Daripada Abu Hurairah,telah berkata Nabi SAW maksudnya : "Apabila manusia membaca ayat sajdah, kemudian ia sujud, menghindarkan syaitan dan menangis ia serta berkata: 'Hai celaka! Anak Adam (manusia) disuruh sujud, lantas ia sujud, maka baginya syurga dan aku disuruh sujud juga , tetapi aku enggan (tidak mahu), maka bagi aku neraka."
(Hadis Riwayat Muslim)
Bacaan Sujud Tilawah :
Maksudnya : "Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta."
Syarat-syarat sujud Tilawah(di luar sembahyang)
1. Suci daripada Hadas dan najis
2.Menghadap Kiblat
3.Menutup aurat
Apabila orang yang membaca ayat-ayat Sajdah sujud, maka mereka yang mendengar atau makmum hendaklah sujud, tetapi apabila yang membaca tidak sujud yang mendengar tidak pula disunatkan sujud.
Dari Ibnu Umar(r.a) katanya:"Pernah Rasulullah SAW membaca: ayat Sajdah" dalam masa kami berada disisinya lalu baginda sujud dan kami pula sujud bersama-samanya serta kami berasak-asak sehingga setengah kami tidak dapat tempat untuk meletakkan dahinya semasa sujud".
Cara Perlaksanaannya
Sujud Tilawah ini ialah sekali sujud, jika dilakukan dalam sembahyang semasa seseorang menjadi Imam atau sembahyang seorang diri, wajib ia niatkan sujud didalam hati, lalu sujud. Kalau ia makmum, hendaklah ia menurut apa yang dilakukan oleh Imamnya.
Rukun Sujud Tilawah(di luar sembahyang)
Empat perkara:
1.Niat
2.Takbiratul Ihram
3.Sujud sekali sahaja
4.Salam
Ayat-ayat Sajdah dalam al-Quran ada lima belas sebagaimana diterangkan dalam Hadis Rasulullah SAW seperti berikut:
Dari Amru Ibnu 'As r.a. "Bahawa Rasulullah SAW menerangkan kepada lima belas ayat Sajdah"
Ayat-ayat tersebut yang terdapat dalam al-Quran adalah seperti berikut :
1. Surah Al A'raf ayat 206
2.Surah Ar-Ra'du ayat 15
3.SurahAn-Nahl ayat 50
4.Surah Al-Isra' ayat 109
5.Surah Maryam ayat 58
6.Surah Al-Haj ayat 18
7.Surah Al-Haj ayat 77
8.Surah Al-Furqan ayat 60
9.Surah An-naml ayat 26
10.Surah As-Sajadah ayat 15
11.Surah Sod ayat 24
12.Surah Ha Mim ayat 38
13.Surah An-Najm ayat 62
14.Surah Anshiqaf ayat 21
15.Surah Alaq ayat 19
"Ku bermohon padaMu Ya Allah, Engkau muliakanlah aku, ibubapa aku, suami aku, teman-temanku, jiran-jiranku, guru-guruku, ustaz-ustazahku dan seluruh umat manusia sejagat dengan limpahan kurnia Rahmat dan hidayatMu kepada kami,
Engkau ampunkanlah dari segala dosa-dosa kami, Engkau tingkatkan darjat kami disisiMu Ya Allah,Keimanan kami, ketakwaan kami dan pengabdian kami padaMu Tuhan semesta alam yang maha Agung, Pengasih, penyayang dan Maha Mengampuni hamba-hambaNya yang bertaubat dengan taubatan Nasuhah...Amin Ya Rabbal Alamin.
(Di petik daripada tulisan Nur Haibati)

No comments:
Post a Comment