أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِSegala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadhan akan menjelma dalam masa beberapa hari lagi,
kedatangannya membawa seribu rahmat untuk orang berpuasa.
Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan.
Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertakwa.
kedatangannya membawa seribu rahmat untuk orang berpuasa.
Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan.
Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertakwa.
'Ya Allah, berkatilah kami dibulan Syaaban ini dan panjangkan umur kami dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan al-Mubarak'
Sudahkah kalian persiapkan diri dan hati untuk menyambut kedatangan Ramadan?
Adakah kalian merasa gembira atau resah bila kehadiran Ramadan?
Nabi SAW ada menyatakan sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadan ia dijauhkan dari api neraka.!
Tanda orang mukmin itu, hatinya terpaut pada Ramadan, jiwa dan perasaannya seronok dan bergembira kerana di bulan inilah ia dapat mempertingkatkan iman dan takwanya kepada Allah SWT., dilipatkan ganda pahala dan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai orang mukmin kita perlu membuat tiga persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :
Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadan.
Membuka kitab mengenai adab-adab puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan semasa berpuasa.
Syarat Sah Puasa ialah :
1. Islam, tidak sah puasa orang kafir
2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.
3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.
Sabda Nabi SAW bermaksud : “Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya).
Kedua : Persiapan hati dan jiwa.
Di akhir bulan Syaaban ini perlulah kalian membuat persiapan hati dan jiwa kalian untuk memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kalian lakukan sebelum ini. Hendaklah kalian merintih dan mengharap belas kasih daripada Allah SWT. supaya mengampunkan dosa-dosa yang lalu hingga berlinang air mata.
Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah SWT sebelum datangnya Ramadan"
Kalian juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan sesiapa saja yang telah kalian melakukan dosa kepada mereka.
Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW. ketika hadirnya Ramadan:
"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadan :
Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.
Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.
Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada disekelilingmu"
Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.
Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.
Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada disekelilingmu"
Diharapkan masuk saja dibulan Ramadan kalian telah bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkataan Ramadan dapat kalian miliki sepenuhnya.
Ketiga : Ikhlaskan hati kalian kepada Allah SWT
Ikhlaskan hati kepada Allah SWT bahawa kalian berazam menjadikan Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik yang akan di laksanakan daripada Ramadan sebelumnya semoga memiliki TAKWA di akhir Ramadan dengan keazaman :
1. Membaca al-Quran 30juzuk termasuk memahami maknanya.
2..Melaksanakan solat berjemaah 5 waktu dimasjid atau surau secara berjemaah.
3. Melaksanakan solat terawih dimasjid atau surau secara berjemaah termasuk witir.
4. Mengikuti tazkirah Ramadan.
5. Tidak meninggalkan solat duha.
6. Memperbanyakkan sedekah setiap hari .
7. Sentiasa berwuduk
8. Melaksanakan solat tahajjud.
9. Memperbanyakkan berdoa siang dan malam.
10. Meninggalkan semua perkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa.
11. Menambahkan amalan-amalan sunat disepanjang bulan Ramadan samaada siang atau malam.
Sahabat yang dihormati,
Takwa adalah kekuatan dalaman anugrah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas beribadah semata-mata mencari keredan-Nya, semakin tinggi takwa kalian, maka semakin hampir dan mulia kalian di sisi Allah SWT.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar."
Jadikanlah madrasah Ramadan ini untuk kalian bersihkan hati dari dosa-dosa dan jinakkanlah nafsu yang liar supaya ia ikut arahan iman, berlapar penting untuk menjinakkan nafsu.

Apabila puasa mengikut sunnah Nabi, hati muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim akan lebih teliti dalam tindak tanduknya.
Apabila kalian berpuasa, puasalah segala-galanya ;
Berpuasa pada perut ialah tidak makan dan minum.
Berpuasa pada lidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat.
Berpuasa pada telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbualan lucah.
Berpuasa pada mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat dan pandangan marah.
Berpuasa pada kaki tidak menuju ketempat maksiat dan sia-sia.
Jagalah masa kalian , tinggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong.
Bila kalian dimarahi, bersabarlah dan katakanlah 'saya sedang berpuasa'
Gunakanlah masa kalian untuk membaca al-Quran, berzikir, berselawat, solat-solat sunat.
Tambahkanlah ilmu dengan membaca hadis, tafsir al-Quran. buku-buku ulama muktabar dan hadirilah mana-mana majlis ilmu yang bermanfaat.
Sahabat yang dikasihi,
Banyakkanlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT,
kerjakanlah solat tarawih sepenohnya dua puluh rekaat termasuk tiga witir.
Janganlah kalian merasa beban dengan ibadah sunat, kerana sesungguhnya satu amalan sunat yang kalian kerjakan akan mendapat pahala satu amalan fardu, dan satu amalan fardu akan digandakan Allah SWT kepada 70 kaliganda.
Inilah rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, di bulan yang mulia ini.

Ingatlah , orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi 'orang baru' kerana berjaya membuang segala kelemahan diri.
Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah.
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadan, nescaya umatku berangan-angan setahun itu kesemuanya Ramadhan."
Akhir kata, mulai sekarang, kalian buatlah persiapan serapi mungkin. Buatlah jadual harian sebulan penuh apakah bentuk amalan dan ibadah yang akan dilaksanakan. Anggaplah Ramadhan kali ini merupakan Ramadan terbaik yang akan kalian laksanakan dalam rangka mencari keredhaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment