أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Malaikat Jibril adalah malaikat yang membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Setiap pesanan dan berita yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada baginda adalah semata-mata datangnya daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda kepada Saidina Ali k.wj. yang bermaksud : "Wahai Ali ! Malaikat Jibril selalu mengharapkan tujuh hal dari keturunan anak Adam iaitu :
Pertama : Solat lima kali dalam sehari semalam bersama imam (berjemaah)
Kedua : Berkumpul bersama para ulama
Ketiga : Menjenguk orang sakit.
Keempat : Menghantar jenazah ketempat perkuburan
Kelima : Memberi minum orang yang kehausan
Keenam : Mendamaikan dua orang yang sedang berselisih
Ketujuh : Menghormati tetangga (jiran) dan anak yatim
Maka berusahalah untuk melakukan ketujuh hal tersebut."

Huraiannya :
Pertama : Solat lima kali dalam sehari semalam bersama imam (berjemaah)
Keutamaan solat jemaah tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana ketetapan syariat dan sabda Rasulullah SAW tentang 27 kali ganda pahala solat sendirian sudah cukup untuk menggambarkan betapa tingginya darjat solat jemaah itu.
Imam Syafie berpendapat, solat jemaah adalah Fardu Kifayah (sekurang2nya ada satu kumpulan yang buat jemaah dalam sesuatu kawasan) manakala ada ulama berpendapat ia adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).
Solat jemaah ni sebenarnya bukan sahaja untuk mendapatkan 27 kali pahala itu atau menunaikan fardu kifayah/sunat muakkad, tapi banyak hikmahnya, samada terang atau tidak. Yang paling nyata aktiviti solat jemaah di masjid adalah satu cara untuk memupuk perpaduan ummah, silaturrahim sesama muslim. Ini kerana kita bukan sahaja duduk sebelah menyebelah dengan saudara-saudara kita, tapi juga selepas solat, aktiviti bersalam-salaman adalah satu perkara yang membuka ukhwah.

Nabi SAW. mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )
Rasulullah SAW. juga menjelaskan bahawa jalan menuju masjid dihampiri pahala dan kebaikan. Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung pada saat berangkat maupun pulang."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)
Pada hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Orang yang paling besar mendapatkan pahala solat adalah yang paling jauh perjalanannya ke tempat berjemaah. Sedangkan orang yang menunggu-nungu waktu solat berjemaah pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian, setelah itu dia tidur."

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Musliam)
Kedua : Berkumpul bersama para ulama
Berkumpul dan bertemu para alim ulama untuk mendengar tazkirah, kuliah atau ceramah agama adalah salah satu tuntutan Islam.

Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah SWT menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka.
Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud : "Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertakwa".
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud maksudnya : "Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman".
Nabi SAW bersabda kepada Saidina Ali k.wj. : "Wahai Ali ! Apabila seorang mukmin yang lebih dari empat puluh hari tidak berkumpul duduk dengan ulama maka hatinya menjadi keras dan berani mengerjakan dosa-dosa besar. Kerana sesungguhnya ilmu itu penghidup hati".
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bersendirian (berseorangan) itu lebih baik daripada berteman dengan teman yang buruk sedangkan berteman dengan teman yang baik lebih baik berbanding bersendirian. Berkata dengan perkataan yang baik itu lebih baik daripada diam sedangkan diam lebih baik daripada berkata dengan perkataan buruk”. (Hadis Riwayat Al-Hakim, Abu Sheikh dan Al-‘Askari daripada Abu Zar r.a.)
Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam sahih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : 'Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain."
Ketiga : Menjenguk orang sakit.
Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan. Mereka yang menziarahi orang sakit akan mendapat doa para malaikat dan pahala yang besar diberikan oleh Allah SWT.
Diriwayatkan Imam Ahmad: Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : "Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."
Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."
Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."
Mengunjungi muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan saudara maranya sendiri. Mengunjungi orang sakit termasuk salah satu amal solih yang sangat afdhal. Rahmat Allah senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang mengunjunginya.
Orang yang datang berkunjung sebaiknya mendoakan untuk pesakit agar dia lekas sembuh dan menasihatinya supaya memperbanyak taubat dan berpesan dengan pesan-pesan penting lainnya. Pengunjung janganlah terlalu lama duduk dan berbual dengan pesakit kecuali dalam hal-hal tertentu. Bawalah buah tangan untuk mengembirakan hati pesakit atau hadiah untuk waris yang menjaga pesakit.

Keempat : Menghantar jenazah ketempat perkuburan.
Salah satu hak muslim kepada saudaranya yang muslim adalah menghantar jenazahnya sehingga ketempat perkuburan.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang mengikuti penyempurnaan jenazah hingga solat jenazah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barangsiapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjaran dua qirath. Mengikuti jenazah adalah hak Allah, hak jenazah dan hak kaum kerabatnya yang masih hidup."
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Suatu ketika kami semua berada di Baqi’ Al-Gharqad untuk menghantar jenazah seseorang. Pada saat itu Nabi SAW mendatangi tempat kami, lalu baginda duduk dan kami semua pun duduk mengelilinginya dan bersama baginda ada sebatang tongkat.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Kelima : Memberi minum orang yang kehausan.
Memberi minum kepada orang yang kehausan adalah satu amalan yang mulia disisi Allah SWT. Terdapat satu kisah dizaman umat terdahulu seorang lelaki yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan telah mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap dosa-dosanya.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan, ia berasa dahaga. Lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu minum air di dalamnya. Setelah dia keluar di dapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata : 'Anjing ini merasakan apa yang baru sahaja saya rasakan.'
Kemudian ia kembali turun ke dasar telaga semula untuk mengambil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan mengigit kasutnya itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu Allah s.w.t. berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah jika kami mengasihi binatang, kami juga mendapat pahala?"
Baginda SAW. bersabda yang bermaksud :
"Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti mendapat pahala."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika seseorang itu membantu seekor anjing yang kehausan mendapat pahala dan keampunan daripada Allah SWT maka lebih-lebih lagi apabila kita membantu saudara kita yang sedang susah dan perlukan bantuan maka lebih-lebih lagi besar pahalanya.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).
Keenam : Mendamaikan dua orang yang sedang berselisih.
Di dalam al-Quran Allah SWT memerintahkan orang-orang beriman supaya mendamaikan dua orang saudara yang berselisih faham atau berlaku pergaduhan di antara mereka.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Hujuraat ayat 9)
Ayat ke-9 ini menekankan prinsip mendamaikan dua golongan muslim yang bergaduh atau berperang. Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” (Surah al-Hujuraat ayat 10)
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

1. Menghormati tetangga (jiran) :
Rasulullah SAW. juga sering memperingatkan kita dalam beberapa hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran dan sentiasa berbakti serta memuliakan mereka. Hubungan akrab di antara jiran sesama jiran sangat diutamakan di dalam ajaran Islam. Antara pesanan Nabi SAW yang bermaksud : "Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk diwarisi ( mendapatkan harta pusaka).”
Jangan menyakiti jiran kerana perbuatan itu menjejaskan keimanan kita. Sehubungan dengan itu Rasulullah SAW. pernah bersabda maksudnya :“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : 'Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya '.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
2. Menghormati dan memuliakan anak yatim :
Islam telah mendorong pemeluknya agar memiliki akhlak mulia. Salah satu akhlak mulia itu adalah menghormati, memuliakan, menyayangi dan berlemah lembut dengan anak yatim. Sesungguhnya, anak yatim adalah manusia yang paling memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Kerana ia adalah anak yang kehilangan ayahnya pada saat ia sangat memerlukannya. Ia memerlukan pertolongan dan kasih sayang kita, kerana ia tidak mungkin mendapatkan kasih sayang ayahnya yang telah tiada.
Jika kita melihat seseorang yang penyayangi dan berlemah lembut kepada anak yatim dan memberi pertolongan kepadanya, maka ketahuilah bahwa ia adalah seorang yang berbudi dan berakhlak mulia.
Suatu ketika Saib bin Abdullah r.a datang kepada Nabi SAW maka baginda bersabda kepadanya yang bermaksud : “Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliaan, laksanakan pula ia dalam masa keIslaman. Jamulah tetamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada jiran tetangga.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani )

(Hadis Riwayat Bukhari)
Imam Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “Orang yang mendengar hadis ini wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi SAW di syurga."
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita laksanakan 7 pesanan Jibril a.s kepada Rasulullah SAW untuk kita hayati dalam kehidupan kita. Sesungguhnya semua saranan Jibril adalah arahan daripada Allah SWT. Apabila kita mempu menghayati dan melaksanakan ketujuh-tujuh perkara tersebut kita akan menjadi mukmin yang dikasihi oleh Allah SWT .
No comments:
Post a Comment