أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, kemudian baginda berkata :
"Amin..amin. .amin..".
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda :
"Wahai Rasulullah, semasa tuan naik ke atas mimbar, tuan sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah sebabnya?)"
Kemudian Rasulullah SAW memberikan keterangan: "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :'Amin' kemudian aku mengaminkannya."
"Dan barangsiapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :'Amin"
"Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan salawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW)
(amin), maka aku katakan "Amin"
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dlm kitab sahihnya 3:118)
Dalam hadis ini Jibril a.s telah memohon tiga doa (kebinasaan) dan Rasulullah SAW pun telah mengaminkan ketiga-tiga doa itu. Jibril adalah malaikat yang begitu hampir dengan Allah SWT dan adalah jelas kepada kita bahawa amin dari Nabi SAW menjadikan doa itu bertambah makbul. Hanya Allah SWT dengan limpahNya sahaja yang boleh memberi taufik kepada kita untuk menjauhi ketiga-tiga perkara tersebut dan supaya kita terpelihara daripada semua kebinasaan itu.
Terdapat tiga golongan manusia yang akan mendapat kebinasaan :
Golongan Pertama : Seseorang yang didatangi Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan.
Golongan Kedua :Seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .
Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda .
Huraiannya .

Apabila seseorang itu mendatangi bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka .
Seseorang yang amat rugi adalah apabila datangnya bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh kebaikan dan keberkatan, tetapi dia tidak mendapat kebaikannya. Dia masih lalai dan bergelumang dengan noda dan dosa. Sedangkan Ramadan adalah bulan rahmat dan keampunan. Di bulan ini rahmat Allah SWT turun bagaikan hujan.
Oleh itu sesiapa yang membiarkan bulan Ramadan berlalu dalam keadaan keburukan dan kecuaian yang begitu teruk sekali sehingga menyebabkan dia terluput daripada keampunan, maka masa mana lagi yang boleh menjamin keampunan untuknya dan apa lagi yang hendak ditunggu untuk kebinasaan?
Sedangkan jalan untuk mendapat keampunan ialah dengan menunaikan amalan-amalan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan berterawih , bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dengan sepenuh-penuh perhatian dan kemudian pada setiap masa memperbanyakkan bertaubat dan beristighfar atas dosa-dosanya.

Apabila seseorang yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya.
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Anak-anak perlu menghormati kedua ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka, tidak dibenarkan bersikap biadab, jangan bertemu mereka dalam keadaan takabbur, meninggikan suara lebih dari suara mereka, jangan memanggil mereka dengan nama mereka, jangan mendahului mereka dalam apa-apa urusan pun, berlemah lembut dengan mereka dalam amar makruf nahi mungkar, jika mereka tidak menerima, teruskan berlaku baik terhadap mereka dan sentiasa mendoakan hidayah untuk mereka. Pendek kata mesti memberi penghormatan terhadap mereka dalam setiap perkara.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jika kamu suka jagalah dia atau sia-siakanlah dia". Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW : "Apakah hak-hak kedua ibu bapa?" Baginda bersabda maksudnya : "Mereka adalah syurgamu dan nerakamu." Iaitu keredaan mereka adalah syurga dan kemarahan mereka adalah neraka.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Semua dosa selain syirik akan diampunkan sekiranya dikehendaki, tetapi dosa menderhakai ibu bapa akan mendatangkan bala sebelum mati di dalam dunia ini lagi."
Nabi SAW ada bersabda maksudnya : "Sesiapa kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia dalam keadaan dia menderhakai mereka, hendaklah dia memperbanyakkan doa dan istighfar untuk mereka dan dia akan dikira sebagai seorang anak yang taat."
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sebaik-baik kebaikan yang dapat dibuat selepas kematian seseorang bapa ialah berlaku baik terhadap teman-teman bapanya."
Oleh itu janganlah kita menjadi anak yang derhaka yang tidak akan mencium bau syurga, di dunia lagi akan mendapat balasannya , apatah lagi di akhirat akan mendapat azab yang besar bahawa dia akan dibakar di dalam api neraka Jahanam. Berbaktilah sebaik mugkin kepada kedua ibu bapa kita semoga sentiasa mendapat reda mereka dan mendapat reda Allah SWT.
Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda.
Banyak hadis yang lain yang memberi ancaman terhadap orang yang tidak mahu berselawat keatas Nabi SAW apabila mendengar nama Nabi SAW disebut dihadapannya. Orang yang demikian diangap orang yang celaka dan paling bakhil. Terdapat banyak kelebihan-kelebihan berselawat keatas Nabi SAW, seperti Allah SWT akan menurunkan 10 rahmat, malaikat akan berdoakan untuknya, dosa-dosanya akan diampunkan, darjat-darjatnya akan ditinggikan, mendapat pahala sebesar Gunung Uhud, akan mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat dan mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
Oleh itu kita digalakkan supaya sentiasa berselawat keatas Rasulullah SAW setiap masa terutama janganlah abaikan untuk berselawat keatas Nabi SAW apabila kita mendengan sahaja nama baginda disebutkan supaya tidak termasuk golongan yang akan mendapat kecelakaan.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menginsafi diri kita sendiri dengan bermuhasabah adakah ketiga-tiga doa malaikat yang diaminkan oleh Nabi SAW itu berlaku keatas diri kita? Jika berlaku bertaubatlah segera dan minta ampunlah kepada Allah SWT , minta Allah SWT menjauhkan diri kita daripada tiga kecelakaan tersebut. Oleh itu sempena kita melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadan al-Mubarak maka jadikanlah Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik dan diampunkan segala dosa-dosa kita dan dijauhi daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga-Nya.Taat dan hormatilah kedua ibu bapa kita yang masih hidup sekiranya mereka sudah meninggal dua banyakkan berdoa dan beristighfar untuk mereka. Kemudian banyakkalah membaca selawat dan sentiasa menjawab selawat apabila nama Nabi SAW dibacakan dihadapan kita .

No comments:
Post a Comment