Friday, April 27, 2012

Zikir Yang Melemahkan Dua Malaikat



Print E-mail
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Alangkah bahagianya jika setiap zikir yang kita baca itu - kita hayati maksudnya dan juga hadis yang menceritakan fadhilatnya. Antara doa yang baik di baca setiap pagi (selepas subuh) dan petang (Asr) doa berikut (dipetik dari Al-Mathurat)

ee
"Wahai Tuhan, untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu."

Fadhilatnya :


Daripada Abdullah bin 'Umar radhyillahu 'anhuma, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bercerita:
"Seorang hamba Allah subhanahu Wa Ta'ala membaca (bacaan di atas) maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana hendak mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah subhanahu wa ta'ala, katanya:
'Ya Allah! Seorang hamba Engkau telah membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana kami hendak mencatitkan ganjarannya.'
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala: '(Yang memang mengetahui) Apa yang dibacanya?'
Maka menjawab malaikat: 'Ia membaca (bacaan di atas)."
Firman Allah: 'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hamba-Ku itu hingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu.'"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan zikir dan doa di atas setiap lepas Subuh dan lepas Asar dan diulang-ulangkan tiga kali. Amalkan setiap hari semoga mendapat rahmat dan ganjaran yang besar daripada Allah SWT dan terhindar daripada syirik dan dijauhi daripada suúl khatimah.



No comments: