Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (56)
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab (33) ayat 56)
Huraiannya :
Sesungguhnya Allah Taala memberi rahmat kepada Nabi Muhammad SAW dan para malaikat memohonkan ampunan untuk Nabi, maka Allah menganjurkan kepada seluruh umat Islam supaya berselawat pula untuk Nabi SAW dan supaya mengucapkan salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Kaab bin Ujrah yang bertanya: "Wahai Rasulullah, adapun pemberian salam kepadamu kami telah mengetahuinya. Bagaimana kami harus membaca selawat?".
Nabi SAW menjawab, ucapkanlah:
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم, إنك حميد مجيد. اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد.
Dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Abu Talhah dari ayahnya; bahwa Rasulullah SAW datang pada suatu hari sedang tanda-tanda kegembiraan terlihat pada wajahnya. Lalu kami bertanya: "Kami telah melihat tanda-tanda kegembiraan di wajahmu". Nabi menjawab: "Memang Jibril telah datang kepadaku dan berkata "Wahai Muhammad sesungguhnya Tuhanmu telah menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Tidakkah kamu merasa puas bahawa tidak ada seorang dari umatnya yang membaca selawat untukmu melainkan Aku membalasnya dengan sepuluh kali ganda. Dan tidak seorang yang menyampaikan salam kepadamu dari umatmu melainkan Allah membalas dengan salam sepuluh kali ganda.
Tafsir Jalalain dalam Surah Al Ahzab ayat 56 :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (56)
"(Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi) untuk Nabi Muhammad SAW. (Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya) iaitu katakanlah oleh kalian, "Allaahumma Shalli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa Sallim", ertinya, "Ya Allah! Limpahkanlah salawat dan Salam-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad."
Sahabat yang dimuliakan,
Apakah makna Selawat?
Selawat (صلوات) adalah perkataan Arab berasal daripada kata kerja “shalla” yang bererti telah bersembahyang. Ianya mengandungi persamaan dengan sembahyang dari sudut memuji-muji, di mana di dalam sembahyang kita memuji-muji Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sedangkan dalam selawat kita memuji-muji Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Dari segi bahasa pula, selawat bererti doa serta pengurniaan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kenapa Allah Dan Para Malaikatnya Berselawat Kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam?
Di dalam ayat 56 surah al-Ahzab, Allah Subhanahu wa Ta 'ala berfirman:
إن الله وملئكته يصلون علو النبى يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما (56)
(سورة الأحزاب : 56)
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab (33) ayat 56)
Sebenarnya terdapat perbezaan maksud di antara selawat Allah Subhanahu Wa Ta 'ala dan selawat para malaikat kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Abu al-' Aliyah menafsirkan selawat Allah kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan di maksudkan pujian terhadap baginda. Sedangkan selawat para malaikat ditafsirkan dengan doa mereka untuk Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Penafsiran ini ada disebutkan juga oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Shahih al-Bukhari.
Imam al-Bukhari setelah menyebut tentang penafsiran Abu al- 'Aliyah, menukilkan pula penafsiran Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma iaitu: Selawat para malaikat bererti memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta 'ala agar Dia memberikan barakah kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan selawat Allah kepada NabiNya ditafsirkan dengan pengampunan dan kasih sayang.
Persoalan mengapa Allah Subhanahu Wa Ta 'ala dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam terjawab dengan memahami pengertian di atas.
Sementara itu kita dikehendaki berselawat banyak-banyak kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam kerana terdapat banyak kelebihan atau keutamaan yang akan kita perolehi daripada amalan berselawat itu.
Terdapat 18 Kelebihan dan kebaikan berselawat kepada baginda :
Pertama : Allah SWT akan berselawat kepada kita 10 kali apabila kita berselawat kepada Nabi SAW., di hapuskan 10 dosa dan di angkatkan 10 darjat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. (Hadis riwayat an-Nasa’i)
Kedua : Kedudukannya dekat dengan Nabi SAW.
Antara kelebihan yang boleh kita perolehi juga, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi menyebutkan:
صلاة أمتي تعرض علي في كل يوم الجمعة ، فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة
(رواه البيهاقي)
Maksudnya: "Selawat umatku dihadapkan kepadaku pada setiap hari Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah yang akan mempunyai kedudukan yang paling dekat kepadaku. (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
إذا دخل أحدكم المسجد فليسلم على النبي ، ثم ليقل : اللهم افتح لي أبواب رحمتك ، وإذا خرج فليقل : اللهم إني أسألك من فضلك.
(رواه أبو داود)
Maksudnya: "Apabila seseorang kamu masuk ke dalam maka hendaklah dia mengucapkan salam kepada Nabi (selawat dan salam), kemudian hendaklah dia membaca: اللهم افتح لي أبواب رحمتك(wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu), dan apabila dia hendak keluar, hendaklah dia membaca (selepas berselawat): اللهم إني أسألك من فضلك(wahai Tuhan memohon kepadaMu limpahan rahmatMu) .
Ketiga : Selawat ketika membaca tahiyyat akhir di dalam sembahyang.
Menurut mazhab Syafie, selawat adalah wajib dibaca pada akhir di dalam sembahyang. Bermakna, sembahyang tidak sah tidak dibaca selawat dalam tahiyat akhir.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
إذا تشهد أحدكم في الصلاة فليقل : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت وباركت وترحمت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد.
(رواه البيهاقي)
Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu bertasyahhud di dalam sembahyang, maka hendaklah dia mengucapkan اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت وباركت وترحمت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Keempat : Di dalam sembahyang jenazah.
Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”
Kelima: Di antara takbir-takbir sembahyang Hari Raya.
Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “
Keenam: Pada permulaan doa dan akhirnya.
Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
Ketujuh: Ketika hendak memulai sesuatu urusan penting.
Ketika
akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi
s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah
(memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus
dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
Kelapan: Pada akhir qunut.
Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “ Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “
Kesembilan: Pada malam hari Jumaat dan siangnya.
Malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi SAW yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
Kesepuluh: di dalam khutbah solat Jumaat.
Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .
Menurut Mazhab Syafie, para khatib wajib membaca selawat untuk Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada permulaan khutbah, sesudah membaca tahmid.
Kesebelas: Ketika berziarah ke makam Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi SAW : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Kedua belas: Setelah selesai membaca talbiyah.
Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi SAW : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni )
Ketiga belas: Ketika telinga berdengung.
Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi SAW : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )
Keempat belas: Pada setiap kali mengadakan majlis.
Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi SAW : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)
Kelima belas: Tatkala ditimpa kesusahan dan kerisauan.
Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )
Keenam belas: Pada setiap pagi dan petang.
Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi SAW : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
Ketujuh belas: Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan kawan¬kawan.
Kelapan belas: Ketika mendengar orang lain menyebut nama Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam.
Inilah tempat-tempat dan waktu-waktu yang ditentukan oleh syarak, supaya kita berselawat kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasalam ketika kita berada pada tempat, waktu atau keadaan tersebut.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW tanda kita kasih dan cinta kepada baginda. Sesungguhnya sesiapa dikalangan umatnya yang banyak berselawat semasa di dunia nanti di akhirat dia akan mendapat syafaat dan pertolongan daripada Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)
والله أعلم بالصواب
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment