Monday, May 20, 2013

Jauhkan Diri Dan Mohon Perlindungan Allah Daripada Godaan Iblis Dan Syaitan Yang Menyesatkan.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” 
(Surah Al-Baqarah ayat 169).

Iblis dan syaitan jelas sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak Adam, mereka mencari sebanyak-banyaknya teman untuk menemani mereka di neraka kelak. Misi dan visi iblis dan syaitan adalah untuk merosakkan  akidah manusia supaya syirk kepada Allah SWT, jika matlamat ini tercapai maka mereka sudah berjaya menjadikan manusia temannya yang kekal abadi di neraka Jahanam. Sifat dendam iblis  kerana telah dilaknat oleh Allah SWT. Iblis dan syaitan akan menggangu, menggoda, datang dari arah manapun, dan menggelincirkan manusia seluruhnya agar makin jauh dengan Allah SWT. Nabi Adam pun pernah digoda hingga baginda melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Berbagai cara iblis dan syaitan akan  menjatuhkan manusia ke dalam lubang kehinaan. 

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin, supaya kalian dapat fahami asal usul mereka dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan dan bisikan mereka.

Iblis adalah diciptakan daripada api dan dia adalah daripada keturunan jin. Iblis adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT kerana keenganannya sujud (menghormati Nabi Adam a.s.) di atas perintah Allah SWT.

Iblis berkahwin dengan jin perempuan dan melahirkan 5 orang anak-anak iblis yang dipanggil syaitan (Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur). Syaitan mempunyai ramai zuriat keturunan jumlahnya hingga ratusan juta mungkin hingga berbillion dan ramai pengikut dan pembantu di dalam kerajaan iblis. Jin-jin kafir ramai yang menjadi pengikut syaitan untuk menggoda manusia. Semua syaitan adalah jin kafir dan bukan semua jin adalah syaitan.

Jin adalah makhluk yang diciptakan oelh Allah SWT daripada api . Jin terdiri daripada dua golongan iaitu jin Islam dan jin kafir. Biasanya jin-jin kafir akan bersama-sama dengan syaitan untuk menggoda manusia. Iblis bukannya datuk kepada makhluk jin seperti Nabi Adam adalah datuk kepada manusia. Tetapi iblis adalah berasal daripada keturunan jin.

Untuk mengenal pasti nama-nama syaitan dan tugas yang diberikan oleh iblis kepada mereka  adalah semata-mata untuk membisikkan, menggoda dan menghasut manusia supaya terpengaruh dengan pujuk rayu mereka.


NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGASNYA :



1. Tsabar


Syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. 


Syaitan yang menggoda manusia di saat tertimpa musibah dan menyuruhnya untuk mencakar-cakar wajah dan leher mereka sendiri, dan membisiki manusia agar saling bunuh membunuh.

Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qada dan qadar terhadap ketentuan Allah atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .
 

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
 
2. Dasim.
 

Syaitan yang yang selalu berusaha untuk mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. 

Bila seorang memasuki rumah tanpa mengucapkan salam dan tidak mengingat Allah, maka dia dapat melihat harta kekayaan seseorang selama belum di angkat atau diperbaiki tempatnya. Bila seseorang makan dan tidak membaca basmallah, maka dia akan makan bersamanya. Dasim termasuk syaitan yang terkenal dan seluruh kalangan syaitan tak pernah menolak untuk membantu nya dalam bertugas.

Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

 
3. Al-A'war.
 
Syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan.
 
4. Maswath.
 
Syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
 
5. Zalnabur.
 

Syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Merekalah yang mengobarkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

Bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencuri timbangan dan bersumpah palsu.

6. Qafandar .

Syaitan ini adalah tentara iblis yang suka menabuh gitar di rumah-rumah salama 40 hari sehingga penghuni rumah itu kehilangan harga diri dan kecemburuan mereka.

7. Akwariya Zawal.


Syaitan ini adalah tentara iblis yang selalu ikut serta dalam hubungan badan setiap anak Adam. (ketika bersetubuh tidak membaca doa perlindungan maka syaitan ini akan bersama-sama melakukan persetubuhan)

8. Wahhar .


Syaitan ini adalah tentara iblis yang suka mengganggu para mukmin dalam mimpi-mimpi mereka serta menimbulkan kesedihan dan ketakutan dalam mimpi.

9. Tamrih.


Syaitan yang menjadi pembantu iblis sebagaimana ulama Jaafar as-Shadiq menjelaskan bahawa iblis memiliki pembantu di malam hari . Pekerjaannya adalah membisiki telinga manusia dengan bisikan jahat.

10.  Matkun.


Syaitan yang boleh menyerupai siapa saja kecuali wajah Rasulullah SAW ,dan menipu manusia melalui cara tersebut.

11. Ruhaa.


Syaitan yang mencegah para mukmin untuk bangun malam dan mengikat 3 ikatan ketika seseorang tidur dan mengencingi telinga dan matanya.

Rasulullah SAW bersabda,''Syaitan membuat 3 ikatan di atas kepala setiap orang yang sedang tidur,,pada tiap ikatan ditutup dengan kalimat; ''MALAM MASIH JAUH MAKA TIDURLAH.'' Maka bila ia terbangun dan berzikir terlepaslah ikatan pertama,dan jika berwuduk terlepaslah ikatan kedua,dan jika ia solat maka terlepaslah semua ikatan,,dan bangun di pagi hari dengan semangat, hati puas dan lapang dada, jika tidak maka pagi hari ia akan pesimis (negatif) dan malas.''(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


12.Masuth (mathuun).


Syaitan yang menggoda manusia melalui lidah manusia, membuat berita bohong,perkataan yang keji,perkataan yang menyakiti hati manusia lain,perkataan yang merugikan orang lain, fitnah dan lain sebagainya, dia (masuth) mengarahkan pandangan mata manusia kearah yang akan membuat manusia melihat sesuatu keindahan semua, tubuh lawan jenis maupun sejenis, hingga mudah bagi masuth untuk mendorong manusia berkata kata yang kotor, dan menciptakan kekejian dan maksiat melalui lisan. 

(Mungkin bloger-bloger fitnah dan suka mendedahkan aib orang lain , sebarkan vedio seks dan juga akhbar arus perdana yang suka sebarkan berita fitnah dan palsu adalah mereka yang dikuasai oleh Masuth ini)
 
13. Khanzab.


Syaitan pengganggu ketika solat, ia yang membuat kita lupa rakaat solat dan sering menggelincirkan lidah sehingga salah dalam membaca suatu surat yang telah di hafal.

14. Haffaf.


Syaitan yang suka mengganggu manusia di jalan-jalan yang di anggap keras dan suka mendorong manusia supaya meminum minuman keras.

15. Laqus.


Syaitan yang berindak sebagai komando iblis menggoda manusia dalam mencari ilmu dan ibadah melalui teknologi elektronika agar membuat dan melihat sesuatu yang jelas jelas dilarang oleh Agama, kerana setiap alat elektronik mengandung zat api hingga mudah sekali mereka membuat manusia tergelincir kedalam kemaksiatan. (Mereka yang gunakan internet untuk membuat fitnah, sebarkan aib orang lain dan membuat penipuan adalah mereka yang dikuasai oleh syaitan Laqus)

16. Walhan.


Syaitan yang mencari-cari kesempatan lebih cermat menggoda manusia manusia ahli ibadah, Tuan Guru, Kiai, Ulama, Ustaz, Ustazah dan semua manusia yang tingkat kesabaran dan ketakwaan nya tinggi tidak terlepas daripada godaan syaitan Walhan. (Ulama-ulama yang bisu di atas kemungkaran pemimpin tidak mahu buat teguran adalah ulama yang dikuasai oleh syaitan Walhan)

17.Abyad.


Apabila kedua syaitan (Laqus dan Walhan)  itu tak mampu menggoda manusia dengan godaan godaan diatas, disebabkan manusia tersebut memiliki tingkat ketakwaan yang tinggi (para wali), maka Abyad inilah yang akan turun tangan menggoda manusia setingkat para wali keimanan nya, dengan membiarkan manusia tersebut memiliki sebanyak banyak nya pengikut yang memuji nya, dengan mencari pengikut kepada orang yang takwa yang lemah iman tapi pintar akal nya, cuba merosakkan orang yang bertakwa tadi, dan mencari pengikut  yang hati nya berpenyakit dengki dan tamak,sombong dan keras hati. Akhirnya orang yang bertakwa tadi akan di serang dan di goda melalui pengikut nya sendiri,hingga mereka merasa tidak mampu untuk membetulkan pengikut  tersebut, hingga Abyad dapat mencampurkan kemusyrikan dalam ibadah orang yang bertakwa secara halus dan sangat samar. Intinya mereka yang memiliki tingkat ketakwaan yang tinggi harus berupaya sungguh sungguh agar selamat dari godaan syaitan Abyad.

18.Watsin. 


Syaitan yang suka merosakkan hati dan akal hingga rosak akhlak dan iman, kerana syiatan Watsin adalah  suka menggoda bagi manusia yang tengah di timpa musibah.Dalam kelompok ini ada juga yang bernama Tabbarun.  Dia (Tabbarun) akan membuat manusia yang kena musibah yang telah rosak akal dan iman nya, menganggap teriakan dan tangisan meratapi musibah, memukul mukul pipi atau lain sebagainya adalah sesuatu yang indah pada saat terkena musibah, maka gelaplah hati dan akal hingga tak jarang manusia mengambil keputusan yang sangat merugikan dirinya dan binasa tanpa membawa bekal iman sama sekali. 

19.Awan. 


Syaitan yang merupakan penggoda untuk para penguasa, pemimpin dan ketua negara agar menjadi zalim dan kroni setianya juga akan menzalimi manusia, mengambil rasuah, menipu rakyat dengan menggantikan sesuatu yang hak dengan kebatilan, sehingga kebatilan menjadi sesuatu yang lumrah dan wajar,sehingga rasuah bertebaran di setiap manusia yang memiliki kekuasaan, berteriak atas nama ummat dan masyarakat yang sesungguh nya ini adalah tipu helah semata-mata.


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.(Surah Al-Baqarah ayat 11)

20. Murroh.

Syaitan ini adalah dia daripada pasukan penggoda dari peniup seruling  dan muzik, suka pada hiburan, gelak ketawa berlebih-lebihan, membuai manusia dengan keindahan suara suara muzik dan suara wanita terpekik terlolong, memanjakan akal manusia dengan suara suara muzik,tenggelam dalam hayalan hayalan yang pada akhir nya manusia lalai akan kewajiban nya, dan sama sekali tidak mengenal jati dirinya, mendorong manusia menumpahkan khayalan nya kedalam syair syair yang membuai dan sesat serta mendorong manusia untuk berbuat maksiat. Terkecuali syair syair yang tercipta dari para pemuja dan pecinta Allah SWT, dan para pensyiar agama Allah SWT berisikan tentang ajakan dan nasihat untuk mengagungkan Allah SWT.


Sahabat yang dikasihi,
Syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluk yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong.
 

1. Mengajak Kepada Perbuatan Keji.
 

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(Surah al-Baqarah ayat 169 )
 

2. Syaitan Adalah Musuh Manusia.
 

Dan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Firman Allah SWT maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah ayat 208 )

 

3. Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong.
 

Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (Surah an-Nisa ayat 120 )
 

4. Manusia di Panggil Syaitan.
 

Namun syaitan itu tidak terbatas pada jenis makhluk halus / jin saja, melainkan manusia pun boleh dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran pun Allah S.W.T. menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu.
 

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Katakanlah: 'Aku berlidung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia." (Surah an-Naas ayat 1-6 )

Marilah sama-sama kita jauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan dan mohonlah perlindungan daripada Allah SWT daripada syaitan yang terkutuk dan direjam.


Wallahua’lam bish sawwab.

No comments: