Thursday, July 18, 2013

Soal Jawab Agama Siri 53 (Ajaran Syiah, Ciri-ciri Amalan Syiah, Perbezaan Iktiqad ASWJ Dengan Syiah Dan Lain-lain)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,    
 
Soal Jawab Agama Siri 53 adalah menjelaskan persoalan ajaran Syiah, ciri-ciri amalan pengikut Syiah, perbezaan iktiqad Ahli Sunah Wal Jamaah dan Syiah, hadis-hadis kedatangan Dajjal dan siapakah pembunuh sebenar Saidina Husain r.a.


551. Soalan :  Kenapa ajaran Syiah termasuk didalam ajaran sesat? Siapakah yang mengasaskan ajaran Syiah?

Jawapan :

 

Ulama terkenal Syria, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya berkaitan Syiah menyenaraikan beberapa penyelewengan mereka. 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
 

Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.

Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
 

Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.

Lihatlah bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di tengah-tengah kita belum sempurna. Dan lihatlah bagaimana Syiah berdusta atas nama Saidina Ali k.wj. Mereka menyatakan bahawa hanya Ali bin Abi Talib yang boleh mengumpulkan Al Quran.

Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah Ta’ala,


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
 

Maksudnya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3).

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.
Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW  yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a,  Amr bin al-As r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha. 


Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW  kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad r.a, Abu Dzar al-Ghifari r.a. dan Salman al-Farisi r.a. kerana mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW  sahaja.  Pendirian ini sudah cukup jelas bahawa Syiah adalah ajaran sesat , mereka bukan dikalangan orang Islam.

Syiah adalah salah satu ajaran sesat yang di asaskan oleh seorang bangsa Yahudi Ibn Saba' . Beliau menyamar masuk Islam (orang munafik) dan mengetuai komplot pembunuhan Saidina Uthman Ibn Affan r.a. Kononnya mereka (golongan syiah) adalah ahli bait dan bersimpati dengan syahidnya Saidina Hussin cucu Rasulullah SAW. Kesesatan ajaran syiah ini terbukti apabila mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan menuduh Saidatina Aisyah r.ha dengan tuduhan yang melampau batas.

552. Soalan : Pengaruh Syiah telah menyerap masuk di dalam masayakat Islam sekarang ini, ramai yang telah terpengaruh dengan ajaran sesat Syiah. Sebagai langkah berjaga-jaga bolehkan ustaz jelaskan apakah ciri-ciri dan amalan seseorang yang telah mengikut ajaran Syiah?


Jawapan :


Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika saudara dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang saudara sayang.

1. Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar.

2. Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi SAW.

3. Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak tanpa sebarang sebab.

4. Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5. Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6. Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7. Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.


8. Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isyak.

9. Memarahi orang yang puasa Asyura.

10. Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam
Mahdi).

553. Soalan : Apakah perbezaan iktiqad di antara Ahil Sunah Wal Jamaah dengan iktiqad ajaran Syiah?

Jawapan :

Dipetik dari Kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna’ Asyariah oleh Ad Dahlawi terdapat 10 perbezaan iktiqad di antara Ahli Sunah Wal Jamaah :

1. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa mengutus para Nabi adalah wajib atas Allah Taala. Walhal bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengutuskan para Nabi adalah harus bagi Allah dan itu juga termasuk satu kurnia dan rahmat-Nya pada kita.

2. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa sepanjang zaman tidak sunyi dari kenabian atau wasi yakni orang yang berdiri pada tempat Nabi. Ini juga bertentangan dengan Al Quran yang mana banyak ayat-ayat menunjukkan adanya zaman fitrah atau zaman yang sunyi dari kenabian.

Firman Allah: Ertinya: “Tidak Kami mengazab hinggalah Kami mengutuskan Rasul.”
(Surah Al Israk ayat 15)

Lagipun dalam sejarah kita sendiri saksikan bahawa ada zaman-zaman di dalamnya tidak ada Nabi. Contohnya, antara Nabi Isa a.s.  dengan Nabi Muhammad, sekian lama tidak ada Nabi.

3. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus para Nabi melakukan pembohongan atau dusta. Bahkan kata mereka adakalanya wajib bagi Nabi melakukan taqiyah (helah). Ini pun jauh bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud : "Agar engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” (Surah An Nahli ayat 44)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :“Hai Rasulullah! Sampaikanlah kepada umat apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu.” (Surah Al Maidah ayat 67).

Demikian jaminan Al Quran bahawa Rasul tidak berbohong atau menipu. Kalaulah para Rasul menipu, rosaklah hukum-hukum Allah, tidak betullah undang-undang yang diperintahkan selama ini. Lagipun kalau para Nabi boleh menipu perlu apa dibiarkan orang kafir memerangi mereka siang dan malam hingga berbunuh-bunuhan. Itu bukti bahawa Rasul-Rasul tegas memperkatakan kebenaran samada orang setuju atau tidak.

4. Syiah Imamiah beriktiqad bahawa mereka para Nabi asalnya tidak mengetahui usul akidah. Pengetahuan itu baru didapati ketika mereka dilantik menjadi Nabi yakni ketika munajat atau berkata-kata dengan Allah S.W.T. Moga-moga kita diselamatkan dari iktiqad demikian kerana sebenarnya Nabi-Nabi itu tidak pemah jahil tentang usul akidah walaupun sebelum kenabian, kerana kalau jahil tentang itu boleh bawa kekufuran.

5. Syiah Imamiah beriktiqad setengah daripada Rasul yang bergelar Ulul Azmi  pernah meminta keuzuran dari Allah S.W.T untuk tidak menyampaikan risalah. Masing-masing menyatakan sebab-sebab keuzuran masing- masing, yang mana berbeza antara satu sama lain.

Contoh Nabi Musa enggan menyatakan tentang akan datangnya Nabi Muhammad kerana bimbangkan umatnya tidakpercaya. Ini adalah satu pembohongan terhadap Ulul Azmi. Mereka itu yang kita kenal ialah orang-orang yang sangat amanah dan sangat menyampaikan risalah Allah. Dan sangat sabar menanggung kesusahan dari perjuanganmereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka sabarlah engkau (tahanlah dalam percubaan) sebagaimana ketahanan Rasul-Rasul Ulul Azmi.” (Surah Al Ahqaf ayat 35).

6. ‘Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa ketuanya (amir) diberi wahyu. Cuma bezanya wahyu Nabi dengan wahyu amir ialah Nabi nampak malaikat yang menghantar wahyu tapi amir dengan suara saja. Iktiqad ini bertentangan dengan sabda Rasulullah SAW yang dibawah.

‘Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dari Abi Hurairah r.a ia berkata, aku mendengar Rasulullah S.A. W bersabda, “Wahai manusia sesungguhnya tidak kekal selepasku daripada kenabian melainkan mubasyarat. Sahabat bertanya, “‘Apakah mubasyarat itu?” Rasulullah bersabda, “ltulah mimpi yang benar.”

7. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus hukum-hukum syarak itu dimansuhkan oleh Imam. Ini sama dengan padri dan pendita Kristian dan Yahudi yang merubah hukum-hukum Allah SWT mereka boleh jatuh murtad.

8 . Ada satu puak daripada Imamiah mengakui Saidatina Fatimah penghulu perempuan itu pernah menerima wahyu selepas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya wahyu itu dikumpulkan menjadi mushaf Fatimah. Mereka menganggap al-Quran sekarang ini tidak lengkap kerena mereka ada tambahan ayat-ayat baru. Ini cukup jelas pembohongan yang dahsyat kerana Allah SWT sendiri menjamin kesucian al-Quran daripada tokok-tambah.

9. Usulul Kafi muka surat 187 jilid 1.Menganggap ada wahyu sesudah wafat baginda Rasulullah bererti mengatakan masih ada lagi orang selepas baginda yang boleh dapat wahyu. Ini sangat bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan boleh bawa murtad.

10. Setengah daripada Imam Syiah Imamiah ada yang berkata,pempimpin mereka bersekutu dalam mikraj ertinya turut mikraj sama-sama Rasulullah. Tapi ada yang kata tidak ikut naik cuma turut menyaksikan dari bawah. Ini sangat dahsyat. Israk dan Mikraj adalah mukjizat besar yang dikurniakan pada Nabi seorang. Mana ada manusia lain boleh bersekutu dengannya? Kemudian menganggap ada orang boleh menyaksikan apa yang di langit tanpa naik mikraj, ini bermakna orang itu ada kebolehan luar biasa yang tidak ada pada Nabi sendiri. Ini mustahil dan inilah satu lagi pembohongan besar yang dibuat oleh Syiah.

Nota : Salah satu perbezaan di atas sudah cukup menyebabkan iktiqad /aqidah Syiah telah sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

554. Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan kedatangan Dajjal diakhir zaman? Apakah hubung-kait kemunculan Dajjal dengan Syiah di Iran?

Jawapan :


Banyak hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. Antaranya ialah :

1. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."- (Hadis Riwayat Muslim).

2. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Nabi SAW (maksudnya) , "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan (bandar di Iran)."  (Hadis Riwayat al-Tirmizi.)

3. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi SAW (maksudnya), "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (Khurasan, Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan". (Dalam kitab Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih")

4. Nabi SAW bersabda maksudnya, “ Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan(Nan),mereka memakai Al-Tayalisah”.(Hadis Riwayat Muslim).

Ibn Kathir berkata, Dajjal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. Isfahan adalah sebuah bandar terbesar Yahudi di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Apabila kita hayati hadis-hadis Nabi diatas dan percaya sungguh-sungguh bahawa apa yang dikatakan Rasulullah itu benar-benar akan berlaku! 70 ribu pengikut Dajjal akan muncul di Iran dari kalangan penduduk Isfahan(nan) .Mereka memakai Al-Tayalisah.

Mengikut pandangan beberapa ulama ,Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama Yahudi.Jubah ini susah ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama sahaja.Oleh itu jubah Al-Tayalisah ini mungkin dipakai oleh ulamak Iran yang berfahaman Syiah.

Mungkinkah mereka (Syiah) sekarang sedang menunggu kehadiran sebenar Dajjal atau Messiah Dajjal (Mahdi Syiah) untuk diikuti, bukan untuk melawan Zionis/Israel tetapi sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang Islam yang beraliran Ahli-Sunnah Wal Jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit Nabi SAW. Sekarang inipun mereka amat membenci umat Islam Sunni seperti berlaku pembunuhan di Syria (rejim Bashah Assad Syiah laknatullah), pembunuhan umat Islam Sunni di Iraq dan di Iran sendiri.

555. Soalan : Adakah benar tuduhan Syiah bahawa Yazid (anak Muawiyah r.a) telah membunuh Saidina Husain r.a?

Jawapan :


Di dalam sejarah terdapat bukti dengan jelas bahawa bukan Yazid yang merancang pembunuhan Saidina Husain tetapi sebenarnya ianya dirancang dan dilakukan oleh Syiah Kufah. Syiah cuba membuat pembohongan dalam sejarah bahawa Yazid seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Saidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Saidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Saidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa a.s.  ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing.

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Saidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saidina Husain. Dialah juga yang menjemput Saidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Ali Zainal Abidin anak Saidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).
 





2 comments:

Anonymous said...

Jawapan anda jauh tidak tepat.

Anonymous said...

Apa yang jauh tidak tepat? Perbetulkan la kalau tidak tepat..