Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nusyuk adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Kini, kita mendapai ada beberapa tulisan yang menyatakan nusyuz juga termasuk suami yang tidak menunaikan hak ke atas isteri.
Namun, di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz. Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri. Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul.
Pertama : Nasihat yang baik.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT.
Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah. Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betul-betul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.
Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orang-orang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal.
Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”
Kedua : Asingkan tempat tidur.
Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan percakapan.
Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya. Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami. Guru ana selalu sebut “isteri kita ini, sebab sayang sangat dengan suami dia, kalau ada seekor lalat yang hinggap pada pipi perempuan lain kemudian hinggap pula selepas itu ke pipi suaminya, maka sifat irihati terus sahaja akan bertandang ke dalam sanubarinya”.
Sebab itulah, apabila seorang suami mengahwini isterinya, perkara kedua selepas mengenalkan dirinya dengan Allah adalah, mempastikan jatidiri isterinya. Berikan isteri itu nilai isteri. Salah satu nilai isteri adalah sentiasa bangga berada di samping suaminya. Biarlah kalau mereka nak cemburu dengan lalat sekalipun. Sifat cemburu (bertempat) itulah yang utama menjadi jatidiri. Orang kata, bila ada sifat cemburu, di saat itulah timbulnya rasa sayang.
Ketiga : Memukulnya dengan pukulan mendidik.
Jangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah. Macam kereta mercedes yang pakai petrol jugalah, kalau dibubuh air memang pasti jahanam. Sebab tuan yang buat dia kata macam tu. Kalau tuan yang buat manusia itu Allah, dan di ajar kita tak dengar maka, kita akan ke jahanam juga. Sedangkan jahanam yang Allah sediakan itu teramat lebih darjah kedahsyataan dan siksaannya.
Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya tadi, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan step menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan ter’stop’ sama.
Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Ana minta maaf kerana tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak.
Kalau anda pernah dilatih oleh seorang komander askar, anda tahulah apa itu nafkah batin. Memang semasa latihan, jangan harap tindakan mereka ada hati perut lah. Jangankan kesian, kalau mereka melihat anda dengan pandangan manusia pun sudah besar ertinya. Kerana biasanya mereka akan lihat anda dengan pandangan harimau, singa malah ada sesetengahnya itu dengan pandangan makhluk asing.
Kalau isteri baik
Sukacita diulangi. Kalaun isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. First time mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar al-Quran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri.
Sebaliknya
Sekiranya anda sebagai seorang suami, tidak faham apakah yang sedang ana perkatakan ini, maknanya anda belum layak jadi suami. Anda perlu banyak belajar lagi. Anda perlu insaf terlebih dahulu kenapa anda bergelar suami belum tiba masanya.
Begitu juga, kalau anda seorang suami dan anda memahami apa yang sedang dibincangkan ini, maknanya anda tidak benar-benar melakukan langkah-langkah yang Allah gariskan ini dengan tepat ramuan dan cara-caranya. Anda juga perlu insafi diri terlebih dahulu kerana anda adalah orang yang tergesa-tergesa. Kalau di jalanraya, orang potong Q pun ada marah, inikan pula anda yang sudah bergelar suami kepada seorang isteri.
Dan kalau anda hanya mengetahui resepi Allah ini, tetapi belum pernah mencubanya walaupun dah beberapa kali timbul masalah nusyuz. Jangan harap ianya akan berkesan kalau anda baru nak mula belajar guna resepi tuhan ini. Sebaliknya anda perlu bertaubat kerana selama ini anda hanya banyak gunakan teori dan buah fikiran sendiri. Anda tidak sedar dan kenal diri anda siapa kepada Pencipta anda iaitu Allah.
Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah. Begitulah step-step yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat.
Kesimpulan
Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua.
Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan (maaf ana tidak ada pengalaman dan tidak ingin pengalaman itu insyaAllah) kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu)
Wallahu aklam. Semoga kita semua (sebagai suami atau isteri) dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan diri sendiri, orang lain, syaitan serta sekutu-sekutunya itu. Wassalam.
(Artikal ini di ambil daripada blog Ibn Rajab Online)
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment