Soalan Pertama :
Saya nak minta pandangan dan doa-doa yang
boleh di amalkan bagaimana nak hentikan bayi menangis tengah malam?
Sedangkan siang dia tidur lena..seolah-lah ada yang menganggunya untuk
tidur..tiap kali menangis kepala dan mata bayi akan mendongak ke atas
seolah-olah ada sesuatu yang dipandangnya.
Jawapan :
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan
semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis
merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada
pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula
menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang
ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi
yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang
perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu
tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan
tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Tangisan biasa
selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin
pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa,
lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa
kesepian dan sebagainya.
Sesetengah bayi atau anak kecil akan
menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia
tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa
balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana
suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun
demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan
tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya
kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang
selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.
Ada orang yang
mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis
ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan
tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan
perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia,
sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk
halus yang datang menumpang bersama manusia.
Perkataan qarin
berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin
bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang
sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah
dia meninggal dunia.
Kewujudan qarin di samping manusia ialah
untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga
manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak
kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti
membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain
ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada
perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah.
Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi Allah,
qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin
juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara
bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia
menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk
menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini
terjadilah kegiatan sihir.
Sawan tangis itu ada dua punca utama,
iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa
hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di
sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau
selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman
dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah
menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh.
Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan
dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang
mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar
kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan
bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan
akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan
demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh
ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi,
yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur
pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun
sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil
boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata
kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu
anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah
yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan
di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan
yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia
tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut
sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga
bapanya menggelabah.
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh
diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu
menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan
akibat luaran.Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara
biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu.
Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai
ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang
berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang
hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah
malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu,
biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak
kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan
akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh
Rasulullah SAW. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya
ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas
dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan
sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan
azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali
ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa
at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani,
daripada Nabi SAW sabdanya maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah
menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan
seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq
sehingga akhirnya."
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah
menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat
yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran
hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata
jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan
sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui
pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya
gangguan roh jahat (jin dan syiatan).
Mudarat akibat daripada
pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah
seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang
sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam
usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu
Talib. Wallahu a'lam
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment