Jawapan :
Zina termasuk salah dosa besar dalam Islam. Kerana itu, dosa zina mendapatkan hukuman khusus di dunia. Di sebat dengan rotan sebanyak 100 kali bagi penzina yang belum berkahwin (ghairu Muhsan), dan di rejam hingga mati bagi penzina Muhsan (yang sudah berkahwin).
Orang yang telah melakukan zina jika dia benar-benar bertaubat nasuha maka dosanya akan di ampunkan oleh Allah SWT.
Setiap orang yang melakukan perbuatan dosa besar seperti berzina, dia diwajibkan untuk bertaubat. Dan cara yang diajarkan oleh islam untuk menghapus dosa besar adalah dengan bertaubat nasuha. Allah SWT berfirman :
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا
Maksudnya, "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Surah An-Nisa' ayat 31).
Ayat ini menjelaskan, syarat dihapuskannya kesalahan adalah dengan bertaubat nasuha, dengan meninggalkan dosa yang dilakukan.
Taubat secara bahasa maksudnya kembali. Orang yang bertaubat, bererti dia kembali dari kemaksiatan, menuju aturan Allah SWT, diiringi memohon ampun kepada-Nya.
Rukun Utama Taubat Nasuha Ada Tiga :
Imam An-Nawawi mengatakan,
وقد سبق في كتاب الإيمان أن لها ثلاثة أركان: الإقلاع، والندم على فعل تلك المعصية، والعزم على أن لا يعود اليها أبدا
”Dalam kitab al-Iman disebutkan bahawa taubat memiliki tiga rukun iaitu:
1. Al-Iqla’ (meninggalkan dosa tersebut),
2. An-Nadm (menyesali) perbuatan maksiat tersebut, dan
3. Al-Azm (bertekad) untuk tidak mengulangi dosa yang dia taubati selamanya. (Syarh Shahih Muslim, 17/59)
Berikut penjelasan lebih terperinci :
Pertama ; al-Iqla’ (Meninggalkan perbuatan tersebut yang boleh mendatangkan dosa besar)
Inilah bukti keseriusan taubatnya. Meninggalkan dosa yang dia lakukan. Seorang pegawai bank, belum dikatakan bertaubat dari riba, selama dia masih aktif kerja di bank. Seorang penzina belum dikatakan bertaubat dari zina, sementara dia masih rajin berzina.
Imam Fudhail bin Iyadh menyatakan: “Istighfar tanpa meninggalkan kemaksiatan adalah taubat para pendusta.”
Kedua, an-Nadm (Mengakui kesalahan dan menyesali perbuatannya)
Orang yang tidak mengakui dosanya, dia tidak akan menyesali perbuatannya. Dengan menyesal, dia akan bersedih jika teringat dosanya. Termasuk bagian dari penyesalan itu adalah tidak menceritakan dosa tersebut kepada orang lain, apalagi membanggakannya. Dan jika dosa itu di sebabkan kawasan sekitarnya mempengaruhinya maka dia akan meninggalkan kawasan tersebut.
Bentuk penyesalan penzina adalah dengan menghindari segala yang boleh membawa kepada syahwatnya.
Ketiga, al-Azm (Bertekad untuk tidak mengulangi dosanya)
Jika seseorang berhenti dari dosanya, sementara dia masih punya harapan untuk melakukannya jika waktu memungkinkan, maka dia belum disebut taubat.
Seseorang yang bertaubat dari berkhalwat ketika Ramadan, dan akan kembali berkhalwat selepas Ramadan belum dikatakan telah bertaubat.
Apakah dengan berkahwin, dosa zina otomatik akan hilang?
Dosa zina sebagaimana dosa besar lainnya, hanya boleh hilang dengan taubat nasuha. Dan syarat taubat adalah tiga seperti yang disebutkan di atas.
Oleh itu, semata-mata berkahwin, belum menghapus dosa zina yang pernah dilakukan. Kerana dengan berkahwin, bukan syarat taubat itu sendiri. Kecuali jika perkahwinan ini dilangsungkan atas dasar:
1. Menyesali dosa zina yang telah dilakukan
2. Agar tidak mengulang kembali dosa zina tersebut.
Jika berkahwin atas motivasi ini, insyaa Allah status perkahwinannya adalah sebahagian dari taubat untuk perbuatan zina itu.
Untuk itu, sebahagian ulama menyarankan agar orang yang melakukan zina, untuk segera berkahwin, dalam rangka menutupi aib keduanya. Kerana jika mereka berpisah, akan sangat merugikan pihak wanita, kerana tidak ada lelaki yang bangga memiliki isteri yang pernah dinodai orang lain secara tidak halal.
No comments:
Post a Comment