Friday, April 24, 2015

Kemuskilan Agama : Jauhi 72 Dosa-dosa Besar Supaya Terhindar Daripada Kemurkaan Allah.

Soalan Ke Lapan Puluh Tujuh : Boleh tak ustaz jelaskan senarai dosa-dosa besar yang  di lakukan oleh umat Islam dan mereka tidak menganggap perkara tersebut adalah dosa besar.?

Jawapan : 

Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. 

Dalil pembahagian dosa menjadi bear dan kecil adalah firman Allah SWT.:

Firman Allah SWT maksudnya, "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Surah an-Nisa’ (4) ayat 31)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, "(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (Surah an-Najm (53) ayat 32)

Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Di bawah ini di senaraikan jenis Dosa-dosa Besar.

1.. Syirik - Dosa yang paling besar. (Jika Mati Di Dalam Keadaan Syirik Tidak Akan Di Ampunkan Oleh Allah SWT)

2.. Membunuh Manusia

3.. Sihir

4.. Tinggal Solat 5 Waktu.

5.. Tidak Mengeluarkan Zakat

6.. Tidak Berpuasa

7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan

8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa

9.. Memutuskan Silatulrahim

10.. Berzina

11.. Homosex

12.. Memakan Riba

13.. Memakan Harta Anak Yatim

14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul-Nya.

15.. Lari dari Medan Perang

16.. Sombong

17.. Saksi Palsu

18.. Meminum Arak

19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam Kepada Rakyat.

20.. Berjudi

21.. Menuduh Orang Baik Melakukan Zina

22.. Menipu Harta Rampasan Perang

23.. Mencuri

24.. Merompak

25.. Sumpah Palsu

26.. Berlaku Zalim

27.. Pemungut Cukai Yang Zalim (Rakyat Menjadi Mangsa)

28.. Makan Dari Kekayaan Yang Haram

29.. Bunuh Diri

30.. Berbohong

31.. Hakim Yang Tidak adil

32.. Rasuah

33.. Wanita Yang Menyerupai Lelaki

34.. Lelaki Yang Menyerupai Wanita

35.. Tidak Cemburu (Dayus)

36.. Cina Buta

37.. Tidak Suci Hadas Kecil ( Wuduk Dan Solat Tak Sah)

38.. Riyak Mempamerkan Diri

39.. Ulamak Dunia (Jahat)

40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian

41.. Mangingkari Takdir (Tak Redha Qada' Dan Qadar)

42.. Mencari Kesalahan Orang lain

43.. Menabur Fitnah

44.. Mengutuk Umat Islam Dan Ulama

45.. Mengingkari Janji

46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

47.. Derhaka kepada Suami

48.. Gambar pada Baju (Gambar Yang Di Larang)

49.. Menamparkan Pipi Dan Meratap Jika Terkena Bala

50.. Mengganggu Orang lain

51.. Berbuat Zalim Terhadap Yang Lemah

52.. Mengganggu Jiran Tetangga

53.. Menyakiti Dan Memaki Orang Islam

54.. Derhaka Kepada Pemimpin Yang Adil

55.. Melabuhkan Pakaian (Kerana Kesombongan)

56.. Lelaki Yang Memakai Sutera dan Emas

57.. Hamba Lari Dari Tuan

58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT

59.. Menjadi Pak Sanggup

60.. Berdebat dan Bermusuh

61.. Enggan Memberi Kelebihan Air

62.. Mengurangkan Timbangan

63.. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT

64.. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT

65.. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (Jika Mendengar Azan Tanpa Uzur)

66.. Meninggalkan Sembahyang Jumaat

67.. Mengurangi Wasiat

68.. Menipu

69.. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain

70.. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda

71. Khianat.

72.. Mempertikaikan Hukum-hukum Allah SWT (Hudud, Qisas & Takzir)

Sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar cepat-cepat beristighfar dan bertaubat kepaad Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Allah SWT berfirman, maksudnya, “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

1 comment:

zeera lily said...

nauzubillahimindzalik...
minta dijauhkan ya allah..