Thursday, November 4, 2010

Keutamaan Selawat Kepada Nabi s.a.w

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanda kita kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah kita melaksanakan semua perintah yang diarahkan oleh baginda dan kita menjauhi  semua larangannya. Kerana semua perintah dan larangannya adalah datangnya daripada Allah s.w.t. Selain daripada itu kita hendaklah mengikuti amalan dan sunnah Nabi s.a.w setiap hari yang dilaksanakan baginda dalam kehidupan . 

Jalan untuk melahirkan kecintaan kita kepada Nabi s.a.w. adalah dengan kita banyakkan berselawat. Allah s.w.t berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzab ayat 56)

Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w bermakna berdo'a memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : " Siapa berselawat kepada Nabi s.a.w sekali. nescaya dia akan di selawatkan Allah dan para Malaikat-Nya sebanyak 70 kali."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : " Sesuatu do'a terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdo'a berselawat kepada Nabi s.a.w. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah s.a.w adalah kekasih Allah s.w.t. Dia sendiri memerintahkan para hamba-Nya berselawat kepada baginda sebagai tanda melahirkan cinta dan kasih sayang  kepada kekasih-Nya. Di hari akhirat nanti selawat itu menjadi satu kelompok cahaya yang menerangi di Siraat.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : " Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)"
(Hadis Riwayat Abu Sa'id)

Terdapat beberapa fadilat dan kebaikan besar yang akan kita perolehi apabila kita sentiasa berselawat kepada Nabi s.a.w. 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memperolehi keredhaan Allah s.w.t.

Dari Ali bin Abi Talib k.w memberitakan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda maksudnya ; "Jibril a.s. pernah berkata : 'Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta'aala telah berfirman :'Sesiapa berselawat keatas tuan 10 kali, pastilah dia memperoleh keamanan daripada kemurkaan-Nya."
(Hadis Riwayat Ibnu Bisykuwaal)

Kedua : Di permudahkan jalan menuju ke Syurga. dan memasuki Syurga.

Abu Hurairah r.a pernah berkata Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Siapa lupa dari berselawat ke atasku, maka dia akan lupa jalan ke Syurga." 
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini sesiapa yang lupa atau tidak mahu berselawat maka di hari akhirat nanti dia akan terlupa jalan menuju ke Syurga dan sesiapa yang banyak berselawat dia tak akan lupa dan akan dipermudahkan untuk jalan menuju ke Syurga. dan dapat memasuki Syurga.

Ketiga : Mendapat syafaat dan pembelaan dari Rasulullah s.a.w. di hari akhirat.

Orang-orang Mukmin percaya bahawa di hari akhirat nanti akan berlaku huru hara yang amat dahsyat di mana manusia akan terkena pancaran mata hari yang amat panas yang mendorong mereka mencari syafaat (pertolongan). Orang yang mendapat syafaat akan terhindar dari bahaya ini dan dari bahaya tengelam di dalam banjir peluh manusia. Mereka juga memperolehi segala kemudahan untuk segera memasuki Syurga.
Ketika ini syafaat Nabi s.a.w sangat-sangat diperlukan.  Sesiapa yang banyak berselawat kepada Nabi s.a.w akan mendapat syafaat baginda dan terlepas daripada kegawatan di Padang Mahsyar.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Keempat : Memperolehi kedudukan yang dekat dengan Nabi s.a.w. di hari akhirat.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

Kelima : Berfungsi menghapuskan kejahatan (dosa) dan menaikkan darjat di sisi Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : " Dan sesiapa berselawat kepadaku sekali,  nescaya Allah akan selawat ke atasnya 10 selawat, menghapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa) dan mengangkatkannya 10 darjat."
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)

Keenam : Di sampaikan keperluannya (hajat) oleh Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya ; " Siapa berselawat kepadaku 100 kali pada setiap hari, nescaya Allah akan menyampaikan 100 keperluannya : 70 bagi keperluan akhirat dan 30 bagi keperluan dunia."
(Hadis Riwayat Ibnu Mandah)

Sahabat yang dikasihi,
Sayidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia hendak mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang jatuh?

Dapat iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi s.a.w melangkah masuk, cahaya dari tubuh Nabi s.a.w menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah s.w.t. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada baginda.

"Subhanallah! Adakah di kalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini wahai Rasulullah?" tanya Sayidatina Aisyah r.ha.

"Ada" jawab Nabi s.a.w. "Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud : " "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

Kata-kata Nabi itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi s.a.w.

Kata Malaikat Jibril, "Celakalah orang yang apabila namamu (Nabi) disebut dia tidak berselawat keatasmu."

Jadi apabila kita mendengar orang menyebut 'Sallallahu 'alaihi wasallam' di hujung sebutan nama Nabi, hendaklah kita menyebut 'Sallallahu 'alaihi wasallam'.

Oleh itu marilah kita banyakkan berselawat kepada Nabi s.a.w  tanda cinta dan kasih kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Sebaik-baik selawat adalah seperti dibawah :
Selawat kepada nabi
Muhammad dan keluarga
ïșï»Ÿï» ï»Źï»ą ïș»ï»ž ﻋﻠﻰ ï»Łïș€ï»€ïșȘ Allahumma salli 'ala Muhammad Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad
ﻭﻋﻠﻰ ïșï» ï»Łïș€ï»€ïșȘ Wa'ala aali Muhammad Dan kepada keluarga Muhammad
ﻛﻀïșŽ ïș»ï» ï»Žïș– ﻋﻠﻰ ïș‡ïș‘ïșźïșï»«ï»Žï»ą Kama solaita 'ala Ibrahim Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim
ﻭﻋﻠﻰ ïșï» ïș‡ïș‘ïșźïșï»«ï»Žï»ą Wa'ala aali Ibrahim Dan kepada keluarga Ibrahim
Keberkatan kepada nabi
Muhammad dan keluarga
ï»­ïș‘ïșŽïș­ï»™ ﻋﻠﻰ ï»Łïș€ï»€ïșȘ Wa baarik 'ala Muhammad Ya Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad
ﻭﻋﻠﻰ ïșï» ï»Łïș€ï»€ïșȘ Wa'ala aali Muhammad Dan kepada keluarga Muhammad
ﻛﻀïșŽ ïș‘ïșŽïș­ï»›ïș˜ïșŽ ﻋﻠﻰ ïș‡ïș‘ïșźïșï»«ï»Žï»ą Kama barakta 'ala Ibrahim Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim
ﻭﻋﻠﻰ ïșï» ïș‡ïș‘ïșźïșï»«ï»Žï»ą ﻓï»Č ïșï»Ÿï»ŒïșŽï»Ÿï»€ï»Žï»Š Wa'ala aali Ibrahim fil 'alamin Dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini
Penutup
(Pujian bagi Allah)
ïș‡ï»§ï»š ïșŁï»€ï»ŽïșȘ ï»Łïș ï»ŽïșȘ Innaka hamiidum majiid Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

Wednesday, November 3, 2010

Bersabarlah Dengan Ujian Penyakit Daripada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas daripada menghidapi penyakit. Ada masanya penyakit datang sekali sekala seperti demam panas, pening kepala dan sakit gigi . Dan ada penyakit datang berterusan menyebabkan penghidapnya hidup menderita hingga membawa kepada kematian. Penyakit yang datang berpunca daripada kuman, virus atau bakteria yang menyerang organ manusia hingga menyebabkan kerosakkan organ-organ tersebut seperti buah pinggang, hati, jantung, paru-paru, usus dan lain-lain. Penyakit seperti kanser, sakit kencing manis, sakit jantung, paru-paru berair dan penyakit-penyakit lain adalah penyakit yang sering menyerang manusia samaada orang dewasa , remaja atau kanak-kanak.


Sebagai seorang Mukmin kita kena redha bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan Dia juga yang akan memulihkannya. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang di sediakan oleh Allah s.w.t. Dia mendatangkan penyakit kepada hamba-Nya adalah semata-mata Dia ingin menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya adakah dengan penyakit itu seorang hamba akan rasa kecewa dan putus asa ? Atau dengan penyakit yang dihadapinya dia akan redha dengan Qadha' dan Qadar Allah s.w.t.?


Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Qur'an banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.

Al-Qur'an dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Sahabat yang dimuliakan,
Sebenarnya ada hikmah bagi orang Mukmin bila ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu.

Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.”
(Hadis riwayat Al Bukhari)

Selain ubat, do'a juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdo'a bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah s.w.t..

Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id r.a,  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya (dosa-doasnya)."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Tidaklah seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w melarang kita mencaci maki akan marah kerana ditimpa penyakit demam seperti sabda baginda yang bermaksud  : “Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”
(Hadis Riwayat Muslim)

Allah s.w.t mengasihi hamba-Nya supaya Dia dapat mengembalikan hamba-Nya  untuk mengingati-Nya. Allah s.w.t.  berfirman yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.”
 (Surah .Al-An’am ayat 42)

Allah s.w.t. menimpakan cubaan berupa penyakit dan penderitaan kepada orang Mukmin  agar dia mengingat saudara-saudaranya yang ditimpa kesulitan, sehingga rasa simpati untuk membantunya.

Sahabat yang dikasihi,
Allah s.w.t. menjadikan penyakit yang di hadapi adalah  sebagai ubat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya, yang kalau seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan celaka (kerena dosa-dosanya), atau paling kurang berkurang pahala dan derajatnya di sisi Allah s.w.t.. Oleh kerena itu hendaklah kita bersabar supaya meraih pahala yang sempurna dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. 

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : “Alangkah mengagumkan keadaan seorang mukmin, karena semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)



Imam Ibnu Qayyim berkata : “Hati dan roh boleh mengambil manfaat dari penderitaan dan penyakit yang merupakan urusan yang tidak boleh dirasakan kecuali jika di dalamnya ada kehidupan. Kebersihan hati dan roh bergantung kepada penderitaan badan dan kesulitannya.”
 (Tuhfatul Mariidh hal 25)
Allah s.w.t. menjadikan ujian penyakit di dunia sebagai sebab untuk menyempurnakan keimanan seorang hamba terhadap kenikmatan sempurna yang Allah s.w.t. sediakan bagi hamba-Nya yang bertaqwa di Syurga kelak. Inilah keistimewaan Syurga yang menjadikannya sangat jauh berbeda dengan keadaan dunia, kerena Allah menjadikan Syurga-Nya sebagai negeri yang penuh kenikmatan yang kekal abadi, serta tidak ada kesusahan dan penderitaan padanya selamanya. Sehingga kalau seandainya seorang hamba terus-menerus merasakan kesenangan di dunia, maka tidak ada artinya keistimewaan Syurga tersebut, dan dikhawatirkan hamba tersebut hatinya akan terikat kepada dunia, sehingga lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan.” 
(Hadis Sahih Riwayat  Al Bukhari)



Cubaan dan ujian merupakan nikmat. Kerana hikmah dari berbagai cubaan, orang – orang soleh justru gembira sekiranya mendapat cubaan seperti telah mendapat kesenangan. Rasulullah s.a.w  menyebutkan bahwa para Nabi telah ditimpa cubaan berupa penyakit, kemiskinan dan yang lainnya kemudian beliau bersabda:  “…Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira kerana mendapat cubaan, sebagaimana salah seorang merasa gembira kerana telah mendapatkan kelapangan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Akhirkata perlulah sama-sama kita berbaik sangka kepada Allah dan redha di atas Qadha' dan Qadar-Nya sekiranya Allah s.w.t. menguji kita jadikanlah sabar dan solat itu penolong kita.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya”.
 (Surah Al-Baqarah ayat 45-46)


Tuesday, November 2, 2010

Dajjal Membawa Fitnah Yang Paling Besar di Muka Bumi

Sahabat yang dirahmati Allah,
Siapakah Dajjal sebenarnya?Kenapakan Nabi s.a.w sentiasa memperingatkan kepada umatnya bahawa fitnah yang paling besar dimuka bumi ini setelah Allah s.w.t menciptakan Nabi Adam a.s adalah fitnah yang dibawa oleh Dajjal?

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa Neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi s.a.w. selalu membaca doa tersebut dalam tasyahudnya.

Di dalam do'a tersebut mengandungi permohonan kepada Allah s.w.t. supaya dilindungi daripada Al-Masih Dajjal.

Pasti ianya mengandungi rahsia dan setiap perkara ghaib yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. perlu dinyakini akan kemunculannya diakhir zaman yang akan membawa kerosakkan dan fitnah yang besar.

Dalam Musnad Imam Ahmad Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinannya selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling berbahaya dan paling sedikit manfaatnya. Kedua matanya tertidur tetapi hatinya terjaga."

Keluarga Dajjal adalah satu kaum penyembah berhala. Dahulu mereka menyembah sebuah berhala mirip lembu betina. Keturunan ibu bapanya adalah daripada keturunan Bani Israel dari keturunan Yahudza (Anak Nabi Yaakub a.s.).Kaum ini telah sesat dengan meninggalkan ajaran yang pernah dibawa oleh para Nabi kepada kaumnya. Kaum ini telah dibinasakan Allah s.w.t dan Allah s.w.t telah menyelamatkan anak kecil ini (Dajjal ) dan belaiu telah diletakkan disebuah pulau dilautan Hindi dekat dengan negara Yaman oleh malaikat Jibril.

Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi melaksanakan perintah-Nya tanpa batas, tanpa pertanyaan dan permohonan penjelasan dari-Nya. Allah s.w.t berfirman maksudnya : "Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi  diakhir zaman ia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutuskan orang yang akan menyiksanya dengan siksaan pedih, dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang Nabi yang di utus pada suatu masa dan ia menjadi wali, tanpa wahyu, pada menjelang akhir zaman."

Dengan izin Allah s.a.w, Dia menghantar seekor binatang besar, bulu yang sangat tebal, dan mempunyai dua mata menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu berbicara kepadanya dengan bahasa yang dapat difahami Dajjal secara baik. Binatang itu berkata :

"Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika bumi terbalik, yang terjadi dinegeri Samirah (negeri ibu bapa Dajjal). Engkau dibawa oleh malaikat agung yakni Jibril. Ia membawamu kesini. Dan ia juga mengurus makan minummu. Oleh kerana itu , janganlah engkau mengkhianati janjimu dengan Allah, sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketundukan kepada Allah dan keimanan kepada-Nya selama ia masih berada dalam fitrah kesuciannya. Oleh itu, engkau sendiri mesti menjadi Muslim dan Mukmin yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan  yang Maha Esa."

Setelah Dajjal menjadi dewasa dia telah keluar kepulau itu dan dia engkar di atas pesanan binatang yang diutus oleh Allah s.w.t untuk mendidik Dajjal supaya menjadi orang yang beriman. Dia telah mendatangkan banyak kerosakan dimuka bumi dari satu negeri kenegeri lain dilawatinya dan dia mengajak menyembah patung berhala dan syaitan dan beliau mempunyai kemahiran dalam  ilmu sihir.

Sebagai tanda kemuliaan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan kelahiran baginda Dajjal telah ditangkap oleh malaikat di ikat disebuah pulau di dalam gua tempat asal beliau dibesarkan . Kisah sahabat Rasulullah s.a.w bernama Tamim ad-Dari dan beberapa orang sahabat telah hanyut dipukil ombak selama sebulan dan sampai ke satu pulau berhampitan Yaman telah diceritakan dalam sahih Muslim .

"Tamim ad-Dari telah dihanyutkan ombak besar, mereka telah sampai ke satu pulau. Lalu mereka naik kepulau itu. Maka mereka di datangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tak dapat bezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata : "Celaka kamu, apa kamu ini?"

Binatang itu menjawab : "Aku adalah mata-mata."

Ia menjawab : "Wahai kaum, pergilah kepada seorang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu."

Tamim ad-Dari berkata : "Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan betina."

Selanjutnya  ia berkata : "Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangannya dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan :

"Celaka kamu, makhluk apa kamu ini?

Ia menjawab : "Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kpadaku, siapakah kamu ini?

Mereka menjawab : "Kami adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu kami dipukul gelombang laut besar", dan ombak mempermainkan kami selama sebulan."

Maka kami duduk-duduk dekat perahu, lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya : "Celaka kamu, binatang apa kamu ini?"

"Saya adalah mata-mata"

"Mata-mata apa?"

"Pergilah kepada orang yang ada digua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua."

Maka kami pun bersegera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina.

Orang itu berkata : "Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan? (Baisan adalah kota lama Palestin dekt dengan Syria).

"Tentang apa yang engkau tanyakan?"

"Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma berbuah?"  "Ya"

"Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah"

Lalu ia berkata lagi ; "Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyah!"(Tasik besar terletak 100 batu dari Baitul Mukadis)

"Tentang apa engkau tanyakan?"

"Apakah tasik itu masih berair?"

"Sesungguhnya air tasik itu hampir habis"

Ia berkata : "Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!"

"Ya , mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut"

"Terangkan kepadaku tentang Nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya"

"Ia keluar dari Makkah menuju Yathrib"

"Apakah orang Arab memeranginya?"

"Ya" "Bagaimana caranya ia memperlakukan mereka?"

"Ia menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya."

"Apakah demikian?"

"Ya" "Lebih baik bagi mereka untuk mengikutinya."

 Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah al-Masih (Dajjal)  Aku hampir akan keluar. Lalu aku akan berjalan dimuka bumi. Aku tidak melewati suatu kampung melainkan aku tinggal disitu selama empatpuluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihalang oleh malaikat yang memegang pedamg untuk memenggalku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat"

Setelah berjumpa Dajjal dan berdailog dengannya Tamim ad-Dari terus meninggalkan pulau tersebut dan balik ke Madinah.Dan menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasulullah s.a.w.

Satu ketika semasa sedang berkhutbah sambil memukul tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w. bersabada : "Ini adalah Taibah, yakni kota Madinah. Ingatlah, apakah hal ini telah aku sampaikan kepada kamu semua?"

Mereka menjawab : " Benar"

Nabi s.a.w bersabda ; " Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah, sesungguhnya Dajjal itu berada dilaut Syam atau laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan  dari arah timur." (Lihat sahaih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Mitba'ah al-Misriyyah XVIII, halaman 78-83)

Sahabat yang dimuliakan,
Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Muslim juga telah meriwayatkan Hadis Ubaidullah Ibnu Umar Al Amiri di atas autoriti Nafi', di atas autoriti Ibnu Umar bahawa Rasulullah menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai bersabda: " Allah s.w.t tidak bermata satu, tetapi Dajjal Al- Masih buta sebelah kanan matanya dan matanya kelihatan seperti buah anggur yang terkeluar."( Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ms. 2247-2248 dan Al Bukhari, Musnad Ahmad, 3439-7123).Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap Mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang Mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal."

Dalam hadis riwayat Muslim di akhir zaman akan muncul 10 tanda-tanda besar dan salah satunya adalah lahirnya Dajjal yang akan membawa kerosakkan dan fitnah yang besar.

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab dan terakhir adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia menuju Padang Mahsyar mereka".(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tetap istiqamah di jalannya. Yakinlah dengan janji-janji Allah dan Allah bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Berdasarkan hadis-hadis di atas dan riwayat yang sahih sebenarnya Dajjal telah wujud dimuka bumi dan tunggu masa dan saatnya dia akan muncul secara fizikal dan membawa kerosakkan dimuka bumi. Perlu diingat bahawa semua kerosakkan besar yang telah dan sedang berlaku di dunia ini manusia menyembah berhala, memuja syaitan, mengamalkan ilmu sihir, adalah fitnah yang dibawa oleh Dajjal tetapi ia lakukan dibalik tabir. Dajjal dan Iblis laknatullah sebenarnya adalah dua makhluk yang ditangguhkan kematiannya dan mereka pasti telah membuat persefahaman untuk menghancurkan aqidah umat Islam dan menjadikan mereka berdua sebagai tuhan. Oleh itu berpegang teguhlah dengan agama Allah dan jangan bercerai berai.

(Artikal di atas dipetik daripada buku tulisan Muhammad Isa Daud dari buku bertajuk : "Dajjal akan muncul dikerajaan Jin di Segitiga Bermuda"  dan kitab hadis sahih Bukhari, Muslim dan Musnad Ahmad)


Amal-amal Soleh Yang Membawa Seseorang Mukmin ke Syurga

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w banyak menceritakan amalan-amalan seorang Mukmin di dunia ini yang akan dimasukkan kedalan Syurga. Dengan memahami ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w ini boleh memberi motivasi atau dorongan untuk kita terus beristiqamah melaksanakan amal soleh dan amal kebaikan demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ‘’Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’ (Surah Ali-Imran ayat 185)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  ‘’Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah di Syurga atau di Neraka. Maka bertanya seorang sahabat, ‘’Ya Rasulullah ! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal.'’

Jawab baginda : "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang bahagia, adalah kerana ia beramal dengan amalan orang yang berbahagia, dan orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang celaka adalah kerana ia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah ! Semua sarana telah disediakan.

Ada pun orang-orang bahagia, mereka dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan orang berbahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.

Kemudian baginda s.a.w.  membaca ayat (al-Qur'an maksudnya): ‘’Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (Syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.'’ (Surah al-Lail ayat 5-10)'’
 (Hadis Riwayat Muslim.)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa amal soleh dan kebaikan penduduk Syurga yang dilaksanakan ketika di dunia iaitu :

Pertama : Bertaqwa kepada Allah.

Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah s.w.t. dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.

Sayyidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.

Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.

Kalau diambil pendapat sahabat Nabi s.a.w bernama Ubai bin Ka'ab bahawa taqwa itu adalah 'waspada dan berhati-hati'.

Allah berfirman maksudnya :‘’Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) Syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Rabbnya.'’ (Surah al-Qalam ayat 34).

Kedua : Beriman dan beramal dengan ikhlas serta sesuai dengan yang diajarkan Rasulullah s.a.w.

Firman Allahs.w.t maksudnya : ‘’Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam Syurga-syurga itu, mereka mengatakan:'’Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu'’. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.'’ (Surah al-Baqarah ayat 25)

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :(Setiap umatku masuk ke dalam Syurga kecuali yang enggan, para sahabat bertanya : ‘’Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah ?'’ Baginda s.a.w menjawab : ‘’Siapa yang ta`at kepadaku nescaya ia masuk Syurga, dan siapa yang bermaksiat (melanggar) kepadaku maka sesungguhnya dia lah orangnya yang enggan itu.'’ (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga : Melaksanakan seluruh perintah Allah s.w.t. menjauhkan seluruh larangan-Nya dan melaksanakn hal-hal yang diwajibkan serta meninggalkan hal-hal yang diharamkan.

Dari Jabir katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Bagaimana pendapatmu, apabila aku telah melakukan solat wajib, dan berpuasa Ramadhan, aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan tidak kutambah yang demikian itu dengan yang lainnya, dapatkah aku masuk Syurga ? Jawab baginda : ‘’Ya, dapat !.'’ (Hadis Riwayat Muslim.

Keempat : Bertaubat dan memohon ampunan kepada Allah s.w.t. dari seluruh dosa dan kesalahan. Suka bersedekah, mampu menahan marah serta memiliki sifat pemaaf.

Allah berfirman maksudnya :‘’Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah . Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Rabb mereka dan Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.'’ (Surah Ali-Imran ayat 133-136).

Kelima : Berhijrah dari keburukan (jahiliyah) kepada kebaikan (Islam), serta berjihad dengan harta dan jiwa demi meninggikan kalimah Allah.

Firman Allah s.w.t maksudnya : ‘’Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapatkan kemenangan. Rabb mereka mengembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhan dan Syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.'’ (Surah at-Taubah ayat 20-22)

Keenam : Istiqamah dalam keta`atan dan bersungguh-sungguh dalam menjalankannya.

Firman Allahs.w.t maksudnya  : ‘’Sesunguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘’Rabb kami ialah Allah'’, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. Mereka itulah penghuni - penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.'’(Surah al-Ahqaf  ayat 13-14)

Ketujuh : Khusyuk dalam solat, meninggalkan perbuatan yang tidak berguna dan membayar zakat, menjaga kemaluan serta memelihara amanah.

Firman Allah s.w.t maksudnya : ‘’Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (ya’ni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.'’(Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Diriwayatkan dari Imam Ahmad dan yang lainnya bahwa Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : (Sungguh telah diturunkan kepadaku 10 (sepuluh) ayat, maka barangsiapa yang melaksanakannya niscaya ia masuk Syurga kemudian Nabi s.a.w. membaca ‘’Qod aflahal mu`minun….'’ Al Ayat).

Kelapan : Menuntut ilmu syar`i yang sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah disertai dengan melaksanakan dalam kehidupan.

Dari Abu Umamah berkata : saya telah mendengar Rasulullah s.a.w.berkhutbah pada haji wadak maka baginda  bersabda maksudnya  : ‘’Barangsiapa meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalan baginya ke Syurga.'’ (Hadis Riwayat Muslim).

Kesembilan : Berwudhuk secara sempurna dan dilanjuti dengan membaca syahadatain setelah selesai berwudhuk.

Dari Umar bin Khaththab bahwa Nabi s.a.w bersabda maksudnya  : ‘’Tidaklah salah satu diantara kalian yang berwudhuk, lalu disempurnakan wudhuknya itu, sesudah itu dia berucap : ‘’Asyhadu an la ilaha illallah, wa anna Muhammadan `abdullah wa rasuluhu (Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq untuk disembah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah seorang hamba dan rasul-Nya) melainkan dibukakan baginya 8 pintu Syurga yang dapat dimasukinya dari mana saja menurut kehendaknya.'’ (Hadis Riwayat Muslim).

Kesepuluh : Berterusan dalam melaksanakan solat nafilah (sunnat) sebelum maupun sesudah solat fardhu (sunnah rawatib ba`diyah dan qabliyah).

Dari Ummu Habibah r.ha.  berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘’Siapa yang mengerjakan solat 12 raka`at sehari semalam, akan dibuatkan oleh Allah untuknya rumah di Syurga.'’(Hadis Riwayat Muslim).

(12 raka`at itu terdiri dari 4 raka`at sebelum solat Zuhur, 2 raka`at selepasnyanya, dan 2 raka`at selepas  solat Magrib dan 2 raka`at selepas solat Isya, serta 2 raka`at sebelum solat Subuh sebagaimana hadid yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.)

Kesebelas : Membangun masjid semata-mata karena Allah s.w.t.

Nabi s.aw. bersabda maksudnya : ‘’Barangsiapa membangun masjid dalam rangka mencari keredhaan Allah semata, maka Allah akan membuatkan pula baginya rumah di Syurga.'’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Kedua Belas : Menyantuni dan memelihara anak yatim serta mengambil perhatian terhadap keperluan hidup mereka.

Dari Abu Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : ‘’Pengasuh anak yatim, baik yatimnya sendiri atau anak yatin orang lain dengan saya di Syurga seperti ini, sambil menunjukkan kedua jarinya, telunjuk dan jari tengah.'’ (Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga Belas : Beriman kepada Allah s.w.t.dan hari akhirat dan berjasa kepada masyarakat (memenuhi keperluan mereka).

Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : ‘’Siapa yang ingin bebas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka hendaklah dia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat itu dan dia beriman kepada Allah dan hari akhirat.'’(Hadis Riwayat Muslim).

Keempat Belas : Menyebarkan salam, memberikan makan fakir miskin dan menjalin tali silaturahim serta solat malam (tahajjud).

Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwa Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : ‘’Wahai umat manusia, sebarkan salam, berilah makan (fakir miskin), jalinlah tali silaturahim, solat tahajudlah di saat manusia tidor, maka kalian akan masuk Syurga.'’ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan berkata hadis hasan sahih.) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

Kelima Belas : Berakhlak baik dan menjaga kehormatan diri.

Dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w.pernah ditanya mengenai hal apa yang paling banyak memasukkan manusi ke dalam Syurga, baginda menjawab : ‘’Taqwa kepada Allah dan berakhlak baik.'’(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban dalam shahihnya.)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan amalan Islam, berakhlak mulia dan sentiasa melaksanakan ketaatan kepada semua perintah Allah s.w.t dan menjauhi semua larangan-Nya. Jika kita beramal dan istiqamah dengan amal-amal soleh seperti yang dinyatakan di atas maka tidak ada tempat yang paling layak yang akan kita perolehi melainkan Syurga Allah s.w.t.

Sunday, October 31, 2010

Siapakah Tiga Golongan Penghuni Syurga?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tujuan tertinggi dari setiap Muslim dalam meniti hidup dan kehidupannya adalah meraih kemenangan besar di akhirat kelak dengan mendapatkan Syurga Allah s.w.t. yang penuh dengan kenikmatan tiada tara dan terselamatkan dari siksa Neraka yang sangat pedih.

Kemenangan besar yang diperolehi adalah kerana ketaatan seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Firman Allah s.w.t maksudnya :‘’Dan barangsiapa menta’ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'’
(Surah al-Ahzab ayat 71)

‘’Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’
(Surah Ali Imran ayat 185)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Penghuni Syurga itu terdiri dari tiga golongan, iaitu Penguasa yang adil dan disenangi, orang yang mempunyai sifat kasih sayang dan lunak hati kepada setiap sanak keluarga dan setiap muslim, serta orang miskin yang menjaga kehormatan dirinya sedangkan ia mempunyai keluarga.
( Hadis Riwayat Muslim )

Sahabat yang dimuliakan,
Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang termasuk salah satu daripada tiga golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w bahawa mereka akan menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi.

Tiga golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Penguasa yang adil dan di senangi.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.

Penguasa yang adil adalah penguasa yang melaksanakan ajaran Islam yang syumul dan sentiasa berhukum dengan hukum Allah s.w.t. Adil maksudnya "meletakkan sesuatu pada tempatnya". Jika seseorang  penguasa mengambil peraturan lain di dalam menentukan sesuatu perkara bermakna dia tidak adil kerana adil disisi Allah s.w.t adalah apa-apa yang diperintahkan oleh-Nya untuk dilaksanakan oleh manusia.

Allah akan memberikan tempat yang paling mulia bagi sesiapa yang berlaku adil semasa menjalankan pemerentahannya. Pemimpin yang adil juga akan berlaku adil terhadap semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih.

Kepimpinan adalah satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah dan manusia. Oleh itu sewajarnyalah ia tidak menjadi rebutan kecuali bagi orang yang benar-benar sanggup memikulnya.Jika keadilan ini mampu dilaksanakan oleh penguasa dan disenangi oleh rakyat maka ia akan termasuk golongan pertama akan di masukkan kedalam Syurga.

Kedua : Orang yang mempunyai sifat kasih sayang dan lunak hati kepada setiap sanak keluarga dan setiap muslim.

Islam menganjurkan untuk menghidupkan hati nurani agar senantiasa diliputi nur kasih sayang adalah dengan melakukan banyak silaturahmi kepada ahli keluarga dan orang-orang yang dilanda kesulitan, datang ke daerah terpencil, tengok saudara-saudara kita di rumah sakit, atau pula dengan selalu mengingat umat Islam yang sedang teraniaya di merata tempat.

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya :“Ketahuilah, maukah kukabarkan pada kalian tentang (sebagian sifat) penduduk Syurga?, semua yang lemah (tidak berdaya), dan rendah hati (berbuat seakan tak berdaya kerana rendah hati), jika mereka berdoa dengan bersumpah atas nama Allah, maka akan langsung dikabulkan, maukah kukabarkan kalian tentang (sebagian sifat) penduduk Neraka?, semua yang suka dengan pertengkaran, suka mengumpulkan harta namun susah mengeluarkannya (tamak akan harta dan kikir), dan menyombongkan diri”(Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ditanya, siapakah yang paling mulia diantara manusia?. Nabi s.a.w. menjawab yang bermaksud : "Setiap orang yang hatinya 'makhmum' dan lidahnya jujur."

Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang di maksudkan dengan hati 'makhmum'? Baginda menjawab, "Makhmum' ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau irihati padanya."

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari Qiyamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka."(Hadis Riwayat Tirmizi)

Orang-orang yang saling mencintai dan berkasih sayang, akan melihat rumah-rumahnya di Syurga begitu indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat. Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka?" Jawab Nabi s.a.w : "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah."

Ketiga : Orang miskin yang menjaga kehormatan dirinya sedangkan ia mempunyai keluarga.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”
(Hadis. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Di antara misi terpenting Islam, salah satunya membela, menyelamatkan, membebaskan, melindungi, dan memuliakan kelompok yang lemah dan menderita (dhuafa). Dalam sebuah hadits qudsi diriwayatkan bahwa Allah hanya menerima solat dari orang-orang yang menyayangi orang miskin, ibnu sabil, wanita yang ditinggalkan suaminya, dan yang menyayangi orang yang ditimpa musibah.

Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah s.w.t, “Tuhanku, di mana aku harus mencari-Mu”. Lalu Allah menjawab, “Carilah Aku di tengah-tengah mereka yang hancur hatinya”.

Ibnu Majah meriwayatkan dari hadis Abu Sa'idah al-Khudri r.a., bahwa Nabi s.a.w., pernah mengucapkan do'a, "Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin."

Nabi s.a.w., sangat memerhatikan dan menyayangi orang miskin. Hal ini tercermin dari do'a yang disampaikannya bahwa ia ingin hidup dan mati dalam keadaan miskin, perhatikanlah orang miskin karena do'a orang miskin dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Bahkan dalam Al-Qur'an surah al-Ma'un ayat 1 dan 2 maksudnya : "Tahukah kamu siapa orang yang mendustakan agama? Orang yang mendustakan agama adalah orang yang menghardik anak yatim dan tidak memberi makan orang miskin”.

Al-Qur'an sangat memerhatikan nasib orang miskin, sehingga Al-Qur'an mengisyaratkan bahwa orang yang tidak memerhatikan orang miskin adalah orang yang mendustakan agama. Ertinya, jika orang Muslim tidak menyayangi, memerhatikan, dan peduli terhadap nasib orang miskin, ia di hadapan Allah akan dikelompokkan kepada orang yang berdusta dan berbohong dalam beragama.

Rasulullah dalam membela kelompok masyarakat yang tertindas, selalu membangkitkan harga diri rakyat kecil dan dhuafa. Ia senantiasa bersama orang-orang lemah. Pada suatu hari para sahabat melihat Nabi sedang memperbaiki sandal anak yatim, lain kali menjahit baju janda tua yang miskin. Bila masuk masjid Rasul memilih kelompok orang miskin, dan di sanalah ia duduk. Digembirakannya mereka, dipeluknya, hingga kadang-kadang Rasulullah tertawa bersama mereka.

Sesungguhnya orang miskin yang sabar di atas kemiskinannya, redha dengan takdir Allah s.w.t dan sentiasa menjaga kehormatan diri tidak mencuri dan mengambil hak orang lain dan mendidik ahli keluarganya supaya sentiasa taat kepada Allah s.w.t maka golongan ini akan menjadi golongan ketiga yang akan menjadi penghuni Syurga

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita muhasabah diri kita sekarang ini adakah kita termasuk salah satu di antara tiga golongan penghuni Syurga yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w? Atau kita tidak memiliki ketiga-tiga ciri yang dinyatakan di atas?

Oleh itu marilah kita perbaiki diri kita dengan meninggalkan semua larangan Allah s.w.t dan melaksanakan suruhan-Nya dan berusaha agar termasuk salah satu dari golongan yg diatas. Berdo'alah dan mohonlah kepada Allah s.w.t semoga kita akan mendapat kebahagiaan yang kekal abdi iaitu memasuki Syurga-Nya seluas langit dan bumi.

_____

Saturday, October 30, 2010

Kaum Add Umat Nabi Hud a.s. Yang Di Binasakan.

Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,
ini ialah gambar emel dari suami , dikirim oleh sahabatnya. Ia menunjukkan rangka manusia yang dipercayai dari Kaum Aad, umat Nabi Hud As yang telah dibinasakan oleh ALLAH SWT kerana telah engkar dengan dakwah dan seruan Nabi Hud as. Mereka menjadi sombong dan berlagak kerana diciptakan oleh ALLAH swt dengan kelebihan berbadan besar, tinggi dan gagah. Kekuatan mereka dikatakan mampu mencabut pokok besar dengan akar – akarnya . Sesiapa yang ada maklumat tambahan silalah sharekan di sini.
Qaum-e-Aad

(Di ambil daripada Melurjelita.com)

  Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered skeletal remains of a human of henomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter , or in Arabic, ‘Rab-Ul-Khalee’.
The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created peole of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema’s of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton.
___________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________
  • Share/Bookmark

Punca Kehancuran Umat Islam

Assalammualaikum,
Kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca nota ini.Nota ini saya ambil dari bahan bacaan  untuk dikongsi bersama agar bermanfaat untuk kita semua dan saya berharap tidak akan timbul daripada mana sumber yang saya perolehi cerita ini.

Islam adalah agama yang sukakan kedamaian, Islam tidak menyuruh membunuh sesama Islam,malah Islam menyuruh supaya orang-orang Islam bersatu-padu dan menjadi sebagai sebuah negara contoh dan teladan pada negara yang bukan Islam. Sekiranya orang-orang Islam dapat menjadikan negara Islam sebagai negara contoh yang berlandaskan kepada cara pemerintahan Rasulullah s.a.w. maka Insya Allah satu hari nanti seluruh dunia akan menjadi negara Islam.

Tsauban r.a. berkata:"Telah bersabda Rasulullah s.a.w."'Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, aku dapat melihat bumi sebelah timur dan barat. Ssesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. kepadaku."

Sabda Rasulullah s.a.w. :"Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku telah mohon kepada Allah s.w.t.untuk membantu umatku supaya mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang dan aku telah memohon kepada Allah s.w.t.supaya mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka itu menjadi hancur luluh.

Lalu Allah s.w.t. berfirman: "Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu putusan maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku perkenankan do'amu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa  dengan musim susah yang panjang dan Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh,sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, melainkan bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian yang lain dan mereka saling tawan-menawan."

Hadis diatas ini sudah cukup kukuh untuk kita fikirkan kenapa negara Islam berperang sesama sendiri, kenapa Iraq menyerang Iran dan Iran menyerang Iraq. Kenapa Iraq menyerang Kuwait dan mengapa Arab Saudi, Mesir, Syria,Turki serta orang-orang kafir menyerang Iraq? .Malah negara Islam sendiri tidak membantu negara Islam yang dilanda peperangan oleh musuh Islam, contoh negara Mesir sanggup menutup pengkalannya daripada memberi laluan bantuan makanan dan perubatan di negara Palastin, mengapa ini semuanya terjadi?

Kalau orang Islam sendiri tidak membantu orang islam yang lain siapakah yang akan membantu? Jika orang Islam tidak menyerang antara satu dengan lain, bukankah yang akan bermegah adalah orang Islam sendiri? Apabila berlaku peperangan sesama Islam bukankah orang Islam sendiri yang rugi? Sebagai orang Islam kita rennung-renungkanlah mengapa perkara sebegini boleh terjadi,sedangkan Rasulullah s.a.w. berdo'a untuk kebaikan dan kesejahteraan umat-umatnya. Semoga kepada semua umat Islam diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t agar sentiasa menjadi umat Islam yang cermelang, gemilang dan terbilang........insya Allah.....Amin.

(Dipetik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Empat Wasiat Sayyidina Ali Kepada Orang Mukmin.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sayyidina Ali k.w.  berkata : "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :

1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t..

2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.

3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

4.Hendaklah orang yang alim berkata : 'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu"

Sayyidina Ali k.w. adalah sahabat Rasulullah s.a.w, yang cukup tinggi ilmunya. Setiap kata-katanya dan wasiatnya mengandungi pengajaran yang cukup baik dan berkesan. Wasiat tersebut perlu dijadikan panduan dan amalan.

Terdapat empat wasiat beliau, perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t..

Setiap Mukmin akan meletakkan pengharapan, pergantungan dan permohonan hanya kepada Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh diharapkan untuk memberi bantuan dan pertolongan. Kesemuanya akan tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (Surah Al-Ikhlas ayat 2)

Allah adalah tempat segala makhluk meletakkan pergantungan sepenuhnya. Bukan bersandarkan pada makhluk lain yang tak lain tak bukan merupakan ciptaanNya juga.

Dalam usaha untuk mendekatiNya dan mendapatkan cintaNya, tiada satu pun yang dapat menolong kita kecuali Allah yang Satu. Kita boleh berguru dan mendapatkan tunjuk ajar daripada orang lain, tapi kita kena ingat, soal hidayah adalah urusan Allah semata-mata.

Meletakkan pergantungan hanya pada Allah dalam urusan mengenali diri menjadikan kita menggunakan nikmat akal anugerahNya dengan sepenuhnya. Ini kerana kita menggunakan akal kita sepenuhnya untuk mengenali dan muhasabah diri kita sendiri. Menggunakan akal dengan waras dan pertimbangan yang bijak bermaksud kita telah meletakkan nafsu jauh di belakang. Pergantungan pada Allah sahaja dapat menyelamatkan kita dari pelbagai perkara yang tidak diingini.

Malahan datangnya pertolongan Allah itu bersyarat. Ia hanya akan datang kepada mereka yang sudah berusaha menolong agama-Nya. Allah berfirman maksudnya :  “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu,” (Surah Muhammad ayat 7)

Jadi jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama-Nya. Pertolongan Allah menuntut pengorbanan dan keikhlasan dalam bekerja melaksanakan amal Islami.

Kedua : Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.

Perasaan yang paling agung adalah ketakutan kepada Allah s.w.t.; takut akan siksaan dan kekuasaan-Nya. Allah s.w.t.berfirman maksudnya : "Oleh karena itu, hendaklah yang menyimpang dari perintahNya merasa takut akan ditimpa cobaan atau azab yang pedih. (Surah an-Nur ayat 63).

Diriwayatkan, Rasulullah saw. menemui seorang anak muda yang sedang menjelang ajalnya. Baginda bertanya,”Bagaimana engkau mendapati dirimu?”Anak muda itu menjawab,”Aku berharap kepada Allah, ya Rasulullah, dan takut akan dosa-dosaku.”

Baginda pun bersabda maksudnya : ”Keduanya tidak berkumpul pada hati seorang hamba di tempat ini melainkan Allah memberinya apa yang ia harapkan dan menenteramkannya dari apa yang ia takutkan.”

Sesiapa yang tidak merasai takut apabila melakukan dosa sebenarnya hatinya penuh dengan selaput hitam dan hati tersebut berpenyakit. Hati yang berpenyakit ini sudah tidak sensitif dan menjadi kebas dan akan membawa tuan punya diri semakin jauh dengan Allah dan hampir kepada siksaan-Nya.

Dari Abu Hurairah dikatakan bahwa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : ”Semua mata pada hari kiamat menangis kecuali mata yang berpaling dari hal-hal yang diharamkan Allah; mata yang terjaga di jalan Allah; mata yang seolah-olah akan keluar (dari kelopaknya) kerana begitu takutnya kepada Allah.”

At-Tirmidzi mengeluarkan hadis sahih dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : ”Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah sampai air susu kembali pada teteknya.”

Ketiga : Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke Syurga”.(Hadis Riwayat Muslim)

Bagi orang Islam Syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendaki. Maka mereka yang belajar ilmu sebelum mendapat ganjaran akhirat di dunia lagi dijanjikan dengan janji  sentiasa mendapat perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda maksudnya, “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.

Orang Mukmin tidak akan malu untuk menuntut ilmu kerana betapa besarnya manfaat dan pahala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t  kepada penuntut ilmu.

Walaupun kita ummat Islam disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.  Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah s.a.w. tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi. Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”.  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.  Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana Allah s.w.t. menyuruh hamba-hambaNya agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Keempat : Hendaklah orang yang alim berkata : 'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu'. "

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu secara langsung daripada manusia, tetapi mencabutnya dengan mencabut para ulama’. Sehingga apabila tidak ada lagi seorang ‘alim, masyarakat akan mengangkat ketua-ketua yang jahil maka ketika orang-orang ini ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu lalu mereka akan menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”. (Hadis Riwayat Muslim)

Orang alim atau ulama' perlulah jujur dalam dia menyampaikan ilmu yang dimiliki. Jika dia memang arif di dalam satu bidang nyatakan kebenaran ilmu tersebut tanpa disembunyikan. Tetapi jika dia kurang arif sesuatu hukum eloklah nyatakan dengan jelas bahawa dia kurang memahaminya dan minta masa untuk merujuk kepada alim ulama' yang lebih  mengetahui supaya jawapan sesuatu hukum akan dijawab dengan jelas dan dengan dalili-dalilnya sekali.

Ulama' dunia akan menyembunyikan sesuatu hukum yang melibatkan periuk nasinya dan terpaksa mendiamkan diri walaupun maksiat di hadapan matanya.Sikap ini amat dicela oleh Rasulullah s.w.t kerana ulama' adalah pewaris para Nabi s.a.w kedudukannya sungguh mulia dihari akhirat nanti apabila dia jujur dan ikhlas menyampaikan ilmu hak kepada orang ramai.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita renungkan dan hayati empat wasiat yang di berikan oleh Sayyidina Ali k.w. untuk panduan kita bersama . Beliau menjamin kita akan mendapat keuntungan yang besar disisi Allah s.w.t apabila dapat melaksanakan wasiat tersebut.

Friday, October 29, 2010

Konsep Perniagaan Dalam Islam

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

"Sesuatu itu menjadi wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya."

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:

Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.

Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifah Allah dimuka bumi dengan sebaik mungkin. Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita. Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.

Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam al-Quran, salah satu istilah yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)

Sahabat yang dimuliakan,
Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak.

Kebaikan-kebaikan terebut adalah seperti berikut :

1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di hari akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat.

3. Islam sangat menggalakkan kerjasama. Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama.

4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur tidak boleh berniaga.

5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Peniaga Muslim akan utamakan kehalalan sesuatu barang makanan dan tidak bercampur barang haram di dalamnya. Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.

6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang. Akan timbul pembaziran. Dalam Islam pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.

7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.

8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai kerenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula di atas kesyukuran mereka itu.

10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan. Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.

11. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat. Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan. Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek yang kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Peniaga yang sentiasa membaca dan memahami al-Quran akan menjadikan al-Quran sebagai imam dan pembimbing ke arah menjalankan aktiviti perniagaannya dengan penuh jujur, adil dan saksama. Al-Quran akan bertindak sebagai perisai bagi seorang peniaga daripada melakukan penipuan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain amalan yang dilarang syarak.

Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’ ayat 9)

Peniaga yang solatnya khusyuk akan tercegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti mana ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.

Sahabat yang dikasihi,
Jadikanlah perniagaan ini satu wasilah untuk kita membina kembali ekonomi umat Islam supaya dengan ini kita dapat membina semula kekuatan negara Islam yang akan mampu menandingi kekuatan orang-orang kafir untuk melaksanakan syariat Islam. Umat Islam tidak akan mudah dihina dan ditindas apabila kekuatan kebendaan dan ekonomi telah di miliki.

Kejatuhan Khalifah Islamiyah Turki adalah kerana umat Islam lemah daripada ekonomi dan tidak mampu untuk mempersiapkan diri dengan kekuatan ketenteraan dan persenjataan akhirnya orang-orang kafir dapat mengalahkan umat Islam dalam peperangan mengakibatkan  kejatuhan Khalifah Islamiyah dan negara Palestin diserahkan kepada bangsa Yahudi laknatullah.

Umat Islam dimana sahaja berada perlulah menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana 90% rezeki yang Allah s.w.t kurniakan adalah dalam bidang perniagaan. Bekerja makan gaji dan berpuas hati dengan gaji bulanan sebenarnya mematikan daya kreatif dan kurang bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Sahabat-sahabat Rasulullah ramai terdiri daripada ahli perniagaan yang berjaya dalam masa beberapa tahun saja dapat mengatasi kekuatan ekonomi kaum Yahudi di Madinah dan mampu memberi sumbangan yang besar kepada Daulah Islamiyah Madinah yang di bina oleh Rasulullah s.w.t. Dengan dana yang besar hasil sumbangan usahawan para sahabat yang di infakkan kepada Baitulmal mereka mampu membayai pentadbiran negara Islam Madinah dan mampu membiayai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan Islam keseluruh dunia.

 Salah satu daripada tujuh  golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat nanti adalah seorang dermawan (hasil daripada perniagaan) yang memberi sedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.  Dalam hadis yang lain juga mengatakan bahawa para dermawan yang ikhlas akan memasuki Syurga lebih awal daripada para syuhada dan ulama'.