Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w banyak menceritakan amalan-amalan seorang Mukmin di dunia ini yang akan dimasukkan kedalan Syurga. Dengan memahami ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w ini boleh memberi motivasi atau dorongan untuk kita terus beristiqamah melaksanakan amal soleh dan amal kebaikan demi mencari keredhaan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ‘’Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’ (Surah Ali-Imran ayat 185)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ‘’Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah di Syurga atau di Neraka. Maka bertanya seorang sahabat, ‘’Ya Rasulullah ! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal.'’
Jawab baginda : "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang bahagia, adalah kerana ia beramal dengan amalan orang yang berbahagia, dan orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang celaka adalah kerana ia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah ! Semua sarana telah disediakan.
Ada pun orang-orang bahagia, mereka dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan orang berbahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.
Kemudian baginda s.a.w. membaca ayat (al-Qur'an maksudnya): ‘’Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (Syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.'’ (Surah al-Lail ayat 5-10)'’
(Hadis Riwayat Muslim.)
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa amal soleh dan kebaikan penduduk Syurga yang dilaksanakan ketika di dunia iaitu :
Pertama : Bertaqwa kepada Allah.
Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah s.w.t. dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.
Sayyidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.
Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.
Kalau diambil pendapat sahabat Nabi s.a.w bernama Ubai bin Ka'ab bahawa taqwa itu adalah 'waspada dan berhati-hati'.
Allah berfirman maksudnya :‘’Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) Syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Rabbnya.'’ (Surah al-Qalam ayat 34).
Kedua : Beriman dan beramal dengan ikhlas serta sesuai dengan yang diajarkan Rasulullah s.a.w.
Firman Allahs.w.t maksudnya : ‘’Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam Syurga-syurga itu, mereka mengatakan:'’Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu'’. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.'’ (Surah al-Baqarah ayat 25)
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :(Setiap umatku masuk ke dalam Syurga kecuali yang enggan, para sahabat bertanya : ‘’Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah ?'’ Baginda s.a.w menjawab : ‘’Siapa yang ta`at kepadaku nescaya ia masuk Syurga, dan siapa yang bermaksiat (melanggar) kepadaku maka sesungguhnya dia lah orangnya yang enggan itu.'’ (Hadis Riwayat Bukhari)
Ketiga : Melaksanakan seluruh perintah Allah s.w.t. menjauhkan seluruh larangan-Nya dan melaksanakn hal-hal yang diwajibkan serta meninggalkan hal-hal yang diharamkan.
Dari Jabir katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Bagaimana pendapatmu, apabila aku telah melakukan solat wajib, dan berpuasa Ramadhan, aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan tidak kutambah yang demikian itu dengan yang lainnya, dapatkah aku masuk Syurga ? Jawab baginda : ‘’Ya, dapat !.'’ (Hadis Riwayat Muslim.
Keempat : Bertaubat dan memohon ampunan kepada Allah s.w.t. dari seluruh dosa dan kesalahan. Suka bersedekah, mampu menahan marah serta memiliki sifat pemaaf.
Allah berfirman maksudnya :‘’Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah . Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Rabb mereka dan Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.'’ (Surah Ali-Imran ayat 133-136).
Kelima : Berhijrah dari keburukan (jahiliyah) kepada kebaikan (Islam), serta berjihad dengan harta dan jiwa demi meninggikan kalimah Allah.
Firman Allah s.w.t maksudnya : ‘’Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapatkan kemenangan. Rabb mereka mengembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhan dan Syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.'’ (Surah at-Taubah ayat 20-22)
Keenam : Istiqamah dalam keta`atan dan bersungguh-sungguh dalam menjalankannya.
Firman Allahs.w.t maksudnya : ‘’Sesunguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘’Rabb kami ialah Allah'’, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. Mereka itulah penghuni - penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.'’(Surah al-Ahqaf ayat 13-14)
Ketujuh : Khusyuk dalam solat, meninggalkan perbuatan yang tidak berguna dan membayar zakat, menjaga kemaluan serta memelihara amanah.
Firman Allah s.w.t maksudnya : ‘’Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (ya’ni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.'’(Surah al-Mukminun ayat 1-11)
Diriwayatkan dari Imam Ahmad dan yang lainnya bahwa Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : (Sungguh telah diturunkan kepadaku 10 (sepuluh) ayat, maka barangsiapa yang melaksanakannya niscaya ia masuk Syurga kemudian Nabi s.a.w. membaca ‘’Qod aflahal mu`minun….'’ Al Ayat).
Kelapan : Menuntut ilmu syar`i yang sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah disertai dengan melaksanakan dalam kehidupan.
Dari Abu Umamah berkata : saya telah mendengar Rasulullah s.a.w.berkhutbah pada haji wadak maka baginda bersabda maksudnya : ‘’Barangsiapa meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalan baginya ke Syurga.'’ (Hadis Riwayat Muslim).
Kesembilan : Berwudhuk secara sempurna dan dilanjuti dengan membaca syahadatain setelah selesai berwudhuk.
Dari Umar bin Khaththab bahwa Nabi s.a.w bersabda maksudnya : ‘’Tidaklah salah satu diantara kalian yang berwudhuk, lalu disempurnakan wudhuknya itu, sesudah itu dia berucap : ‘’Asyhadu an la ilaha illallah, wa anna Muhammadan `abdullah wa rasuluhu (Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq untuk disembah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah seorang hamba dan rasul-Nya) melainkan dibukakan baginya 8 pintu Syurga yang dapat dimasukinya dari mana saja menurut kehendaknya.'’ (Hadis Riwayat Muslim).
Kesepuluh : Berterusan dalam melaksanakan solat nafilah (sunnat) sebelum maupun sesudah solat fardhu (sunnah rawatib ba`diyah dan qabliyah).
Dari Ummu Habibah r.ha. berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘’Siapa yang mengerjakan solat 12 raka`at sehari semalam, akan dibuatkan oleh Allah untuknya rumah di Syurga.'’(Hadis Riwayat Muslim).
(12 raka`at itu terdiri dari 4 raka`at sebelum solat Zuhur, 2 raka`at selepasnyanya, dan 2 raka`at selepas solat Magrib dan 2 raka`at selepas solat Isya, serta 2 raka`at sebelum solat Subuh sebagaimana hadid yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.)
Kesebelas : Membangun masjid semata-mata karena Allah s.w.t.
Nabi s.aw. bersabda maksudnya : ‘’Barangsiapa membangun masjid dalam rangka mencari keredhaan Allah semata, maka Allah akan membuatkan pula baginya rumah di Syurga.'’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Kedua Belas : Menyantuni dan memelihara anak yatim serta mengambil perhatian terhadap keperluan hidup mereka.
Dari Abu Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : ‘’Pengasuh anak yatim, baik yatimnya sendiri atau anak yatin orang lain dengan saya di Syurga seperti ini, sambil menunjukkan kedua jarinya, telunjuk dan jari tengah.'’ (Hadis Riwayat Muslim).
Ketiga Belas : Beriman kepada Allah s.w.t.dan hari akhirat dan berjasa kepada masyarakat (memenuhi keperluan mereka).
Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : ‘’Siapa yang ingin bebas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka hendaklah dia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat itu dan dia beriman kepada Allah dan hari akhirat.'’(Hadis Riwayat Muslim).
Keempat Belas : Menyebarkan salam, memberikan makan fakir miskin dan menjalin tali silaturahim serta solat malam (tahajjud).
Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwa Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : ‘’Wahai umat manusia, sebarkan salam, berilah makan (fakir miskin), jalinlah tali silaturahim, solat tahajudlah di saat manusia tidor, maka kalian akan masuk Syurga.'’ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan berkata hadis hasan sahih.) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)
Kelima Belas : Berakhlak baik dan menjaga kehormatan diri.
Dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w.pernah ditanya mengenai hal apa yang paling banyak memasukkan manusi ke dalam Syurga, baginda menjawab : ‘’Taqwa kepada Allah dan berakhlak baik.'’(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban dalam shahihnya.)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan amalan Islam, berakhlak mulia dan sentiasa melaksanakan ketaatan kepada semua perintah Allah s.w.t dan menjauhi semua larangan-Nya. Jika kita beramal dan istiqamah dengan amal-amal soleh seperti yang dinyatakan di atas maka tidak ada tempat yang paling layak yang akan kita perolehi melainkan Syurga Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment