Friday, February 8, 2013

Cetusan Hati Di Hari Lahirku Tahun 2013


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masa terus berjalan, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Tidak ku sedari umurku meniti ke alam senja. Doa ku terima "selamat panjang umur" hakikat sebenarnya setiap kali kusambut hari kelahiranku ini petanda umurku semakin berkurangan.

Alangkah bahagianya sekiranya bertambah saja usiaku maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Alangkah ruginya  jika tahun bertambah, umur  meningkat tetapi pada masa yang sama bertambah pula dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT?. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Bilaku perhatikan, sesungguhnya..amal solehku, ibadahku, solatku, zikirku, sedekahku, jihadku, dakwahku dan pengorbananku untuk jalan Allah masih terlalu sedikit. Masih banyak amanah dan tugas yang dipikulkan kebahuku masih belum mampu ku laksanakan. Selagi muka bumi Allah SWT ini masih ada orang melakukan maksiat dan dosa selama itulah dakwah dan tarbiah tidak boleh ditinggalkan.

Hatiku rasa sedih bilaku lihat ramai remaja dan pemuda seagama denganku terlibat dengan gejala sosial, hidup berpoya-poya dengan maksiat sedangkan aku tidak mampu mengajak mereka untuk menjadi pemuda dan pemudi beriman dan bertakwa. Sedangkan mereka semua adalah aset penting negara untuk masa hadapan. Hancurnya sebuah negara dan tamadun apabila hancur pemuda dan pemudinya.

Bilaku lihat ramai wanita Islam berpakaian samaada remaja atau dewasa tidak menutup aurat, bergaul bebas dan seronok dengan hiburan dan berpeleseran dipusat membeli belah hatiku berkata-kata , "kenapakah mereka tidak takut kepada kemurkaan Allah dan lupa bahawa hidup di dunia ini adalah sementara belaka dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi" Siapakah yang mampu untuk menyedarkan mereka? Di mana ayah dan ibu mereka dan dimanakah para suami-suamai mereka yang membiarkan isteri-isteri mereka mendedahkan aurat!

Bilaku lihat dalam masyarakat umat Islam berlaku persengkitaan, berpecah belah dan saling tuduh menuduh dan fitnah memfitnah, dapatlah ku rasakan bahawa rahmat dan keberkataan hidup telah ditarik balik oleh Allah SWT kerana mereka meningglkan dakwah dan ajaran Islam. Mereka mengutamakan harta benda, pangkat dan kuasa melebihi ukhwah dan kasih sayang dan mereka telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

Ku harapkan doa sahabat-sahabat semua untuk kebahgiaanku di dunia dan akhirat dan aku juga mendoakan kalian semua  sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur dengan melakukan kebaikan dan di kurniakan rezeki yang halal dan berkat dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Doa sahabat yang berjauhan mustajab di sisi Allah SWT. Semoga kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya seluas langit dan bumi dengan penuh kenikmatan.Salah satu syafaat di hari akhirat adalah syafaat sahabat kepada sahabatnya yang lain untuk memasuki syurga. Semoga aku terpilih untuk mendapat syafaat daripada kalian.

Di dalam al-Quran dinukilkan doa orang mukmin yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kebaikan :: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah al-Ahqaf ayat 15)

Di dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa "Apabila umurnya mencecah 50 tahun , Allah akan meringankan dosa-dosanya.."

Aku harap aku termasuk dikalangan mereka yang terpilih sebagaimana hadis ini.

Daripada Abdullah ibn Abu Bakar as-Siddiq radiyallahhu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang bermaksud): “Apabila umur seseorang muslim telah mencecah 40 tahun, Allah akan menjauhkan daripadanya 3 jenis bala: gila,kusta dan sopak. Apabila umurnya mencecah 50 tahun, Allah akan meringankan dosa-dosanya. Apabila sampai 60 tahun Allah akan mengurniakan taubat padanya. Apabila sampai umurnya 70 tahun, para malaikat di langit akan mengasihinya. Apabila umurnya 80 tahun ditetapkan segala kebaikannya dan dihapuskan segala kejahatanya. Apabila umurnya mencecah 90 tahun, diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, dia dinamakan tawanan Allah di muka bumi serta dia akan mensyafaatkan ahli keluarganya.”


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangannya.Jazakumullahu khairan
di atas doa dan ucapan selamat yang kalian berikan kepadaku hanya Allah SWT sahaja yang akan dapat membalasnya dengan dikurniakan kebaikan pula kepada kalian semua. Amin.


Memilih Wanita Solehah Sebagai Isteri Adalah Di Tuntut Oleh Islam.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk mendapatkan anak-anak (zuriat) yang soleh dan solehah, tindakan paling awal yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin adalah memilih pasangan hidup (isteri) yang beriman dan bertakwa dan baik agamanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :"Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi- hadis sahih) 

Maksudnya wanita yang dipilih menjadi isterinya adalah wanita yang baik akhlak dan keperibadiannya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut.

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yang elok akhlak dan agamanya sebagamana Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Maka beruntunglah orang yang memilih wanita yang beragama."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabdanya lagi yang bermaksud : "Apabila datang seorang lelaki yang elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dengan dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yang besar akan berlaku."(Hadis Riwayat Tirmidzi-hasan sahih)

Ciri-ciri  isteri yang solehah adalah sepertimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yang solehah. Apabila suaminya pandang dia akan rasa gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya."
(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Untuk lelaki yang masih bujang seeloknya hendaklah dia memilih anak dara sebagai calun isterinya. Jabir berkata: "Aku berkahwin dengan seorang wanita; lalu aku berjumpa dengan Nabi SAW. Nabi SAW  bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi SAW bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yang mana kamu berseronok dengan dia dan dia berseronok denganmu."(Hadis Riwayat Muslim) 

Ini bukan bermakna berkahwin dengan janda tidak boleh mendatangkan kebahagiaan dan suami-isteri dan tidak boleh bergurau senda. Tetapi saranan Nabi SAW adalah ditujukan kepada sahabat tersebut (untuk kali pertama berkahwin ) supaya beliau dapat bermesra dan bermanja dengan anak dara yang belum mempunyai tanggungan anak berbanding dengan janda biasanya janda mempunyai anak daripada suaminya yang lama samaada cerai hidup atau pun cerai mati.

Berbeza pula jika lelaki tersebut adalah duda dan mempunyai anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya yang lama maka berkahwin dengan anak dara atau janda tidak menjadi halangan.

Sahabat yang dimuliakan,
Lelaki juga hendaklah memilih wanita yang penyayang dan mampu melahirkan anak yang ramai. Nabi SAW bersabda maksudnya :"Hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang boleh melahirkan ramai anak dan wanita yang penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya ummatku"(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan.  Seorang lelaki memberitahu Nabi SAW bahawa dia hendak kahwin. Rasulullah SAW bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi SAW bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hadis Riwayat Muslim) 

Imam Nawawi berkata : "Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya. 

Ulama mazhab Syafie berkata: "Sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yang dipercayai untuk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan. Sebaik-baiknya menghantar seseorang untuk merisik pasangan seperti mana Nabi SAW menghantar Ummu Sulaim untuk merisik seorang wanita. (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim- sahih) 

Seeloknya minta pertolongan dan berbincang dengan orang alim atau orang soleh mengenai pemilihan jodoh seperti mana Nabi SAW telah meminang wanita Ansar bagi pihak Julaibib.
(Hadis Riwayat Ahmad-sahih) 

Nabi SAW telah memberitahu kepada Fatimah binti Qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid, baginda bersabda maksudnya : "Adapun Muawiyah adalah lelaki yang faqir tidak ada duit, Abu Jaham pula seorang yang banyak memukul wanita dan Usamah la yang perlu engkau pilih." 

Fatimah berkata "Aku berkahwin dengan Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hadis Riwayat Ahmad) 

Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian sedang berusaha untuk mencari jodoh pilih dan carilah wanita solehah yang menutup aurat, memiliki akhlak yang mulia, lemah lembut dan mempunyai sifat pengasih dan penyayang. Jauhi wanita yang keras hati, bengis , garang dan tidak menjaga akhlak dan keperibadian dirinya. Janganlah kalian utamakan hanya kecantikan dirinya kerana kecantikan itu tidak akan kekal lama, bila bertambah usia maka kecantikan akan hilang dan wajah akan berkedut . Wanita yang beriman dan bertakwa semakin meningkat usia maka iman dan takwanya akan meningkat dan bertambah. Di sinilah perlunya meletakkan nilai agama dan akhlak mengatasi nilai-nilai yang lain. 

Wanita yang solehah akan menasihatkan suami supaya taat dan patuh kepada perintah Allah SWT , sedangkan wanita yang kurang kesolehannya akan mendorong suaminya supaya mencintai dunia dan perhiasan yang sementara. 


Cubalah pilih yang terbaik mengikut ape yang Islam telah gariskan. Bincanglah dengan baik dengan orang-orang yang dipercayai, guru, orang alim dan Ibu Bapa. Banyakkan solat Istikharah dan solat hajat. Mudah-mudahan mendapat pasangan yang terbaik.
Jika kalian memilih jodoh mengikut sunah yang dibawa oleh Rasulullah SAW maka kalian akan selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT :

ّقُلْ Ű„ِن كُنŰȘُمْ ŰȘُŰ­ِŰšُّونَ Ű§Ù„Ù„َّهَ فَۧŰȘَّŰšِŰčُونِي يُŰ­ْŰšِŰšْكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَيَŰșْفِ۱ْ لَكُمْ ۰ُنُÙˆŰšَكُمْ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ ŰșَفُÙˆŰ±ٌ ۱َّŰ­ِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran ayat 31).




Wednesday, February 6, 2013

Islam Membenarkan Lelaki Berpoligami Adalah Untuk Kebaikan Dunia Dan Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita memperkatakan hikmah dan kebaikan berpoligami mungkin kita hanya memfokuskan kebaikannya hanya di dalam kehidupan di dunia sahaja.Tetapi kebaikan yang lebih besar adalah kebaikan yang dikurniakan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Nabi SAW adalah contoh utama kita di dunia dan akhirat dan sunnah baginda adalah amalan yang terbaik yang sepatutnya menjadi ikutan dan amalan umat Islam keseluruhannya. Tidak boleh sesiapa dikalangan umat Islam boleh mempertikaikan dan menolak sunnah dan amalan kehidupan baginda SAW.

Berpoligami adalah sunnah Rasulullah SAW dan baginda  berpoligami sehingga sembilan orang isteri ini adalah khusus untuk baginda sahaja dan umatnya dibenarkan oleh Allah SWT paling ramai setakat empat sahaja. Samaada baginda mengawini anak dara atau janda itu soal kedua kerana yang penting berpoligaminya Nabi SAW adalah utuk kebaikan para isteri baginda di hari akhirat. Wanita yang mengawini orang lain belum pasti memasuki syurga tetapi wanita yang mengawini Nabi SAW adalah pasti menjadi penghuni syurga.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(Surah An-Nisaa' Ayat 3)

Setiap ayat Allah SWT pasti mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia. Allah SWT membenarkan lelaki muslim yang berkemampun perlu untuk berpoligami samaada dua, tiga atau empat. Hanya mereka yang tidak berkemampun sahaja kekal untuk seorang isteri sahaja. Jika Allah SWT lebih menyukai hamba-hamba-Nya hanya seorang isteri maka dalam ayat di atas akan dimulakan dengan seorang isteri terlebih dahulu, tetapi ayat diatas di mulakan dangan perkataan 2,3, dan 4 dahulu baru diakhir ayat mengatakan 1 (seorang isteri). Ini menunjukkan ada hikmah yang tersirat dan tersurat yang mana Allah SWT lebih mengetahui kebaikan para hamba-Nya samaada di dunia dan akhirat.

Sahabat yang dimuliakan,Jika dikaji beberapa hadis-hadis Nabi SAW bolehlah kita menceduk hikmah berpoligami menurut kacamata Islam.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.Sabda Nabi SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Hadis Riwayat Ahmad)

Ini menjelaskan kepada kita bahawa berkahwin adalah satu cara untuk mendapatkan keturunan. Berkahwin seorang tidak sama dengan berkahwin 2,3, atau 4 darisegi bilangan umat baginda di hari akhirat. Semakin ramai seseorang berkahwin secara logiknya maka akan bertambah ramai ahli keluarganya sebagai umat Rasulullah SAW.
Mengikut sirah sahabat-sahabat Rasulullah SAW ramai yang berpoligami adalah bertujuan untuk meramaikan umat Islam dihari akhirat nanti seperti saranan baginda. Maksudnya keturunannya akan ramai bersambung menyambung hingga ke hari kiamat. Jika seorang berkahwin dua maka ada dua saluran keturunannya hingga kehari kiamat begitu juga jika berpoligami empat isteri dia akan memiliki empat saluran keturunan yang bersambung sehingga kehari kiamat. Jika ada dikalangan ahli keluarganya yang ramai itu dapat memasuki syurga maka mereka boleh saling bantu membantu memberi syafaat di antara satu sama lain. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh mereka yang berkahwin seorang sahaja.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh  memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya  maka itu lebih utama.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)

Seorang yang soleh dan bertakwa boleh memberi syafaat kepada ahli keluarganya yang lain. Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


Nabi Adam a.s adalah seorang nabi yang mempunyai keluarga yang cukup besar iaitu semua umat manusia akan menjadi keluarganya yang besar bermula daripada anak-anaknya hingga manusia yang hidup semasa berlakunya hari kiamat.
Firman Allah SWT maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (Surah al-Tur ayat 21)


Ayat di atas secara jelas menjelaskan bahawa Allah SWT akan pertemukan diantara bapa dan anak cucu dan cicitnya dan keturunannya di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan keluarga dan keturunan mereka sebagai salah satu bentuk nikmat dan hiburan kepada mereka.

Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka dan doa cucu-cicit dan keturunan mereka begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh  ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).Walaubagaimanapun nikmat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.
Di syurga seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri akan memiliki seorang ketua bidadari dan 72 orang bidadari.


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Bagi lelaki yang mempunyai 4 orang isteri dia akan memiliki 4 orang ketua bidadari dan 72 bidadari untuk setiap isteri-isterinya. 


Keseronokan disyurga bukan sahaja memiliki ketua bidadari dan bidadari-bidadari tetapi keseronokkan juga kerana mempunyai keturunan yang ramai dan ini akan lebih menambahkan kenikmatan berkomunikasi dan berinteraksi dan berhibur sesama keturunan mereka.

Sahabat yang dikasihi,Pahala yang besar juga akan diperolehi kepada orang mukmin yang berpoligami semata-mata kerana Allah SWT, berhajat mendidik isteri-isterinya menjadi isteri yang solehah dan berhajat memiliki keturunan yang besar dan beriman  yang akan dapat saling memberi syafaat dan tolong menolong di hari akhirat nanti.

Amat malang bagi seorang lelaki yang berkahwin seorang isteri tetapi isterinya tidak menutup aurat, berhias untuk lelaki lain dan sering tidak mensyukuri rezeki suaminya dan hanya mementingkan kepentingan duniawi semata-mata. Anak-anaknya pula tidak soleh dan solehah kerana tidak ada didikan agama daripada seorang ayah dan ibu.

Wanita yang solehah yang memahami bahawa haknya tidak akan berkurangan di hari akhirat nanti jika suaminya berpoligami semasa di dunia dan kerana anak-anak daripada isteri-isteri yang lain jika beriman dan bertakwa dan dipilih memasuki syurga akan dapat memberi syafaat dan membantu ahli keluarganya yang lain termasuk ibu-ibu tirinya untuk memasuki syurga. Keistimewaan ini tidak dimiliki wanita yang bujang tak mahu berkahwin atau wanita yang tidak membenarkan suaminya berpoligami walaupun berkemampuan.

Sahabat yang dihormati,Berpoligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan di dunia dan akhirat, dan memudahkan bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan.

Hikmah berpoligami ini adalah menjadi amalan sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana sebahagian besar sahabat-sahabat berpoligami dan sebahagian kecil saja yang tidak berpoligami. Amalan ini juga diamalkan oleh ulama-ulama Islam dan orang-orang soleh sepanjang sejarah. 

Akhirkata sebelum kalian ingin berpoligami pastikan kalian mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin dan mampu berlaku adil kepada isteri-isteri kalian, perlu diingat kalian akan jalan tempang sebelah kaki dihari akhirat nanti jika kalian tidak dapat berlaku adil, kerana sifat adil adalah paling hampir dengan sifat takwa. 


Tetapi jika kalian berpoligami menurut syariat Islam dan kalian terdiri daripada orang yang bertakwa maka kalian akan memasuki syurga yang penuh kenikmatan dan berbahagia bersama-sama isteri-isteri kalian (ketua bidadari) dan bidadari-bidadari bermata jeli dan keturunan kalian di syurga nanti. Wallahualam.

Tuesday, February 5, 2013

Persiapkan Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW telah di pelihatkan oleh Allah SWT seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW  berhenti.

Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Lalu berkata  Jibrail kepada baginda : "Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua."

Alangkah ruginya kita apabila masa hidup di dunia telah diberikan peluang oleh Allah SWT kita mensia-siakan  umur kita berlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak menggunakan sepenuhnya untuk menfaat kehidupan dihari akhirat nanti.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Nabi SAW mengajarkan kepada kita doa : "Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika"

Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” (Hadis riwayat Ibnus Sunny)

Perbanyakkan 5 amalan sebagai bekalan sebelum kita dijemput oleh Allah SWT  sebagai ikhtiar kita semasa hidup di dunia ini .

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : “Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.” (Surah al-Munafiqqun ayat 10)

Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Semasa Israk dan Mikraj baginda diperlihatkan : "Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : 'Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.' ."

Kedua : Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Al-Mujaadilah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu fardu kifayah yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredai Allah SWT. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut fardu ain iaitu  ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syarak.

Ilmu yang dimiliki perlu disampaikan dan disebarkan kepada semua manusia supaya dapat dimanfaatkan dan sebagai saham dan pahala yang berterusan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya" (Hadith Riwayat Muslim)

Istiqamah secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu muslim terhadap ilmu yang dimilikinya.  Firman-Nya yang tafsirnya: "Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."(Surah Al Hajj ayat 54).

Ketiga : Memperbanykkan berzikir kepada Allah SWT.

Orang-orang mukmin, menganggap bahawa hidup didunia ini hanya sementara dan diakhiratlah tempat yang kekal abadi. Mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa berzikir supaya hati mereka akan menjadi tenang dan tenteram dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar dari Allah SWT

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 28).

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
”Tidak duduk satu jemaah mengucap zikrullah, melainkan (di tempat itu) telah di kelilingi malaikat-malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Semasa Mikraj Nabi SAW naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH . Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Keempat : Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman maksudnya : “Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadits Riwayat Turmudzi).

Kelima : Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Sahabat yang dikasihi Allah,
Marilah sama-sama kita beramal dengan beramal dengan amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala dosa dan larangan-Nya, dan perbanyakkan 5 amalan yang dinyatakan di atas sebagai bekalan dan persiapan kita menghadapi hari yang tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita ketika itu  melainkan amalan yang kita bawa bersama dengan  ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Amalkanlah doa yang sering di amalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab. Beliau pernah berdoa kepada Allah SWT : "Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Monday, February 4, 2013

Doa Nabi Daud a.s. Empat Untuk Kebaikan dan Empat Mohon Perlindungan Allah SWT




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Walaupun seorang Nabi itu adalah maksum (tidak berdosa) tetapi Nabi Daud a.s tetap berdoa memohon kebaikan dan memohon dilindungi Allah SWT daripada kejahatan.

Doa Nabi Daud alaihis salam maksudnya: “Ya Allah aku mohon KepadaMu empat perkara dan aku berlindung kepadaMu daripada empat perkara.....Aku mohon kepadaMu lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur,badan yang sabar dan isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku . Aku berlindung kepadaMu daripada empat perkara; Aku berlindung daripada anak yang menguasai aku, daripada isteri yang menyegerakan aku beruban sebelum waktunya, daripada harta yang membahayakan aku,dan daripada tetangga, yang bila melihat kebaikanku ditutupi, bila melihat keburukanku disebarkannya”.

Berdasarkan doa di atas Nabi Daud a.s. memohon kepada Allah SWT empat perkara :

1. Lidah yang sentiasa berzikir.
2. Hati yang sentiasa bersyukur.
3. Badan yang sabar.
4. Isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.

Nabi Daud a.s. juga memohon perlindungan daripada Allah SWT empat perkara :

1. Berlindung daripada anak yang menguasaiku.
2. Isteri yang menyegerakan aku beruban sebelum waktunya.
3. Harta yang membahayakan aku.
4. Tetangga yang bila melihat kebaiakku ditutupi, bila melihat keburukanku disebarkannya.

Huraiannya :

Memohon kepada Allah SWT empat perkara :

1. Lidah yang sentiasa berzikir.

Firman Allah SWT maksudnya, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (Surah an-Nisa' ayat 103)

Firman Allah SWT maksudnya, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab ayat 41-42)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

2. Hati yang sentiasa bersyukur.

Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah SWT membalasnya dengan melimpahkan nikmat yg lebih baik.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152). 

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.

3. Badan yang sabar.

Bersabar di atas menjaga semua anggota badan (menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan kemaluan) supaya tidak melakukan maksiat adalah amalan mulia di sisi Allah SWT. 

 Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah SWT.?

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
(Surah Ali Imran ayat 146)

Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan. Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik.

4. Isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebenciannya ditinggalkan. Isteri yang solehah akan membantu dan menasihatkan suami kepada sentiasa mentaati Allah SWT .

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Memohon perlindungan daripada Allah SWT empat perkara :

1. Berlindung daripada anak yang menguasaiku.

Mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada memiliki anak yang derhaka , tidak beradab sopan dan suka menyakiti hati kedua ibu bapanya. Anak derhaka tidak akan cium bau syurga.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :" Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang” (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Imam Bukhari )

2. Isteri yang menyegerakan aku beruban sebelum waktunya.

Isteri yang tidak solehah akan sentiasa menyakiti hati suaminya, suka meminta berlebih-lebihan kepada suami yang tidak mampu hingga suami menjadi stress dan beruban rambut sebelum sampai waktunya.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya." 

Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.

3. Harta yang membahayakan aku.

Harta dunia boleh jadi membawa kebaikan dunia dan akhirat ataupun harta tersebut akan menjadi penyebab tuannya masuk neraka. Harta yang membahayakan adalah harta yang diperolehi daripada sumber yang haram, harta yang menyebabkan seseorang itu menjadi cinta dunia dan melupakan kehidupan di hari akhirat dan harta yang tidak ada keberkatan kerana diperolehi daripada jalan yang haram.

Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga. Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)

4. Tetangga yang bila melihat kebaikanku ditutupi, bila melihat keburukanku disebarkannya.

Seburuk-buruk tetangga (jiran) adalah tetangga yang menutup kebaikan kita dan sukakan mendedahkan aib kita kepada orang lain.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(Hadis sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

Sahabat yang dikasihi,
Amalakanlah doa tersebut kerana ianya mengandungi doa permohonan kebaikan dan doa memohon perlindungan daripada kejahatan makhluk. Jika Allah SWT memberi kebahagiaan dan kejayaan maka banyakkan bersyukur begitu juga jika di beri ujian maka banyakkan bersabar kerana kesabaran itu akan membawa kebaikan dan pahala.

Selain daripada doa di atas terdapat lagi satu doa Nabi Daud a.s yang baik untuk kita amalkan : 

“Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang mencintaiMU dan kecintaan pada amal yang menghantarku untuk meraih cintaiMU. Ya Allah, jadikanlah cintaMU sebagai sesuatu yang paling aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.” (Hadis riwayat Termizi )




Sunday, February 3, 2013

Jauhi Sifat Dan Amalan Orang Munafik


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Bermulanya sejarah dan munculnya orang-orang munafik yang pertama di kalangan umat Islam ialah setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berhijrah ke Madinah.  Semasa di Mekkah (zaman Mekkah) tidak wujud orang munafik sama ada secara individu atau kelompok, kerana hanya ada dua golongan sahaja semasa Nabi SAW menyebarkan dakwah Islamiah di Mekkah, iaitu:

Pertama:  Golongan kaum muslimin yang kebanyakannya merahsiakan keimanan mereka demi untuk menyelamatkan Islam, iman dan dirinya dari tindakan orang-orang kuffar (musyrikin).

Kedua:  Golongan atau kaum kuffar musyrikin yang kuat penentangannya terhadap orang-orang yang beriman.

Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Sallul yang menjadi ketua kabilah Kahzrah.  Beliau telah dicadangkan akan dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga menggagalkan rancangannya menguasai Madinah.  

Apakah maksud nifak? Maksud nifak adalah : "Menampakkan dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan) lawannya".

Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan nifak ialah Imam Ibn Kathir rahimahullah.    Menurut beliau nifak ialah:

 Ű§ِŰžْهَۧ۱ُ Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ وَِۧŰłْ۱َۧ۱ُ Ű§Ù„ŰŽَّ۱ِّ

"Melahirkan yang baik dan menyembunyikan (merahsiakan) yang buruk. (Tafsir  Ibn Kathir.  1/76.)

Ibn Juraij rahimahullah pula mendefinisikan nifak sebagai:

Ű§Ù„Ù…Ù†Ű§ÙÙ‚ ÙŠŰźŰ§Ù„Ù قوله فŰčله ÙˆŰłŰ±Ù‡ ŰčÙ„Ű§Ù†ÙŠŰȘه ÙˆÙ…ŰŻŰźÙ„Ù‡ Ù…ŰźŰ±ŰŹÙ‡ ÙˆÙ…ŰŽÙ‡ŰŻÙ‡ مŰșÙŠŰšÙ‡

"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan perbuatannya, yang dirahsiakan dengan yang berterang-terangan, yang di dalam (hati)nya dengan luarannya dan yang dipersaksikannya dengan yang disembunyikannya".

Menurut pendefinisian Imam Ibn Qaiyim rahimahullah pula bahawa nifak ialah:

"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya.  Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia.  Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat kerosakan". (hlm. 15.  Al-Maktabah al-Islami.  Cetakan ke 4. Beirut. Ibn Qaiym al-Jauzi.)

Menurut Ibn Qaiyim nifak itu terbagi dua:

Pertama:  Nifak Akbar, "Nifak Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan pelakunya jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam neraka. Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka yang paling terbawah (kerak neraka).

Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah: “Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan)”.

Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:

1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sama ada sebahagian atau keseluruhannya.  Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih (as-sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sahaja.

2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.  Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina akhlak Islamiah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla seperti hudud dan qisas yang alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.

3. Membenci Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau hasutan.  Seperti menuduh bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai seorang yang sayhwani

4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan  senang dengan kemenangan kuffar atau menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi umat dan Daulah Islamiyah.

5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaih Wasallam atau menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:

        ۱ََۧيْŰȘَ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ يَŰ”ُŰŻُّوْنَ Űčَنْكَ Ű”ُŰŻُوْŰŻًۧ

Malsudnya : “Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya”. (Surah an-Nisaa ayat 61)

Kedua:  Nifak Asghar "Nifak kecil" atau nifak amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara.  

Rasulullah bersabda:

ŰąÙŠَŰ©ُ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِ َۧ۱ْŰšَŰčٌ : ِۧ۰َۧ Ű­َŰŻَّŰ«َ كَ۰َŰšَ وَِۧ۰َۧ وَŰčَŰŻَ َۧŰźْلَفَ وَِۧ۰َۧ Űźَۧ۔َمَ فَŰŹَ۱َ وَِۧ۰َۧ ŰčَŰ§Ù‡َŰŻَ ŰșَŰŻَ۱َ

Maksudnya : "Tanda-tanda munafik itu empat:  Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia berkhianat".

Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:

1. Apabila berkata dia berdusta :

Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alihi Wassalam:

           ÙˆَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ يَŰŽْهَŰŻُ ِۧنَّ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ لَكَۧ۰ِŰšُوْنَ

Maksudnya : “Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar orang pendusta (pembohong)”. (Surau  al-Munafiqun, 63 ayat 1.

Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah kepada neraka.  Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai pendusta.

2. Jika ia berjanji tidak menepatinya.

Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

وَِۧ۰َۧ وَŰčَŰŻَ َۧŰźْلَفَ

Maksudnya : "Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya" 

3. Apabila bertengkar ia berlaku curang.

Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiah apabila berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan dengan segala kebohongan dan penipuan. 
Bila bertengkar dia selalu "menegakkan benang basah" dan sering menggunakan perkataan kasar, kesat, sindiran dan suka menghina orang lain.

 4. Apabila berjanji (diberi amanah) dia berkhianat.

Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari melakukan pengkhianatan:

وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰźِنُ مَنْ ŰźَŰ§Ù†َكَ

Maksudnya : "Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"

Orang munafik suka menipu sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

ِۧنَّ Ű§Ù„ْŰșَۧۯِ۱َ يُنْŰ”َŰšُ لَهُ لِوَۧۥٌ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ فَيُقَŰ§Ù„ُ : هَ۰ِهِ ŰșَŰŻْ۱َŰ©ُ فَÙ„Ű§َنِ Űšْنِ فُÙ„Ű§َنٍ

Maksudnya : "Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan  si Fulan anak si Fulan". (Hadis Riwayat Bukhari (5710) Al-Adab.)

Allah SWT mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit nifak dengan azab yang amat pedih iaitu dengan api neraka Jahanam sebagaimana firmanNya:

ŰšَŰŽِّ۱ِ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ Űšَِۧنَّ لَهُمْ Űčَ۰ًَۧۚۧ َۧلِيْمًۧ

Maksudnya : “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih”. (Surah an-Nisa ayat 138.

Firman-Nya :

ِۧنَّ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ فِى Ű§Ù„ŰŻَّ۱ْكِ Ű§Ù„Ű§َŰłْفَلِ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka”. (Surah an-Nisa ayat 145)

Firman-Nya lagi :

ِۧنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ŰŹَŰ§Ù…ِŰčُ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ وَŰ§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ِيْنَ فِى ŰŹَهَنَّمَ ŰŹَمِيْŰčًۧ

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”. (Surah an-Nisa ayat 140)

Allah SWT memberi ancaman sebagaimana firman-Nya : 

وَŰčَŰŻَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ وَŰ§Ù„ْمُنَŰ§ÙِقَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْكُفَّۧ۱َ نَۧ۱َ ŰŹَهَنَّمَ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِيْنَ فِيْهَۧ هِيَ Ű­َŰłْŰšُهُمْ ، وَلَŰčَنَهُمُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَلَهُمْ Űčَ۰ٌَۧۚ مُّقِيْمِ

Maksudnya : “Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahanam.  Mereka kekal di dalamnya.  Cukuplah neraka itu bagi mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal”. 
(Surah at-Taubah ayat 68.)

Firman Allah SWT :

لِيُŰčَ۰ِّŰšَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِيْنَ وَŰ§Ù„ْمُنَŰ§ÙِقَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْمُŰŽْ۱ِكِيْنَ وَŰ§Ù„ْمُŰŽْ۱ِكَۧŰȘِ وَيَŰȘُوْŰšَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَى Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِيْنَ وَŰ§Ù„ْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űșَفُوْ۱ًۧ ۱َŰ­ِيْمًۧ

Maksudnya : “Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan.  Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah al-Ahzab ayat 73)

Sahabat yang dihormati,
Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun dan mengerikan gambaran seksa dan azab api neraka Jahanam yang pedih yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran.   Semuanya (azab yang pedih) itu telah disediakan oleh Allah SWT di akhirat untuk golongan munafik.  Allah SWT tidak akan mungkir janji, orang-orang munafik pasti akan celaka di dunia dan di akhirat akan mendapat azab yang pedih.

Bagaimana kita hendak mengenali golongan munafik ini?

Kita boleh mengenali golongan munafik di dalam masyarakat kita dengan melihat percakapan, perbuatan dan penulisan mereka. Mereka mempunyai blok-blok peribadi yang kerjanya sentiasa membuat fitnah, membuat tuduhan, mendedahkan aib orang lain, menghina ulama, suka maki hamun dan berbagai-bagai kerosakan di muka bumi. 

Mereka sanggup menaik-turunkan gambar-gambar lucah, gambar superimpose, sanggup bersumpah laknat dan menjadi saksi palsu, sanggup membuat tuduhan zina, liwath tanpa membawa empat orang saksi dan bergembira dengan kerja-kerja maksiat dan mungkar yang mereka lakukan. 

Golongan ini juga anti hukum hudud dan sering memperlekehkan perlaksanaannya dan sanggup mempermainkan ayat-ayat Allah SWT. Sanggup maki hamun ulama dan suka memutuskan silaturahim. Pintu hati mereka sudah tertutup dan tidak nampak makruf itu sebagai makruf dan mungkar itu sebagai munkar. 

Golongan ini fanatik kepada ketua mereka sehingga sanggup mengikut arahan secara membuta tuli walaupun pemimpin mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Mereka berpegang pada kaedah, " matlamat menghalalkan cara" asalkan dapat mencapai matlamatnya maka jalan yang haram pun sanggup mereka gunakan. Jalan menipu, merampas hak orang lain dan jalan fitnah semuanya boleh . Soal dosa pahala dibelakang yang penting apa yang dicita-citakan perlu diperolehi terlebih dahulu.

Mereka (orang-orang munafik) gemar mengadu domba, memutarbelitkan ucapan seseorang, menuduh orang lain sesat , suka berlakun menjadi alim dan warak suruh orang lain bertaubat sedangkan mereka bergelumangan dengan noda dan dosa. Menuduh orang lain rasuah dan pecah amanah sedangkan mereka sendiri melakukan rasuah dan pecah amanah, menghimpun harta benda hingga melimpah ruah. Banyak melakukan kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul bersama masyarakat Islam dan mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang Islam.

Nifak adalah perbuatan yang tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan mudah. Orang munafik lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan dan kesatuan jamaah umat Islam kerana kekufuran adalah perbuatan yang nampak (kelihatan) dan mudah diketahui.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah barulah muncul orang-orang munafik. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyingkap tirai golongan munafik dan membuka rahsia-rahsia kejahatan dan kefasadan mereka.  Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang membongkar tentang rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah.

Sebagaimana firman Allah:

وَمِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ مَنْ يَقُوْلُ ŰąÙ…َنَّۧ ŰšِŰ§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰšِŰ§Ù„ْيَوْمِ ْۧÙ„ŰąŰźِ۱ِ وَمَۧ هُمْ ŰšِمُŰ€ْمِنِيْنَ ، يُŰźَۧۯِŰčُوْنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ وَŰ§Ù„َّ۰ِيْنَ ŰąÙ…َنُوْۧ وَمَۧ يَŰźْŰŻَŰčُوْنَ ِۧÙ„Ű§َّ َۧنْفُŰłَهُمْ وَمَŰ§ÙŠَŰŽْŰčُ۱ُوْنَ

Maksudnya : "Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.  Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".(Surah al-Baqarah ayat 8-9.)

Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat ketua-ketua munafik semuanya bermula setelah wujudnya negara Islam Madinah.  Ia berterusan sehingga mula terbitnya unsur-unsur perpecahan gara-gara fitnah orang-orang munafik juga bermula di Madinah.  Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan pemecah-belah umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan negara Islam dari dahulu sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang dicipta oleh orang-orang munafik.  Mereka ingin menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam menjadi kuat dan meluas.

Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu: "Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian." (Lihat:  Tafsir Ibn Kathir, 2/88. )      

Berkata Sa'id dari Qatadah:

"Sifat-sifat orang  munafik itu banyak:  Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri daripada menjadi orang munafik, kerana tempat orang munafik adalah di neraka yang paling bawah sekali, nauzubillahiminzalik. Berakhlaklah dengan akhlak Islam, ingatlah hidup di dunia ini hanya sementara dan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Dan janganlah kita jual masa depan kita di akhirat dengan sedikit kesenangan hidup di dunia.