Sahabat yang dirahmati Allah,
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah s.a.w. bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 2)
Jadi, perkara di atas telah menerangkan lebih lanjut tentang berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan. Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam.
Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu iaitu :
1. Berkemampuan untuk menyarai nafkah isteri-isteri dan anak-anak; dan
2. Berlaku adil kepada isteri-isteri.
i. Adil dalam menyediakan kediaman;
ii. Adil dalam giliran malam; dan
iii. Adil dalam musafir.
3. Memberi didikan agama kepada isteri-isteri.
Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
j. Menambahkan keturunan-keturunan;

Kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "
Nabi s.a.w. menyebut dalam hadis .Daripada `Aisyah r.ha: Bahawa Nabi s.a.w membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: "Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki."
(Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim)
Kata Abu Daud ketika meriwayat hadis ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi,).
Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut.
Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah s.w.t. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah s.w.t. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan aqidahnya.
Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.
Di dalam serah tidak pernah kita dengar ada dikalangan isteri-isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang meminta cerai disebabkan suami mereka berpoligami. Malahan ada dikalangan isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w menggalakkan suami mereka berpoligami dengan tujuan untuk kemaslahatan umah disebabkan kematian suami.
5 comments:
Assalamualaikum.
I'm a student and I've been asked by my lecturer to do a term paper on 'Positive Side of Polygamy". I find that your article is so interesting. I would like to ask few questions. :)
1) What book(s) do you refer to?
2) Is there any resources than can be found easily about my topic?
Anyway, thank you. :)
Assalamualaikum.
same goes to me. sy buat assignment advantages dr poligami. ada resources mane2 yg boleh di refer?
kebanyakan masyarakat melayu tak boleh terima poligami.....mereka sanggup ank mereka tidak kwin drp kwin dengan suami orang....sedangkan akhir zaman perempuan lebih ramai drp lelaki...adakah lebih baik tak kwin drp kwin dgn suami orang?...
Assalamu'alaikum
Terima kasih kepada penulis dan pembaca. Syabas kerana menghasilkan tulisan yang sangat cermat dalam menjaga hati wanita.
Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang banyak memandang negatif kepada poligami. Tidak kurang juga kepada masyarakat negara atau kaum lain.
Begitulah selamanya selagi seseorang itu mengutamakan kefahaman bangsa sebagai lebih utama, poligami tidak akan mudah diterima.
Hanya mereka yang berpegang pada Islam mengatasi semangat bangsa, akan mampu membuka minda dan hati untuk memahami poligami.
Allah yang lebih mengetahui.
Terima kasih.
Alhamdulillah, saya baru dapat madu, muda dari saya 10 tahun, InshaAllah cinta dan sayang suami pada saya ttp tak berubah dan mendapat hak samarata kedua2 isteri
Post a Comment