Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula kedudukkan mahupun harta kekayaanmu tetapi Allah memandang pada hatimu. Sesiapa memilikki hati yang soleh maka Allah menyukainya., insan yang paling dicintai Allah ialah yang paling takwa dan ikhlas kepada-Nya.Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredaa Allah SWT. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas". Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.
Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan reda Allah SWT semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah SWT akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"
Sahabat yang di muliakan,
Sifat ikhlas adalah sifat mahmudah (sifat terpuji) ia adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.
Untuk memiliki sifat ikhlas seseorang perlulah memahami kepada tiga perkara :
1. Memiliki ilmu : Dengan ilmu seseorang akan tahu peraka-perkara yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT. Dapat memahami apakah jenis dan kraiteria sifat terpuji yang disukai Allah SWT dan sifat tercelah yang dibenci oleh-Nya. Mempelajari ilmu bab hati dan tasauf memfokuskan ciri-ciri amalan yang ikhlas kepada AllahSWT.
2. Membaca dan mengambil iktibar daripada seerah Nabi SAW , sahabat-sahabat baginda, tabien, tabi-tabien, wali-wali Allah, ahli sufi, alim ulama dan para syuhada mengenai amalan-amalan mereka yang ikhlas.
3. Memahami cara-cara iblis mengoda dan menguasai hawa nafsu manusia supaya dapat terhindar daripada perasaan ujub, riak dan takbur. Sifat-sifat ini akan menghapuskan amalan kita kepada Allah s.w.t.
Terdapat lima tanda-tanda amalan seseorang itu ikhlas kepada AllahSWT :
1. Takut mendapat kemasyuran dan pujian daripada masyarakat terhadap amalan-amalannya.
2. Merasai tidak cukup puas menunaikan hak-hak Allah SWT yang diamanahkan kepadanya.
3. Tidak menceritakan pada orang lain amalan-amalan soleh yang dia kerjakan, kerana amalan-amalan itu adalah rahsia dia dengan Allah SWT.
4. Dia tidak perlukan pujian dan tidak mengharapkan pujian orang lain dia merasakan pujian itu lebih baik diberikan kepada orang lain yang berhak mendapatkannya.
5. Keadaannya sama saja samaada dia menjadi ketua atau orang bawahan. Tidak ada perasaan bermegah-megah dengan jawatan yang dimilikinya. Apa yang dilakukan semata-mata mencari reda Allah.
Contoh : Sayyidina Khalid al-Walid r.a. dipecat dari jawatan panglima perang dan menjadi tentera biasa. Bila dia ditanya apa perasaannya, dia berkata, "Aku berperang kerana Allah bukan kerana Umar"
Sahabat yang dikasihi,
Sifat ikhlas kepada Allah natijahnya akan menjadikan hati kita tenang, tenteram dan bahagia. Mutu kerja yang dilaksanakan berkualiti dan sempurna.Kerja yang dilaksanakan bukan kerana manusia atau kepentingan peribadi tetapi semata-mata kerana Allah. Seorang yang ikhlas akan meniatkan perkara harus seperti tidur, makan, minum, membeli rumah, kenderaan, pakaian dan lain-lain semata-mata kerana Allah maka dengan niatnya itu akan menjadi ibadah dan dia akan mendapat pahala di sisi Allah.
Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah SWT yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya. Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.
Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.
Seorang yang mati syahid akan ditolak amalannya kerana dia berjuang dan berjihad fisabilillah supaya dia terkenal sebagai seorang pahlawan terbilang. Seorang alim ulama yang tinggi ilmu pengetahuannya yang ramai anak muridnya dan dipandang mulia oleh orang ramai tertolak amalannya kerana dalam hatinya inginkan pujian dan disanjung supaya digelar sebagai seorang alim ulama yang terkenal. Seorang dermawan juga di tolak sedekah dan zakatnya kerana dia inginkan pujian daripada manusia supaya manusia gelar dia seorang dermawan yang baik hati.
(Hadis Riwayat at-Tabarani)
Usahakanlah menanam sifat ikhlas dalam matlamat hidup ialah dengan merenung 'hidup sesudah mati.' kerana ianya boleh menghidupkan hati kita dan tamakkan reda Allah. Apabila hati kita sentiasa mengingati hari akhirat perasaan tamakkan dunia akan hilang dan terhakislah sifat-sifat mazmumah seperti penyakit batin termasuk hasad dengki sesama mukmin kerana berebut pengaruh, meninggalkan perjuangan, merasa jemu dalam berjuang dan fitnah memfitnah.
Oleh itu marilah sama-sama kita perbetulkan niat-niat dihati kita supaya ianya benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.Keikhlasan inilah yang akan membawa nilai kepada setiap amalan kita. Biar pun sedikit amalan tersebut apabila ianya ikhlas dan tidak ada kepentingan duniawi maka ianya akan menjadi besar disisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment