Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling unik, paling hebat dan paling gagah. Sebagai Khalifah Allah di muka bumi, mereka telah dibekalkan dengan potensi-potensi diri yang hebat untuk mencapai kecemerlangan di dalam hidup. Dengan potensi fizikal, akal, emosi dan roh, seseorang itu boleh melangkaui segala kejayaan yang dicapai orang lain. Manusia benar-benar dicipta untuk berjaya.
Tidak kira siapa kita, baik sebagai anak, ibu-bapa, usahawan, pelajar, guru, pendakwah, pemimpin masyarakat dan sebagainya, kita semua mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan cemerlang. Bukankah kelahiran kita kedunia ini hasil kejayaan 'perjuangan' kita di alam rahim dahulu? Sebenarnya, detik awal kehidupan kita sudah pun dimulai dengan kejayaan! Dari berjuta-juta seperma kita telah berjaya dalam saingan untuk menuju kejayaan!
Tidak kira siapa kita, baik sebagai anak, ibu-bapa, usahawan, pelajar, guru, pendakwah, pemimpin masyarakat dan sebagainya, kita semua mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan cemerlang. Bukankah kelahiran kita kedunia ini hasil kejayaan 'perjuangan' kita di alam rahim dahulu? Sebenarnya, detik awal kehidupan kita sudah pun dimulai dengan kejayaan! Dari berjuta-juta seperma kita telah berjaya dalam saingan untuk menuju kejayaan!
Kerana itu, mengapa harus kita hilang peduman, lemah semangat, putus asa dan berserah pada takdir semata? Kegagalan bukan untuk ditangisi, tetapi suatu momentum untuk kita bangkit kembali. Bukankah dunia ini tempat ujian? Maka gunakanlah seluruh potensi diri untuk menghadapinya.
Orang Mukmin adalah mereka yang memiliki sifat taqwa dan yang paling layak dan paling berpotensi untuk berjaya, kerana mereka memiliki iman. Iman mendorong mereka kepada kejayaan, sumber motivasi ketika menghadapi kegagalan dan ukuran sebenar sesuatu kejayaan itu.
As Syahid Syed Qutb rahimahullah telah bermadah :
Manusia tanpa iman ialah manusia yang kerdil dan kecil
Manusia tanpa iman ialah manusia yang rendah dan dangkal cita-citanya
Manusia tanpa iman ialah manusia yang sempit dan perit kehidupannya
Manusia tanpa iman ialah manusia yang pendek dan singkat matlamatnya
Manusia dengan iman ialah manusia yang hebat dan gagah
Manusia dengan iman ialah manusia yang tinggi dan jauh cita-citanya
Manusia dengan iman ialah manusia yang luas dan aman kehidupannya
Manusia dengan iman ialah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu.."
(Surah al-Hujurat ayat 15)
Sahabat yang dimuliakan,
Hati orang-orang yang beriman tidak pernah ragu-ragu kepada Allah dan Rasul-Nya, yakin pada rukun-rukun iman yang lain, dengan keyakinan inilah lahir ubudiyah sepenuhnya kepada Allah s.w.t. dan melahirkan amal-amal soleh.
Hati orang-orang yang beriman tidak pernah ragu-ragu kepada Allah dan Rasul-Nya, yakin pada rukun-rukun iman yang lain, dengan keyakinan inilah lahir ubudiyah sepenuhnya kepada Allah s.w.t. dan melahirkan amal-amal soleh.
Orang Mukmin cukup berhati-hati dalam menjalani kehidupan ini. Sentiasa menjaga akhlak dan keperibadiannya dalam pergaulan, menjaga lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan pancaindera yang lain supaya sentiasa mematuhi akhlak Islam dan menghayati sifat mahmudah dan menjauhi dirinya dari sifat hasad dengki, iri hati, sombong, bongkak, takbur, mengumpat, mencela dan segala sifat mazmumah yang lain.
Hati orang Mukmin merasakan Allah sentiasa mengawasi kehidupannya, rasa takut untuk melakukan maksiat dan dosa dan rasa cinta untuk membuat kebaikan dan amal soleh di dunia ini. Ia merasakan bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi, dari perasaan inilah melahirkan jiwa hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t.
Jiwa yang menganggap betapa kecilnya segala masaalah hidup di dunia ini kerana dan menganggap betapa besar dan hebatnya hidup di hari akhirat. Dari sini ia mengisi semua aktiviti hidupnya untuk membawa kebaikan kepada manusia, berdakwah dan mengajak masyarakat kepada amal maaruf nahi mungkar, membantu fakir miskin, mengasihi anak-anak yatim, beramal soleh , amal jariah, memberi ilmu yang bermanfaat dan membentuk anak-anaknya untuk menjadi soleh dan solehah.
Firman Allah s.w.t yang maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)"
(Surah Al-Hujrat ayat 15)
"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."
(Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu, rasailah kehebatan diri sebagai orang-orang yang beriman dan bertaqwa sebagai orang Mukmin dan mulakanlah langkah untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment