Firman Allah: "Berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepadamu, ketika kamu telah bermusuh2an, lalu dipersatukanNya hatimu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya, dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu, mudah2an kamu menerima petunjuk.."
Bangsa Arab sebelum datang agama islam adalah dalam keadaan bermusuh2an, berpecah-belah dan berperang2an antara satu sama lain. Setelah datang Nabi Muhammad SAW membawa agama islam, menyiarkan kitab suci al-quran, berubahlah budi pekerti mereka sehingga menjadi ummat hidup dalam perdamaian dan berkasih2an sesama mereka. Sebabnya ialah kerana mereka semuanya berpegang teguh kepada kitab Allah (al-quran). Mereka turut apa2 perintah didalamnya dan meninggalkan segala larangannya.Begitulah hal mereka semasa hidup Nabi Muhammad dan Khalifah2nya yang cerdik pandai. Dengan jalan begitu berbahagialah mereka didunia dan diakhirat dan tersiar agama islam ke timur dan ke barat.
Kemudian terjadilah perselisihan antara Ali dan Mu'awiyah, sampai bernyala api peperangan antara kaum muslimin.Tetapi untunglah kerana mereka telah terdidik dengan perdamaian, maka api peperangan itu dengan lekas padam dan terhasillah perdmaian yang dicita2kan. Oleh sebab itu tiadalah terganggu kemajuan islam akibat perselisihan itu.
Seterusnya di Baghdad, terjadi perselisihan yang sangat hebat antara orang2 yang bermazhab Shafi'i dan Hambali, antara syi'ah dan ahli sunnah. Diantara sebab2 perselisihan itu ialah tentang membaca Bismillah dalam sembahyang dengan suara keras atau tiada? Sehingga terjadi peperangan antara mereka dan berlaku pertumpahan darah disebabkan persilisihan faham itu. Akhirnya rosaklah kaum muslimin, jatuhlah kerajaan islam dan hilanglah nama mereka yang harum diseluruh dunia.
Dengan keterangan ayat ini haruslah kita semue mengambil ikhtibar dan pengajaran. berpegang teguh pada perintah yang terdapat didalam al-quran dengan mengerjakannya dan mengamalkannya seperti sembahyang, puasa, berzakat d.s.b serta meninggalkan segala yang dilarang seperti mengumpat, iri hati, takbur, berjudi, minum arak d.s.b. Adapun masalah yang bertikai faham antara ulama'2 tentang hukumnya, maka hendaklah tiap2 orang alim mengikut mana yang kuat menurut pendapatnya dan orang awam menanyakan kepada orang alim yang dipercayainya. Tetapi janganlah yang demikian itu memutuskan silaturahim atau menjadikan permusuhan sesama kita, malahan hendaklah persaudaraan kita tetap sebagaiman biasa.
(Dipetik dari kitab tafsir al-quran prof. Dr H.Mahmud Yunus..)
Sahabat,
Marilah kita renungkan setiap makna disebalik tafsiran ayat ini..agar kita tidak berpecah-belah antara sesama sendiri..juga agar kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat..semoga Allah melindungi kite semua dari pertelingkahan antara sesama saudara..insyaAllah..aminnn..
Kata-kata hukama : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Saya berminat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah melalui tulisan terhadap semua peringkat dalam masyarakat umum umat Islam.Semuga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu kerja-kerja dakwah untuk menyedarkan masyarakat.
Sahabat-sahabat semua:
Saya membenarkan semua atau sebahagian artikel yang terdapat dalam blog ini untuk di hantar dan di sebarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.Segala usaha-usaha murni sahabat semua akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.insya Allah.
Pesanan dari Wahab al-Munabbih : "Puncak kebahagiaan ada tiga, pertama ialah nikmat Islam, kedua nikmat kesihatan dan ketiga nikmat kekayaan. Bermula dengan nikmat Islam kemudian bermanfaatlah nikmat yang lain. Dalam Islam terdapat banyak peluang ibadah untuk bekalan kehidupan dunia dan untuk kembali kepada akhirat dengan jaya, serta untuk mendapat rehat di alam baru. Bersabda Nabi s.a.w., 'Ya Allah jadikan hidupku penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan'."
Diseret atas muka-muka ke neraka Jahannam
-
Peringatan daripada Al-Quran.
đAllah Subhanahu wa Ta'ala menceritakan tentang buruknya keadaan
orang-orang kafir pada hari mereka dikembalikan kepada Al...
Cartier Love Necklace
-
Gloria Swanson has been in the cartier love necklace with the cartier love
necklace a friend of Louis Cartier, caught the cartier love necklace of
entert...
Penghapus Dosa
-
*Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,*
*DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,*
*Lihatlah* pada mereka yang *TUA,*
*SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA,...
Mengambil nafas ketika membaca AlQuran
-
Apakah hukum mencuri nafas semasa sedang membaca Al-Quran?
Jawapan:
Mengambil nafas ketika membaca Al-Quran tidak dikira bersalah selagi mana
ayat Al-Qura...
Pelajar Terbaik Perakaunan UNISEL
-
Seorang pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar
Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama
11 wakil uni...
Siapakah Orang-orang Kafir itu?
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah yang selayaknya dipuji. Selawat serta salam buat
junjungan mulia nabi Muhammad, kelua...
Kepentingan MERANCANG KEWANGAN dalam Islam
-
*Ketahuilah saudaraku...*Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik di
masa depan. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang
dengan ...
No comments:
Post a Comment