Wednesday, September 15, 2010

Maruah Diri Bukan Untuk di Hinjak-hinjak

"Sesiapa yang berurusan dengan orang lain ia tidak berlaku zalim dan bercakap tidak berdusta,berjanji tidak dimungkiri,dialah orang yang sempurna maruahnya dan terbukti keadilan dan tetap hubungan persaudaraan''Hadis Rasulullah

Hidup bermaruah merupakan yang dikehendaki oleh agama.Setiap manusia wajib menjaga dan memelihara maruahnya dan juga menghormati maruah orang lain.Memjaga maruah bererti menjaga kehormatan diri daripada anasir cemar yang memburukkan nama baik seseorang.Tidak ada kebaikan pada diri jika tidak mempunyai maruah,bijaksana dan mulia diri.Kita dikira bermaruah mulia jika mempunyai cita-cita dan perjuangan hidup pimpinlah diri di tempat yang wajar dan mulia dan jangan sesekali maruah diri di biarkan di hinjak-hinjak di tumit kaki kerna dik hawa nafsu yang menggila.Ingatlah bahawa kaya seseorang itu bukan terletak pada timbunan harta dan pangkat yang ada dan bukanlah keaiban,kehinaan seseorang itu pada kemiskinannya tetapi sebenar-benarnya kehinaan dan keaiban,seseorang itu ialah ketiadaan maruah dan sopan santun.

Semua orang mahu dipandang mulia tanpa mengira usia,taraf hidup atau aras pendidikkan mereka semuanya mempunyai maruah dan harga diri,kita tidak boleh memandang hina atau rendah kepada orang lain walaupun dari segi pendapat sekalipun mungkin kita boleh perbetulkan jika ada kesilapan dengan cara berhemah dan berlembut ibarat menarik benang sedari tepung...Kita seharusnya menjaga perasaan dan kehormatan orang lain.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Wahai orang2 yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati ?maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.Dan bertakwalah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah menerima taubat lagi maha mengasihi''
(Al Hujrat ;12)

*SESIAPA YANG MELINDUNGI MARUAH SAUDARANYA YANG MUSLIM,ALLAH AKAN MELINDUNGI MARUAHNYA DIDUNIA DAN AKHIRAT*

KEPERLUAN MENJAGA MARUAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1-Menjaga kehormatan diri sendiri dan orang lain

2-Mengujudkan suasana persaudaraan yang harmoni

3-Meningkatkankan perasaan kasih sayang

4-Membangunkan masyarakat majmuk yang mempunyai etika

5-Menghilangkan buruk sangka,pergeseran dan perpecahan dalam masyarakat

6-Melahirkan masyarakat yang di segani dan dihormati.

CARA MENJAGA MARUAH
~~~~~~~~~~~~~~~~
1-Taat kepada Allah swt dan rasulnya

2-Menjaga adab

3-Tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama

4-Tidak buruk sangka kepada orang lain

5-Tidak suka bercerita atau mendengar cerita tentang keburukkan orang lain

6-Tidak suka mendedahkan keburukkan orang lain

7-Berlaku adil

8-Tidak bergaul dengan orang rendah pribadinya

Oleh itu jagalah maruah diri dan janganlah memperdayakan orang untuk memenuhkan kehendak hati kita sahaja sedangkan kita tidak pernah menghiraukan sakit dan pedih akibat hinjakkan diri kita terhadap maruah orang lain.

*Hendaklah menjaga kehormatan diri
*Hendaklah menolong orang yang ingin pertolongan
*Hendaklah memuliakan orang dan menjaga hati mereka
*Hendaklah memberikan atau membelanjakan harta untuk kebaikkan umum

Kebijaksanaan itu ialah;
*Memaafkan orang menzalimi,sedangkan kita mampu membalasnya
*Bersabar ketika mushibah datang bertandang
*Tekun dan dedikasi didalam perlaksanaan tugas dalam kejaya hidup.

Mulia diri pula ialah menjaga diri dari gerak laku yang sumbang di khalayak ramai serta menolong saudara seagama dan saudara yang berjuang atas tiket Al-Quran As -Sunnah bagi mempertegakkan agama islam.

Sahabatku tersayang lilahitaala,
Adakala kita terlupa dengan sebaris ayat sahaja meranapkan seluruh ikatan ukhwah antara kita akibat kata bicara yang begitu tajam mengalahkan tajamnya hujung pedang menyusuk,merobek maruah orang lain.serta menjatuhkan air muka seseorang.Kita begitu taksub dengan pandangan kita sendiri seoalah-olah orang lain tiada yang betul dan mungkin pendapat mereka sekadar layak menjadi bahan cemikkan diri kita .Ingatlah walau siapa mereka atau asal keturunan mereka atau rendah pendidikkan mereka atau kurang ilmu mereka kita wajib menghormati mereka..kerna mereka adalah manusia seperti kita tidak mahu dilenyek maruah dan harga diri mereka hanya kerna kekurangan yang mereka sendiri adakalanya tidak ingini...Semoga kita  memandang" besarnya gajah pasti ada lemahnya dan kecilnya semut jangan menidakkan bisanya"

Sahabat tercinta lilahitaala,
Semoga untaian bicara maruah diri ini membuat kita berfikir untuk menumpahkan bicara secara berhemah dan jika ada yang terkhilaf cepat-cepatlah hulurkan maaf semoga ukhwah antara kita betaut rapat..begitu juga diri ini yg mungkin tergelincir kata bicara...tegurlah ..insyaAllah untuk menjadi manusia bermaruah perlu berani memperbetulkan apa yang tertempang pada diri..

"BANDINGAN ORANG MUKMIN DENGAN MUKMIN ITU LAKSANA SATU BINAAN YANG BERSANDAR ANTARA SATU SAMA LAIN''

(Di petik daripada tulisa Nur Husrah)


No comments: