Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar ayat 53)
Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan sentiasa di uji oleh Allah s.w.t.. Ujian Allah s.w.t datang berbagai bentuk. Ada ujian berupa bala dan musibah, penyakit, kemalangan, gagal dalam pepereksaan dan mencari pekerjaan . Ujian juga datang dalam bentuk perselisihan di dalam keluarga atau mendapat gangguan sihir dan di fitnah .
Manusia sering merasa putus asa dan kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.
Di dalam ayat di atas Allah s.w.t menyeru kepada hamba-hamba-Nya supaya jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Susah dan gagal macamana sekali pun kita dilarang untuk berputus asa dan merasa kecewa.
Putus asa dan kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita. ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan fizikal. Apabila seseorang tu putus asa dan kecewa; maka beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu.
Maka putus asa dan kecewa adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani dengan baik.Putus asa dan kecewa terhasil apabila segala perancangan yang telah diatur dengan kemas gagal mendapatkan apa yang dihajatkan., maka kita akan mengalami satu keadaan di mana segala usaha adalah sia-sia sahaja.
Benarkah segala usaha itu yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja? Setiap apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya tak sia-sia kerana ada hikmah dibalik peristiwa tersebut.
Yakinilah bahawa hakikat utama kehidupan kita adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. Jika kita gagal memperolehi apa yang kita usahakan sebenarnya ianya tertakluk kepada qadha' dan qadar Allah s.w.t. Mungkin disitu ada hikmah yang kita tidak mengetahuinya. Jiwa seorang Mukmin akan berbaik sangka dan yakin dengan takdir yang datang daripada Allah s.w.t.
Sesuailah dengan lafaz yang sering kita ucapkan semasa membaca do'a iftitah 5 kali sehari semalam iaitu "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala.."
Maka jika kita masih putus asa dan kecewa, sudah tentu kita tidak menyertakan tawakkal di dalam setiap pekerjaan kita malah lebih teruk lagi, tawakkal kita hanya 50:50 sahaja. Seolah-olah kita tidak yakin dengan ketentuan Allah.. Dan jika kita tidak yakin dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidak yakin dengan Allah.
Kita semua tahu ayat ini "Tiada Daya Upaya Aku Melainkan Allah Yang Maha Berkuasa"... apa yang kita fahami disebalik ayat ini? Berhati-hati kerana kesilapan dalam memahami prinsip 'iman, taqwa dan tawakkal' ini akan menyebabkan kita memfitnah Allah....(kita termasuk ke dalam golongan memfitnah Allah, ialah apabila kita hanya berserah sahaja atas dasar tiada daya upaya tanpa melakukan sebarang tindakan; walaupun kita tahu Allah telah menganugerahkan kita 7 keupayaan iaitu kudrat, iradat, ilmu, kehidupan, mendengar, melihat dan boleh berkata-kata)
Kita mengucap kalimah "La hawla wala quwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai dan tak diingini. Gantikan perasaan putus asa, kecewa dan sedih dengan perbanyakkan membaca kalimah ini.
"Lahawla wala quwwata illa billah" merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.
Ayat atau prinsip di atas ialah untuk mengesahkan bahawa kita hanya bergantung kepada Allah dalam setiap perjalanan kehidupan; kita perlulah bertawakkal setelah berusaha dengan sebaiknya; Allah Maha Berkuasa ke atas kita.
Dalam hadits Rasutullah s.a.w. bersabda: “Tak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan yang menimpanya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan AI-Hakim).
Dalam hadis lain disebutkan, “Do'a di antara kalian bakal di kabulkan, sepanjang kalian tidak tergesa-gesa, (sampai akhirnya) seseorang mengatakan, “Aku telah berdoa, tapi tidak di kabulkan untukku. “
(Hadis Riwayat Bukhari adn Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t melarang kita berputus asa dan kecewa, kerana sesuatu yang berlaku keatas diri kita kerana Allah s.w.t akan mengkabulkan do'a dan permintaan kita.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman, "Wahai anak Adam, Aku telah ciptakan kamu, maka kamu jangan bermain-main, dan Aku jamin rezekimu, maka kamu jangan merasa capai. Wahai anak Adam, carilah Aku, maka engkau akan menemui-Ku. Dan jika engkau menemukan Aku, engkau akan dapat sesuatu sedang Aku mencintaimu, lebih dari segalanya."
Subhanallah! Sesungguhnya, Allah adalah sangat dekat. Bahkan lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Namun, tabir hati kita terlalu banyak penghalang hingga kedekatan dengan Allah s.w.t. yang menciptakan diri ini menjadi tidak terasa. Sungguh berbahagia orang yang merasai Allah s.w.t dekat dengannya dan akan menunaikan segala hajat dan permintaannya..
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Talaq ayat 3)
Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah s.w.t. yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah s.w.t menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Samaada ia hendak redha atau pun tidak. Samaada ia nak bersyukur atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah s.w.t atau pun tidak.
Allah berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah" (Surah Al-Hajj ayat 70)
Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)

No comments:
Post a Comment