Sahabat yang di rahmati Allah,
Semoga Allah sentiasa memberkati serta merahmati kalian dan dibahagiakan dengan keredhaan-Nya. Sentiasa beroleh taufik, hidayah dan keimanan mendalam. Hiasilah diri kalian dengan akhlak Islam dan ketakwaan yang tinggi, mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Jadilah kalian penyuluh ke jalan kebenaran. Elakkan kaki kalian menuju ke lorong maksiat dan keingkaran. Pimpinlah tangan rakan-rakan ke jalan ketaatan serta kejayaan hakiki.
Dalam kesibukan kalian memburu cita-cita dan kerjaya, ambillah sedikit waktu untuk meneliti hakikat kejadian kalian. Renungkan maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariat ayat 20-21, "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"
Dengan itu Allah memerintah supaya memikirkan penciptaan diri kita. Untuk apa kita diciptakan? Fikirlah tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya dalam penciptaan makhluk-Nya yang lain. Fikirkan tentang penciptaan bumi serta segala yang terkandung di dalamnya. Seterusnya fikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam penciptaan lautan yang mengandungi berbagai kehidupan yang bermanfaat kepada kita.
Usah pula lupa untuk memikirkan kekuasaan Allah dalam penciptaan langit. Selidikilah sistem cakerawala supaya kalian merasai keajaiban ciptaan Allah. Sesungguhnya dengan memerhatikan setiap ciptaan Allah akan terbit rasa mengagungkan Allah yang tiada tolok bandingnya. Inilah akan melahirkan keinsafan dihati kalian seterusnya dapat menghampirkan diri dengan Allah, menjadikan kalian Muslim dan sentiasa taat dengan perintah-Nya.
Sahabat yang yang dikasihi,
Sepanjang kesibukan kalian untuk cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan maka hayatilah maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran, ayat 191, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api Neraka'."
Oleh itu, sentiasalah meneliti serta menilai kualiti diri kalian kerana kalian tidak dijadikan untuk sia-sia. Adakah semua anggota badan yang Allah kurniakan telah digunakan sebaik-baiknya untuk mentaati Allah? Usahlah hanya mengingati Allah ketika saat menderita dan genting sahaja. Fikirkanlah mengenai kewajipan sebagai hamba Allah. Gunakanlah segala kurniaan Allah untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya. Terhadap dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan, berazamlah untuk tidak mengulanginya. Sentiasalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. Sentiasalah bertekat untuk melaksanakan ketaatan dengan lebih baik pada masa-masa mendatang.
Marilah kita renung sebuah riwayat yang membentangkan keberuntungan kita sebagai umat Muhammad s.a.w.
Nabi Adam a.s. telah berkata : "Sesungguhnya Allah kurniakan umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :
1.Allah menerima taubatku di Mekah sahaja tetapi umat Muhammad tetap diterima taubat di mana sahaja mereka berada.
2.Aku berpakaian, apabila aku engkar dijadikan-Nya aku telanjang, tetapi umat Muhammad melakukan maksiat dalam telanjang tetapi Allah terus beri mereka pakaian.
3.Apabila aku melakukan dosa, terpisah aku daripada isteriku tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah tidak dipisahkan mereka daripada isteri mereka.
4.Aku melakukan dosa di dalam Syurga dan dikeluarkan aku darinya, tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah diluar Syurga, dimasukkannya ke dalam Syurga setelah bertaubat."
Maka bersyukurlah kepada Allah wahai sahabatku, betapa banyaknya nikmat Allah yang kalian terima. Syukur itu berhubung dengan hati, lidah dan anggota badan. Dengan hati kita beraqidah bersih terhadap Allah dan berperasaan baik terhadap semua makhluk. Dengan lidah kita mengucapkan kata puji-pujian kepada Allah dan kata-kata yang mendekatkan manusia kepada Allah. Dengan anggota badan ertinya kita menggunakan semua pancaindera untuk mentaati-Nya serta menjauhi maksiat.
Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).
Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Akhir kata, dalam setiap perbuatan hendaklah ikhlas, dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini akan ujud hati yang tenang, lapang, bebas dari sebarang tekanan dan kerungsingan.

No comments:
Post a Comment