Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat Duha adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda tidak pernah meninggalkannya kerana betapa besar akan fadilatnya. Solat duha adalah solat sunat yang dituntut, dan tanda kesyukuran dan pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya yang memberi nikmat dan rezeki yang tidak putus-putus.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Duha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah s.a.w) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".
(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).
Rasulullah bersabda lagi maksudnya : "Solat Duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Duha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ©َ ŰčَÙِ ۧÙÙَّŰšِÙِّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙُ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ، ÙَۧÙَ:"Ű„ِÙَّ ÙِÙ Ű§ÙْŰŹَÙَّŰ©ِ Űšًَۧۚۧ، ÙُÙَۧÙُ ÙَÙُ: ۧÙ۶ُّŰَÙ، ÙَŰ„ِŰ°َۧ ÙَۧÙَ ÙَÙْÙ
ُ ۧÙْÙِÙَۧÙ
َŰ©ِ ÙَۧۯَÙ Ù
ُÙَۧۯٍ: ŰŁَÙْÙَ ۧÙَّŰ°ِÙÙَ ÙَۧÙُÙۧ ÙُŰŻِÙÙ
ُÙÙَ ŰčَÙَÙ Ű”َÙۧ۩ِ ۧÙ۶ُّŰَÙ؟ ÙَŰ°َۧ ŰšَُۧۚÙُÙ
ْ ÙَۧۯْŰźُÙُÙÙُ Űšِ۱َŰْÙ
َŰ©ِ ۧÙÙَّÙِ
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW , baginda bersabda maksudnya : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Duha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Duha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Hadis Riwayat Tabrani)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Kekasihku Rasulullah S.A.W. telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: 'Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur."
(Hadis riwayat Bukhari).
Sekurang-kurang solat duha adalah dua rekaat, selepas salam Nabi S.A.W. mengajar kita berdoa seperti berikut :
Maksudnya : " Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu , kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh ."
Sahabat yang dimuliakan,
Doa yang kita ucapkan cukup indah dan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T. Sebagai hamba yang lemah yang amat memerlukan bantuan dan pertolongan Allah S.W.T yang menguasai langit dan bumi dan yang menjaga rezeki dan perbendaharaan alam semesta.
Intisari doa tersebut berbunyi :
1. Jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan
2. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
3. Jika sukar mudahkanlah,
4. Jika haram sucikanlah,
5. Jika masih jauh dekatkanlah.
Huraiannya :
Pertama : Jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah.
Setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. di Loh Mahfuz. Allah S.W.T mengutus malaikat rahmat yang menjaga rezeki manusia dan disampaikannya kepada manusia mengikut ketenentuan daripada-Nya. Sebagai hamba kita merayu agar rezeki yang ada dilangit itu dipermudahkan dan disegerakan turun kebumi supaya kita dapat menikmatinya.
Rezeki ini berbentuk hujan, cahaya matahari, rahmat, kesihatan, ketenangan dalam hidup, kegembiraan, keselamatan dari musibah dan berbentuk harta dan wang ringgit (melalui asbab ikhtiar dan usha-usaha kita).
Kedua : Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
Rezeki daripada Allah S.W.T yang ada dibumi cukup banyak.
Rasulullah SAW bersabda, “Berusahalah untuk memperbanyak keturunan, kerana kalian tidak tahu dari anak yang mana kamu mendapatkan rezeki.“
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama” Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa“
Rezeki merupakan salah satu rahsia Allah. Ia tidak boleh difikirkan oleh akal manusia. Seringkali rezeki datang tanpa kita merancangnya. Itulah yang disebut dengan rezeki tidak disangka-sangka. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya," (Surah Ath-Thalaq ayat 3)
Allah telah menjamin rezeki setiap makhluk-Nya. Setiap manusia yang terlahir ke dunia sudah dilengkapi dengan rezekinya masing-masing. Rasullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah telah menetapkan takdir semua mahluk sejak 50.000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi“ (Hadis Riwayat Muslim).
Oleh karena itu selayaknyalah kita tidak perlu cemas mengenai rezeki Allah SWT. Sebab Pemberi Rezeki telah menjamin. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) dibumi melainkan rezeki kesemuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz). " (Surah Hud ayat 6)
Persoalan rezeki sudah diatur oleh Allah SWT. Hal penting yang perlu dilakukan adalah sempurnakan ikhtiar, perkuat dengan doa, dan tawakal secara mutlak kepada Allah S.W.T. Biarlah Allah yang Maha Mengatur. Insya Allah, jika ikhtiar, doa serta tawakal kita sepenuhnya, kita akan diberikan kelapangan rezeki oleh Allah S.W.T. Dia akan mengaruniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Dari Umar bin Khattab r.a, ia berkata, “Saya mendengar Rassulullah SAW bersabda, ‘Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian seperti seekor burung, pagi-pagi ia keluar dari sarangnya dalam keadaan lapar dan pulang dipetang hari dalam keadaan kenyang “
(Hadis Riwayat Ahmad dan Turmuzi).
Rezeki dibumi berbentuk pekerjaan dan mendapat gaji bulanan, mendapat biasiswa, mendapat pinjaman kewangan, keuntungan dalam perniagaan, hasil pertaniaan dan penternakan, dijemput untuk kenduri dan jamuan berbentuk makanan dan minuman, hasil tangkapan ikan di laut atau di sungai, tawaran projek-projek pembinaan, jawatan-jawatan yang disandang dan sebagainya.
Terhindar daripada musibah dan bala, kerukunan hidup berumah tangga, kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan diberi kesihatan dan kefahaman tentang Islam dan bertemu jodoh dengan suami hartawan yang soleh.
Terjumpa harta khazanah dibumi berbentuk minyak, gas dan emas terpendam juga termasuk rezeki daripada bumi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Ketiga : Jika sukar mudahkanlah.
Kadangkala rezeki yang kita cari dan usahakan mengalami berbagai dugaan dan halangan.Betapa ramai orang berniaga tapi mengalami kerugian dan kegagalan. Betapa banyak keluarga yang dibina hancur ditengah jalan dengan penceraian. Betapa ramai anak-anak yang hidup menyusahkan ke dua ibu bapanya. Semua kejayaan dan keberkatan datangnya daripada Allah S.W.T. disamping kita berikhtiar dan berusaha jangan lupa untuk memohon keselamatan dan kejayaan kita. Jika dipermudahkan segala-galanya maka itu adalah nikmat daripada kurniaan Allah S.W.T.
Keempat : Jika haram sucikanlah.
Di dalam kehidupan sekarang yang penuh dengan sistem muamalah secara bukan Islam iaitu terlibat dengan sisitem riba dimana-mana kadangkala tanpa disedari kita boleh terjebak dengan sisterm tersebut atau sekurang-kurangnya terlibat secara tidak langsung yang termasuk di dalam perkara subha, maka kita berdoalah kepada Allah S.W.T. semoga Dia membersihkan harta kita melalui zakat dan sedekah yang kita berikan.
Kelima : Jika masih jauh dekatkanlah.
Allah S.W.T. Maha Berkuasa untuk memberi dan menarik balik rezeki yang diperuntukkan-Nya kepada manusia. Allah S.W.T. juga Maha Berkuasa untuk mendekatkan rezeki kita yang masih jauh di dekatkan dan diberi-Nya lebih awal dari sepatutnya.
Jika kita banyak sedekah, suka melepaskan kesusuahan saudara kita (dengan memberi pinjaman) ,suka hubungkan balik silaturahim yang terputus dan suka berkhidmat kepada ibu bapa maka Allah S.W.T akan mengurniakan rezeki yang lumayan dan dijalan yang tidak disangka-sangka. Di percepatkan dan dipermudahkan.
Sekiranya kita cukup berkira-kira dan cukup berat untuk membantu atau memberi pinjaman kewangan kepada saudara kita yang memerlukan sebenarnya kita menjauhkan rezeki kita yang sedia ada kepada masa yang lebih jauh atau mungkin Allah S.W.T menarik balik rezeki tersebut. Janganlah kita menyangka dengan kita mengeluarkan sedikit harta kita itu untuk melepaskan kesulitan orang lain harta kita akan berkurangan tetapi sebenarnya tidak sama sekali, harta kita akan bertambah dan akan dipermudahkan segala urusan duniawi kita.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana manfaat yang cukup besar maka janganlah kita abaikan sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah atau bantuan untuk melepaskan kesusahan saudara kita. Latihlah diri kita untuk bersedekah, jangan tangguh-tangguh, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita.
Jangan fikir kita akan rugi sebab rezeki yang datang daripada Allah S.W.T. kita tidak tahu dari mana puncanya. Allah akan beri rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah untuk sedekah dan infaq di jalan Allah s.w.t.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada malam aku pergi ke syurga (ketika Israk Mi’raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, “Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali.”
Lalu aku bertanya: “Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia daripada sedekah?”
“Jawab Jibrail: Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Di dalam doa selepas solat duha di akhir doa tersebut ada menyatakan " limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh "
Bermakna kita memohon kepada Allah S.W.T. semoga Dia melimpahkan rahmat kepada kita sebagaimana Dia merahmati hamba-hamba-Nya yang soleh. Alangkan berbahagianya kita jika kita termasuk dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan diredai-Nya.
Sahabat yang dikasihi,
Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."
(Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu marilah kita istiqamah dan terus mengerjakan solat duha kerana banyak fadilat dan kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kerana ia juga adalah kunci murah rezeki dan keberkatan.
No comments:
Post a Comment