السَّلاَمُ عَلَيْكُم
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang ahli sufi yang terkenal Al-Imam Hassan al-Basri memberi kata-kata hikmatnya : “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”
Kata-kata hikmat beliau boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu :
Pertama : Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu.
Kedua : Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama.
Ketiga : Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.
Huraiannya :

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Adab-adab yang dinyatakan oleh Islam adalah ilmu yang hak. Sesiapa yang tidak mempunyai adab bererti dia tidak memiliki ilmu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam.
Setiap amalan dalam Islam terdapat beberapa peraturan dan adab-adab yang perlu dipatuhi untuk menyempurnakan amalan tersebut. Tanpa dipatuhi adab-adab yang telah digariskan Islam menjadikan amalan tersebut cacat dan tidak sempurna. Oleh itu untuk menjadikan ibadah dan amalan harian kita sempurna maka perlulah mematuhi beberapa adab-adab yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga apa yang terdapat di dalam sunah dan hadis Rasulullah SAW.
Apabila kita memperkatakan adab, sebenarnya maksudnya cukup luas ianya meragkumi adab ketika berniat, adab kepada Allah SWT, abad kepada al-Quran, adab terhadap Rasulullah SAW dan adab terhadap diri sendiri.
Adab berbentuk akhlak Islam pula adalah seperti adab pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, adab berpakaian, adab menuntut ilmu, adab membaca al-Quran, adab makan-minum, adab tidur, adab untuk memasuki rumah , adab ketandas, adab ketika bersama isteri , adab anak-anak berbicara dengan ibu bapa , adab bersin dan lain-lain lagi. Bayangkan jika seseorang itu tidak beradab dan membuat sesuatu mengikut nafsu dan kehendak hatinya sahaja maka dia akan lari daripada garis panduan akhlak Islam yang telah dinyatakan dalam ajaran Islam sendiri.
Benarlah apa yang dikatakan oleh al-Imam Hasan al-Basri bahawa sekiranya seseorang tidak ada adab bermakna dia tidak berilmu.

Sabar adalah sifat mahmudah yang akan menghiasi diri seorang mukmin. Sesiapa yang tidak memiliki sifat sabar sebenarnya dia telah lari daripada ajaran Islam kerana Islam menekankan betapa perlunya sifat sabar ini kerana tanda-tanda seseorang itu beriman adalah apabila dirinya dihiasi dengan sifat sabar.
Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : "Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya." (Hadis Riwayatkan Muslim)
Berdasarkah hadis di atas ada dua sifat orang beriman yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu sifat sabar dan syukur. Tidak mungkin seseorang itu dikatakan dia benar-benar beriman jika dia tidak memiliki sifat sabar dan syukur.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa." (Hadis Riwayat Tarmidzi)
Berdasarkah hadis di atas adalah merupakan ungkapan dan gambaran sikap warak. Sikap warak adalah sikap berhati-hati dalam menghindari larangan Allah SWT.
Untuk seseorang itu hampir dengan Allah SWT (muttaqin) maka dia perlulah bersifat warak. Seseorang yang memiliki sifat warak adalah dia buat semua yang wajib dan meninggalkan semua yang haram, dia tinggalkan semua yang makruh, syubahat dan yang harus sekiranya yang harus itu melalaikannya daripada mengingati Allah SWT. Di samping itu dia akan memperbanyakkan amalan sunat kerana perkara sunat ini boleh mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
Sikap ini amat jelas terdapat pada diri Rasulullah SAW dan juga para sahabat baginda. Sikap warak pada masa itu telah menjadi suatu amalan yang di hayati oleh generasi awal.
Maka warak di sisi Allah SWT termasuk jenis takut yang membuat seseorang meninggalkan banyak hal yang dibolehkan, jika hal itu menjadi samar atasnya bersama yang halal agar tidak merugikan agamanya.
Di antara tanda yang menjadi pegangan orang-orang yang warak adalah kehati-hatian mereka yang luar biasa dari sesuatu yang haram dan tidak adanya keberanian mereka untuk maju kepada sesuatu yang boleh membawa kepada yang haram. Dan dalam hal itu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya yang halal dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya banyak hal-hal syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari hal-hal yang syubhat maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya."(Hadis Riwayat Bukhari, kitab al-Iman, no. 52, dan Muslim, kitab al-Musaqah, no. 1599 dan 107.)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan kata-kata hikmat tersebut di atas dalam kehidupan kita sehari-hari. Hiasilah diri kita dengan adab-adab dan akhlak Islam, bersifat sabar dan warak di dalam setiap amalan dan perbuatan kita. Kesimpulannya orang yang menjaga adabnya bererti dia orang berilmu, orang yang sabar adalah orang yang patuh pada ajaran agama dan orang yang warak ada orang yang hampir dengan Allah SWT.

No comments:
Post a Comment