Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap hari kita akan mendapat berita daripada akhbar arus perdana, pendapat demi pendapat yang diutarakan mengenai hukum hudud. Samaada daripada pemimpin masyarakat, artis-artis hinggakan ulama-ulama semuanya memberikan pandangan ada yang menyokong dan ada yang menentang.
Mereka yang pertikaikan hukum hudud tidak layak dilaksanakan kerana tak sesuai dengan masyarakat majmuk dan mereka membayangkan bahawa hukum hudud ini zalim kerana nantinya ramai umat Islam akan dipotong tangan dan sebagainya. Kekeliruan ini berpunca kerana tidak ada usaha-usaha yang positif dilakukan oleh pihak pemerentah dan wartawan akbar arus perdana untuk meyakinkan masyarakat Islam bahawa hukum hudud ini adalah hukum-hukum Allah SWT. Beriman kepada hukum hudud bermakna kita beriman kepada kitab suci al-Quran nul karim dan hadis-hadis sahih daripada Rasulullah SAW kerana jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW menjelaskan hukum hudud dan hukum-hukum yang lain dalam Islam.
Kenapa umat Islam boleh percaya kewajipan untuk menunaikan solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadan, zakat dan haji tetapi tidak percaya dan yakin terhadap hukum-hukum Allah SWT?
Satu perkara yang menghairankan orang Islam sendiri mempetikaikan hukum hudud yang diturunkan oleh Allah SWT samaada dia seorang pemimpin, wartawan , artis dan ulama. Kita akan katakan jahil kepada pemimpin, wartawan dan artis jika mereka mempertikaikannya kerana kejahilan tentang al-Quran dan hukum-hakam dalam Islam. Tetapi bagaimana jika yang mempertikaikan itu seorang ulama berstatus Profesior? Jika ini berlaku maka ianya akan mendatangkan banyak kekeliruan dan boleh menyebabkan akidah umat Islam akan terjejas.
Dalam Islam apabila sesuatu perkara hendak diputuskan (hukuman hendak dijalankan) perlu dirujuk kepada hukum yang jelas dinyatakan oleh Allah SWT terlebih dahulu (qisas, hudud dan diyat), kemudian jika tidak ada atau tidak cukup syarat barulah hukum takzir dijalankan, bukannya semua hukum diputuskan mengunakan hukum takzir dan membelakangkan hukum asal (qisas, hudud dan diyat)
Sebagai seorang muslim kita wajib percaya dan yakin bahawa hukum-hukum Allah SWT samaada qisas, hudud dan diyat adalah hukum Islam yang tidak boleh diragu-ragukan lagi. Dan hukum takzir akan diputuskan khalifah atau hakim berdasarkan keadaan semasa. Jelas di dalam al-Quran terdapat 3 katagori manusia yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah SWT samaada kafir, zalim atau fasik.
Pertama : Berhukum dengan Hukum Allah ta’ala Merupakan Fardu ‘Ain Bagi Setiap Muslim.
Ada beberapa hal yang boleh diturunkan dari kaedah ini :
Pertama, wajib berhukum dengan syari’at Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 49].
Kedua, wajibnya berhukum kepada syari’at Allah ta’ala dengan ridlaa dan tasliim terhadap syari’at-Nya itu. Allah ta’ala berfirman :
فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [QS. An-Nisaa’ : 65].
Ketiga, terdapat ancaman bagi siapa saja yang tidak berhukum dengan syari’at Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [QS. Al-Maaidah : 44].
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [QS. Al-Maaidah : 45].
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 47].
Inilah tiga keadaan yang difirmankan Allah ta’ala tentang orang yang tidak berhukum dengan syari’at yang diturunkan-Nya (kafir, zalim, dan fasik).
Keempat, terdapat peringatan bagi siapa saja yang menyelisihi perintah Allah dan Rasul-Nya Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam. Allah ta’ala berfirman :
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih” [QS. An-Nuur : 63].
Kelima, hukum Allah ta’ala adalah yang paling baik dan bijaksana/adil. Allah ta’ala berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [QS. Al-Maaidah : 50].
Keenam, hukum Allah merupakan roh dan cahaya. Allah ta’ala berfirman :
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الإيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” [QS. Asy-Syuuraa : 52].
Sahabat yang dimuliakan,
Berhati-hatilah dengan ulama su' (jahat/buruk) kerana fatwa mereka boleh mengelirukan umat Islam dan menjauhkan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka berhujah berdasarkan nafsu dan fikiran semata-mata tanpa melihat dalil dan hujah yang jelas daripada ulama-ulama muktabar. Oleh itu kita jangan mudah dikelirukan oleh mereka kerana ada agenda tersembunyi setiap fatwa yang mereka utarakan.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Namanya saja ulama su’ (jahat/buruk), tentu pekerjaan-nya merusak, mengacau, dan menyesatkan. Mereka dibayar mahal dengan wang ringgit dan diberikan pangkat. Disebut ulama kerana baju dan lisannya seperti ulama, disebut su’ kerana perbuatan, ajakan, dan hatinya jahat. Kerana itu, ulama su’ termasuk jenis manusia yang berbulu domba namun berhati serigala. Ulama su’ sekarang ini adalah generasi penerus dari ulama su’ zaman dahulu.
Ulama su’ mengajarkan tipu daya untuk mencari celah-celah hukum Allah SWT, sehingga mereka boleh memakan harta secara batil seperti kisah penduduk yang menghalalkan mencari ikan pada hari Sabtu dengan tipu daya yang cukup terkenal itu, atau menghalalkan bangkai dengan cara mencairkannya menjadi minyak lalu dijual dan dimakan harganya. Ulama su' tetap bersekongkol dengan mereka yang membuat fitnah menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa membawa 4 orang saksi yang adil atau ulama su' boleh memberi fatwa bahawa bekerja sebagai pelacur adalah dibenarkan kerana darurat mencari nafkah. (seolah-olah di dunia ini tak ada pekerjaan halal). Mereka suka menggunakan kaedah ruksah dan darurat untuk menhalalkan fatwa mereka. Nauzubillhiminzalik.
Ulama su’ adalah peringkat ulama yang paling rendah, paling buruk dan paling merugi. Ia adalah seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak mengajarkannya kepada manusia. Di samping itu, ia mengajak kepada kejahatan dan kesesatan. Ia menyuruh keburukan dalam bentuk kebaikan. Ia menggambarkan kebatilan dengan gambar sebuah kebenaran. Ada kalanya, kerana menjilat para penguasa dan orang-orang zalim lainnya untuk mendapatkan kedudukan, pangkat, pengaruh, penghargaan atau apa saja dari perhiasan dunia yang ada di tangan mereka. Atau ada juga yang melakukan itu kerana sengaja menentang Allah dan Rasul-Nya demi menciptakan kerusakan di muka bumi ini. Mereka tidak lain adalah para khalifah syatan dan para wakil Dajjal.
Di antara ulama su’ ada juga kelompok yang mengajak kepada kebaikan, namun tidak pernah memberikan keteladanan. Kerana itu, Ibnul Qayyim berkata: “Ulama su’ duduk di depan pintu syurga dan mengajak manusia untuk masuk ke dalamnya dengan ucapan dan seruan-seruan mereka. Dan mengajak manusia untuk masuk ke dalam neraka dengan perbuatan dan tindakannya. Ucapan mereka berkata kepada manusia: “Kemarilah! Kemarilah!” Sedang-kan perbuatan mereka berkata: “Janganlah engkau dengarkan seruan mereka. Seandainya seruan mereka itu benar, tentu mereka adalah orang yang pertama kali memenuhi seruan itu.” (Al-Fawaid, Ibnul Qayyim, hal. 61).
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita kembali kepada hukum-hukum Allah SWT dan yakinlah semua hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah adalah benar dan sesuai dilaksanakan dimuka bumi ini tanpa ragu-ragu samaada masyarakat majmuk atau masyarakat bukan majmuk.
Kerana tidak ada negara di dunia ini masyaraktnya hanyalah satu bangsa sahaja pasti terdapat berbilang bangsa dan agama. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa Islam adalah agama yang sesuai disepanjang zaman hingga kehari kiamat dan wajib setiap orang yang beriman dan bertakwa melaksanakan hukum-hukum Allah SWT. Cara perlaksanaannya perlu berperingkat-peringkat kita bersetuju bukannya terus menentang hukum-hukum Allah SWT tanpa memberi ruang untuk Islam direalisasikan dalam kehidupan bernegara.
Perlu diberikan kredit ada beberapa negeri dinegara kita telah meluluskan hukum hudud dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tersebut. Kita patut menyokongnya bukan menentangnya kerana kita akan jawab dihadapan Allah SWT nanti kenapa kita menentangnya sedangkan melaksanakan hukum hudud adalah satu suruhan Allah SWT.
3 comments:
salam tuan,
saya sangat stuju dgn pandangan tuan,
sesiapa yg mempelajari ilmu quran pasti tidak akan berani memperleceh hukum hudud,
bermula dari mempercayai alquran adalah rukun iman,
rukun iman adalah asas akidah kita sebagaimana dalam hadis jibril .
kemulian quran yg diturunkan dari luh mahfuz ke bait ai izzah dan akhirnya ke rasul saw ..
ayat2 yg turun dgn as bab al nuzul,
dan diperbahari dgn Nasikh Mansukh .. kitab yg terakhir yg diutuskan kpd rasul yg terakhir, kitab yg akan membimbng manusia hingga kehari kiamat ...
mcm mana susah hatinya Omar meminta abu bakar mengumpul dan membukukan alquran setelah melihat ramai hafis2 gugur syahid dlm peperangan .. bagaimana zaid b thabit diminta membuat pengumpulan alquran dan memulakan susunan seperti yg kita baca sekarang ini ..
bertapa susah payah umat2 awal mengumpul utk membimbing kita di jalan yg lurus, namun sekarang ..
hukum quran terutama hudud sekadar mcm satu dagangan yg boleh manarik atau menakutkan orang ramai ..
panjang klu nak ulas ..
kesimpulannya ...
klu zaman nabi saw kaum kafir mekah yg amat kufur dan memang nyata menyekutukan allah dengan menyembah berhala berkerjasama dengan syaitan dalam mensyariatkan atau menetapkan perundangan atau peraturan yg sebenarnya tidak pernah disyariatkan oleh allah swt dapat dibentuk akidah nya utk menerima ajaran quran, tk kan umat islam malaysia yg sudah ada asas islam masih berani mempelecehkan hudud ... biar apa pun parti yg disokong tp jangan sesekali memperleceh hukum2 dalam alquran ..
waalikumusalam, terima kasih aby kerana memberi ulasan dan pandangan yang bernas betapa pentingnya keyakinan dan kefahaman bahawa hukum hudud adalah wajib diyakini dan percaya bahawa ianya sesuai dilaksanakan. Semoga umat islam di Malaysia tidak dikelirukan dan disesatkan oleh golongan fasik, zalim dan kafir dan munafik dan yakin sebenar-benarnya terhadap segala hukum-hukum Allah SWT.
HUDUD PAS BUKAN HUDUD QURAN.....BERTAUBATLAH...
PAS PARTI SESAT MENYESATKAN...
Post a Comment