السَّلاَمُ عَلَيْكُم
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Ali bin Abi Thalib k.wj pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."
Berdasarkan kata-kata Saidina Ali terdapat dua orang yang mendatangkan bala bencana :
1. Orang berilmu yang tidak menjaga kehormatan. (menipu manusia dengan kelalaiannya)
2. Orang bodoh yang kuat beribadah. (menipu manusia dengan amalannya)
Huraiannya :
1. Orang berilmu yang tidak menjaga kehormatan (menipu manusia dengan kelalaiannya).
Seseorang yang berilmu akan dipandang mulia disisi Allah SWT apabila ilmunya diamalkan. Tetapi apabila ilmunya tidak membawa dia kepada ketaatan kepada Allah SWT dan tidak menjaga kehormatan diri dan dia tidak berakhlak dengan akhlak Islam maka ianya adalah bencana dan musibah yang besar.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (Surah Ash Shaff ayat 2-3)
Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keledai yang menggerakkan penggilingan. Penduduk neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya, ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab, ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri justru melakukannya’.”
Syaikh Abdullah bin Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata, “Ilmu tidaklah dituntut melainkan supaya diamalkan. Iaitu dengan mewujudkan ilmu dalam perbuatan yang nyata, yang nampak dalam bentuk pemikiran seseorang dan perbuatannya. Terdapat nash-nash syariat yang mewajibkan untuk mengikuti ilmu dengan amalan dan agar akibat dari ilmu yang dipelajari muncul pada diri orang yang menuntut ilmu. Dan terdapat ancaman yang keras terhadap orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Dan begitu pula bagi orang yang tidak memulai perbaikan dari dirinya sendiri sebelum memperbaiki diri orang lain. Dan dalil-dalil tentang hal itu sangat jelas."
Sungguh indah ucapan Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah, “Seorang yang berilmu itu masih dianggap jahil (bodoh) apabila dia belum beramal dengan ilmunya. Apabila dia sudah mengamalkan ilmunya maka jadilah dia seorang yang benar-benar ‘alim.”
Ini adalah ungkapan yang sangat tepat. Kerana apabila seseorang memiliki ilmu, akan tetapi dia tidak mengamalkan ilmu tersebut maka dia tetaplah disebut jahil. Sebab tidak ada perbedaan antara keadaan dirinya dengan keadaan orang yang jahil. Apabila dia berilmu tetapi tidak mengamalkannya maka orang yang alim itu belum boleh disebut sebagai orang berilmu yang sesungguhnya, kecuali bila di sudah beramal dengan ilmunya.” (Hushulul Ma’mul, hal. 16)
2. Orang bodoh yang kuat beribadah ( menipu manusia dengan amalannya).
Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.
Firman Allah SWT yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ ayat 36)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.
Dalam hadis yang lain dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama banyak umarak (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang." (Hadith Riwayat Thabrani).
Sahabat yang dimuliakan,
Untuk dijauhi daripada bala bencana maka marilah sama-sama kita meningkatkan ilmu dan amal kita. Kita teruskan menuntut ilmu yang bermanfaat dan dengan ilmu ini kita beramal pula dalam kehidupan kita semata-mata mencari keredaan Allah SWT.
Kita perbanyakkan amal ibadah tanda syukur kita di atas nikmat yang banyak kita terima daripada Allah SWT. Ibadah yang di laksanakan ini hendaklah ikhlas dan perlulah berdasarkan dengan ilmu yang yakin dan sahih supaya kita terhindar daripada hasutan syaitan yang sentiasa hendak merosakkan ibadah kita kepada Allah SWT.

No comments:
Post a Comment