Saturday, October 22, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Tunaikan Zakat Jika Cukup Syarat-syaratnya.


السَّلاَمُ عَلَيْكُم

  سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam ketiga selepas solat yang wajib ditunaikan apabila cukup nisab dan tempuhnya. Kegagalan melaksanakan pembayaran zakat boleh mendatangkan dosa besar dan harta yang tidak dizakatkan akan menjadi bahan pembakar apa neraka di akhirat nanti.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian, besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi manusia dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah ayat 34-35)

Abu Dzar r.a. berkata: Aku datang kepada Nabi SAW. sedang Nabi SAW. bersabda: "Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, atau: Demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia, tiada seorang yang memiliki unta, lembu atau kambing lalu tidak menunaikan kewajiban zakatnya melainkan didatangkan pada hari kiamat sebesar, segemuk biasanya, lalu menginjak-injak pemiliknya dan menanduk dengan tanduknya, tiap sudah selesai yang terakhir diulang oleh yang pertama, sehingga selesai putusan orang-orang, lalu ditentukan ke syurga atau neraka". 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Zakat termasuk salah satu kewajiban dalam Islam yang tidak boleh dipisahkan dengan solat, sampai Rasulullah bersabda maksudnya : “Tidak sempurna solat bagi seseorang yang tidak membayar zakat”. 

Di samping itu Allah SWT. menyuruh umat Islam untuk  menafkahkan sebagian harta yang dicintainya sehingga boleh dikatakan kebajikan yang sempurna. Firman Allah SWT maksudnya : "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan , tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui. (Surah Ali Imran ayat 92).

Asbabun Nuzul ayat 92 :
Anas bin Malik r.a, "Ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abu Thalhah r.a, seorang sahabat Ansar yang terkaya di Madinah, yang menyumbang harta berupa tanah Bairukha untuk kepentingan agama." (Hadis Riwayat Ahmad)

Zakat sebagai rukun Islam merupakan kewajiban setiap muslim yang mampu membayarnya dan diperuntukkan bagi mereka yang berhak menerimanya. Dengan pengelolaan yang baik, zakat merupakan sumber dana potensial yang dapat dimanfaatkan untuk memajukan kesejahteraan umum bagi seluruh masyarakat.

Terdapat tiga kebaikan zakat yang ditunaiakan dengan ikhlas kepada Allah SWT.

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama , zakat yang ditunaikan boleh membersihkan harta yang dimiliki sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud : “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoakan untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.”

Kedua, diharapkan juga harta yang sudah dizakatkan itu akan mendatangkan berkah dan ketenangan hidup bagi pemiliknya. Dalam Al-Quran Allah menjanjikan bahwa orang-orang yang membayarkan zakat disamping mendapatkan pahala dari Allah, mereka juga tidak akan memiliki rasa khawatir menghadapi masa depan, dan tidak pula berduka secara mendalam seraya menyesali masa lalunya.

Firman Allah SWT maksudnya :“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hanti". (Surah Al-Baqarah ayat 277)

Ketiga, dengan membayar zakat diharapkan Allah akan melapangkan rezeki para muzzaki (pembayar zakat) sehingga harta kekayaannya tidak akan berkurang tetapi malah akan bertambah. Dalam surat Ar-Rum ayat 39 Allah menyatakan dengan riba harta tidak akan bertambah, dengan zakatlah harta akan bertambah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak akan menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).” (Surah Ar-Rum ayat 39)

Bagi yang bersifat bakhil dan singkat pemikirannya mungkin sukar memahaminya, bagaimana mungkin dengan mengeluarkan zakat harta kekayaannya akan bertambah, kerana ada pengeluaran disana. Tetapi bagi orang yang beriman, yang meyakini bahawa rezeki Allah yang mengatur, sementara manusia diperintahkan untuk berusaha dan berdoa, tentu janji Allah SWT tetap benar seperti banyak contoh yang terjadi dalam masyarakat. Justru orang-orang kaya yang rajin membayar zakat, harta kekayaannya semakin bertambah. Salah satunya kerana Allah SWT mendengarkan doa-doa orang yang lemah yang telah mendapatkan haknya. Sebaliknya harta kekayaan orang-orang yang bakhil atau kedekut, yang hanya mementingkan diri dan keluarga mereka semata, menutup mata terhadap penderitaan orang-orang fakir dan miskin maka hartanya semakin berkurang, bahkan mengalami kerugian.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat kesah benar berlaku di pinggir ibu kota Kuala Lumpur kubur seorang lelaki kaya meletup dan terbakar setelah tiga hari dikebumikan baru-baru ini. Kisah pelek ini berlaku ketika azan magrib berkumandang apabila penduduk berhampiran terdengar letupan kuat dari arah perkuburan itu. Keesokannya beberapa penduduk kampung bergegas ke tanah perkuburan itu dan mendapati kubur milik lelaki kaya kampung berkenaan berlubang dan ada kesan terbakar akibat berlaku letupan.

Berikutan kejadian itu penduduk membuat andaian, letupan itu satu pembalasan Allah terhadap lelaki tersebut kerana semasa hidupnya dia bukan saja kedekut, beliau tidak pernah bersedekah malah mengabaikan membayar zakat.

Semasa hidupnya lelaki berusia awal 70an terkenal individu yang kaya, memikiki berpuluh hektar tanah pertanian. Di sebabkan sifat kedekutnya, lelaki kaya itu lebih dikenali dengan panggilan 'haji bakhil' di kalangan penduduk setempat.

Seorang penduduk yang lama menetap dikampung tersebut menceritakan lelaki kaya ini mempunyai sifat tamak. Dia sering mengalihkan batu sempadan supaya sebahagian tanah orang lain menjadi miliknya. Selepas menunaikan haji penduduk kampung jangkakan sifat dan perangainya yang kedekut itu boleh berubah tetapi sebaliknya sifat kedekutnya menjadi-jadi. Akibat daripada sifat yang buruk inilah bala dan hukuman Allah SWT berlaku di alam barzakh keatas dirinya dan ianya akan menjadi peringatan kepada umat Islam yang lain supaya tidak bakhil dan enggan bersedekah dan membayar zakat.

Daripada Abu Umamah Iyas bin Sta'labah al-Haristi radiallahu anhu, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, (mengambilnya secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya." Kemudian ada seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulullah?". Nabi SAW bersabda: "Walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak". (Hadis riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh kerana zakat itu wajib maka perlulah kita melaksanakan pembayaran zakat 2.5% daripada jumlah wang simpanan apabila cukup nisab dan tempuhnya.

Kadar nisab semasa adalah rm 10,650.00 (sumber daripada Pusat Zakat Selangor) berdasarkan nilai 85 gram emas. (kadar nisab akan berubah mengikut harga emas dipasaran)

Cukup haul (tempuh setahun) mengikut kiraan kelender Hijrah bukan kelender masihi.

Kalian perlulah membayar zakat tersebut kerana setengah umat Islam memahami bahawa apabila mereka sudah membayar zakat fitrah sudah selesai sedangkan wang yang tersimpan wajib dibayar zakat apabila cukup nisab dan tempuhnya. Jika tidak dibayar zakat akan mendapat dosa besar. Selain daripada zakat wajib perkara penting yang perlu kita lakukan adalah bersedekah kerana sifat pemurah dan suka bersedekah adalah ciri-ciri orang mukmin yang di redai oleh Allah SWT.





No comments: