Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Berita muka hadapan, Harian Metro , Jumaat, 16 Mac 2012. "Amir ditawarkan kerja, kereta, rumah. Rezeki dua beranak".
Sebelum ini berita mengemparkan pada hari Jumaat 9 Mac 2012 dalam Harian Metro melapurkan bahawa seorang pemuda telah meninggalkah ibunya yang lumpuh , Faridah Maulud disebuah bajet hotel dalam keadaan menyedihkan selama 4 hari tidak terurus makan, minum dan keperluan asasnya.
Sebelum ini berita mengemparkan pada hari Jumaat 9 Mac 2012 dalam Harian Metro melapurkan bahawa seorang pemuda telah meninggalkah ibunya yang lumpuh , Faridah Maulud disebuah bajet hotel dalam keadaan menyedihkan selama 4 hari tidak terurus makan, minum dan keperluan asasnya.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan taufik dan hidayah-Nya , Allah SWT telah menyedarkan anaknya Amir Mohd Omar berumur 27 tahun dan masih bujang, supaya kembali menemui ibunya , meminta ampun dan maaf diatas kesalahannya yang lalu dan beliau berjanji akan menjaga ibunya dan menguruskan keperluannya yang berada di dalam keadaan yang dhaif dan lumpuh.
Amir berkata kepada wartawan yang menemu-bual beliau, "Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini , saya dapat membalas jasanya".
Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43 tahun, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.
Amir juga menceritakan bertindak meninggalkan ibunya adalah kerana hilang pertimbangan dan buntu berikutan masaalah kesihatan di alaminya, selain tertekan dengan masaalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.
Semoga Allah SWT merahmati dan meredai Amir, ibunya dan Datuk Jamhari (kerana memberi bantuan kepada saudara muslim yang memerlukan pertolongan)
Sahabat yang dimuliakan,
Beginilah kisah hidup yang berlaku di dalam masyarakat kita, disebabkan hidup yang tertekan seseorang sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku keatas seorang ibu yang uzur dan dhaif.
Sebenarnya kisah seperti Amir ini banyak berlaku di dalam masyarakat kita, seorang anak sanggup meletakkan ibu bapa mereka yang uzur dan tua kerumah orang-orang tua atau rumah perlindungan semata-mata ingin hidup selesa bersama keluarganya supaya tidak ada gangguan orang tua yang nyanyuk, uzur atau berpenyakit.
Sebenarnya kisah seperti Amir ini banyak berlaku di dalam masyarakat kita, seorang anak sanggup meletakkan ibu bapa mereka yang uzur dan tua kerumah orang-orang tua atau rumah perlindungan semata-mata ingin hidup selesa bersama keluarganya supaya tidak ada gangguan orang tua yang nyanyuk, uzur atau berpenyakit.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”
Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”
Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”
Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.”
Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.
Sahabat yang dimuliakan,
Nabi Musa a.s. ingin benar mengetahui siapakah yang akan menjadi temannya di syurga. Setelah diwahyukan oleh Allah mengenai sifat-sifat lelaki itu, Nabi Musa a.s. terus mencarinya.Lelaki itu seorang penjual daging dipasar. Setelah menemui lelaki itu, Nabi Musa a.s. menyatakan hasratnya untuk menjadi tetamu lelaki itu beberapa hari. Lelaki itu bersetuju memerimanya.
Sebenarnya, Nabi Musa a.s. mahu melihat apakah amalan yang menyebabkan lelaki itu menjadi temannya di syurga kelak, Nabi Musa a.s. tetap merahsiakan tujuannya.
Setelah Nabi Musa a.s. memasuki rumah lelaki itu, baginda serta merta dihidangkan dengan sup daging. Sewaktu baginda menikmati sup, lelaki itu masuk kebilik dan keluar mendukung seorang wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam. Lelaki itu menyuapkan sup daging kemulut wanita tua itu hingga kenyang. Selepas makan, lelaki itu menukar pakaian wanita tua tadi yang kotor terkena sup. Dia membasuh pakaian itu di sebuah telaga berhampitan rumahnya.
Agak lama barulah lelaki tadi menemui Nabi Musa a.s.yang sedang memerhatikan perbuatannya. Nabi Musa a.s. bertanya :"Siapakah perempuan tua itu?"
Lelaki itu menjawab dengan suara sayu, "Itulah ibu saya. Dia sekarang ini sudah terlalu tua.Tidak berdaya lagi menguruskan dirinya, sebab itu saya membuat segala-galanya. Maafkan saya kerana tidak melayan saudara makan sebentar tadi."
Nabi Musa a.s. merasa terharu mendengar kata-kata lelaki itu, hatinya berbisik, 'Alangkah besar bakti dan kasih sayang lelaki itu kepada ibunya. Patutlah Allah telah menyediakan baginya syurga di akhirat kelak.'
Kemudian Nabi Musa a.s. menghampiri lelaki itu dan menerangkan tujuan sebenar baginda ingin menjadi tetamu hari ini, "Saya ingin sangat melihat apakah amalan yang menyebabkan Allah SWT. menjadikan saudara teman saya di syurga kelak."
Sebaik mendengar penjelasan baginda, lelaki itu terus sujud syukur dan terus berazam akan meningkatkan keimanannya kepada Allah serta berbakti kepada ibunya.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri dan menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dan panduan bahawa Allah SWT akan memberi pertolongan-Nya apabila kita insaf dan kembali bertaubat kepada-Nya dan sentiasa menjaga kebajikan ibu bapa kita yang sudah tua dan uzur.
Perlu diingat! Dalam Islam anak lelaki walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai keluarganya sendiri tetapi dia masih mempunyai ibu bapa yang tua dan uzur dan tidak mempunyai pendapatan, tanggungjawab memberi nafkah dan menjaga kebajikan mereka masih terpikul dibahunya. Bagi anak perempuan pula apabila dia sudah berumah tangga dia terlepas tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya walau bagaimana pun tidak salah jika dia ingin berbakti kepada kedua mereka dengan izin suaminya.
No comments:
Post a Comment