Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap negara di dunia ini perlukan pemimpin yang akan mengetuai dan mentadbir negara tersebut. Berjaya atau mundurnya sesebuah negara adalah bergantung kepada corak kepimpinan ketua kerajaan dan ahli-ahli kabinetnya yang akan melaksanakan pembangunan dan pentadbiran. Jika mereka semua jujur dan beramanah, tidak ambil rasuah dan mengutamakan rakyat yang berada dibawah pemerentahannya maka akan aman dan berbahagialah negara tersebut. Tetapi sekiranya ketua negara dan ahli kabinetnya rasuah dan mengutamakan kroni dan ahli keluarga maka negara tersebut akan mengalami kehancuran.
Pemimpin yang dirahmati Allah SWT adalah pemimpin yang sentiasa mendatangkan pertolongan, rahmat dan keberkahan-Nya. Tapi pemimpin yang jauh dari
rahmat Allah SWT adalah pemimpin yang tidak adil, tidak mengambil peraturan dan undang-undang Allah SWT, maka kepemimpinannya itu akan mendatangkan kesulitan, azab
yang berujung kepada kemusnahan dan kehancuran, oleh kerana itu sangat
penting kita mengetahui kriteria pemimpin yang dirahmati Allah SWT.
Terdapat enam kriteria pemimpin yang dirahmati Allah:
Pertama : Pemimpin yang menyedari kesalahannya dan mahu memperbaikinya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dia
berkata: 'Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum
(kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar
kamu mendapat rahmat'.". (Surah an-Naml ayat 46)
Kedua : Pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat’’.(Surah Ali-Imran ayat 132).
Ketiga : Pemimpin yang membawa keredaan, keselamatan, cahaya dan jalan yang
lurus.
Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Dengan kitab itulah Allah menunjuki
orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan dan
(dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap
gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan
menunjuki mereka ke jalan yang lurus’’.(Surah al-Maaidah ayat 16)
Keempat : Pemimpin yang berbuat
baik.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka
bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan
rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan).
Sesungguhnya rahmat Allah Amat dekat kepada orang-orang yang berbuat
baik’’. (Surah al-’Araf ayat 56)
Kelima : Pemimpin yang menunaikan solat, zakat, dan mencegah
perbuatan keji dan mungkar.
Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Dan dirikanlah sembahyang,
tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi
rahmat’’. (Surah an-Nur ayat 56)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : ‘‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi
sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf,
mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan
mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat
oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’’. (Surah at-Taubah ayat 71)
Mendirikan solat merupakan gambaran dari hubungan yang baik dengan Allah SWT, sedangkan menunaikan zakat merupakan gambaran dari keharmonian hubungan dengan sesama manusia. Makruf adalah suatu istilah yang berkaitan dengan segala sesuatu yang dianggap baik oleh agama, akal dan budaya, dan sebaliknya mungkar pula adalah perbuatan yang berlawanan dengan makruf. Dari gabungan itu semua, seseorang yang diberi kedudukan oleh Allah SWT untuk memerentah satu negara, ia berkewajiban untuk melahirkan suatu masyarakat yang hubungannya dengan Allah baik, kehidupan masyarakatnya harmoni dan agama, akal dan budayanya terpelihara.
Keenam : Pemimpin yang mampu
mengatasi konflik dan perselisihan di dalam masyarakat.
Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Orang-orang beriman itu
sesungguhnya bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan)
antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu
mendapat rahmat’’.(Surah al-Hujurat ayat 10)
Sahabat yang dimuliakan,
Jika ditanya "Siapa mahu jadi pemimpin?"
Pasti ramai yang akan bukan setakat menawarkan diri malah menjadi
buruan dan rebutan. Di kebanyakan negara perebutan untuk menjadi
pemimpin hingga mencetuskan persaingan sengit, persengketaan,
permusuhan, perbalahan, berbunuhan malah hingga ke peringkat
tercetusnya perang saudara. Saling berdendam, jatuh menjatuh, kutuk
mengutuk, tuduh menuduh, guling mengguling, rampas kuasa adalah perkara
biasa sahaja.
Realiti ini sedang berlaku di seluruh
dunia. Perebutan untuk menjadi pemimpin itu merupakan simbol cinta
dunia yang keterlaluan. Masing-masing terlalu gairan dan bercita-cita melihat kepada habuan dan imbuhan yang akan diperolehi. Pihak
yang sedia berada di persada kepimpinan pula sedaya upaya
mempertahankan kedudukan itu kerana terlalu sayangkan habuan dan
keistimewaan yang dikecapi selama ini.
Biarpun banyak
seruan dan peringatan dibuat agar tidak menjadikan kepimpinan itu
sebagai lubuk kekayaan, namun sukar diterima seruan tersebut kerana
terbukti mereka yang memiliki jawatan kepemimpinan itu telah dan sedang
tenggelam dalam lautan kekayaan yang melampau.
Keistimewaan
duniawi inilah yang sering menjadi perhitungan dalam mendorong usaha
keras untuk berada di tampuk kepimpinan. Tidak kurang juga yang melihat
peluang lain di antaranya ialah populariti dan meningkatkan pengaruh dalam masyarakat.
Jika
tawaran kepimpinan itu tanpa habuan, kelebihan, kemudahan atau
keistimewaan mungkin ramai tidak ghairah,
tidak memberi sebarang reaksi atau sekadar diterima dengan tawar dan
hambar. Jika dilantik begitu saja mungkin ditolak dengan alasan
membuang masa, membebankan tenaga dan menghabiskan harta benda.
Di
sinilah kelihatannya sebagai bukti bahawa tiada yang memandang dengan
penuh keyakinan bahawa kepimpinan itu satu amanah besar, berat dan
penuh tanggungjawab di hadapan Allah SWT. Hampir tiada yang melihat
kepimpinan itu adalah soal siapa mahu tetapi siapa mampu.
Sahabat yang dikasihi,
Oleh kerana pemimpin yang akan kalian pilih adalah perkara besar , kalian akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT jika kalian silap memilihnya, maka kalian perlulah berhati-hati jangan salah pilih pemimpin. Tangan kalian yang akan mengundi dan memangkah calun yang bertanding perlulah dibuat semata-mata kerana Allah SWT. Jangan gadaikan masa depan kalian diakhirat dengan memilih calun yang rasuah, menentang hukum-hukum Allah SWT dan calun yang boleh menarik kalian ke neraka.
Walaupun tangan kalian cukup ringan memangkah tetapi berat semasa Mizan nanti samaada berat kepada pahala atau berat kepada dosa. Berat kepada pahala apabila kalian memilih pemimpin yang memiliki enam ciri-ciri di atas dan berat kepada dosa apabila calun yang kalian pilih menghina Islam, tidak taat kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, tidak suka kepada hukum hudud, membiarkan dan menggalakkan maksiat bermaharaja lela, munutup pintu rundingan dengan rakyat, rasuah dan menghina ulama dan menyekat dakwah Islam.
Kepimpinan
juga sama seperti bidang lain yang mestilah berasaskan kelayakan.
Layaknya seseorang menjadi pemimpin itu adalah kerana dirinya memang
memiliki bakat semulajadi, dapat pula memenuhi ciri-ciri kewibawaan dan
masak dengan selok belok peranan kepimpinan.
Terlalu luas
dan banyak aspek yang perlu difahami dan dihayati oleh seseorang yang
bergelar pemimpin. Namun dari keseluruhan aspek itu dapat dirumuskan
berdasarkan pesanan Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a kepada para pemimpin
negeri dan daerah yang hadir dalam pertemuan bulanan.
Kata
Sayidina Umar: "Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar
tetapi tidak bertakwa. Kerana tanpa ketakwaan kepintaran akan membawa
banyak kerosakan kepada umat.
Aku
juga sangat kecewa terhadap orang yang bertakwa tetapi dungu. Kerana
orang itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat
secara teratur dan sempurna."
Bersandarkan
kepada intipati pesanan Saidina Umar Ibnu Khattab tersebut bahawa
mereka yang berkelayakan menjadi pemimpin itu mesti memiliki dua
perkara pokok. Pertama; ketakwaan, kedua; kepintaran.
Jika
pemimpin itu bertakwa, segala urusannya dibantu dan dipermudahkan oleh
Allah SWT. Sangat penting para pemimpin dibantu oleh Allah SWT, kerana
dengan demikian itu akan terjamin segala urusannya tepat menurut
kehendak Allah SWT dan RasulNya.
Pemimpin bertakwa
apabila menjadi pemimpin dia akan tetap teguh pendirian sebagai wakil
Allah SWT. Dia tidak mewakili dirinya atau tidak mewakili mana-mana
pihak.
Wakil Allah SWT (khalifah) di atas bumi ini, dia
tidak akan memihak kepada sesiapapun. Keadilan akan terjamin di dalam
kepimpinannya. Kerana Allah SWT itu Maha Adil maka pemimpin yang
mewakili Allah SWT pasti berlaku adil.
Pemimpin bertakwa
bukan sahaja perkara haram atau makruh diketepikannya kerana yang haram
itu berdosa dan yang makruh itu dibenci oleh Allah SWT. Orang bertakwa,
dibenci oleh Allah SWT pun sangat dibimbanginya. Malah perkara halal
pun sangat berhati-hati. Kerana yang halal itu kalau berbentuk
material, keharusan memilikinya tetap ditakuti kerana hisab yang lama
di akhirat nanti.
Pemimpin bertakwa adalah seorang yang
sering membuat muhasabah dirinya, sama ada dalam hubungannya dengan
Allah SWT dan hubungannya dengan manusia atau urusan manusia.
Kecacatan,
kelalaian lebih-lebih derhaka kepada Allah SWT sangat ditakutinya
kerana dengan penuh sedar bahawa dia sedang melakukan kerja kerja Allah
SWT. Allah SWT tidak pandang atau dengan kata lain tidak ada nilai bagi
orang yang membuat kerja Allah SWT tetapi jauh dari Allah SWT.
Kecacatan
dalam urusan manusia di bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi,
keperluan kehidupan dan sebagainya akan menjadikan rakyatnya membenci
atau memusuhinya. Lebih-lebih lagi ditakuti kalau gagal memimpin dan
mendidik hati manusia supaya kenal, taat dan takut kepada Allah SWT.
Penyebab
perpecahan adalah sifat mazmumah. Sikap suka disanjung, suka dipuja
hingga taksub, suka mempromosi diri adalah mazmumah. Amat penting bagi
pemimpin mengenal sifat mazmumahnya. Kerana mazmumah dirinya itu boleh
mencacatkan kepimpinannya. Ego, pemarah, tamak, diktator, bakhil
membuatkan rakyat benci dan memusuhinya. Hanya pemimpin bertakwa sahaja
yang mampu mendidik diri dan mendidik rakyat.
No comments:
Post a Comment