Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Jauhilah perbuatan suka mengadu domba iaitu dipanggil 'An-Namimah' kerana mengadu domba adalah perbuatan yang amat dicela oleh Islam.

Nabi SAW bersabda :
لا يدخل الجنة نمام
Maksudnya : "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik ‘niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.
Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri ‘alim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk kepada pendapat dan hujjah masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.
Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah orang lain diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain.

Nabi SAW menyebut :
الكبر بطر الحق وغمط الناس
" Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Hadis Riwayat Muslim)
Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadis di atas :-
Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadis di atas :-
"Rasa ‘ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat (termasuk nikmat ilmu)"
Sahabat yang dimuliakan,
Sahabat yang dimuliakan,
Perbahasan atau perdebatan ilmu untuk mencari kebenaran tidak dilarang dengan syarat masing-masing mengutamakan ukuwah Islamiah, kasih sayang dan keikhlasan. Bukannya berdasarkan emosi dan rasa ego dengan pendapat sendiri dengan meremehkan pendapat muslim yang lain.
1. Menyebarkan fitnah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Membuat fitnah adalah salah satu dosa besar yang amat dibenci oleh Allah SWT. Sekiranya seseorang mempunyai aib sekalipun Islam melarang aib tersebut di dedahkan dan disebarkan, apatah lagi seseorang itu tidak ada aib sedangkan dia dituduh dengan sesuatu aib.
2. Memutuskan silaturahim.
"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
"Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)
3. Menyakiti hati orang Islam.
Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian menyeru dengan suara yang keras:
"Hai semua orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan kamu menyelidiki cacat-cacat mereka. Sebab barangsiapa menyelidiki cacat saudara muslim, maka Allah pun akan menyelidiki cacatnya sendiri; dan barangsiapa yang oleh Allah diselidiki cacatnya, maka Ia akan nampakkan kehidupan dalam perjalanan yang jauh." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
4. Menghina orang Islam.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Takwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Hadis Riwayat al-Tirmizi, kata hadis ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)
5. Mengadu domba.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Suka maki hamun .
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri.
Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya.
Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."
Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang berkata, ‘Celakalah mereka!’ maka orang itulah yang paling celaka.” (Hadis Riwayat Muslim no. 2251)
7. Menuduh kafir, sesat atau bidaah dalalah.
Dari Abu Zar ra, ia mendengar Nabi SAW bersabda, “Seorang lelaki yang menuduh lelaki lain jahat, atau menuduhnya kafir, maka tuduhan itu berbalik kepadanya, jika orang yang dituduhkannya itu tidak seperti itu.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 1709)
Berhati-hatilah jika kalian cuba menuduh pihak lain sesat atau kafir sekiranya golongan yang dituduh tidak sesat disisi Allah maka kesesatan dan kekafiran itu jatuh kepada golongan yang menuduh tadi.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menjauhkan diri daripada perbahasan, pertengkaran dan tuduh menuduh dalam perkara-perkara khilafiah dan furuk (cabang-cabang Islam) dan utamakanlah ukhwah Islamiah dan kasih sayang sesama saudara muslim.
Perhatikanlah firman Allah SWT yang bermaksud :"Wahai orang yang beriman . Janganlah
sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak
lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan
orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan
nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa
yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang
yang zalim."
(Surah al-Hujurat ayat 11)
No comments:
Post a Comment