Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Huraiannya :
1. Hati yang keras .
Hati dan roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.
Hati sangat sensitif, peka dan perasa. Ia adalah wadah tempat mengisi 'barang-barang'. Siapa yang mengisinya? Samaada syaitan atau malaikat, yang berebut-rebut mengisinya. Kalau malaikat yang mengisi, maka baiklah hati. Jika syaitan yang mengisi maka jahatlah hati. Yang diisi oleh malaikat ialah hidayah, wahyu dan ilham kebaikan. Jika syaitan yang mengisi, akan diisi dengan kekufuran, was-was dan keraguan.
Hati yang keras kerana tertumpuknya dosa. Tidak mahu melakukan ketaatan dan amal kebaikan adalah salah satu tanda hati yang keras.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (QS At-Taubah ayat 54).
Sesungguhnya malas adalah amalan syaitan . Hati yang keras tidak akan tersentuh oleh ayat-ayat al-Quran kerana lalai dari membaca al-Quran serta mendengarkannya. Tidak tersentuh dengan ayat-ayat peringatan seperti kematian, sakit dan bencana sepatutnya ayat-ayat ini akan dapat memberikan pelajaran. Hati tidak merasa apa-apa apabila al-Quran menceritakan mengenai seksaan neraka. Hati yang keras disebabkan oleh kecintaan pada dunia dan melupakan akhirat. Salah satu sebab hati menjadi keras adalah kerana lalai dan bertemankan orang yang jahat dan buruk akhlaknya suka mendekatkan diri kepada maksiat serta terbiasa melakukan dosa dan kemungkaran itu sendiri.
Marifatullah atau mengenal Allah SWT akan dapat membantu melembutkan hati. Kesedaran akan kebesaran Allah SWT, keluasan nikmat, dan kuasa-Nya, mengingati mati, mengingat bahawa akan datang hari akhirat. Hati akan menjadi lembut apabila banyak membaca al-Quran dan memperhatikan ayat-ayat Al-Quran, lebih-lebih bila diamalkan.
Memperbanyak zikir,mengingat Allah, dan beristighfar. Bersahabat dengan orang soleh dan bergaul dengan mereka, orang yang akan memberikan semangatnya dan mengingatkan kita ketika terlupa.
2. Mata yang tidak mahu menangis.
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
Mata yang tidak mahu menangis ketika keseorangan kerana kerasnya hati. Beruntunglah orang yang dapat menangis kerana takut kepada Allah SWT terkenang dosa-dosa yang dilakukannya. Kadangkala menangis juga boleh terjadi kerana besarnya kasih sayang Allah dalam dada seseorang. Namun demikian, rugi rasanya jika air mata mengalir untuk hal-hal tidak bernilai di sisi Allah SWT(seperti air mata mengalir kerana melihat cerita sedih di television) sementara air matanya tidak mengalir bila teringat azab neraka Jahanam dan azab kubur.
3. Hilang perasaan malu.
4. Terlalu cintakan dunia.
Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)
Firman Allah SWT maksudnya : “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)
Manusia yang terlalu cinta dunia, fikirannya akan dipenuhi urusan dunia hingga lupa akan akhiratnya. Seperti bekerja hingga solatnya di akhir waktu atau bahkan terlupa. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan kekal daripada dunia yang dikejar-kejarkan.
5. Panjang angan-angan.
Panjang angan-angan adalah didorong oleh hawa nafsu yang cintakan dunia berlebih-lebihan hingga hilang rasa takut tentang dosa dan amalan yang sedikit. Syaitan akan mendorong seseorang itu panjang angan-angan dan memberi rasa seronok hidup di dunia dan melupakan saat kematian.
Seseorang yang panjang angan-angannya pada dunia, akan lupa pada kematian. Kerana dunia telah membuatnya merasa tenteram. Sementara ketenteraman semacam ini hanyalah sementara tidak kekal.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Hud (11) ayat 15-16).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya dunia itu dilaknat, berikut segenap isinya juga dilaknat, kecuali jika disertai untuk tujuan kepada Allah SWT."
Segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak akan bermakna, semua harta, gelaran, pangkat, kedudukan dalam masyarakat dan populariti tidak akan bernilai di sisi Allah SWT jika tidak digunakan di jalan Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga dan jauhi lima perkara yang boleh mendatangkan kesegsaraan iaitu hati yang keras, mata yang tidak mahu menangis, hilang perasaan malu , terlalu cintakan dunia, dan panjang angan-angan sebagaimana kata-kata nasihat Fudhail bin Iyadh.
Gantikan lima perkara ini kepada lima perkara yang boleh membawa kebahagiaan iaitu hati yang bersih dan sejahtera, mata yang mudah menangis kerana terkenangkan dosa-dosa yang dilakukan,mempunyai sifat malu untuk melakukan maksiat, tidak cinta dunia digantikan dengan cinta hari akhirat dan tidak panjang angan-angan (meraskan hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi).
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Fudhail bin Iyadh berkata : “Terdapat lima tanda kesengsaraan; 1. hati yang keras, 2. mata yang tidak mahu menangis, 3. hilang perasaan malu , 4. terlalu cintakan dunia, dan 5. panjang angan-angan.” Huraiannya :
1. Hati yang keras .
Hati dan roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.
Hati sangat sensitif, peka dan perasa. Ia adalah wadah tempat mengisi 'barang-barang'. Siapa yang mengisinya? Samaada syaitan atau malaikat, yang berebut-rebut mengisinya. Kalau malaikat yang mengisi, maka baiklah hati. Jika syaitan yang mengisi maka jahatlah hati. Yang diisi oleh malaikat ialah hidayah, wahyu dan ilham kebaikan. Jika syaitan yang mengisi, akan diisi dengan kekufuran, was-was dan keraguan.
Hati yang keras kerana tertumpuknya dosa. Tidak mahu melakukan ketaatan dan amal kebaikan adalah salah satu tanda hati yang keras.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (QS At-Taubah ayat 54).
Sesungguhnya malas adalah amalan syaitan . Hati yang keras tidak akan tersentuh oleh ayat-ayat al-Quran kerana lalai dari membaca al-Quran serta mendengarkannya. Tidak tersentuh dengan ayat-ayat peringatan seperti kematian, sakit dan bencana sepatutnya ayat-ayat ini akan dapat memberikan pelajaran. Hati tidak merasa apa-apa apabila al-Quran menceritakan mengenai seksaan neraka. Hati yang keras disebabkan oleh kecintaan pada dunia dan melupakan akhirat. Salah satu sebab hati menjadi keras adalah kerana lalai dan bertemankan orang yang jahat dan buruk akhlaknya suka mendekatkan diri kepada maksiat serta terbiasa melakukan dosa dan kemungkaran itu sendiri.
Marifatullah atau mengenal Allah SWT akan dapat membantu melembutkan hati. Kesedaran akan kebesaran Allah SWT, keluasan nikmat, dan kuasa-Nya, mengingati mati, mengingat bahawa akan datang hari akhirat. Hati akan menjadi lembut apabila banyak membaca al-Quran dan memperhatikan ayat-ayat Al-Quran, lebih-lebih bila diamalkan.
Memperbanyak zikir,mengingat Allah, dan beristighfar. Bersahabat dengan orang soleh dan bergaul dengan mereka, orang yang akan memberikan semangatnya dan mengingatkan kita ketika terlupa.
2. Mata yang tidak mahu menangis.
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
Mata yang tidak mahu menangis ketika keseorangan kerana kerasnya hati. Beruntunglah orang yang dapat menangis kerana takut kepada Allah SWT terkenang dosa-dosa yang dilakukannya. Kadangkala menangis juga boleh terjadi kerana besarnya kasih sayang Allah dalam dada seseorang. Namun demikian, rugi rasanya jika air mata mengalir untuk hal-hal tidak bernilai di sisi Allah SWT(seperti air mata mengalir kerana melihat cerita sedih di television) sementara air matanya tidak mengalir bila teringat azab neraka Jahanam dan azab kubur.
3. Hilang perasaan malu.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Hilangnya perasaan malu dalam jiwa boleh menyebabkan seseorang insan itu tanpa segan silu mengerjakan maksiat Mengenai hubungan iman dan malu, Ibnu Quthaibah berkata, sifat malu dapat menghalang dan menghindarkan seseorang melakukan kemaksiatan seperti iman. Maka sifat malu disebut sebagai iman, seperti sesuatu dapat diberi nama dengan nama lain yang dapat menggantikan makna perkataan tersebut.
Rasa malu kerana berbuat maksiat. Bukan rasa malu untuk melakukan kebaikan seperti malu memakai pakaian menutup aurat, malu menghadiri solat jamaah, atau malu-malu sebagainya yang malah menjauhkan dari kebaikan. Malu yang sesungguhnya adalah takut untuk melakukan suatu keburukan dan malu untuk melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT. Bila malu yang semacam ini tumbuh dalam diri seorang muslim, maka ia akan terhindar dari segala keburukan, senantiasa taat pada perintah Allah SWT.
Rasa malu kerana berbuat maksiat. Bukan rasa malu untuk melakukan kebaikan seperti malu memakai pakaian menutup aurat, malu menghadiri solat jamaah, atau malu-malu sebagainya yang malah menjauhkan dari kebaikan. Malu yang sesungguhnya adalah takut untuk melakukan suatu keburukan dan malu untuk melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT. Bila malu yang semacam ini tumbuh dalam diri seorang muslim, maka ia akan terhindar dari segala keburukan, senantiasa taat pada perintah Allah SWT.
4. Terlalu cintakan dunia.
Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)
Firman Allah SWT maksudnya : “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)
Manusia yang terlalu cinta dunia, fikirannya akan dipenuhi urusan dunia hingga lupa akan akhiratnya. Seperti bekerja hingga solatnya di akhir waktu atau bahkan terlupa. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan kekal daripada dunia yang dikejar-kejarkan.
5. Panjang angan-angan.
Panjang angan-angan adalah didorong oleh hawa nafsu yang cintakan dunia berlebih-lebihan hingga hilang rasa takut tentang dosa dan amalan yang sedikit. Syaitan akan mendorong seseorang itu panjang angan-angan dan memberi rasa seronok hidup di dunia dan melupakan saat kematian.
Seseorang yang panjang angan-angannya pada dunia, akan lupa pada kematian. Kerana dunia telah membuatnya merasa tenteram. Sementara ketenteraman semacam ini hanyalah sementara tidak kekal.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Hud (11) ayat 15-16).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya dunia itu dilaknat, berikut segenap isinya juga dilaknat, kecuali jika disertai untuk tujuan kepada Allah SWT."
Segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak akan bermakna, semua harta, gelaran, pangkat, kedudukan dalam masyarakat dan populariti tidak akan bernilai di sisi Allah SWT jika tidak digunakan di jalan Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga dan jauhi lima perkara yang boleh mendatangkan kesegsaraan iaitu hati yang keras, mata yang tidak mahu menangis, hilang perasaan malu , terlalu cintakan dunia, dan panjang angan-angan sebagaimana kata-kata nasihat Fudhail bin Iyadh.
Gantikan lima perkara ini kepada lima perkara yang boleh membawa kebahagiaan iaitu hati yang bersih dan sejahtera, mata yang mudah menangis kerana terkenangkan dosa-dosa yang dilakukan,mempunyai sifat malu untuk melakukan maksiat, tidak cinta dunia digantikan dengan cinta hari akhirat dan tidak panjang angan-angan (meraskan hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi).
No comments:
Post a Comment