Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT sentiasa tenang dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Setiap peristiwa yang berlaku ke atas dirinya, ahli keluarga dan sahabat -handainya di hadapi dengan penuh tenang, reda dan sabar.
Peristiwa kematian insan yang dikasihi dan dicintai pergi buat selama-lamanya, kembali menemui Tuhannya di terima dengan penuh kesabaran di iringi dengan doa dan mohon kehadrat Ilahi semoga roh simati dirahmati dan di kurniakan keselamatan dan kebahagiaan di alam barzakh.
Seorang
mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah SWT., memiliki kebahagiaan yang
hakiki dalam hatinya, maka masaalah apapun yang dihadapinya di dunia
ini tidak membuatnya mengeluh atau berdukacita, apalagi berputus asa.
Hal ini disebabkan kerana keimanannya yang kuat kepada Allah SWT
sehingga membuat dia yakin bahawa apapun ketetapan yang Allah SWT.
berikan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan
keyakinannya ini Allah SWT. akan memberikan balasan kebaikan baginya
berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Inilah yang dinyatakan
oleh Allah SWT dalam firman-Nya,
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya
: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan
izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia
akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu.”
(Surah At Taghaabun ayat 11)
Untuk mendapat ketenangan hati dan kebahagiaan menghadapi hari-hari yang akan datang, anggaplah perkara yang lepas dan telah berlalu semuanya mengandungi hikmah dan kebaikan. Jangan dikesali dan jangan berduka cita kerana setiap kejadian ciptaan Tuhan dan peristiwa yang ditakdirkan berlaku adalah suratan takdir yang dirancang oleh-Nya dan berlaku menurut kehendak-Nya semata-mata.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah
menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa
juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala
suratan.”
Allah SWT berfirman maksudnya : “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”(Surah Qaaf ayat 29)
Allah SWT berfirman maksudnya : “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”(Surah Qaaf ayat 29)
Sahabat yang dimuliakan,
Manusia sering mengucapkan semula perkataan ini setelah belaku peristiwa yang tidak diingini; "kalaulah aka tahu..., "seandainya aku buat benda ini.." ," sekiranya aku dengar nasihat kamu ..." . Hakikat sebenarnya setiap kejadian yang telah berlaku itu adalah di atas kehendak Allah SWT Yang Maha Mengetahui apa yang hendak ditetapkan-Nya.
Nabi SAW melarang umatnya berkata "kalau" , "seandainya" dan "sekiranya" keatas kejadian yang telah berlaku, kerana kita seolah-olah tidak reda dan bersetuju di atas apa yang telah di tetapkan-Nya. Perasaan kecewa ini boleh menjejaskan akidah kita terhadap qada dan qadar Allah SWT dan akan terjebak di dalam perangkap syaitan.
Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia
tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan
yang diambil mencerminkan ketakwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali
tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu
kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa
semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah SWT untuk
diambil pengajaran.
Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak reda dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Sifat orang mukmin akan menjadikan peristwa yang telah berlaku dengan fikiran yang cukup positif dan akan bermuhasabah diri sendiri dan semuanya akan dijadikan sebagai panduan, peduman dan kekuatan untuk mencari reda Allah SWT dan beramal soleh lebih baik lagi daripada sebelumnya.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Ketahuilah, jika seluruh manusia berkumpul untuk memberikan manfaat
kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu. Jika mereka
berkumpul untuk memberikan madarat kepadamu, maka mereka tidak akan
boleh memberikan madarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu.
Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering” (Hadis Riwayat
Tirmizi dari Ibnu Abbas)
Sahabat yang dikasihi,
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kuatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT dengan keyakinan yang sungguh-sungguh dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Bersangka baiklah kepada Allah SWT dan yakinlah cinta dan kasih sayang Allah SWT kepada kita melebihi cinta dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang sedang menyusu.
Bertawakallah kepada Allah SWT dalam setiap masa dan berdoalah mengharapkan rahmat dan reda-Nya tanpa jemu dan bosan.
Husnudzon (berbaik sangka) kepada Allah bahawa Dia akan mengabulkan doa kita. Kalaupun tidak dikabulkan, itu kerana hikmah yang Allah lebih mengetahuinya. Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman (yang maksudnya), "Aku bergantung prasangka hamba-Ku kepada-Ku" (Hadis Riwayat Bukhari)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Tahukah kalian bagaimana seharusnya seorang muslim berdoa?” Mereka bertanya, “Bagaimanakah itu wahai Imam?” Beliau menjawab, “Tahukah kalian bagaimana seseorang yang berada di tengah gelombang lautan, sementara ia hanya memiliki sebatang kayu, dan iapun akan tenggelam? Kemudian orang ini berdoa dengan mengatakan, ‘Ya Rabbi, selamatkanlah aku! Ya Rabbi, selamatkanlah aku!’ Maka demikianlah seharusnya seorang muslim berdoa (kepada Allah)”.

Hal ini memperlihatkan bahawa sudah selayaknya seorang hamba yakin bahwa tidak ada lagi yang mampu menyelamatkannya selain Rabbnya sehingga ia akan kembali kepada-Nya dalam keadaan apapun dan berdoa kepada-Nya kerana rasa memerlukan yang lahir dari kelemahan diri.
Allah berfirman yang bermaksud : “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan jika ia berdoa kepada-Nya…” (Surah al-Naml ayat 62).
No comments:
Post a Comment