Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Suasana sekarang ini rakyat Malaysia sedang demam pilihanraya, para pemimpin parti berada di dalam kesibukan untuk bertanding di dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) . Semua parti politik telah pun bersedia menyenaraikan calun-calun mereka untuk di daftarkan sebagai calun di hari penamaan calun nanti iaitu pada Sabtu 20 April 2013 . Ada calun yang terpilih dan ada calun yang digugurkan dan ada pula calun-calun muka baru yang akan mencuba nasib untuk di ketengahkan menjadi pemimpin rakyat. Samaada layak atau tidak , terpilih atau tidak bergantung kepada penilaian rakyat sendiri yang akan menilai dan memilih semasa hari pembuangan undi pada 5 Mei 2013.
Terdapat parti politik yang diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana terdapat pertikaian di dalam Masyuarat Agongnya. Di sana-sini kedengaran suara bantahan daripada penyokong pemimpin kawasan yang tidak puas hati calun pilihan mereka tidak disenaraikan untuk bertanding di PRU 13 samaada sebagai ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Islam adalah agama yang cukup prihatin terhadap pemilihan pemimpin, kerana pemimpin yang jujur, amanah dan berpandangan jauh adalah pemimpin yang di kehendaki dalam Islam. Sebaliknya pula apabila seorang pemimpin itu suka menipu, berdusta, tidak amanah dan mementingkan diri sendiri adalah ciri-ciri pemimpin yang di benci dan dimurkai oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Setiap
kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di
pimpinnya. Seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan
bertanggung jawab atas mereka, seorang isteri adalah pemimpin di rumah
suaminya dan dia bertanggung jawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah
penjaga harga tuannya dan dia bertanggung jawab atasnya. (Hadis Riwayat Bukhari)
Terdapat beberapa garis panduan umum sebagai perkongsian untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam untuk memilih pemimpin berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam.
Pertama : Menggunakan hukum Allah SWT. di dalam pentakbirannya.
Dalam
berbagai aspek dan lingkup kepemimpinan, ia senantiasa menggunakan
hukum yang telah di tetapkan oleh Allah SWT, perkara ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan
ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul
(sunahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik
akibatnya". (Surah an-Nisaa' ayat 59)
Melalui
ayat di atas taat kepada pemimpin adalah satu hal yang wajib dipenuhi,
tetapi dengan syarat para pemimpin yang di taati itu adalah pemimpin yang menggunakan
hukum-hukum Allah SWT di dalam pemerentahannya. Dalam hal ini sebagaimana di nyatakan dalam ayat-Nya yang lain yang bermaksud :
"Ikutilah
apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti
pemimpin-pemimpin selain-Nya . Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran
(daripadanya)". (Surah al-A'raf ayat 3)
Dalam ayat yang lain firman Allah SWT maksudnya :
1. "..Barangsiapa
yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itu adalah orang-orang yang kafir..." (Surah al-Maaidah ayat 44)
"..Barangsiapa
tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itu adalah orang-orang yang zalim..." (Surah al-Maaidah ayat 45)
"..Barangsiapa
tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itu adalah orang-orang yang fasik.." (Surah al-Maaidah ayat 47)
"
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang
lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Surah al-Maaidah ayat 50)
Dan bagi kaum muslimin Allah SWT telah dengan jelas melarang untuk mengambil pemimpin sebagaimana ayat;
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah
pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil
mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan
mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang zalim". (Surah al-Maaidah ayat 51)
Dari
beberapa ayat diatas, boleh disimpulkan, bahawa pemimpin dalam Islam
adalah mereka yang senantiasa mengambil dan menempatkan hukum Allah
dalam seluruh aspek kepemimpinannya. Jika mereka belum melaksanakan hukum Allah SWT di dalam masyarakat umat Islam tetapi sedang berusaha ke arah perlaksanaan hukum-hukum Allah SWT adalah dikira sebagai pemimpin yang memenuhi ciri-ciri pertama.
Kedua :Tidak meminta-minta jawatan.
Tidak terlalu mengharap atau menginginkan jawatan tertentu. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya
kami tidak akan memberikan jawatan ini kepada seseorang yang
memintanya, tidak pula kepada orang yang sangat berminat untuk
mendapatkannya" (Hadis Riwayat Muslim).
Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya
engkau ini lemah (ketika Abu Zar meminta jawatan di jawab demikian oleh
Rasulullah), sementara jawatan adalah amanah, di hari kiamat dia akan
mendatangkan penyesalan dan kerugian, kecuali bagi mereka yang
menunaikannya dengan baik dan melaksanakan apa yang menjadi kewajiban
atas dirinya". (Hadis Riwayat Muslim).
Kecuali,
jika tidak ada lagi pemimpin yang layak dan tugas kepemimpinan akan jatuh pada
orang yang tidak amanah dan akan lebih banyak membawa mudharat daripada
manfaat, perkara ini dijelaskan dalam ayat al-Quran :
Firman Allah SWT maksudnya : "Jadikanlah
aku bendaharawan negeri (Mesir), kerana sesungguhnya aku adalah orang
yang pandai menjaga dan berpengetahuan". (Surah Yusuf ayat 55)
Dengan catatan bahawa amanah kepemimpinan dilakukan dengan ;
1. Ikhlas.
2. Amanah.
3. Memiliki keunggulan daripada pemimpin yang lain.
4. Menyebabkan terjadinya kerosakan jika dibiarkan jawatan itu diserahkan kepada orang lain.
Ketiga : Fizikal sihat dan kuat dan amanah.
Firman Allah SWT maksudnya : "Salah
seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai
orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling
baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat
lagi dapat dipercaya." (Surah al-Qasas ayat 26).
Keempat : Tekun dan bersungguh-sungguh (profesional).
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Sesungguhnya
Allah sangat senang pada pekerjaan salah seorang di antara kalian jika
dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh (profesional)" (Hadis Riwayat Baihaqi)
Kelima : Tidak mengutamakan ahli keluarga dan rakan terdekat (kroni).
Rasulullah
SAW, "Barang siapa yang menempatkan seseorang kerana hubungan kerabat,
sedangkan masih ada orang yang lebih Allah redhai, maka sesungguhnya dia
telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang mukmin". (Hadis Riwayat al-Hakim).
Saidina Umar
bin al-Khattab berkata : "Siapa yang menempatkan seseorang pada jawatan tertentu,
kerana rasa cinta atau kerana hubungan kekerabatan, dia melakukannya
hanya atas pertimbangan itu, maka seseungguhnya dia telah mengkhianati
Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin".
Keenam : Menempatkan orang yang paling sesuai dan layak.
"Rasulullah bersabda maksudnya, : "Jika suatu perkara telah diberikan kepada orang yang tidak
semestinya (bukan ahlinya), maka tunggulah kiamat (kehancurannya)". (Hadis Riwayat Bukhari).
Dalam konteks hadis ini, setidaknya ada beberapa perkara yang perlu kita teliti :
1. Seorang pemimpin mampu melihat potensi seseorang.
Setiap
manusia tentunya diberikan kelebihan dan kekurangan.Kesalahan terbesar
bagi seorang pemimpin adalah ketika dirinya tidak boleh melihat potensi
seseorang dan menempatkannya pada tempat yang semestinya. Begitu
pentingnya perhatian bagi seorang pemimpin terhadap perkara ini, maka
Rasulullah SAW bersabda sebagaiman hadis ke5 di atas.
Ketidakmampuan
pemimpin dalam hal ini hanya akan membuat jamaah, parti atau organisasi yang
di pimpinnya menjadi tidak efektif dan efisien, bahkan tidak sedikit
kesalahan pemimpin dalam hal ini menimbulkan kekacauan yang membawa
kepada kehancuran.
2. Mampu mengasah (meningkatkan) potensi seseorang.
Selain ia boleh melihat potensi pada diri seseorang, seorang pemimpin dengan
caranya yang paling baik, ia boleh mengasah potensi mereka yang berada
dalam kepemimpinannya. Mengasah potensi seseorang bukanlah suatu yang mudah ianya perlu kepada kesabaran dan istiqamah
3. Meletakkan seseorang sesuai dengan potensi yang ia miliki.
Seorang pemimpin akan berusaha menempatkan seseorang itu di tempat yang paling
tepat bagi orang tersebut serta sesuai dengan bidang tugas yang diberikan.
4. Mengatur setiap potensi dari mereka yang di pimpinnya menjadi satu kekuatan yang kokoh.
Bangunan
yang baik, kokoh dan indah tentunya tidak hanya terdiri dari satu
elemen, tetapi terdiri dari berbagai elemen yang ada di dalamnya.
Tentunya, penempatan dan penggunaan masing-masing elemen itulah yang
sangat mempengaruhi bagaimana sebuah bangunan itu. Perumpamaan sederhana
ini boleh kita gunakan untuk memahami tugas seorang pemimpin dalam
menempatkan, menggunakan mereka yang berada dalam kepemimpinannya.
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam susana politik di Malaysia terdapat juga pemimpin yang bukan Islam akan bertanding pada piliharaya kerana amalan demokrasi. Adakah boleh kita memilih pemimpin yang bukan Islam di suatu kawasan yang majoritinya orang bukan Islam?
Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du’at, Dr Zaharuddin Abdul
Rahman baru-baru ini yang menyatakan boleh mengundi calon bukan Islam
untuk dijadikan pemimpin.
Dr Zaharuddin berhujah bahawa orang bukan Islam
boleh diundi atas kapasiti MOU yang dibuat, bukan diundi atas kapasiti
peribadi.Selain itu, katanya orang bukan muslim yang diundi tidak semestinya akan dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan.
Di dalam amalan sisitem demokrasi di Malaysia, hanya parti yang mempunyai majoriti 2/3 ahli di Parlimen saja boleh mengubah perlembagaan negara dan menentukan dasar dan polisi negara. Jumlah calun bukan Islam yang mengadakan MOU tidak sampai 50% ianya tidak akan mendominasikan majoriti 2/3 ahli Parlimen, tetapi iannya membantu calun-calun Islam untuk mendapat majoriti 2/3 atau pun majoriti mudah.
Jika parti politik mendapat majoriti mudah saja di Parlimen , perubahan perlembagaan negara tidak boleh dibuat. Saya setuju pendapat Dr Zaharuddin bahawa mengundi calun bukan Islam yamg mempunyai MOU atau perjanjian dengan organisasi Islam adalah mengikut kaedah "tahaluf siyasi" yang dibenarkan Islam. Pendapat yang mengatakan tidak boleh langsung berkompromi adalah pendapat yang tidak memahami kaedah syarak untuk di sesuaikan dengan perkembangan semasa. Umat Islam perlu membuka minda dan tidak rijid dan jumud dengan pendapat sendiri yang akan merugikan Islam. Wallahualam.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita membuka minda dan berfikir dengan tenang, pilihlah pemimpin Islam yang akan membawa agenda umat dan mereka yang bersetuju atas dasar keadilan ketelusan dan kebajikan bersama. Kesilapan kalian memilih pemimpin hingga hak rakyat terabai akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat nanti.Tangan kalian yang memangkah akan menjadi saksi dan pencil yang kalian gunakan juga akan menjadi saksi di hadapan mahkamah Allah SWT.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment