Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Sesiapa yang cinta dan kasihnya kerana Allah SWT maka kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam syurga-Nya.
Hadis yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh AllahSWT di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah SWT sahaja.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:"Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah )
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan seseorang sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah SWT di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ?
Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud: "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz r.a. dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim)
Dalam hadis Qudsi yang lain firman Allah SWT yang bermaksud : "Berhak mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, berhak mendapat cinta-Ku orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling memberi kerana Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, di-sahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib, 3019)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa ingin merasakan nikmatnya iman, hendaklah dia mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dan dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 2300)
Sabda baginda lagi yang bermaksud : "Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara keduanya adalah yang paling besar kecintaannya kepada saudaranya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad, dan di-shahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib 3014).
"Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah Nabi dan Syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."
Seseorang Badui berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami."
Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki Badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Hadis Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya di syurga terdapa pilar-pilar dari yakut, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seumpama mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya?" Baginda menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, orang-orang yang duduk bersama kerana Allah dan orang-orang yang bersua kerana Allah." (Hadis Riwayat Al-Bazzar, dilemahkan oleh Al-Albani dalam At-Targhib dan di-hasan-kan oleh para pen-tahqiq At-Targhib).
Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah. Sesungguhnya cinta kerana Allah SWT bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredaan Allah SWT.
Tidak hairanlah kalau Allah SWT telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.
Memang orang sifatnya demikian sangat sukar didapati pada zaman ini, meskipun tidak dapat dinafikan mereka itu ada dalam masyarakat kita masa ini, tetapi terlalu sedikit sekali bilangannya. Mereka tidak semestinya datang dari kalangan saudara-mara, atau kaum kerabat sendiri. Tetapi kalau ada memang itulah yang paling baik sekali, supaya hubungan keluargaan itu menjadi lebih erat dan berpanjangan. Memang itu merupakan suatu nikmat, apabila ada seorang saudara sedarah sedaging mengambil berat terhadap saudaranya, masing-masing memberikan perhatian kepada yang lain dalam serba-serbinya di kehidupan
Yang anehnya, bila orang-orang seperti ini datangnya dari luar kaum kerabat, seperti teman rakan dan sahabat yang tiada hubungan darah di antara kita dengannya, tetapi hubungannya dengan kita dan pengambil-beratannya dengan diri kita justeru lebih teguh dan erat dari kaum kerabat sendiri. Itulah tandanya persaudaraannya kerana Allah Ta'ala, yang kerana ikhlasnya dalam persahabatannya itu, dia malah memandang kepada kita. Orang-orang yang semacam inilah yang sangat dikasihi oleh Allah Ta'ala, yang disebutkan dalam sabdanya di atas, bahawa 'Aku akan menaunginya nanti di hari kiamat di bawah naunganKu!'.
Bertuahlah siapa yang sudah mendapat taufiq daripada Allah SWT untuk bersifat dengan sifat ini. Ini adalah kurnia luar biasa, sebab itulah balasannya juga adalah luar biasa. Kalau sudah dijanji Allah SWT akan mendapat lindungan-Nya di hari kiamat, tentulah hidupnya di dunia ini akan dilindungi Allah SWTpula, supaya dia berjalan di atas jalan yang diredai-Nya, tiada menyelewang dari jalan-Nya yang lurus. Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah SWT mencintai dan meredainya. Berbahagialah orang ini, dan mudah-mudahan kita juga akan diberi Allah taufiqNya untuk menjadi orang yang seperti ini, Insya Allah Ta'ala.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Nabi SAW di bawah ini :
Dari Abu Hurairah r.a bersabda Nabi SAW : "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam." (Riwayat Muslim)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita hidupkan sunah dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW iaitu sentiasa berkasih sayang dikalangan orang-orang mukmin. Sama-sama berjuang dilandasan yang benar dan hak, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Bertemu, berdakwah dan berkempen semata-mata kerana Allah SWT. Bila berjauhan saling doa mendoakan mencari keberkataan dan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya doa sahabat kepada sahabatnya yang lain berjauhan adalah mustajab di sisi Allah SWT.

No comments:
Post a Comment