Friday, May 3, 2013

Membuat Fitnah Dengan Menggunakan Kaabah dan Masjidil Haram Adalah Satu Dosa Besar Dan Akan Mendapat Kemurkaan Allah SWT

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di saat-saat akhir sebelum hari pengundian dalam piliharaya pada 5 Mei 2013, suasana masyarakat kita di Malaysia berada di dalam keadaan cukup gawat dan amat membimbangkan kerana terdapat golongan tertentu menggunakan kempen yang amat memalukan.

Fitnah demi fitnah dengan menggunakan Rumah Allah (Kaabah dan Masjidil Haram) untuk tujuan politik kotor. dengan isu sumpah laknat (lakunan yang dikitar semula). Perlu diingat janganlah kerana hendakkan kuasa dan menang dalam Piliharaya "Rumah Allah yang suci dan mulia" dijadikan sebagai alat yang akan memalukan umat Islam seluruh dunia.

Jangan mencemarkan kesucian tempat suci umat Islam dan jangan mengundang kemurkan Allah SWT. Di harapkan para alim ulama, mufti dan jabatan agama untuk bertindak dan menyekat mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan kesucian tempat ibadah umat Islam sebagai kempen kotor di saat-saat akhir.

Dalam Islam sekiranya seseorang menuduh orang lain meliwathnya perlulah membawa bukti 4 orang saksi yang adil bukannya bertindak membuat tuduhan ke atas orang lain kemudian dia membuat pengakuan dan sumpah laknat. Jika cara ini di benarkan oleh Islam maka ramai orang mukmin akan menjadi mangsa fitnah oleh orang munafik dan fasik.

Dalam Islam cukup jelas hukum qazab boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Persaksian melalu vedio , sumpah laknat, gambar, CCTV semuanya tidak boleh menggantikan 4 orang saksi yang adil. Kerana semua perkara tersebut boleh di ubahsuai dan di manipulasi oleh seseorang dengan kecangihan teknologi. Kaedah super impose adalah perkara mudah yang akan digunakan oleh orang-orang fasik untuk menjatuhkan seseorang individu yang dibencinya.

Pernahkan kalian menuntun filem  "mission imposible" ? Yang mana seseorang boleh menyamar menjadi seseorang dengan memakai sarung muka, menjadikan mukanya saling tak tumpah seperti orang yang hendak di buat penyamaran. Jangan mudah percaya dengan fitnah dan niat jahat seseorang kerana jika kalian percaya fitnah tersebut dan menyebarkan pula maka kalian telah memberikan pahala amalan baik kalian untuk orang yang difitnahkan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Surah al-Hujurat ayat 6)

Pembawa fitnah tidak akan terlepas daripada azab Allah SWT . sebagaimana Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan ,dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.

Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, menuduh zina dan liwath, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia. Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan TIrmizi)

Sahabat yang dikasihi,
Orang mukmin akan merasa marah dan benci sesiapa saja yang cuba mencemarkan kesucian Kaabah dan Masjidil Haram. Perbuatan ini adalah satu kesalahan membawa kepada dosa besar . Jika seseorang sanggup menerima laknat Allah SWT daripada perbuatan fitnah yang di rekanya sendiri kerana kepentingan duniawi maka tunggulah keputusan Allah SWT sesunggunya Allah tidak akan menolong orang -orang fasik.

Marilah sama-sama kita kuatkan iman kita supaya tidak tergugat dengan mempercayai berita fitnah dan berita mengaibkan saudara kita yang lain. Anggaplah berita itu fitnah supaya kita tidak terkena sahamnya. Jika kita mempercayainya sedangkan kita tahu orang yang menuduh tak bawa 4 orang saksi maka dosa kerana mempercayainya sama dengan orang yang membuat dakwaan itu iaitu dosa hukum qazab. Jika hukum itu tak diterima di dunia nanti orang-orang yang mendakwa dan mempercayainya akan dihukum oleh Allah SWT di hari akhirat. Nauzubillahiminzalik.

Doa orang yang difitnah dan dizalimi mustajab di sisi Allah SWT semoga Allah SWT memberi kejayaan dan kemenangan kepada  pejuang kebenaran dan keadilan dan mengalahkan golongan yang melakukan kezaliman dan fitnah.

Banyakkan beristighfar dan minta doa kepada Allah SWT supaya kita dijauhi daripada fitnah akhir zaman. Wassalam.

 




No comments: