Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tinggal
beberapa hari lagi setiap rakyat Malaysia yang telah layak mengundi di
dalam pilihanraya akan melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi. Mengundi adalah
satu tanggungjawab besar untuk membuat pilihan tepat siapakah pemimpin
yang paling layak dipilih untuk menerajui kepimpinan di Malaysia samaada
sebagai ahli Parlimen maupun ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
Semua
pariti-parti politik yang terlibat di dalam pertandingan merebut 222
ahli Parlimen dan 505 ahli Dewan Undangan Negeri termasuk calun,
penyokong dan pengundi setia sebuk membuat persiapan terakhir.
Berkempen, berceramah, meraih undi, culaan dan memasang banner, bunting
dan poster bekerja siang malam untuk memastikan calun-calun yang
bertanding akan beroleh kejayaan dan mendapat mandat baru daripada para
pengundi.
Di dalam Islam semua amalan yang dilakukan tidak
boleh lari daripada syariat Allah SWT daripada sekecil-kecil amalan
sehingga sebesar-besar amalan. Oleh itu apabila kalian terlibat di dalam
pilihanraya samaada sebagai Pengurus Pilihanraya (SPR), calun-calun
yang bertanding , penyokong, pengundi semuanya mestilah mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh Islam iaitu berakhlak mulia, jujur, amanah,
bersikap adil, berintegriti, tidak rasuah, tidak pilih kasih, tidak menipu di dalam daftar pemilih dan tidak
mementingkan diri sendiri. Perlulah diingatkan bahawa peglibatan kalian
di dalam proses pemilihan di dalam pilihanraya ini adalah ibadah kepada
Allah SWT. Kalian semua akan disoal dan ditanya oleh Allah SWT adakah
kalian berlaku jujur dan adil dan tidak mengambil hak orang lain.
Setiap
masa yang kalian peruntukan hingga menghabiskan banyak masa , tenaga
dan wang ringgit jika betul matlamat, ikhlas semata-mata kerana Allah
SWT. untuk memartabatkan Islam menguasai masyarakat dan Islam di daulatkan sebagai
satu cara hidup yang lengkap dan sempurna maka semuanya di kira sebagai
jihad di jalan Allah dan akan mendapat ganjaran pahala yang cukup besar.
Oleh itu di dalam memburu kejayaan di dalam piliharaya ini buangkanlah dalam jiwa kalian perasaan untuk mencari harta dan
kemegahan dan untuk mendapat pangkat dan kuasa untuk kepuasan hawa
nafsu, maka jika keadaan ini berlaku maka amal-amal kalian tidak
bernilai di sisi Allah SWT.
Al-Imam Hasan al-Banna menyatakan mengenai penglibatan Ikhwan Muslimin di dalam piliharaya :
“Sesungguhnya
kami terjun ke medan ini dengan berbekalkan keikhlasan, bersih
sebersih-bersihnya, terdorong untuk terlibat dengan penuh rasa cinta dan
kasih kepada kebaikan, amat menitiberatkan kemaslahatan, cemburu untuk
mempertahankan dakwah yang suci ini, kemahuan untuk menjimatkan masa dan
bersemangat untuk mengiklankan risalah Islah Islami dari atas mimbar
resmi ini”.
Sahabat yang dimuliakan,
Tidak syak
lagi bahawa kemenangan memperolehi kerusi Parlimen merupakan salah satu
tujuan terpenting didalam pilihanraya kerana dengan kemenangan ini akan
menguasai Pentadbiran Pusat sekaligus dapat memerentah negara (Putrajaya). Jika golongan
sekular masih berkuasa dan golongan yang cintakan Islam tersisih, di
khuatiri hak-hak rakyat akan terabai dan kejayaan melahirkan negara yang di redhai Allah SWT tidak akan tercapai.Penguasaan kerusi Parlimen dan DUN
sangat penting untuk mentadbirkan negara dan negeri-negeri dengan sistem
yang lebih telus. Ia merupakan suatu yang dharurat yang wajib kalian usahakan
untuk mendapatkannya dengan izin Allah SWT, supaya kepimpinan negara
dapat diterajui oleh mereka yang amanah, jujur, ikhlas, berakhlak mulia
dan mampu menyelesaikan masalaah rakyat bawahan yang memerlukan bantuan
dan pembelaan yang sewajarnya.
Hanya kepada Allah SWT kita
menggantungkan sepenuh pengharapan semoga Dia memberi kemenangan kepada
semua calun-calun Islam (yang akan melaksanakan al-Quran dan as-sunah) dan calun-calun yang mempunyai MOU dengan
calun-calun Islam. Untuk melakukan perubahan, membetulkan sistem yang
ada kepada sistem yang lebih baik dan telus. Semoga usaha-usaha yang
murni ini memberi banyak kebaikan untuk kerja-kerja Islah dan dakwah
kepada masyarakat.
Maka jangan lupa jika kita mendokong
matlamat bersih dan mulia, bukan menagih manfaat yang sempit. Kita
sentiasa berusaha bersama membela kebenaran dan mencari keredhaan Tuhan.
Kita bertaqarrub kepada Allah SWT melalui perkataan, amalan, gerakan
dan diam kita. Pilihanraya adalah musim untuk melakukan gerakan yang
meluas dan gerak kerja yang berkesinambungan. Maka hendaklah kita semua
mengambil berat hubungan hati dan perasaan kita dengan Tuhan kepada
semua manusia di sepanjang berinteraksi kita dengan orang ramai, semoga
Allah SWT menerima usaha dan menggandakan pahala kita semua…
Allah SWT berfirman:
﴿وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا﴾ (النساء: من الآية ١١٤)
“Dan
barangsiapa melakukan yang demikian itu demi mendapatkan keredhaan
Allah, nescaya kami akan mengurniakan untuknya ganjaran pahala yang
besar”. (Surah an-Nisaa ayat 114)
Hendaklah kita sedar bahawa penglibatan dalam proses
pilihanraya adalah satu langkah ke arah kebaikan dan membina kekuasaan.
Sesungguhnya ibadat kepada Allah, berdakwah kepada-Nya, usaha amar
makruf dan nahi mungkar termasuk dari tujuan ini.
Firman Allah SWT;
﴿الَّذِينَ
إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا
الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ
وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (41)﴾ (الحج)
“Mereka yang apabila
kami kurniakan kekuasaan di bumi, mereka mendirikan solat, mengeluarkan
zakat, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan
kepada Allah SWT kembali segala urusan”.(Surah al-Hajj ayat 40)
Maka hadirkan sentiasa
niat semata-mata kerana Allah SWT serta sentiasalah memperbaharui niat
tersebut. Peliharalah amalan harian kalian berzikir, berdoa dan tilawah al-Quran kerana ia adalah sebaik-baik bekalan bagi kalian dalam menghadapi
manusia. Ketahuilah bahawa kita tidak akan mampu menjadi pemimpin yang
baik dan dihormati selama mana kita tidak memiliki ketundukan yang baik kepada Allah SWT.
Al-Imam Hasan al-Banna ketika beliau mengatakan;
"أيها الإخوان.. كونوا عبادًا قبل أن تكونوا قوَّادًا، ستصل بكم العبادة إلى أحسن قيادة".
“Wahai saudara… hendaklah kalian menjadi hamba kepada Allah sebelum kalian
menjadi pemimpin, nescaya ibadah kalian akan menyampaikan kalian menjadi
sebaik-baik pemimpin”.
Sahabat yang dimuliakan,
Pilhanraya Ke 13 di Malaysia adalah pilhanraya yang paling hebat dan getir. Pilihanraya yang akan memberi peluang rakyat membuat perubahan. Sebagai seorang mukmin, kalian perlu lihat pemilihan pucuk pimpinan negara bukan satu perkara kecil atau remeh dan boleh dibuat suka-suka atau ikut-ikutan. Kalian perlu rasa bahawa kalian akan dipersoalkan di akhirat jika kalian pilih ikut emosi dan nafsu dan langsung tidak kaitkan dengan ajaran Islam. Jika urusan qada hajat (buang air) terdapat adab-adab untuk di amalkan maka lebih-lebih lagi urusan negara, urusan umat dan urusan perlaksanaan terhadap hukum-hukum Allah perlu menjadi nilai dan pertimbangan di dalam membuat pemilihan.
Di dalam al-Quran ada di ceritakan oleh Allah SWT nanti di akhirat segolongan manusia (penyokong dan pengikut) yang masuk neraka menyesal kerana mereka mengikut ketua dan pemimpin mereka di dunia yang sesat sehingga mereka semua di masukkan ke dalam neraka.
Golongan penyokong dan pengikut ini minta Allah SWT seksa dua kali ganda kepada bekas ketua mereka yang menyesatkan mereka tetapi permintaan itu sudah terlambat kerana kesalahan mereka sendiri yang tidak menggunakan akal yang waras, mata hati mereka buta walau pun mata mereka tak buta, telingan mereka pekak dengan kebenaran walau pun telinga mereka boleh mendengar seruan kebenaran.
Tarik 5 Mei 2013 adalah tarik keramat iaitu tarik pembuangan undi rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang layak menjadi pemimpin dan siapkan yang harus di rehatkan daripada memimpin dan mentadbir umat.
Jika kalian pilih pemimpin yang menolak Islam, mengambil rasuah, tidak adil, mengutamakan ahli keluarga dan kroni dan meneruskan pemerentahan yang menafikan hak rakyat maka kalian akan memegang saham dosa selama 5 tahun akan datang. Jika pemimpin tersebut melakukan kerosakan, penipuan ke atas wang negara, menyalah gunakan kuasa (tangkap rakyat tanpa bicara) , menaikkan harga barang sesuka hati, maka kalian juga akan menjawabnya di hari akhirat tanpa terkecuali. Oleh itu cari dan pilihlah pemimpin yang beriman dan bertakwa, yang telus dan mengutamakan hukum Islam dan jua pemimpin lain yang amanah dan berintegriti (mempunyai MOU dengan calun-calun Islam).
Tepuk dada tanya iman dan banyakkan solat istikharah jika kalian masih keliru kerana di dalam solat istikharah pasti ada jawapan daripada Allah SWT. Dia tidak akan menolak permintaan dan akan memberi jawapannya jika kalian ikhlas ingin mencari kebenaran .
"Kebenaran itu datangnya daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu menjadi orang yang ragu-ragu"
Wallahualam.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment