Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tinggal hanya beberapa detik sahaja Ramadan akan tiba. Bulan penuh berkat, membawa keberkatan dan banyak hikmah di dalamnya. Umat
Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan untuk melaksanakan salah satu
daripada Rukun Islam yang difardukan oleh Allah SWT kepada umat Nabi
Muhammad SAW.
Ramadan tahun ini 1434 Hijrah adalah Ramadan yang paling hebat dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia. Ketika kita bersiap-siap untuk menyembut kedatangan Ramadan dengan penuh gembira, di dapati saudara-sauadara kita di Timur Tengah sedang berada di dalam keadaan yang amat sedih dan pilu. Mereka terpaksa berada di antara hidup atau mati. Setiap saat mereka sedang menanti siapakan diantara mereka yang akan dibunuh, ditangkap atau diseksa oleh rejim ganas dan zalim samaada dari tentera Syiah Syria, tentera Israel maupun tentera Mesir.
Saudara-saudara kita di Palestin setiap saat menanti tembakan peluru-peluru hidup, bom-bom berangkai dan tangkapan tanpa usul pereksa oleh rejim zalim Zionis laknatullah.
Di Syria setiap hari Rejim zalim Syiah Bashah Assad laknatullah ada sahaja rakyat disembelih, dibunuh dan di hantar bom-bom kimia dan peluru perpandu untuk membunuh umat Islam sunni yang tidak berdosa. Bashah Asad serupa dengan firaun yang mengaku dirinya tuhan.Beliau dan tenteranya membunuh secara kejam ada di antara mangsa umat Islam dicampakkan daripada bangunan yang tinggi.
Berita terbaru Rejim As Sisi ketua tentera Mesir yang merampas kuasa dengan kejam dan zalim memberi arahan untuk membunuh penunjuk perasaan aman setakat ini 53 orang, terbunuh diantara mereka 5 kanak-kanak dan 2 antaranya yang masih menyusu. Tambahan lagi lebih dari 1000 orang telah cedera.
Doa dan munajat kepada Allah :
"Ya Allah ya Tuhan kami, kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, biasanya kami menyambut dengan hati yang tenang dan gembira.Tetapi pada tahun ini, hati kami merasa amat dukacita kerana melihat saudara-saudara kami disembelih, dibunuh dan di tembak tanpa belas kasihan oleh musuh-musuh-Mu yang zalim dan kejam tanpa peri kemanusiaan yang telah melakukan pembunuhan demi pembunuhan.
Oleh itu kami memohon dan merayu dengan hati yang penuh syahdu semoga Kau bantulah kami ya Allah. Tolonglah kami ya Allah, hantarlah bantuan-Mu dengan kehadiran para Malaikat yang bersaf-saf yang taat dan patuh mengikut arahan-Mu. Kau hancurkanlah persatuan mereka golongan kafir, munafik dan fasik yang telah membunuh saudara-sauadara kami yang tidak berdosa. Kau hancurkanlah rejim Bashah Assad laknatullah, Kau hancurkanlah rejim Yahudi Zionis laknatullah dan hancurkanlah pempinan tentera Mesir yang zalim, kejam dan fasik yang anti-Islam dan cuba mensekularkan rakyat dan negara Mesir .
Ya Allah sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Kau berilah kejayaan pejuang-pejuang Islam di Syria, pejuang-pejuang Islam di Palestin, pejuang-pejuang Islam di Mesir dan pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Jika ada diantara kami yang mati dalam perjuangan ini masukkanlah ke dalam golongan para syuhada yang Kau berikan rezeki di sisi-Mu.
Ya Allah ya Tuhan kami, golongan sekular, liberal, munafik, dan fasik telah merapas kuasa di tanah para ambia Mesir. Saudara kami Dr Mursi dan para pejuang Islam bersamanya telah ditahan. Mereka memaksanya untuk membuat sumpah palsu dan melepaskan jawatan Presiden yang dipilih oleh rakyat. Kami mohon ya Allah, Kau berikanlah kekuatan rohani dan jasmani padanya dan sahabat-sahabatnya untuk istiqamah diatas jalan yang hak . Kami memohon pada-Mu ya Allah , kekalkanlah jawatan Presiden Mesir kepadanya dan kalahkanlah golongan pembangkang yang cuba memadamkan cahaya Islam dibumi Mesir. Golongan pembangkang adalah talibarut musuh-musuh-Mu yang cuma memesongkan umat Islam Mesir ke jalan kebatilan dan kehancuran. Kalahkanlah perancangan jahat musuh-Mu yang cuba memadamkan cahaya kebenaran.
Kami merayu bersungguh-sungguh kepada-Mu ya Allah, semoga Ramadan tahun ini merupakan Ramadan kejayaan umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya jika Kau kehendaki memberi kejayaan sepenuhnya kepada pejuang Islam di bumi Syria, Mesir dan Palastin amat mudah bagi-Mu, dengan hanya menyebut " KUN FAYAKUN" maka kesemuanya akan berjaya . Terimalah doa-doa kami yang dizalimi ini ya Allah.
Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, yang kami ketahui dan yang kami tidak ketahui, yang kecil atau besar dan yang nyata atau yang tersembunyi. Sesungguhnya hanya Kau saja yang boleh mengampunkan dosa. Terimalah amal ibadah dan amal soleh kami yang sedikit ini dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang Kau kasihi. Amin yarabbal 'alamin."
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment