Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Semasa berlaku penyembelihan haiwan untuk di laksanakan ibadah korban terdapat banyak kekeliruan di dalam masyarakat terutama agihan dan upah kepada penyembelih dan proses memotong dan melepar daging tersebut. Dalam hadis yang sahih Rasulullah SAW melarang daging dan bahagian yang lain binatang yang dikorban diberikan kepada tukang sembelih. Perlu disediakan wang yang lain untuk dibayar sebagai upah pengurusan penyembelihan dan juga proses memotong dan melepar.
Cara
pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban
itu adalah korban wajib (yakni korban nazar), tidak harus orang yang
melakukan korban dan juga keluarganya (yakni orang-orang yang berada di
bawah tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang
dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan ke semuanya kepada fakir miskin.
Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging
yang dimakannya atau dengan daging seumpamanya. Tidak dituntut ia
menyembelih lagi binatang korban kerana ia telahpun melakukannya.
Jika
korban itu adalah korban sunat, maka harus ia dan ahli keluarganya
untuk makan sebanyak mana yang ia kehendaki dengan syarat sebahagian
darinya hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin. Mensedekahkan daging
korban kepada fakir atau miskin daripada kalangan muslimin adalah wajib
sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan
sedekah. Dan disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam
keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehnya dapat
menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau
sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging
yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan
menjemput orang fakir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak
memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit,
perut, limpa dan sebagainya.
Disunatkan pengagihan daging binatang korban merangkumi tiga bahagian;
1.Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya
2.Satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
3.Satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.
Pemberian
sebagai hadiah tidaklah wajib. Oleh itu, harus pengagihan daging korban
berlegar antara dua sahaja iaitu untuk dimakan dan untuk disedekahkan.
Lebih banyak bahagian yang disedekahkan adalah lebih afdhal (umpamanya
separuh atau dua pertiga (2/3) darinya). Paling afdhal ialah mensedekahkan
ke semua daging korban kepada fakir miskin kecuali sedikit darinya yang
sunat diambil untuk dimakan bagi mendapat berkat dan beramal dengan
sunnah Nabi SAW.
Terdapat hadis menceritakan; "Adalah Nabi SAW memakan dari hati binatang korbannya." (Hadis Riwayat Imam al-Baihaqi)
Baginda juga bersabda; "Apabila
seseorang kamu melakukan korban, maka makanlah dari daging korbannya."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a./al-Jami' al-Saghir, no. 737)
Tidak
harus orang yang melakukan korban menjual apapun dari binatang korban
sama ada daging, kulit, tanduk, bulu, lemak atau sebagainya. Begitu
juga, tidak harus menyewanya kerana sewaan termasuk dalam pengertian
menjual (yakni menjual manfaat).
Ketidakharusan menjual dan menyewa ini
merangkumi korban wajib dan juga korban sunat.
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Sesiapa
menjual kulit binatang korbannya, maka tiada (pahala) korban baginya".
(Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)
Begitu
juga, tidak harus menjadikan kulit, bulu dan sebagainya sebagai upah
kepada tukang sembelih. Upah hendaklah datang dari sumber lain, bukan
dari binatang korban.
Diriwayatkan daripada Saidina Ali(k.w) yang
menceritakan; "Rasulullah
SAW memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan
mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas
belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan
supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata
'Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Namun
jika ia telah memberi upah kepada tukang sembelih dengan wang darinya,
kemudian setelah itu ia memberi pula daging korban kepadanya atas dasar
sedekah jika ia miskin (yakni bukan sebagai upah) atau memberinya
sebagai hadiah (jika ia kaya), maka itu adalah harus.
Harus
bagi orang yang melakukan korban mengambil manfaat dari kulit dan
tanduk binatang korbannya dengan segala bentuk manfaat seperti
menjadikannya kasut, timba dan sebagainya sekiranya korbannya itu adalah
korban sunat. Walau bagaimanapun, jika ia mensedekahkannya kepada fakir
miskin adalah lebih baik. Adapun korban wajib, tidak harus orang yang
melakukan korban memanfaatkan kulit binatang korbannya. Ia wajib
disedekahkan kepada fakir miskin sebagaimana daging.
Tidak
harus sama sekali daging korban dimusnahkan walaupun sedikit.
Dinyatakan di dalam Raudhah; "Tidak harus bagi orang yang melakukan
korban untuk merosak/memusnahkan sebarang apapun dari korbannya,
sebaliknya ia memakannnya dan ia memberi makan (kepada orang lain)….". Walaahu a'lam.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita mengamalkan cara sunah di dalam proses ibadah korban yang kita lakukan dan tinggalkanlah mana-mana cara yang kita amalkan sebelum ini yang bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW , semoga ibadah korban yang kita lakukan di berkati dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment