بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 105 adalah membicarakan persoalan hukum orang murtad yang kembali semula kepada Islam, hukum perniagaan hospital swasta, kaffarah sumpah, amalan anak kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia dan dosa-dosa besar.
806. Soalan : Jika seseorang muslim murtad dari agamanya dalam tempoh beberapa tahun, kemudian dia kembali kepada Islam. Apakah dia perlu qada puasa, sembahyang yang ditinggalkannya?
Jawapan:
Jika seorang muslim murtad daripada Islam – na’uzubillahi min zalik – kemudian dia bertaubat, maka dia tidak perlu qada sembahyang dan puasa yang ditinggalkannya berdasarkan firman ALlah S.W.T.
قُل لِلَّذِينَ كَفَرُواْ إِن يَنتَهُواْ يُغَفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ
Maksudnya: “Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, jika kamu semua berhenti (daripada kekafiran), akan diampunkan untuk kamu apa yang telah lalu.” (Surah al-Anfal ayat 38)
Sabda Nabi S.A.W.
الإسلام يهدم ما كان قبله والتوبة تهدم ما كان قبلها
Maksudnya: “Islam itu menghapuskan (kesalahan-kesalahan) sebelumnya (sebelum memeluk Islam), dan taubat itu menghapuskan (dosa-dosa) yang lalu.”
Inilah pandangan ulama yang benar terhadap ayat dan hadis di atas.
Selain itu juga para sahabat Nabi S.A.W. tidak menyuruh mereka yang
kembali kepada Islam setelah murtad di zaman Saidina Abu Bakar r.a. untuk
mengqada solat dan puasa sedangkan mereka (yakni para sahabat) adalah
orang yang paling mengetahui tentang agama selepas Nabi S.A.W.
Jika kita meletakkan syarat (orang-orang yang memeluk Islam selepas murtad) qada sembahyang dan puasa yang mereka tinggalkan, di khuatiri mereka tidak mahu kembali kepada Islam. Samalah halnya dengan zakat, kerana semua perkara ini hanya sah dilakukan oleh orang Islam, dan ianya tidak dituntut melakukannya selain daripada orang Islam. Wallahu a’lam.
807. Soalan : Saya pernah membuat rawatan di Pusat Perubatan Swasta kerana sakit tulang belakang. Sebelum berjumpa doktor saya telah dipinta membayar wang pendaftaran. Ujian air kencing dan darah di jalankan dahulu baru ujian X-ray di jalankan. Doktor pakar tulang telah membuat pemereksaan terdapat sedikit keretaakan tidak perlu menjalani pembedahan hanya makan beberapa ubat untuk memulihkan keretakan tersebut. Ubat-ubatan yang berbagai jenis dan terpaksa diambil di farmasi hospital tersebut.
Soalan saya adakah cara hospital tersebut mengenakan cas dan kos yang tinggi di setiap rawatan yang dijalankan adakah halal darisegi syarak kerana saya tidak diberitahu kos setiap rawatan, perundingan kesihatan , X-Ray dan ubat-ubatan?
Adakah terdapat gharar dalam perniagaan tersebut?
Jawapan :
Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan.
Definisi Gharar menurut istilah Shariah ialah:
Para doktor perlu sedar,
pendapatan mereka yang dihasilkan dengan cara ini adalah ‘syubhah’
manakala sebahagiannya boleh dianggap tidak sah menurut Shariah.
Jika kita meletakkan syarat (orang-orang yang memeluk Islam selepas murtad) qada sembahyang dan puasa yang mereka tinggalkan, di khuatiri mereka tidak mahu kembali kepada Islam. Samalah halnya dengan zakat, kerana semua perkara ini hanya sah dilakukan oleh orang Islam, dan ianya tidak dituntut melakukannya selain daripada orang Islam. Wallahu a’lam.
807. Soalan : Saya pernah membuat rawatan di Pusat Perubatan Swasta kerana sakit tulang belakang. Sebelum berjumpa doktor saya telah dipinta membayar wang pendaftaran. Ujian air kencing dan darah di jalankan dahulu baru ujian X-ray di jalankan. Doktor pakar tulang telah membuat pemereksaan terdapat sedikit keretaakan tidak perlu menjalani pembedahan hanya makan beberapa ubat untuk memulihkan keretakan tersebut. Ubat-ubatan yang berbagai jenis dan terpaksa diambil di farmasi hospital tersebut.
Soalan saya adakah cara hospital tersebut mengenakan cas dan kos yang tinggi di setiap rawatan yang dijalankan adakah halal darisegi syarak kerana saya tidak diberitahu kos setiap rawatan, perundingan kesihatan , X-Ray dan ubat-ubatan?
Adakah terdapat gharar dalam perniagaan tersebut?
Jawapan :
Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan.
Definisi Gharar menurut istilah Shariah ialah:
ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم
Ertinya:
Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin
wujud atau tidak. (Bada’i As-Sonai’e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut,
Al-Sarakhsi, 3/194)
Nabi Muhammad SAW menegaskan:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر
Ertinya: “Nabi melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar” (Hadis Riwayat Muslim, 5/3 )
Jahalah
pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau
harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, soalan saudara di atas termasuk dalam kategori ‘jahalah’ dan boleh juga
dikategorikan sebagai ‘gharar’ atau ketidaktentuan.
Cara perniagaan seperti ini tidaklah haram, tetapi cara
ini kurang baik, syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada gharar
fashiyh atau gharar besar yang merosakkan aqad. Barangkali orang
ramai telah biasa dan rela dengan cara ini, maka isu gharar dan
kezaliman cara pengiraan ini tidak begitu ketara. Cuma adalah terlebih
baik jika ia dapat diperbaiki.
Ini kerana disebutkan oleh ulama Islam ketika menerangkan tentang gharar bahawa :-
باع ما لم ير ولم يوصف له فلم يصح
Ertinya : "Kerana ia adalah jualan barang yang tidak dilihat dan tidak disifatkan, maka ia tidak sah"( Al-Mughni , 4/15 )
Apabila tidak diberitahu harga dan juga tidak ada dimaklumkan
cara kiraan yang dikenakan keatas pesakait ianya
boleh menjadi gharar yang besar.
Apa yang
perlu dilakukan adalah mereka PERLU mendedahkan dengan jelas sebarang
kos rundingan atau rawatan sebelum ianya dilakukan. Jika perlu di letak dan di gantung di depan pintu atau di papan kenyataan senarai harga untuk rundingan atau rawatan.
Cara ini dapat mengelakkan dari Jahalah (ketidaktahuan) dan Gharar (ketidaktentuan) yang besar (Gharar Fashisyh) dari berlaku dalam pendapatan mereka.
Selain kos perundingan, kos ubat-ubatan yang diberikan juga menjadi ‘jahalah’ dan ‘gharar’ kedua.
Isunya
adalah ubat-ubatan tersebut mempunyai harga yang pelbagai. Adakalanya
kita tidak boleh memilih, sedangkan mungkin wujud ubat yang sama
fungsinya tetapi lebih murah. Malangnya, doktor telah menulis kepada
farmasi untuk diberikan ubat tertentu, maka pesakit tiada kuasa melihat
harga, berbincang harga dan fungsi ubat. Jika boleh berbincang, maka
masalah ‘jahalah’ dapat dielakkan.
Ringkasnya, bagi mengelakkan jahalah dan gharar :-
1) Harga rundingan doktor perlu di nyatakan sebelum rundingan bermula.
2) Jenis ubat dan harga setiap ubat yang ingin dicadangkan kepada pesakit perlulah diberitahu.
3) Semua harga rawatan, pembedahan dan yang berkaitan perlu dimaklumkan sebelum ianya dilakukan.
Sesetengah hospital swasta telah mensyaratkan atau seolah
mensyaratkan perkhidmatan ini dengan ubat ditempatnya sahaja. Ini sekali
lagi membawa masalah Shariah di dalam industri perubatan apabila
pesakit seolah dipaksa secara pakej untuk berubat dan membeli semua ubat
yang dicadangkan tanpa sebarang soal. Biasanya pesakit memang tidak
menyoal kerana mereka sakit dan hanya ingin sembuh secepat mungkin. Oleh kerana bimbang hasrat ingin sembuh ini menyebabkan mereka dinafikan hak
untuk mengetahui harga ubat dan hak memilih.
Jadi bolehkah saya menjejakkan diri semula ke rumah mertua sedangkan saya pernah bersumpah tiga tahun dahulu. Bagaimana cara untuk saya selesaikan masalah ini.?
Jawapan :
Sumpah semacam itu adalah wajib dilanggar kerana tidak boleh
bersumpah dalam urusan maksiat. Maksiat dalam kes ini ialah memutuskan
silaturrahim, kerana ia adalah sesuatu yang dilarang agama.
"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)
Maka hendaklah melanggarnya dan wajib membayar kifarat sumpah.
Kifarat sumpah ialah memberi makanan 10 orang miskin, atau memberi pakaian 10 orang miskin atau merdekakan hamba atau berpuasa 3 hari. Dalilnya Surah al-Maidah ayat 89)
Firman Allah SWT maksudnya, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah),tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar).Dan jagalah sumpahmu.Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya)." (Surah al-Maidah ayat 89)
"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)
Maka hendaklah melanggarnya dan wajib membayar kifarat sumpah.
Kifarat sumpah ialah memberi makanan 10 orang miskin, atau memberi pakaian 10 orang miskin atau merdekakan hamba atau berpuasa 3 hari. Dalilnya Surah al-Maidah ayat 89)
Firman Allah SWT maksudnya, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah),tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar).Dan jagalah sumpahmu.Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya)." (Surah al-Maidah ayat 89)
Tafsiran ayat 89 :
Dalam ayat ini dijelaskan bahawa Allah SWT tidak akan
menimpakan hukuman kepada seseorang yang melanggar sumpah yang telah di
ucapkannya tidak dengan sungguh-sungguh atau tidak didahului oleh niat
bersumpah. Akan tetapi, bila seseorang bersumpah dengan sepenuh hati
dan niat yang sungguh-sungguh, kemudian dia melanggar sumpah tersebut,
maka ia dikenakan kafarat (denda), iaitu salah satu dari perkara-perkara
berikut ini adalah :
1. Memberi makan sepuluh orang miskin, masing-masing
satu kali makan. Makanan tersebut haruslah sama mutunya dengan makanan
yang dimakan sehari-hari oleh pembayar kafarat dan keluarganya.
2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, yang sama mutunya dengan pakaian yang dipakai sehari-hari.
3. Memerdekakan seorang hamba sahaya yang diperoleh dengan jalan membeli
atau menawannya dalam peperangan. Disini tidak diisyaratkan agar
hamba-hamba sahaya harus beriman. Oleh kerana itu, boleh memerdekakan
hamba sahaya yang kafir sekalipun sebagai kaffarah pelanggar sumpah (
pendapat Imam Abu Hanifah. sedang Imam Syafi’I, Maliki dan Ahmad
mensyaratkan agar hamba itu sudah beriman).
4. Berpuasa selama tiga
hari. Ini berlaku bagi pelanggar sumpah yang tidak mampu membayar
kaffarah sumpahnya dengan salah satu dari tiga macam kafarat itu, maka
diharapkan ampunan Allah SWT untuknya, bila benar-benar mempuyai niat yang
sungguh-sungguh untuk melaksanakannya walaupun belum tercapai.
Apabila sumpah sudah diucapkan dengan niat sungguh-sungguh maka isi sumpah itu harus ditepati, kecuali bila sumpah itu menyalahi peraturan agama, misalnya : Untuk mengharamkan perkara yang telah dihalalkan Allah SWT dan Rasul-Nya. Hanya dalam keadaan semacam itu sajalah sumpah harus dilanggar, tetapi harus ditebus dengan kaffarah sumpah.
809. Soalan : Ayah saya baru meninggal dunia kerana di serang sakit jantung. Sebagai seorang anak apakah amalan-amalan yang boleh saya lakukan untuk membantu ayah saya yang sedang berada di alam barzakh?
Jawapan :
Seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Amalan anak-anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah :
1. Doa anak yang soleh.
Mendoakan untuk kedua ibu bapanya setiap lepas solat. Supaya diampunkan dosa-dosa mereka dan dibebaskan daripada seksa kubur.
2. Banyakkan sedekah jariah.
Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.
3. Banyakkan sedekah berbentuk al-Quran dan buku-buku agama.
Sedekahkan al-Quran dan buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.
4. Sedekahkan ayat-ayat al-Quran.
Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama Ahli Sunah Wal Jamaah sampai kepada simati :
Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)
Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )
Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”
5. Selesaikan semua hutang-hutang si mati.
Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT.
Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.
6. Menunaikan haji ibu bapa :
Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).
7. Beramal dengan amalan Islam.
Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat, bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT.
Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.
Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.
810. Soalan : Bolehkan ustaz terangkan apakah jenis-jenis amalan yang boleh menjadi dosa-dosa besar?
Jawapan :
Terdapat 6 amalan-amalan yang boleh menyebabkan seorang mendapat dosa besar di sisi Allah SWT : Amalan tersebut adalah seperti berikut :
1. Dosa kecil yang dilakukan terus menerus.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada dosa kecil
apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila
disertai dengan istighfar. Allah juga berfirman: “Dan (juga) orang-orang
yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,
mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka
mengetahui.” (Surah Ali- Imran (3) ayat 135)
2. Menganggap remeh akan dosa.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya
seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di
puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik
dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat
dihidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Bergembira dengan dosanya.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan apabila dikatakan
kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang
menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam.
Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.”
(Surah al-Baqarah (2) ayat 206)
4. Merasa aman dari azab Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Apakah tiada kamu
perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan
rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka
mengadakan pembicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan
derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka
mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang
ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka
sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita
katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka
masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadilah (58) ayat 7)
5. Terang-terangan dalam berbuat maksiat.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Semua
ummatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah
(terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah:
Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga
pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata:
wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah
telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia buka tutup
Allah tersebut.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi
teladan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang memberi contoh di dalam
Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang
yang mengikutinya setelah dia tanpa dikurangi dosa tersebut
sedikitpun.” (Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment