Ramai umat Islam tidak sedar perbezaan antara Sunah dan Sunat. Ramai umat Islam berfikir bahawa dua perkataan ini adalah sama maksudnya. Ramai umat Islam mengetahui perkataan Sunat tetapi terlalu sedikit yang mengetahui dan memahami perkataan Sunah. Ramai umat Islam berfikir bahawa perkataan Sunah juga bermaksud Sunat.
Apabila sesuatu yang di nyatakan Sunah, ramai umat Islam berfikir bahawa Sunah adalah Sunat untuk di amalkan. Apabila satu amalan Sunat maka ini bermaksud bahawa amalan tidak wajib atau tidak fardu untuk di amalkan oleh setiap umat Islam. Satu amalan yang Sunat boleh jadi amalan tersebut adalah di galakkan atau sangat di galakkan untuk di amalkan.
Ramai orang Islam yang lelaki mempunyai janggut kerana mereka percaya amalan berjanggut adalah Sunah Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum menyimpan janggut adalah hanya Sunat Muakkad atau sangat di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam.
Menurut masyarakat Islam di Negara India yang majoriti mengikut mazhab Imam Hanafi bahawa amalan berjanggut adalah wajib. Walaubagaimanapun, Hukum Wajib di dalam Mazhab Imam Hanafi adalah sama seperti Sunat Muakkad atau sangat di galakkan di dalam Mazhab Shafie. Sesetengah umat Islam memakai serban atau jubah kerana mereka percaya amalan adalah Sunah Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimana pun ramai umat Islam yang tidak mengetahui apakah hukum memakai serban dan jubah. Hukum memakai serban dan jubah adalah hanya Sunat yang tidak muakkad atau tidak di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Terdapat sesetengah umat Islam yang sangat mementingkan dalam memakai serban dan jubah tetapi mereka tidak mementingkan dalam mematuhi Sunah yang Fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam.
Pada pendapat saya, umat Islam yang tidak mengambil berat di dalam melaksanakan Sunah yang wajib untuk di amalkan oleh umat Islam sepatutnya tidak perlu bersusah-payah untuk mengamalkan Sunah yang Sunat samaada Sunnah Sunat Muakkad atau tidak Muakkad. Sebahagian umat Islam sangat mementingkan dalam mengamalkan Sunah yang hanya Sunat tetapi tidak mementingkan untuk mengamalkan Sunah yang Fardu atau wajib.
Ramai umat Islam berfikir bahawa perintah Allah yang fardu untuk di laksanakan oleh setiap umat Islam adalah bukan Sunah. Sebagai contoh, ramai umat Islam berfikir bahawa mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah bukan Sunah Nabi Muhammad SAW.
Apakah hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Saya berfikir terdapat ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
Di dalam Quran, Allah SWT berfirman maksudnya ; "Katakanlah ( Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, mengajak manusia kepada Allah dengan basirah, Inilah jalanku dan orang yang mengikutiku. Maha suci Allah dan aku bukan orang yang musyrik” (Surah Yusuf ayat 108)
Jalan yang di nyatakan dalam ayat Quran ini bukan bermaksud jalanraya atau jalan yang ada di dunia ini. Jalan yang di maksudkan dalam ayat Quran ini adalah amalan yang akan membawa manusia kepada Allah SWT. Apakah amalan yang akan membawa manusia kepada Allah SWT? Amalan yang akan membawa manusia kepada Allah SWT adalah amalan Nabi Muhammad SAW yang di kenali sebagai Sunah.
Amalan mengajak manusia kepada Allah adalah sama seperti amalan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran dan ini adalah Sunah Nabi Muhammad SAW yang paling besar.
Pada pendapat saya, Sunah yang fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam seharusnya di sebut sebagai Sunah Besar manakala Sunah yang hanya Sunat untuk di amalkan oleh umat Islam seharusnya di sebut sebagai sunah kecil.
Ramai umat Islam sangat mementingkan dalam mengamalkan Sunah kecil Nabi Muhammad SAW seperti Sunah serban dan jubah tetapi tidak mementingkan untuk mengamalkan Sunah yang besar daripada Nabi Muhammad SAW.
Di dalam ayat Quran ini, telah di nyatakan Sunah besar Nabi Muhammad SAW iaitu mengajak manusia kepada Allah SWT yang sama seperti mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
Apakah hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Apakah hukum Sunah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Hukumnya adalah Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
Semua amalan Nabi Muhammad SAWC di sebut sebagai Sunah. Sunah tidak sama dengan sunat kerana Sunah Nabi Muhammad SAW boleh jadi fardu ataupun Sunat. Segala amalan yang tidak di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang melibatkan akidah, ibadah dan syariah adalah bidaah. Amalan bidaah adalah amalan bukan Sunah. Amalan bidaah boleh jadi samaada makruh ataupun haram.
Allah perintahkan umat Islam untuk menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW dan bukan bidaah. Apabila sunah Nabi Muhammad SAW dapat di hidupkan maka Islam akan dapat di hidupkan. Bagaimana hendak menghidupkan Islam? Dalam usaha untuk menghidupkan Islam maka umat Islam perlu menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW dan mula menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW paling besar.
Sunnah Nabi Muhammad SAW yang paling besar adalah juga perintah pertama daripada Allah SWT. Perintah pertama daripada Allah adalah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan ini adalah sama dengan kerja mengajak manusia kepada Allah SWT. Kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran juga kerja menunaikan hak Kalimah Mulia, "Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad adalah Pesuruh Allah."
Apabila sunah yang besar dapat di hidupkan maka sunah-sunah yang lain juga akan dapat di hidupkan. Saya percaya Sunah Nabi Muhammad SAW tidak akan dapat di hidupkan dengan amalan bidaah. Tiada Sunah Nabi Muhammad SAW dapat di hidupkan dengan memperolehi kuasa dan kekayaan. Hanya satu cara untuk menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW iaitu dengan menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW yang paling besar.
Apabila kita katakan bahawa mengajak kepada kebaikan (amar makruf) dan mencegah kemugkaran (nahi mugkar) adalah sunah Rasulullah SAW maka kita perlu lihat cara dan manhaj di dalam dakwah dan tarbiyah yang di jalankan oleh baginda SAW. Nabi Muhammad SAW memulakan tabiyah dengan menekankan asas yang paling penting iaitu akidah dan keimanan kepada Allah SWT dan rukun iman yang enam. Akidah dan keimanan yang kuat inilah sebagai tapak asas yang kukuh untuk bersedia melaksanaakan perintah-perintah Allah SWT dan meningalkan larangan-larangan Allah SWT. Ini adalah sunah yang besar yang perlu di fahami dan di hayati.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment