Saturday, May 8, 2010

Iman Ada Masa Naik dan Turun

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketika terdengar suara azan menggema memanggil-manggil diri kita untuk menghadap Allah s.w.t  kadang-kala tak terdetik sedikit pun keinginan di hati kita untuk memenuhinya dengan alasan sibuk dan ada urusan lain yang perlu di siapkan lagi. Sedangkan Nabi s.a.w. menyatakan tidak ada amalan yang lebih baik dilakukan oleh seseorang melainkan menunaikan solat setelah mendengar azan.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".

Tetapi, kebanyakan daripada kita mentafsirkan hadis tersebut bahawa sekiranya berlaku kelemahan diri kita, kita mengatakan sememangnya iman itu ada masa naik dan ada masa turun. Sepatutnya kita merasakan bahawa sekiranya tahap iman kita rendah kita berusaha untuk meningkatkannya.

Tapi kita lupa hal terpenting yang harus kita ambil dari hadis itu, iaitu apakah tindakan selanjutnya apabila mendapati iman kita semakin turun, maka tidak seharusnya kita membiarkannya turun. Kita harus memperbaharuinya dan ini boleh dilakukan dengan banyak cara. Contohnya, dengan menghadiri majlis ilmu, tilawah dan tadabbur Al-Qur'an, berusrah, sentiasa bermuhasabah, beristiqamah melakukan kebaikan atau berkumpul dengan orang-orang soleh dan sebagainya.


Terdapat beberapa tanda menunjukkan iman kita mula turun :

1. Terjerumus dalam kemaksiatan itupun dalam maksiat-maksiat kecil yang kita lakukan seperti mata kita lihat, apa yang telinga kita dengar, apa yang kaki dan tangan kita lakukan, dan apa yang mulut kita bicarakan.

2. Tidak tekun dan malas beribadah. Solat dibuat tidak tepat pada waktunya dan tidak membaca al-Qur'an atau pun solat-solat sunat duha, witir, tahajud dan sebagainya.

3. Pudarnya ikatan silaturahim dan lemahnya ikatan ukhwah Islamiyah. Tidak suka menziarahi saudara mara dan sahabat handai.

4. Sibuk dengan urusan duniawi hinggakan sampai tak ada masa solat berjemaah bersama keluarga atau solat berjemaah di masjid.

5. Banyak alasan apabila diajak kepada program tarbiyah dan majlis ilmu.

6. Tidak suka mengajak yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Jadi... apa ya penyebabnya?

1. Jauh dari suasana keimanan (seperti Pengajian dan berkumpul dengan orang2 sholeh)

2. Jauh dari pelajaran dan teladan yang baik.

3. Jauh dari menuntut Ilmu syari'ah.

4.. Berada di lingkungan yang penuh maksiat.

5. Tenggelam dalam kesibukan duniawi.

6. Panjang angan-angan.

7. Berlebih-lebihan dalam hal tidur, makan dan tertawa.

Sebenarnya masih banyak lagi penyebab dan tanda-tandanya. Kita patut bersyukur jika Allah s.w.t masih mengingatkan kita disaat iman kita sedang turun. Kita masih sedar dan ingat. "Ya Allah imanku sedang turun. Segala puji bagi Engkau ya Allah yang telah mengingatkan aku,  aku harus kembali kejalan-Mu aku tidak boleh larut dengan suasana jahiliyah. Engkau yang mengawal hati ini Ya Allah, maka sentiasa tetapkanlah aku di jalanMu."

Apa kata kalau kita melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengajukan soalan "Kaifahaimanuka (Bagaimana iman kamu)" Macamana  nak jawab? Tepuk dada tanyalah kepada iman.

Namun yang teruknya atau dalam bahasa doktor "sudah sampai tahap kritikal ni", iman kita turun,  turun dan terus turun, namun kita tidak pernah tau keadaan iman kita sendiri. Kita tidak tahu kalau kita sudah begitu jauh dari Allah.

Kita tenang dan tidak melakukan apa-apa seolah-olah tidak terjadi apa-apa sementara syaitan gembira mempermainkan kita dalam lingkaran mereka. Berdo'alah kepada Allah "Ya Allah... wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini dijalanMu Ya Allah"

Sekaranglah saatnya, sebelum semuanya menjadi terlambat. Marilah kita sama-sama menanam pada diri kita bahwa "Aku perlu meningkatkan imanku kepada Allah dan membuangkan segala sifat-sifat mazmumah"

Semoga ALLAH swt melimpahkan rahmat maghrifah dan inayah-Nya kepada kita semua. Ameen.

Tujuh Kebahagiaan Dunia

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : " Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4. Albiatu sholihah, iaitu suasana yang kondusif (baik)  untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah."

Lima Amalan Membantu Untuk Menghadapi Kematian

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(Surah al-Anbiyak ayat 35)

Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati dibunuh (samaada kerana rompakan atau dendam) adalah beberapa kes kematian mengejut yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat lima amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus buat.


Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.
Rasulullah s.a.w. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk. Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain.
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga selesaikan semua hutang :
Roh seorang muslim yang beriman atau pun roh seorang syuhada' akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak ,isteri dan waris-watis pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut Hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw:" Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''
(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat menyenaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat apabila mati minta warisnya tolong selesaikan supaya rohnya kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Amalan Keempat :Banyakkan tiga perkara yg boleh membantu ketika dialam barzakh :
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :
1.Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2.Ilmu yang di menfaatkan. dan
3.Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Oleh itu banyakkan sedekah jariah,membina rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz dan madrasah, membina masjid dan surau dan rumah-rumah kebajikan.

Sekiranya mempunyai ilmu, perlulah ilmu tersebut diajarkan dan disebarkan kepada umat Islam supaya ilmu tersebut boleh dimanfaatkan. Penyebaran ilmu boleh dibuat melalui internet, ceramah, penulisan buku atau risalah dan pengajian di sekolah-sekolah dan masjid-masjid.

Didiklah anak-anak kita semuanya supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita sekiranya kita telah berada dialam barzakh.

Amalan Kelima : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka. Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami.Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Sahabat yang dihormati,
Amalkanlah lima perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.

Thursday, May 6, 2010

Lapar Rasulullah s.a.w.

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: "Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa: "Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata: "'Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)


Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: "Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: "Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: "Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: "Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

Muhasabah dari tauladan kita untuk sama-sama kita renungkan....

Mata Kerohanian (mata batin)

Inilah mata hati atau mata rohaniah. Ia bersifat maknawiah atau abstrak. Yakni hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Dilihat tidak ada, tetapi terasa adanya. Fungsinya sangat berbeza dengan mata lahir yang hanya mampu melihat objek-objek lahir saja itu. Mata hati ini berkemampuan melihat benda-benda yang batin atau benda-benda yang ghaib atau benda-benda maknawiah seperti alam roh, alam malakut, alam jin, alam Barzakh, alam Akhirat, Loh Mahfuz, mampu menampung ilmu wahyu, ilmu laduni atau ilmu ilham hatta mampu tajalli terus dengan Allah s.w.t. secara laisakamislihi syaik ( – tidak seumpamaNya bagi sesuatu) dan lain-lain lagi dengan izin Allah.
Mengikut kaedah kekuatan mata lahir tadi yang terbahagi kepada empat itu, ditafsirkan kekuatan mata batin juga terbahagi kepada empat kategori iaitu:

1. Pandangan mata hati yang tajam atau luar biasa.
Ini hanya dimiliki oleh para Rasul dan para Nabi. Mata hati mereka mampu melihat alam-alam ghaib tadi dengan izin Allah. Mampu menampung ilmu wahyu dan sesetengah mereka dapat tajalli terus dengan Allah Azzawajalla, yang tidak dapat digambarkan secara material atau secara makhluk atau benda.

2. Kekuatan pandangan mata hati biasa.
Ini hanya dimiliki oleh para wali atau orang yang bertaqwa yang mata hati mereka tembus, dapat melihat alam-alam ghaib dan dapat menampung ilmu laduni dengan izin Allah.

3. Pandangan mata hati yang rosak (kabur biasa dan kabur kuat).
a. Kabur biasa .Ini mata hati orang-orang soleh yang walaupun mereka tidak mampu melihat alam-alam ghaib tetapi diberi keyakinan dan keteguhan hati tentang persoalan iman dan persoalan ghaib. Kalau ada pun golongan ini yang dapat melihat alam ghaib atau menangkap alam rohaniah atau dapat ilmu laduni, itu terlalu sedikit atau sekali-sekala. Mungkin ia dibantu oleh berkat seseorang seperti berkat gurunya.

b. Kabur kuat (hampir buta)
Ini mata hati orang mukmin `asi atau mukmin yang derhaka atau fasik atau zalim. Mata hati ini sudah ada hijab, tidak dapat melihat alam ghaib dan keyakinan tentang alam ghaib pun tidak begitu padu, sudah samar-samar tetapi tidak menolaknya.

4. Pandangan mata hati yang buta.
Ia langsung tidak nampak alam ghaib. Dan tidak ada keyakinan langsung tentang alam kerohanian dan alam ghaib yang tepat. Ini dimiliki oleh orang kafir atau orang munafik.

Bagaimana pula dengan mata batin? Kaedah yang berlaku pada mata lahir ini berlaku juga pada mata batin. Mata batin ini kalau tidak sakit atau tidak berpenyakit, ia dapat menangkap objek-objek maknawiah atau yang berbentuk rohaniah yang Allah hadapkan padanya dengan baik. Kalau ia tidak sakit, ia bersih dan tidak berselaput atau istilah syariatnya, ia tidak ada hijab.

Apabila hati itu bersih, ia macam cermin yang bersih. Ia dapat menangkap apa saja objek yang ada di hadapannya dengan baik dan jelas. Kalau cermin itu makin bersih kerana rajin menggilapnya maka makin bertambah jelaslah gambar-gambar (arca atau imej) yang ada di hadapannya. Kalau ia terlalu bersih, kekuatan mata hati macam cermin yang digilap dihadapkan setentang dengan Loh Mahfuz; yakni tempat segala suratan takdir Allah tercatat di sana sama ada yang sudah berlaku, yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Semua hal ada di sana tanpa tertinggal satu pun. Bagi hati yang terlalu bersih seperti hati para rasul dan nabi-nabi itu, kekuatan mata hati mereka itu mampu melihat atau menangkap gambaran (objek maknawiah atau rohaniah) yang ada di Loh Mahfuz dengan izin Allah s.w.t.. Hatta mereka dapat terus tajalli dengan Allah Al Khalik dengan secara `laisakamislihi syaik'.

Taraf yang di bawah ini ialah hati para wali iaitu mempunyai kekuatan mata hati di peringkat kedua. Yakni mata hati tembus yang dapat melihat alam ghaib. Mungkin dapat melihat alam roh atau alam jin atau alam malaikat, alam Barzakh atau dapat membaca hati manusia atau diperlihatkan hal-hal masa depan yang akan berlaku dengan izin Allah. Itulah yang dikatakan kasyaf. Jika berlaku kepada Rasul dan Nabi, ia dikatakan sebagai mukjizat maknawiah. Tetapi bila berlaku pada wali-wali, ia dianggap sebagai karamah maknawiah.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Takutlah kamu akan firasat orang mukmin. Sesungguhnya mukmin itu melihat dengan nur Allah."
(Riwayat at-Tabrani).

Bagaimana hati boleh melihat alam batin atau maknawiah atau alam bukan material itu? Umpama burung, hati terkurung dalam sangkar badan. Oleh kerana sangkar itu kuat dan berat, maka burung terpaksa terkurung dalam sangkar yang sempit dan menyeksakan itu. Sempit gelanggangnya, terbatas juga penglihatannya. Iaitu sekitar dalam sangkar atau di luar sangkar yang jaraknya hanya beberapa depa saja.

Walhal kalau burung itu besar dan kuat, tentu saja dia dapat terbangkan sangkar tersebut. Yakni kekuatan sangkar itu dapat dikalahkannya. Maka dibawalah sangkar tersebut terbang ke merata-rata tempat, sekadar yang termampu. Padahal waktu itu dia masih berada di dalam sangkar. Tetapi sekurang-kurang- nya penglihatan, pandangan dan pengalamannya sudah jauh. Bukan sekadar sekitar jarak dua tiga depa saja. Penglihatannya seluas mana dan sejauh mana kemampuannya membawa sangkar itu.

Paling hebat kalau burung itu mampu pecahkan sangkar. Tidak terkurung dan terikat lagi. Di waktu itu ia bebas terbang ke mana saja. Boleh pergi ke jarak yang lebih jauh lagi. Ikut saja kemahuan hati. Tidak ada halangan apa-apa lagi. Dapat terbang sebebas-bebasnya seperti burung-burung yang lain. Atau boleh terbang ke tempat yang burung lain tidak boleh pergi. Tentulah pandangan dan penglihatannya juga makin jauh. Tentu sekali sangat berbeza dari alam sangkar yang sempit sebelumnya.

Demikianlah hati, kalau ia gagah, kuat dan teguh (kerana terlalu bersih), ia mampu menerobos keluar daripada sangkar badan dan bebas terbang ke mana saja ia suka. Atau kalau dia tidak terlalu kuat mungkin tidak dapat bebas daripada sangkar badan tetapi mampu terbangkan badan secara rohaniah. Macam burung yang dapat terbangkan sangkar tadi. Ertinya di waktu itu dia terkeluar daripada pengaruh benda (material). Pengaruh itulah yang menjadi penghalang besar selama ini. Walhal bila pengaruh itu tidak ada lagi, dia cukup bebas, merdeka, boleh berlegar-legar terbang ke mana saja. Sehingga dapat melihat alam yang selama ini bukan alamnya iaitu alam ghaib atau alam rohaniah. Maka tersingkaplah alam ghaib yang penuh rahsia itu.

Kalau burung yang kecil dan lemah terkurung selama-lamanya dalam sangkar, maka hati yang lemah juga akan terkurung selama-lamanya dalam jasad. Roh dan hati yang lemah tidak dapat mengatasi jasad. Pengaruh materiallah yang melemahkan hati. Itulah penyebab utama hati terkurung dan terpenjara. Akhirnya hati itu jadi kabur dan buta. Maka terhijablah ia selama-lamanya daripada melihat alam rohaniah atau alam ghaib. Bagaimanakah proses terhijabnya mata hati ini? Proses yang berlaku pada mata lahir jadi rosak atau buta ialah berpunca daripada penyakit dan sakit, hingga berselaput dan tidak boleh melihat objek-objek yang ada di hadapannya. Proses atau kaedah yang sama juga berlaku pada mata batin. Mata batin juga boleh rosak atau buta disebabkan penyakit-penyakit batin. Inilah yang jadi selaput atau hijab sehingga tidak dapat melihat alam rohaniah atau alam ghaib serta tidak dapat menangkap sesuatu yang bersifat rohaniah.

Hijab-hijab hati antaranya disebabkan oleh:
1. Penyakit syirik jali atau kekufuran atau kemunafikan.
2. Penyakit syirik khafi iaitu riyak, ujub, sombong, sum`ah, pemarah, pendendam, bakhil, penakut, cinta pangkat, cinta nama dan lain-lain lagi.
3. Penyakit cinta dunia dalam semua hal. Baik yang halal, haram, makruh dan syubhat.
4. Penyakit cinta dunia yang harus atau halal sahaja.

Jadi hati boleh dikategorikan kepada empat peringkat:

PERTAMA: Hati para rasul, nabi-nabi dan wali-wali Allah
Hati mereka terlalu bersih. Tidak terlibat langsung dengan penyakit-penyakit hati yang menghijabkan. Pada para rasul dan nabi-nabi, Allah perlihatkan alam ghaib, alam malakut, alam Barzakh, alam jabarut, alam Akhirat, alam jin, Loh Mahfuz dan lain-lain lagi.

Mata hati mereka mampu menangkap benda-benda maknawiah iaitu ilmu yang bersifat wahyu. Yakni ilmu yang jatuh ke hati secara direct daripada Allah. Ini adalah anugerah-Nya atau wahbiah yang ianya didapati tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau tanpa berguru. Kalau ada perantaraan pun, ianya daripada malaikat. Ini hati peringkat pertama iaitu hati para rasul dan nabi-nabi. Sementara hati wali-wali berada di bawah sedikit daripada hati para rasul dan para nabi ini. Mereka juga dapat menangkap sesuatu yang berbentuk maknawiah seperti ilham atau ilmu laduni.

KEDUA: Hati orang soleh
Hati mereka ini sedikit terhijab kerana tersangkut dengan hijab keempat iaitu terpaut dengan dunia yang harus atau halal sahaja. Walhal mereka tidak terhijab dengan hijab-hijab lain. Walau bagaimanapun mata hati mereka masih bersih daripada kekufuran, bersih daripada kemunafikan, bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta terlepas daripada cinta dunia yang haram, makruh dan syubhat. Tahap hati ini mungkin sekali-sekala Allah perlihatkan juga alam ghaib. Atau mungkin dapat menangkap objek-objek (benda-benda) yang bersifat rohaniah atau maknawiah iaitu ilmu yang bersifat ilham atau ilmu laduni. Yakni ilmu yang terus jatuh ke hati, yang datang terus daripada Allah secara wahbiah. Mendapat ilmu tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar dan tanpa berguru. Atau ia juga diberi rasa hati atau gerakan hati yang tepat dan benar, yang disebut juga sebagai ilmu firasat.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu Hadis Qudsi:
Maksudnya: "Namun hamba-Ku itu sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan perkaraperkara yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya untuk dia mendengar, dan penglihatannya untuk dia melihat."
(Riwayat Bukhari)

Bagi rasul dan nabi, Allah kurniakan ilmu wahbiah ini melalui perantaraan malaikat saja. Manakala pada wali-wali atau orang soleh, ilmu ilham ini diberi melalui perantaraan malaikat, rasulrasul, nabi-nabi, wali atau jin-jin yang soleh.

KETIGA: Hati mukmin yang `asi atau yang derhaka
Mata hati mereka terhijab dengan penyakit. Yakni hati yang cinta dunia dalam semua hal. Tidak kira halal, haram, makruh atau syubhat. Juga mereka masih mengekalkan sifat-sifat mazmumah. Walau bagaimanapun mereka terlepas daripada syirik dan kekufuran serta kemunafikan. Mata hati golongan ini sangat kabur macamlah cermin yang kotor disebabkan habuk, wap atau air. Ia akan gelap atau terus jadi kabur. Akibatnya benda-benda yang ditangkapnya juga jadi kabur dan samar. Tidak dapat menangkap alam ghaib atau alam maknawiah (ilmu laduni). Mereka bagaikan orang yang teraba-raba dalam gelap walhal matanya celik.

KEEMPAT: Hati orang kafir atau munafik
Mata hatinya terhijab dengan penyakit syirik jali iaitu kufur dan munafik. Atau terhijab dengan keempat-empat kategori di atas. Jadi hijabnya sangat tebal. Mata hati jadi buta, gelap dan tidak nampak apa-apa. Macam cermin yang terlalu tebal karatnya hingga menutupi seluruh cermin. Apa saja yang ada di hadapannya, tidak dapat ditangkap gambar (arca) itu. Oleh itu dia tidak nampak tentang alam ghaib, langsung tidak kenal tentang adanya Tuhan, Allah yang wujud itu. Seperti firman Allah maksudnya: "Dan barangsiapa buta (di dunia) ini akan buta pula di Akhirat dan terlebih sesat lagi dari jalan yang benar." 
(Surah Al Israk: 72)

Untuk golongan ini Allah berfirman:
Maksudnya: "Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta." (Surah Al Baqarah: 10)

Tuesday, May 4, 2010

Hak Muslim Terhadap Muslim

Hak sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain.

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, May 1, 2010

Menipu Adalah Dosa di Sisi Allah

Dalam Al-Qur'an sedikitnya ada 5 istilah perbuatan dosa yang mengakibatkan turunnya siksaan Allah. Istilah-istilah itu adalah:
1. al-Khati’ah (penyelewengan) yaitu melakukan perbuatan dosa yang dilakukan secara sengaja.
2. Al-Dzanb (perbuatan salah) seperti dosa perbuatan maksiat kepada Allah Swt.
3. Al-Sayyi’ah (perbuatan jelek) seperti tidak jujur terhadap diri sendiri maupun terhadap orang lain, sombong, bakhil, dan seterusnya.
4. Al-itsm (perbuatan dosa) yaitu perbuatan yang tidak dihalalkan (haram), seperti menipu.
5. Al-Fusq (kelur dari jalan yang benar) yaitu berbuat maksiat yang melanggar perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Apabila seorang mukmin melakukan dosa, hatinya akan ternoda oleh titik hitam. Apabila ia mau bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan dosa lagi dan beristighfar, hatinya akan menjadi bersih kembali. Apabila berbuat tambah dosa, titik hitamnya juga tambah. Titik hitam itulah yang dimaksud dalam firman Allah: sekali-sekali tidak (demikian) sebenarnya yang mereka lakukan membuat noda hitam dalam hatinya
(HR. Ibn Majjah dan Imam Ahmad).

Dosa, dengan demikian, adalah sesuatu yang menyeleweng dari kebaikan seperti tidak jujur, menipu, mendengki, rasuah dan maksiat kepada Alla.w.t. Lalu, bagaimana mengetahui bahwa sesuatu telah menyeleweng dari kebaikan? Ada dua cara untuk mengetahuinya: dari nash (al-Quran dan al-Hadis) dan dari kriteria. Dari nash, tentu kita harus merujuk kepada keduanya untuk menghukum suatu perbuatan.

Tetapi, untuk menentukan perbuatan itu salah atau tidak selain dari nash adalah seperti hadis di bawah :
"Perbuatan baik adalah suatu perbuatan yang membuat jiwa tenteram dan membuat hati tenang. Perbuatan dosa adalah perbuatan yang menjadikan jiwa guncang dan hati bimbang, sekali pun kamu mendapatkan fatwa dari ahli fatwa (mufti)"
(HR. Imam Ahmad).

"Yang dinamakan dosa ialah sesuatu (perbuatan) yang menggelisahkan jiwa dan kamu tidak mau menampakkannya kepada orang lain."
(HR. Imam Ahmad)

Sebagaimana dijelaskan dalam kitab tahrir al-wasilah, yang berkenaan dengan tolak ukur dosa-dosa besar, dalam hal ini ulama' menyebutkan bahwa:
1. Dosa-dosa besar adalah yang tertulis dalam Al-Qur'an dan diriwayatkan untuk memberikan ancaman (atas pelakunya dengan) siksaan api Neraka..

2. Dosa-dosa yang dilarang oleh syariah atau hukum-hukum agama.

3. Adanya dalil-dalil yang menunjukan bahwa dosa tersebut lebih besar dari dosa-dosa lainya, seperti syirik, munafik, kufur, dan lain-lain sebagainya.

4. Akal yang menghukumi bahwa dosa tersebut adalah dosa besar.

5. Dalam pandangan kaum muslimin, berdasarkan hukum Allah, Al-Quran dan hadis, telah ditetapkan bahwa dosa tersebut termasuk di antara dosa-dosa besar.

6. Terdapat penjelasan dari Rasulullah s.a.w. dan para ulama' bahwa perbuatan tersebut termasuk di antara dosa-dosa besar yang harus dihindari.

Diantara dosa besar yang tercatat di dalam al-Quran adalah PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT.

Pemimpin adalah mereka yang diberi amanah oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan dengan benar dan sesuai dengan hukum-hukum Allah maupun janji-janji politik seperti yang terdapat dalam "Manefesto yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya"

Amanah yang diberikan kepada mereka harus dikembalikan kepada rakyat berupa pembangunan, kesejahteraan, penghapusan kemiskinan, mengatasi buta huruf, keamanan negara, dan seterusnya, oleh kerana itu ini disebut sebagai hak-hak rakyat. Hak-hak rakyat ini harus dipenuhi oleh seorang pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat.


Jika hak-hak rakyat tesebut tidak terpenuhi, maka sudah tentu pemimpin terebut sedang dan telah menipu rakyat. Dengan kos pembangunan hingga jutaan ringgit, dengan membaiki infrastruktur negara dan peruntukan untuk keselamatan dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat maka pemimpin yang telah diberi amanah perlulah melaksanakan dengan jujur. Jauhkan daripada rasuah, membantu kroni dan kaum keluarga. Sekiranya peruntukan telah dikeluarkan tetapi  rakyat masih miskin, masih buta huruf, banyak pengangguran, jalan-jalan rusak dibiarkan, sistem pengangkutan awan tak sempurna, keamanan tidak wujud kerana kadar jenayah masih tinggi, sistem perparitan tak sempurna hingga membawa kepada banjir kilat dan sebagainya. Pembangunan demi untuk kemaslahatan rakyat perlulah diutamakan lebih daripada asyik berpolitik dan pergeseran sesama ahli-ahli politik lain. Jika pembangunan yang diperlukan ini tidak dilaksanakan dengan sempurna maka keadaan ini kita sebut sebagai merampas hak-hak rakyat.

Pemimpin manapun yang melakukan penyelewengan hak-hak rakyat tersebut, maka dia sedang dan telah melakukan PENIPUAN TERHADAP RAKYAT. Menipu rakyat adalah dosa besar yang tidak akan diampuni. Menipu rakyat sama dengan menipu ibu, bapak, nenek, datok, mertua, anak, rakan-rakan dan seluruh rakyat yang mempercayakan amanah mereka kepadanya. Menipu rakyat jelas tidak terampun dosanya kecuali rakyat memaafkan. Lalu, rakyat mana yang mau memaafkan pemimpin seperti ini, maka mereka akan bertanggungjawab dihadapan Allah di hari akhirat nanti.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat aniaya kepada manusia dan melampui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat siksa yang pedih."
(Qs Assyura:42)

"Dan janganlah kamu sekali-kali kamu (Muhammad ) mengira bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang menganiaya. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka ) terbelalak."
(Qs. Ibrahim:42)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
Manusia yang paling berat sisksanya dihari kiamat nanti adalah (siksaan) bagi pemimpin atau penguasa yang aniaya (tidak adil).
(HR. Tabrani dan Abdullah ibn Mas’ud )

"Siapa saja pemimpin yang mencurangi rakyatnya, maka ia akan masuk Neraka"
(HR. Tabrani)

"Celakalah para penguasa, celakalah para pemimpin, dan celakalah orang-orang pembawa amanat. Sungguh banyak orang-orang yang berangan-angan kecurangan-kecurangan mereka tergantung di atas bintang tsurayya. Mereka akan disiksa karena mereka dahulu tidak mau melakukan sesuatu yang diamanatkan kepada mereka"
(HR. Ahmad)

Friday, April 30, 2010

Siapakah Golongan Yang Sesat dan Golongan Yang di Murkai Allah?

Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi s.a.w yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim r.a, bertanya kepada Rasulullah s.a.w :"Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah?" Rasulullah s.a.w. menjawab maksudnya : “Mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi :"Siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu?" Rasulullah s.a.w.  menjawab : “Mereka itu adalah Nasrani”.
(Hadis Riwayat al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.)

Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia di atas fitrah. Maka ibu bapalah yang meYahudikannya, meNasranikannya serta meMajusikannya” 
(Hadis Riwayat Muslim) 
 
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan menyuburkan fitrah anak-anak. Fitrah yang subur akan menggenggam Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Pengabaian fitrah ini adalah simpang-simpang kehidupan yang menyasarkan seorang manusia daripada membesar daripada penuh potensi untuk menjadi seorang Muslim, kepada tersasar menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Wednesday, April 28, 2010

Siksa Kubur

Al-Faqih berkata bahwa Abu Ja'far meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra. Bahwa orang mukmin itu apabila diletakkan di dalam kuburnya maka kuburnya itu dilapangkan 70 hasta, ditaburi harum-haruman dan ditutup dengan kain sutera. Apabila ia hafal sebagian dari Al-Qur’an maka apa yang dihafalnya itu menerangi seluruh kuburnya, dan apabila ia tidak hafal, maka ia dibuatkan cahaya seperti matahari di dalam kuburnya. Ia bagaikan pengantin baru yang tidur dan tidak dibangunkan kecuali oleh isteri yang sangat dicintainya. Kemudian ia bangun dari tidurnya seakan-akan ia belum puas dari tidurnya itu.

Sedangkan orang kafir, maka kuburnya disempitkan atasnya sehingga tulang-tulangnya masuk ke dalam perutnya lantas didatangi berbagai macam ular yang besar sebesar leher unta, dimana ular-ular itu makan dagingnya sehingga tidak tersisa daging pada tulangnya. Kemudian datang kepadanya malaikat yang tuli, bisu dan buta dengan membawa cambuk-cambuk dari besi. Mereka memukulinya dengan cambuk-cambuk itu tanpa mendengar jeritan dan melihatorang itu sehingga tidak akan timbul rasa belas kasihan kepadanya.

Disamping itu neraka selalu diperlihatkan kepadanya baik diwaktu pagi maupun diwaktu petang.

Al-Faqih memberikan nasehat, barangsiapa yang ingin selamat dari siksaan kubur, maka ia harus senantiasa mengerjakan empat hal dan menjauhkan diri dari empat hal. Empat hal yang harus selalu dikerjakan itu adalah: solat, sedekah, membaca Al-Qur’an dan banyak membaca tasbih (subhanallah dan lain-lain). Keempat hal ini akan boleh menjadikan kubur itu terang dan lapang.

Sedangkan empat hal yang harus ditinggalkan adalah; dusta, khianat, adu domba dan hati-hati dalam masalah kecing. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Bersihkanlah (bersucilah) sewaktu kencing, kerana kebanyakan siksa kubur itu kerana kencing”.

Sufyan Ats-Tsauri berkata: “Barang siapa yang banyak mengingat kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu taman dari taman-taman Syurga. Dan barangsiapa yang lalai kepada kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu jurang dari jurang-jurang Neraka”.

Sayyidina Ali karromallahu wajhahu didalam khutbahnya mengatakan: “Wahai hamba Allah ingatlah mati, ingatlah mati kerana kamu tidak boleh menghindar darinya. Bila kamu diam, maka ia akan datang menghampirimu; dan bila kamu lari, ia akan mengejarmu. Ia terikat pada ubun-ubunmu. Carilah keselamatan, carilah keselematan. Di belakangmu ada kubur yang selalu mengejar kamu. Ingatlah bahwa kubur itu boleh merupakan salah satu taman dari taman-taman Syurga, dan boleh pula merupakan salah satu jurang dari jurang-jurang Neraka. Ingatlah bahwa sesungguhnya kubur itu setiap hari berbicara tiga kali dengan perkataan; “aku adalah rumah gelap, aku adalah rumah duka cita, dan aku adalah rumah ulat”.

Ingatlah bahwa setelah itu ada suatu hari yang lebih ngeri dimana pada hari itu anak muda langsung beruban, orang tua pingsan, semua orang yang menyusui anaknya lalai terhadap anak yang disusuinya, semua wanita yang hamil menggugurkan kandungannya, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak, akan tetapi siksaan Allah itu sangat keras. Ingatlah, bahwa setelah itu ada Neraka yang panas sekali, sangat curam, perhiasaannya besi, airnya nanah, di dalamnya tidak ada rahmat Allah sama sekali”.(mendengar khutbah ini kaum muslimin menangis tersedu-sedu).

Lalu Sayyidina Ali k.w melanjutkan khutbahnya: “Tetapi disamping itu ada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Semoga Allah menyelamatkan kita dari siksaan yang pedih dan memasukkan kami dan kamu ke dalam Syurga tempat kenikmatan”.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Kubur itu adalah pos (tempat pemberhentian) pertama dari pos-pos akhirat. Apabila seseorang selamat dari pos pertama itu maka pos berikutnya lebih mudah daripadanya, dan apabila seseorang tidak selamat dari pos pertama itu maka pos berikutnya lebih berat daripadanya”.

Diriwayatkan dari Abdul Hamid bin Mahmud Al-Maghuli dimana ia berkata: “Sewaktu kami sedang duduk bersama-sama dengan Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datanglah sekelompok kaum lalu berrkata: “Kamu berangkat dari rumah dengan maksud untuk menunaikan haji, dan ada seorang teman kami yang ketika sampai di daerah Dzatus Shafah meninggal dunia kemudian kami mengurusnya dan kami menggalikan kubur untuknya. Ketika kami menggali kubur dan membuat liang lahat ternyata liang lahat itu penuh dengan ular. Kemudian kami tinggalkan tempat itu, dan kami menggali lagi di temapt lain. Di tempat yang lain itu pun sama saja, liang lahatnya penuh dengan ular. Kemudian kami tinggalkan tempat itu dan menggali lagi kubur untuk yang ketiga kalinya, dan ternyata di tempat itupun liang lahatnya penuh dengan ular. Kemudian kami tingalkan mayat itu dan kami datang kepadamu”. Ibnu Abbas r.a berkata: “Itu adalah amal perbuatan yang ia lakukan sendiri. Pergilah dan kuburlah mayat itu di kubur yang mana saja. Demi Allah, seandainya kamu menggali seluruh bumi niscaya kamu kamu akan selalu menjumpai ular di dalamnya. Beritakanlah hal ini kepada kaumnya”.

Abdul Hamid berkata: “Kemudian kami pergi dan mengubur mayat itu pada salah satu diantara ketiga kubur yang kami gali itu. Ketika kami kembali (dari ibadah haji), kami mendatangi keluarganya dengan membawa barang kepunyaannya dan kami bertanya kepada istrinya: “Apa yang biasa dia lakukan waktu hidupnya ?”. Istrinya menjawab: “Ia dulu berjualan bahan makanan yaitu gandum. Setiap hari ia mengambil sebagian dari gandum dagangan itu untuk dimakan, kemudian sebanyak gandum yang dia ambil diganti dengan tangkai gandum yang warnanya serupa lalu ditumbuk dan dicampur dengan nya”.

Amar bin Dfinar berkata: “Ada seorang penduduk Madinah yang mempunyai saudara perempuan di ujung kota. Pada saat ia sakit dan ia datang menjenguk saudara perempuannya itu. Setelah sampai disana, saudara perempuan itu mati dan ia mengurusnya dan ikut menguburnya. Sesudah selali penguburan, ia pulang ke rumahnya lalu teringat bahwa dompet duitnya jatuh sewaktu mengubur saudara perempuan itu. Ia lalu minta tolong seorang teman untuk menggali kubur dan ia pun menemukan dompet yang jatuh itu. Ia berkata pada temannya: “Pergilah kamu, kerana aku ingin melihat apa yang sedang terjadi pada diri saudara perempuanku itu”. Kemudian ia mengangkat penutup liang lahat dan tiba-tiba terlihat bahwa kubur itu menyalakan api. Ia lalu meratakan kembali kubur itu dan cepat-cepat pulang menemui ibunya dan bertanya: “Beritahukan kepadaku apa yang biasa dilakukakan oleh saudara perempuanku itu”. Ibunya menjawab: “Kenapa kamu menanyakan tentang dia, sedangkan dia sudah meninggal dunia?”. Ia berkata lagi : “Tolong ibu, beritahukan kepadaku”. :Ibunya menjawab: “Saudara perempuanmu itu suka melambat-lambatkan solat dan tidak mengerjakan solat dengan suci yang sempurna. Ia suka datang ke rumah-rumah jiran dengan menceritakan kepada mereka apa yang ia dengar daengan maksud mengadu domba”. Itulah yang menyebabkan siksaan kubur.

Oleh kerana itu, barang siapa yang ingin selamat dari siksa kubur maka ia harus menjauhkan diri dari adu domba dan perbuatan-perbuatan dosa lainnya agar boleh selamat dari siksaannya dan dapat dengan mudah menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir.

(Sumber di ambil dari m. muslih albaroni).

Monday, April 26, 2010

Tanda-tanda Kiamat

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar :

* Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
* Lahirnya Dajjal.
* Keluar asap tebal.
* Turunnya Nabi Isa a.s.
* Kemunculan Imam Mahdi.
* Matahari terbit dari ufuk barat.
* Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
* Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
* Runtuhnya Ka'abah
* Terdengar tiupan sangkakala pertama.
* Ada azan tak di jawab
* 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Tanda-tanda kecil kiamat :

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

* Penaklukan Baitulmuqaddis:

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]”

* Zina bermaharajalela[perlu rujukan]

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim”

* Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]

* Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah”

* Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim”

* Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]

* Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan]

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad”

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan]

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad”

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani”

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim”

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim”

* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]

* Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari”

* Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

* Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-
* Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

-hadis bawah-
* Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

-hadis bawah-
* Orang akan melakukan homoseksual.

-hadis bawah-
* Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
* Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-
* Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-
* Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-
* Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-
* Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-
* Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-
* Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi”

[perlu rujukan]

* Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-
* Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-
* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-
* Memandang rendah kepada darah

Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani dan Ahmad.


[perlu rujukan]
* Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

[perlu rujukan]
* Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

[perlu rujukan]
* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

[perlu rujukan]
* Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim

* Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]

* Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]

* Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-
* Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.
”
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat"

Saturday, April 24, 2010

Kelebihan Wanita-wanita Solehah

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab..

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keromah (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” . Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. ”

50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.

p/s: Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab.

Thursday, April 22, 2010

Ciri-ciri Ulama' Pewaris Nabi

Ibnu Abbas berkata : Ulama’ ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya.

Manakala Hasan al-Basri pula berkata :" Orang alim ialah orang yang takutkan Allah yang Maha Pemurah semasa dia tidak dilihat orang lain atau semasa dia tidak melihat Allah atau tidak melihat azab Allah serta dia gemarkan perkara yang disukai Allah dan dia menolak perkara yang dimurkai Allah."

Ciri-ciri ulama’ pewaris nabi ialah yang pertama bersifat takutkan Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 28 surah Fathir :
Ű„Ù†Ù…Ű§ ÙŠŰźŰŽÙ‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ من ŰčŰšŰ§ŰŻÙ‡ Ű§Ù„ŰčÙ„Ù…Ù€Ù€Ű€Ű§ Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčŰČيŰČ ŰșÙÙˆŰ±
Maksudnya : "….. Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Ibnu Abbas berkata : Sesiapa yang takutkan Allah maka dia adalah orang alim.

Ciri kedua ialah beramal dengan segala ilmunya sebagaimana sebuah hadis dalam Sunan Ad-Darimi : فَŰ„ِنَّمَۧ Ű§Ù„ŰčَŰ§Ù„ِم مَنْ Űčَمِلَ Űšِمَۧ Űčَلِمَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui

Sayyidina Ali berkata : Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya

Ciri ketiga ialah hatinya bersih daripada syirik dan maksiat serta tidak tamak kepada habuan dunia. Ibnu Umar berkata : Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak hasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan.

Ciri keempat ialah ulama’ ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah :

هو Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰšŰčŰ« فى Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠŰŠÙ† Ű±ŰłÙˆÙ„Ű§ منهم يŰȘÙ„ÙˆŰ§ Űčليهم ŰĄŰ§ÙŠÙ€Ù€ŰȘه ويŰČكيهم ويŰčلمهم Ű§Ù„ÙƒŰȘŰš ÙˆŰ§Ù„Ű­ÙƒÙ…Ű© ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ من Ù‚ŰšÙ„ لفى Ű¶Ù„Ù€Ù€Ù„ Ù…ŰšÙŠÙ†

Maksudnya :" Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata"

Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sohih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama’ sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama’ maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain.

Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran :

Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† Ù„ŰšŰŽŰ± ŰŁÙ† ÙŠŰ€ŰȘيه Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„ÙƒŰȘÙ€Ù€Űš ÙˆŰ§Ù„Ű­ÙƒÙ… ÙˆŰ§Ù„Ù†ŰšÙˆŰ© Ű«Ù… يقول Ù„Ù„Ù†Ű§Űł ÙƒÙˆÙ†ÙˆŰ§ Űčۚۧۯۧ لي من ŰŻÙˆÙ† Ű§Ù„Ù„Ù‡ ولكن ÙƒÙˆÙ†ÙˆŰ§ Ű±ŰšÙ€Ù€Ù†ÙŠÙŠÙ† ŰšÙ…Ű§ كنŰȘم ŰȘŰčلمون Ű§Ù„ÙƒŰȘÙ€Ù€Űš ÙˆŰšÙ…Ű§ كنŰȘم ŰȘŰŻŰ±ŰłÙˆÙ†

Maksudnya : Tidak sepatutnya seseorang yang Allah anugerahkan kepadanya Kitab, hikmah dan sifat kenabian lalu dia menyeru kepada manusia : “ Kamu hendaklah menjadi penyembahku bukan penyembah Allah”. Sebaliknya dia mesti menyeru : “ Kamu hendaklah menjadi ulama’ rabbani yang benar-benar faham agama serta mengamalkan apa yang kamu sentiasa ajarkan tentang isi Kitab dan dengan apa yang kamu sentiasa mempelajarinya”.

(Sumber di ambil daripada Pusat Pembangunan Pondok Berhad)

Wednesday, April 21, 2010

Kisah Nabi Yunus a.s.

Nabi Yunus a.s. termasuk salah satu dari kelompok nabi-nabi terbesar Bani Israil, dimana Allah telah mengutusnya ke penduduk Ninawa sebahagian dari negeri Muashil. Ia menyeru mereka supaya beribadah kepada Allah s.w.t. tetapi mereka menolaknya. Ia berulang kali menyerukan seruan itu kepada mereka, tetapi mereka tetap menolaknya. Ia menjanjikan adzab kepada mereka, dan ia pergi dari hadapan mereka dan tidak sabar dalam menghadapi mereka yang semestinya dilakukannya, tetapi ia tetap pergi meninggalkan mereka karena marah.

Sedangkan keadaan mereka saat menyaksikan kepergian nabi mereka, maka dalam hati mereka timbul niat bertaubat kepada Allah s.w.t setelah mereka menyaksikan beberapa tanda pendahuluan akan turunnya adzab, sehingga Allah membebaskan adzab dari mereka.
Kenyataannya, bahwa Nabi Yunus a.s. mengetahui tentang dibebaskannya adzab dari mereka, akan tetapi ia tetap pergi meninggalkan mereka, sebagaimana Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,: "Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah ….”
(Surah Al-Anbiya’ayat 87).

Dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :, “(Ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan.”
(Surah Ash-Shaffat ayat 140).
 
Kemudian Nabi Yunus a.s. menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan resiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.
 
Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus  a.s. sebagaimana Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :, “… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian.” 
(Surah Ash-Shaffat ayat 141).
 
Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.
 
Ketika Nabi Yunus a.s. berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 87).
 
Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus a.s. di daerah yang tandus.
 
Nabi Yunus a.s. keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) karena terlalu lemahnya. Kemudian Allah s.w.t. mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.
 
Kemudian Allah s.w.t.  memerintahkan Nabi Yunus a.s. supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka keni’matan hidup sehingga batas waktu tertentu.
 
Dalam kisah ini, bahwa Allah telah menegur sikap Nabi Yunus a.s. yang lemah (tidak sabar) serta memenjarakannya di dalam perut seekor ikan besar sebagai penebus kesalahannya dan sebagai tanda kekuasaan Allah yang besar serta sebagai kamuliaan bagi Nabi Yunus a.s.. Di antara ni’mat Allah s.w.t. yang dikaruniakan kepadanya ialah sebagian besar orang dari kaumnya telah memenuhi seruannya, karena banyaknya pengikut bagi para nabi merupakan karunia bagi mereka.
 
Dalam kisah ini terdapat keterangan, bahwa dibolehkan menggunakan undian saat  di dapati keraguan di dalam mengambil keputusan serta solusi yang tepat terhadap masalah-masalah yang terjadi manakala tidak ditemukan cara lain selain cara tersebut. Langkah yang diambil para penumpang kapal di atas dengan menempuh cara itu merupakan dalil atas sebuah kaidah yang masyhur, yaitu melakukan suatu perbuatan buruk yang lebih ringan kemadharatanya dengan maksud menghindari kemadharatan yang lebih besar.
 
Tidak diragukan lagi, bahwa melemparkan sebagian dari mereka ke laut meski di dalamnya mengandung kemadharatan namun mendatangkan keselamatan bagi penumpang lainnya. Sedang jika tidak ada seorang pun yang dibuang, niscaya seluruhnya akan tenggelam.
 
Juga dalam kisah ini terdapat keterangan, bahwa ketika seseorang memiliki hubungan pendahuluan yang baik dengan Rabbnya dan mengenali Rabbnya dalam keadaan senang, niscaya Allah berterima kasih kepadanya dan akan mengenalinya dalam keadaan susah dengan menghilangkan kesusahannya itu secara total atau meringankannya.
 
Berkenaan dengan hal tersebut, Allah s.w.t. berfirman dengan kisah Nabi Yunus a.s. maksudnya : “Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.”
(Surah Ash-Shaffat ayat 143-144). 
 
Juga dalam kisah ini terdapat keterangan, sebagaimana yang disabdakan Nabi  s.a.w. yang bermaksud L “Berkenaan dengan do’a saudaraku Dzun Nun (Nabi Yunus a.s.), bahwa tidaklah seseorang yang sedang mendapatkan kesusahan berdo’a dengan do’a tersebut, melainkan Allah akan menghilangkan kesusahan itu darinya, yaitu: “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” 
(Surah Al-Anbiya’ ayat 87)
 
Juga dalam kisah ini terdapat keterangan, bahwa iman pasti dapat menyelamatkan seseorang dari penderitaan atau kesusahan sebagaimana firman Allah s.w.t. maksudnya : “Maka Kami telah memperkenankan do’anya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 88).

Yakni jika mereka ditimpa kesusahan maka mereka akan dibebaskan darinya karena keimanan mereka.

 (Sumber di ambil daripada tulisan indera_sl@physics.its.ac.id)


Tuesday, April 20, 2010

Siapakah Orang Munafiq, Kafir dan Murtad

MUNAFIQ

Pengertian Munafiq

Adalah orang munafiq termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Alah.
Orang munafiq adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar. Perbuatan orang munafiq disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.

Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya.

Tanda-tanda munafiq.
a. Ingin menipu daya Allah.
Firman Allah s.w.t. yang maksudnya : “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar”
[Surah Al Baqarah ayat 8-9]

b. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.
Firman Allah maksudnya:
“…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah” 
[Surah An Nisa’ ayat 139]

c. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t. maksudnya :
“Apabila dikatakan kepada mereka (org munafiq) :'Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,' nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
[Surah An Nisa ayat 61]

d. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)
Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali .
[Surah An Nisa ayat 142]

e. Berdusta apabila berkata, menyalahi janji dan khianat (pecah amanah)
“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

Pengaruh munafiq bagi kehidupan bermasyarakat.
Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafiq dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafiq yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.

Firman Allah s.w.t yabg bermaksud :
“Mereka (orang munafiq) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.”
[Surah Asy-Shaf ayat 8]

KAFIR
Perertian Kafir
Kafir bermakna orang yang ingkar,yang tidak beriman (tidak percaya) atau tidak beragama Islam. Dengan kata lain orang kafir adalah orang yang tidak mahu memperhatikan serta menolak terhadap segala hukum Allah atau hukum Islam disampaikan melalui para Rasul (Muhammad s.a.w.) atau para penyampai dakwah/risalah. Perbuatan yang semacam ini disebut dengan kufur.

Kufur pula bermaksud menutupi dan menyamarkan sesuatu perkara. Sedangkan menurut istilah ialah menolak terhadap sesuatu perkara yang telah diperjelaskan adanya perkara yang tersebut dalam Al Qur'an. Penolakan tersebut baik langsung terhadap kitabnya ataupun menolak terhadap rasul sebagai pembawanya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang kafir kepada Allah dan RasulNya, dan bermaksud memperbezakan antara Allah dan RasulNya seraya (sambil) mengatakan:’Kami beriman kepada yang sebahagian (dari Rasul itu / ayat Al Quran) dan kami kafir (ingkar) terhadap sebahagian yang lain. Serta bermaksud (dengan perkataanya itu) mengambil jalan lain diantara yang demikian itu (iman dan kafir). Merekalah orang kafir yang sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk mereka itu seksaan yang menghinakan” 
[Surah An Nisa' ayat 150-151]

Pembahagian Kafir.
i. Kafir yang sama sekali tidak percaya akan adanya Allah, baik dari segi zahir dan batin seperti Raja Namrud dan Firaun.

ii. Kafir jumud (ertinya membantah). Orang kafir jumud ini pada hatinya (pemikirannya) mengakui akan adanya Allah TAPI tidak mengakui dengan lisannya, seperti Iblis dan sebagainya.

iii. Kafir ‘Inad .Orang kafir ‘Inad ini, adalah mereka pada hati (pemikiran) dan lisannya (sebutannya) mengakui terhadap kebenaran Allah, TAPI tidak mahu mengamalkannya , mengikuti atau mengerjakannya seperti Abu Talib.

iv. Kafir Nifaq iaitu orang yang munafiq. Yang mengakui diluarnya,pada lisannya saja terhadap adanya Allah dan hukum Allah, bahkan suka mengerjakannya perintah Allah, TAPI hatinya (pemikirannya) atau batinnya TIDAK mempercayainya.

Tanda Orang Kafir.
a.Suka pecah belahkan antara perintah dan larangan Allah dengan RasulNya.
b.Kafir (ingkar) perintah dan larangan Allah dan RasulNya.
c.Iman kepada sebahagian perintah dan larangan Allah (dari Ayat Al Quran), tapi menolak sebahagian daripadanya.
d.Suka berperang dijalan Syaitan (Thoghut).
e.Mengatakan Nabi Isa Al- Masihi adalah anak Tuhan.
f.Agama menjadi bahan senda gurau atau permainan .
g.Lebih suka kehidupan duniawi sehingga aktiviti yang dikerjakan hanya mengikut hawa nafsu mereka, tanpa menghiraukan hukum Allah yang telah diturunkan.
h.Mengingkari adanya hari Akhirat, hari pembalasan dan Syurga dan Neraka.
i.Menghalangi manusia ke jalan Allah.

Hubungan Orang Kafir.
Berhubungan Muslim dengan Orang kafir adalah tidak dilarang, dicegah bahkan dibolehkan oleh Islam, KECUALI adanya perhubungan (bertujuan) untuk memusuhi Allah dan RasulNya (hukum Allah), termasuk merosakkan aqidah Islam.

MURTAD
Perertian Murtad,
Ialah orang Islam yang terkeluar dari Islam yakni mengingkari semua ajaran Islam, baik dari segi keyakinan, ucapan dan/atau perbuatannya. Semua amalan orang murtad akan dimusnahkan dan tidak nilai pada hari akhirat nanti. Apabila ia tidak segera kembali kepada Islam serta bertaubat bersungguh-sungguh.

Monday, April 19, 2010

Percaya Kepada Qada' dan Qadar dan Baik Sangka (Husnu zan) Dengan Allah

Sahabat yang dikasihi Allah,
Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda yang bermaksud : “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan-Nya.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : ""Tidak boleh menolak qada' kecuali dengan doa"

Qada' dan qadar rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya..Tugas kita buat ibadah sebaik mungkin dan tingkatkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah dan yakin dgn janji Allah akan membalasi hamba-Nya yg beriman dgn Syurga.

Sahabat yang dimuliakan,
Percaya terhadap Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada Rukun Iman, kita wajib percaya dan yakin terhadap ketetapan Allah s.w.t. Yakin yang sebenarnya dan tidak ragu-ragu. Kita juga hendaklah bersangka baik dengan Allah s.w.t. (husnu zan) di atas sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dunia ini.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dihormati,
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah s.w.t. dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah adalah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdo'a dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan do'anya.

3. Apabila dia berdosa , segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.