Thursday, October 28, 2010

Wanita Layak Memasuki Syurga Hanya Dengan Empat Syarat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.

Empat syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Melakukan solat lima waktu.

Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran yang haq dan yang bathil.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman " (Surah An-Nissa' ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.

Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Hadis Riwayat Muslim )

 Ketiga : Menjaga maruahnya.

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi--wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo'a kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Mentaati perintah suami.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sahabat yang dimuliakan,
Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang  tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w di atas.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :

1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.

2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.

3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.

5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.

7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .

8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s.w.t.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami)

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Sahabat yang dikasihi,
Kenapakah Nabi s.a.w ada mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :

1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.

2. Wanita sering menderhakai pada suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.

3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.

4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan  zina.

Sahabat,
Oleh itu wahai sahabat-sahabatku wanita yang beriman! Jauhlah diri kalian daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan akan mengheret kalian ke Neraka Jahannam. Rebutlah peluang keemasan ini iaitu melakukan ketaatan kepada empat perkara yang dinyatakan di atas. Ini adalah tawaran Allah s.w.t yang paling mudah untuk kalian memasuki Syurga Allah s.w.t melalui mana-mana pintu Syurga yang kalian pilih.





Wednesday, October 27, 2010

Hadapi Putus asa dan Kecewa Dengan Tawakkal Kepada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."   (Surah Az-Zumar ayat 53)

Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan sentiasa di uji oleh Allah s.w.t.. Ujian Allah s.w.t datang berbagai bentuk. Ada ujian berupa bala dan musibah, penyakit, kemalangan, gagal dalam pepereksaan dan  mencari pekerjaan . Ujian juga datang dalam bentuk perselisihan di dalam keluarga atau mendapat gangguan sihir dan di fitnah .

Manusia sering merasa  putus asa dan kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.

Di dalam ayat di atas Allah s.w.t menyeru kepada hamba-hamba-Nya supaya jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Susah dan gagal macamana sekali pun kita dilarang untuk berputus asa dan merasa kecewa.

Putus asa dan kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita. ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan fizikal. Apabila seseorang tu putus asa dan kecewa; maka beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu.

Maka putus asa dan kecewa adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani dengan baik.Putus asa dan kecewa terhasil apabila segala perancangan yang telah diatur dengan kemas gagal mendapatkan apa yang dihajatkan., maka kita akan mengalami satu keadaan di mana segala usaha adalah sia-sia sahaja.

Benarkah segala usaha itu yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja? Setiap apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya tak sia-sia kerana ada hikmah dibalik peristiwa tersebut.

Yakinilah bahawa hakikat utama kehidupan kita adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. Jika kita gagal memperolehi apa yang kita usahakan sebenarnya  ianya tertakluk kepada qadha' dan qadar Allah s.w.t. Mungkin disitu ada hikmah yang kita tidak mengetahuinya. Jiwa seorang Mukmin akan berbaik sangka dan yakin dengan  takdir yang datang daripada Allah s.w.t.

Sesuailah dengan lafaz yang sering kita ucapkan semasa membaca do'a iftitah 5 kali sehari semalam iaitu  "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala.."

Maka jika kita masih putus asa dan kecewa, sudah tentu kita tidak menyertakan tawakkal di dalam setiap pekerjaan kita malah lebih teruk lagi, tawakkal kita hanya 50:50 sahaja. Seolah-olah kita tidak yakin dengan ketentuan Allah.. Dan jika kita tidak yakin dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidak yakin dengan Allah.

Kita semua tahu ayat ini "Tiada Daya Upaya Aku Melainkan Allah Yang Maha Berkuasa"... apa yang kita fahami disebalik ayat ini? Berhati-hati kerana kesilapan dalam memahami prinsip 'iman, taqwa dan tawakkal' ini akan menyebabkan kita memfitnah Allah....(kita termasuk ke dalam golongan memfitnah Allah, ialah apabila kita hanya berserah sahaja atas dasar tiada daya upaya tanpa melakukan sebarang tindakan; walaupun kita tahu Allah telah menganugerahkan kita 7 keupayaan iaitu kudrat, iradat, ilmu, kehidupan, mendengar, melihat dan boleh berkata-kata)

Kita mengucap kalimah "La hawla wala quwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai dan tak diingini. Gantikan perasaan putus asa, kecewa dan sedih dengan perbanyakkan membaca kalimah ini.

"Lahawla wala quwwata illa billah" merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Ayat atau prinsip di atas ialah untuk mengesahkan bahawa kita hanya bergantung kepada Allah dalam setiap perjalanan kehidupan; kita perlulah bertawakkal setelah berusaha dengan sebaiknya; Allah Maha Berkuasa ke atas kita.

Dalam hadits Rasutullah s.a.w. bersabda: “Tak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda  demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan yang menimpanya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan AI-Hakim).

Dalam hadis lain disebutkan, “Do'a di antara kalian bakal di kabulkan, sepanjang kalian tidak tergesa-gesa, (sampai akhirnya) seseorang mengatakan, “Aku telah berdoa, tapi tidak di kabulkan untukku. “
(Hadis Riwayat Bukhari adn Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t melarang kita berputus asa dan kecewa, kerana sesuatu yang berlaku keatas diri kita kerana Allah s.w.t akan mengkabulkan do'a dan permintaan kita.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman, "Wahai anak Adam, Aku telah ciptakan kamu, maka kamu jangan bermain-main, dan Aku jamin rezekimu, maka kamu jangan merasa capai. Wahai anak Adam, carilah Aku, maka engkau akan menemui-Ku. Dan jika engkau menemukan Aku, engkau akan dapat sesuatu sedang Aku mencintaimu, lebih dari segalanya."

Subhanallah! Sesungguhnya, Allah adalah sangat dekat. Bahkan lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Namun, tabir hati kita terlalu banyak penghalang hingga kedekatan dengan Allah s.w.t. yang menciptakan diri ini menjadi tidak terasa. Sungguh berbahagia orang yang merasai Allah s.w.t dekat dengannya dan akan menunaikan segala hajat dan permintaannya..

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Talaq ayat 3)

 Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah s.w.t. yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah s.w.t menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Samaada ia hendak redha atau pun tidak. Samaada ia nak bersyukur atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah s.w.t atau pun tidak.

Allah berfirman maksudnya  : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah" (Surah Al-Hajj ayat 70)

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah  Al-Hadid ayat 22)





Perbaikilah Diri Sendiri Untuk Mencari Keredhan Allah

Sahabat yang di rahmati Allah,
Semoga Allah sentiasa memberkati serta merahmati kalian dan dibahagiakan dengan keredhaan-Nya. Sentiasa beroleh taufik, hidayah dan keimanan mendalam. Hiasilah diri kalian dengan akhlak Islam dan  ketakwaan yang tinggi, mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Jadilah kalian penyuluh ke jalan kebenaran. Elakkan kaki kalian menuju ke lorong maksiat dan keingkaran. Pimpinlah tangan rakan-rakan ke jalan ketaatan serta kejayaan hakiki.

Dalam kesibukan kalian memburu cita-cita dan kerjaya, ambillah sedikit waktu untuk meneliti hakikat kejadian kalian. Renungkan maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariat ayat 20-21, "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"

Dengan itu Allah memerintah supaya memikirkan penciptaan diri kita. Untuk apa kita diciptakan? Fikirlah tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya dalam penciptaan makhluk-Nya yang lain. Fikirkan tentang penciptaan bumi serta segala yang terkandung di dalamnya. Seterusnya fikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam penciptaan lautan yang mengandungi berbagai kehidupan yang bermanfaat kepada kita.

Usah pula lupa untuk memikirkan kekuasaan Allah dalam penciptaan langit. Selidikilah sistem cakerawala supaya kalian merasai keajaiban ciptaan Allah. Sesungguhnya dengan memerhatikan setiap ciptaan Allah akan terbit rasa mengagungkan Allah yang tiada tolok bandingnya. Inilah akan melahirkan keinsafan dihati kalian seterusnya dapat menghampirkan diri dengan Allah, menjadikan kalian Muslim dan sentiasa taat dengan perintah-Nya.

Sahabat yang yang dikasihi,
Sepanjang kesibukan kalian untuk cemerlang dalam  kerjaya dan kehidupan maka hayatilah maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran, ayat 191, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api Neraka'."

Oleh itu, sentiasalah meneliti serta menilai kualiti diri kalian kerana kalian tidak dijadikan untuk sia-sia. Adakah semua anggota badan yang Allah kurniakan telah digunakan sebaik-baiknya untuk mentaati Allah? Usahlah hanya mengingati Allah ketika saat menderita dan genting sahaja. Fikirkanlah mengenai kewajipan sebagai hamba Allah. Gunakanlah segala kurniaan Allah untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya. Terhadap dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan, berazamlah untuk tidak mengulanginya. Sentiasalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. Sentiasalah bertekat untuk melaksanakan ketaatan dengan lebih baik pada masa-masa mendatang.

Marilah kita renung sebuah riwayat yang membentangkan keberuntungan kita sebagai umat Muhammad s.a.w.
Nabi Adam a.s. telah berkata : "Sesungguhnya Allah kurniakan umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :
1.Allah menerima taubatku di Mekah sahaja tetapi umat Muhammad tetap diterima taubat di mana sahaja mereka berada.
2.Aku berpakaian, apabila aku engkar dijadikan-Nya aku telanjang, tetapi umat Muhammad melakukan maksiat dalam telanjang tetapi Allah terus beri mereka pakaian.
3.Apabila aku melakukan dosa, terpisah aku daripada isteriku tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah tidak dipisahkan mereka daripada isteri mereka.
4.Aku melakukan dosa di dalam Syurga dan dikeluarkan aku darinya, tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah diluar Syurga, dimasukkannya ke dalam Syurga setelah bertaubat."

Maka bersyukurlah kepada Allah wahai sahabatku, betapa banyaknya nikmat Allah yang kalian terima. Syukur itu berhubung dengan hati, lidah dan anggota badan. Dengan hati kita beraqidah bersih terhadap Allah dan berperasaan baik terhadap semua makhluk. Dengan lidah kita mengucapkan kata puji-pujian kepada Allah dan kata-kata yang mendekatkan manusia kepada Allah. Dengan anggota badan ertinya kita menggunakan semua pancaindera untuk mentaati-Nya serta menjauhi maksiat.

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).

Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhir kata, dalam setiap perbuatan hendaklah ikhlas, dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini akan ujud hati yang tenang, lapang, bebas dari sebarang tekanan dan kerungsingan.

Tuesday, October 26, 2010

Mengubati Penyakit Hati

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia terdapat tiga jenis penyakit. Penyakit tersebut adalah seperti berikut iaitu penyakit hati, penyakit jiwa dan penyakit fizikal.

Ketiga-tiga penyakit tersebut memiliki persamaan. Apabila seseorang itu memiliki ketiga-tiga penyakit ini maka ia tidak akan mampu menjalankan fungsinya dengan baik. Tubuh kita disebut berpenyakit apabila ada bagian tubuh kita yang tidak menjalankan fungsinya dengan benar. Telinga Anda disebut sakit apabila ia tidak dapat mendengar lagi.

Di antara fungsi hati, menurut Imam Al-Ghazali, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Allah telah menciptakan hati sebagai tempat Dia bersemayam. Tuhan berkata dalam sebuah hadis Qudsi: Langit dan bumi tidak dapat meliputi-Ku. Hanya hati manusia yang dapat meliputi -Ku. Dalam hadis Qudsi lain, Tuhan berkata: Hai anak Adam, Aku telah menciptakan taman bagimu, dan sebelum kamu boleh masuk ke taman ciptaan-Ku, Aku usir syaitan dari dalamnya. Dan dalam dirimu ada hati, yang seharusnya menjadi taman yang engkau sediakan bagi-Ku.”

Hadis ini menunjukkan bahwa fungsi hati adalah untuk mengenal Tuhan, mencintai Tuhan, menemui Tuhan, dan pada tingkat tertentu, melihat Tuhan atau berjumpa dengan-Nya. Hati yang berpenyakit ditandai dengan tertutupnya mata batin kita dari penglihatan-penglihatan ruhaniah.

Ada hubungan antara penyakit jiwa dengan penyakit fizikal. Sebagai contoh, penyakit jiwa yang paling terkenal pada masyarakat hari ini  adalah stress. Stress pada penyakit jiwa adalah seperti sakit selsema pada penyakit fizikal. Dari beberapa penelitian ilmiah, diketahui bahawa orang-orang yang stress mengalami gangguan pada sistem immune atau sistem kekebalan dalam tubuhnya. Orang yang banyak mengalami stress cenderung sekali terkena penyakit. Ini menunjukkan bahwa penyakit jiwa amat berpengaruh dalam menimbulkan gangguan fizikal.

Demikian pula sebaliknya, penyakit fizikal dapat menimbulkan gangguan jiwa. Orang yang sakit terus menerus, sudah berubat ke mana-mana, tetapi belum sembuh, juga boleh  mengalami penyakit jiwa. Orang tersebut boleh jadi cepat tersinggung, mudah marah, dan sebagainya.

Salah satu di antara penyakit jiwa adalah perasaan cemas; takut akan sesuatu yang tidak jelas. Ada dua macam ketakutan; 

Pertama, takut kepada sesuatu yang terlihat, misalnya ketakutan pada harimau. 

Kedua, takut kepada sesuatu yang tidak  nampak, umpamanya seorang isteri yang takut suaminya akan berbuat macam-macam pada dirinya. Isteri membayangkan sesuatu yang bersumber dari imajinasinya sendiri. Ini bererti isteri tersebut mengalami gangguan saikologi Ada juga orang yang merasa bahawa semua orang di sekitarnya tidak suka kepada dia dan mereka semua bermaksud mencelakakannya. Dia selalu dibayangi ketakutan seperti itu. Para saikologi menyebut ketakutan seperti ini sebagai 'anxiety'.


Penyakit hati menimbukan gangguan saikologi dan gangguan saikologi berpengaruh pada kesihatan fizikal.

Contoh penyakit hati adalah dengki, iri hati, dan dendam kepada orang lain. Dendam adalah rasa marah yang kita simpan jauh di dalam hati kita sehingga merosakkan  hati kita. Akibat dari menyimpan dendam, kita menjadi stress berpanjangan. Adapun akibat dari iri hati ialah kehilangan perasaan tentram.

Orang yang iri hati tidak boleh menikmati kehidupan yang normal kerana hatinya tidak pernah boleh tenang sebelum melihat orang lain mengalami kesulitan. Dia melakukan berbagai hal untuk memuaskan rasa iri hatinya. Bila ia gagal, ia akan jatuh kepada kekecewaan. Sayyidina Ali k.w  berkata maksudnya : “Tidak ada orang zalim yang menzalimi orang lain sambil sekaligus menzalimi dirinya sendiri, selain orang yang dengki.” 

Selain menyakiti orang lain, orang yang dengki juga akan menyakiti dirinya sendiri. Ada penyakit hati yang langsung berpengaruh kepada gangguan fizikal. Bakhil, misalnya. Bakhil adalah penyakit hati yang bersumber dari keinginan yang merasa bangga.. Keinginan untuk menyenangkan diri secara berlebihan akan melahirkan kebakhilan. 

Penyakit bakhil berpengaruh langsung pada gangguan fizikal. Pernah ada orang datang kepada  Imam Ja’afar . Dia mengadukan sakit yang diderita seluruh anggota keluarganya, yang berjumlah sepuluh orang. Imam Ja’afar berkata dengan menyebutkan sabda Nabi saw, “Sembuhkanlah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan banyak bersedekah.” 


Dalam hadis lain disebutkan, “Di antara ciri-ciri orang bakhil adalah banyaknya penyakit”.

Sahabat yang dimuliakan,
Penyakit hati ini terdapat banyak tanda-tandanya. Terdapat 6 jenis penyakit-penyakit hati :

1. Kehilangan cinta yang tulus. 

Orang yang mengidap penyakit hati tidak akan boleh mencintai orang lain dengan benar. Dia tidak mampu mencintai keluarganya dengan ikhlas. Orang seperti itu agak sulit untuk mencintai Nabi, apalagi mencintai Tuhan . Kerana ia tidak boleh mencintai dengan tulus, dia juga tidak akan mendapat kecintaan yang tulus dari orang lain. Sekiranya ada yang mencintainya dengan tulus, ia akan curiga akan kecintaan itu.

Dalam kitab Matsnawi, Rumi mengisahkan suatu negeri yang mengalami kekeringan yang panjang. Orang-orang salih dan para ulama berkumpul untuk melakukan salat istisqa namun hujan tidak turun juga. Karena hujan tidak turun, akhirnya para pendosa pun turut berkumpul di tanah lapang. Sebagai ahli maksiat, mereka tidak tahu bagaimana cara salat istisqa. Mereka hanya memukul genderang sambil mengucapkan puji-pujian dalam bahasa Persia yang terjemahannya berbunyi: Titik-titik hujan sangat indah untuk para pendosa. Begitu juga kasih sayang Tuhan sangat indah untuk orang-orang durhaka. Mereka hanya mengulang-ulang kata-kata itu. Tiba-tiba, tanpa diduga, hujan turun dengan lebat.
Hal ini terjadi kerana orang-orang salih berdoa dengan seluruh zikir dan tasbihnya, sementara para pendosa berdoa dengan seluruh penyesalannya, dengan segala perasaan rendah diri di hadapan keagungan Tuhan. Para pentasbih menyentuh kemahabesaran Tuhan sementara para pendosa menyentuh kasih sayang Tuhan.

2. Kehilangan ketentraman dan ketenangan batin.

3. Memiliki hati dan mata yang keras. matanya sukar terharu dan hatinya sulit tersentuh.

4. Kehilangan kekhusyukan dalam ibadat.

5. Malas beribadat atau beramal.

6. Senang melakukan dosa. Orang yang berpenyakit hati merasakan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Tidak ada perasaan bersalah yang mengganggu dirinya sama sekali. Sebuah do'a dari Nabi s.a.w berbunyi: “Ya Allah, jadikanlah aku orang yang apabila berbuat baik aku berbahagia dan apabila aku berbuat dosa, aku cepat-cepat beristighfar.”

Di antara taubat yang tidak diterima Allah ialah taubat orang yang tidak pernah merasa perlu untuk bertaubat karena tak merasa berbuat dosa Kali pertama seseorang melakukan dosa, ia akan merasa bersalah. Tetapi saat ia mengulanginya untuk kedua kali, rasa bersalah itu akan berkurang. Setelah ia berulang kali melakukan maksiat, ia akan mulai menyenangi kemaksiatan itu. Bahkan ia menjadi ketagihan untuk berbuat maksiat terus menerus. Ini menandakan orang tersebut sudah berada dalam kategori.

 Firman Allah: “Dalam hatinya ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakitnya.” 
(Surah  Al-Baqarah ayat 10)

Dalam kitabnya IhyĂą ‘UlĂ»middĂźn, Al-Ghazali berbicara tentang tanda-tanda penyakit hati dan untuk mengetahui penyakit hati tersebut. Ia menyebutkan sebuah do'a yang isinya meminta agar kita diselamatkan dari berbagai jenis penyakit hati: “Ya Allah aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang, mata yang tidak menangis, dan do'a yang tidak diangkat.” 

Do'a yang berasal dari hadis Nabi s.a.w ini, menunjukkan tanda-tanda orang yang mempunyai penyakit hati.

Merujuk pada do'a di atas, kita boleh  menyimpulkan ciri-ciri orang yang berpenyakit hati sebagai berikut :

Pertama, ilmu yang tidak bermanfaat. 

Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt. Al-Quran menyebutkan orang yang betul-betul takut kepada Allah itu sebagai orang-orang memiliki ilmu: Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang yang berilmu. (QS. Fathir: 28). Jika ada orang yang berilmu tapi tidak takut kepada Allah, berarti dia memiliki ilmu yang tidak bermanfaat.

Kedua, mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk. 

Dalam menjalankan ibadah, ia tidak boleh mengkhusyukkan hatinya sehingga tidak boleh menikmati ibadahnya. Ibadah menjadi sebuah kegiatan rutin yang tidak mempengaruhi perilakunya sama sekali. Tanda lahiriah dari orang yang hatinya tidak khusyuk adalah matanya susah untuk menangis. Nabi s.a.w menyebutnya sebagai jumĂ»dul ‘ain (mata yang beku dan tidak boleh mencair). Di dalam Al-Quran, Allah menyebut manusia-manusia yang solehin  sebagai mereka yang seringkali terhempas dalam sujud dan menangis terisak-isak. (Surah Maryamayat 58)

Di antara sahabat-sahabat Nabi, terdapat sekelompok orang yang disebut al-bakkĂąauun (orang-orang yang selalu menangis) kerana setiap kali Nabi berkhutbah, mereka tidak boleh menahan tangisannya.

Dalam sebuah riwayat, para sahabat bercerita: Suatu hari, Nabi s.a.w. menyampaikan nasihat kepada kami. Berguncanglah hati kami dan berlinanglah air mata kami. Kami lalu meminta, “Ya Rasulallah, seakan-akan ini khutbahmu yang terakhir, berilah kami tambahan wasiat.” 

Kemudian Nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku, kalian akan menyaksikan pertengkaran di antara kaum muslimin yang banyak …” Dalam riwayat lain, Nabi saw bersabda: “Hal pertama yang akan dicabut dari umat ini adalah tangisan kerana kekhusyukan.”

Ketiga, memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang. Ia adalah kepuasan yang tak pernah habis, keinginan yang terus menerus, serta kecukupan yang takkan puas-puas. 


Keempat dari orang yang berpenyakit hati adalah do'anya tidak diangkat dan didengar Tuhan.

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat enam cara untuk mengubati penyakit . 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Mencari guru yang arif mengenai masaalah hati.

Untuk mengubati penyakit hati, menurut Imam Al-Ghazali, adalah dengan mencari guru yang mengetahui penyakit hati kita. Ketika kita datang kepada guru tersebut, kita harus datang dengan segala penyerahan diri. Kita tidak boleh tersinggung jika guru itu memberitahukan penyakit hati kita.

Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata, “Aku menghargai sahabat-sahabatku yang menunjukkan aib-aibku sebagai hadiah untukku.” 

Seorang guru harus mencintai kita dengan tulus dan begitu pula sebaliknya, kita harus mencintai guru kita dengan tulus. Apa pun yang dikatakan guru, kita tidak menjadi marah. 

Kedua : Mendapat sahabat yang jujur.

Sahabat adalah orang yang membenarkan bukan yang ‘membenar-benarkan’ kita. Sahabat yang baik adalah yang membetulkan kita, bukan yang menganggap apapun yang kita lakukan itu betul. Dia sanggup membantu kita dengan memberi nasihat yang baik.

Ketiga : Mencari musuh yang boleh menunjukkan keaiban diri kita.

Musuh dapat menunjukkan aib kita dengan lebih jujur daripada sahabat kita sendiri.

Keempat :  Memperhatikan perilaku orang lain yang buruk untuk dijadikan pengajaran.

Dengan cara itu, kita tidak akan melakukan hal yang sama. Hal ini sangat mudah kerana kita lebih sering memperhatikan perilaku orang lain yang buruk daripada perilaku buruk kita sendiri.


Sahabat,
Marilah sama-sama kita mengambil penjaran daripada kisah yang ditulis oleh seorang ahli sufi yang bernama  Jalaluddin Rumi .

Alkisah, di sebuah kota ada seorang lelaki yang menanam pohon berduri di tengah jalan. Jamaludin Rumi sudah memperingatkannya agar memotong pohon berduri itu. Setiap kali diingatkan, orang itu selalu mengatakan bahwa ia akan memotongnya besok. Namun sampai orang itu tua, pohon itu belum dipotong juga. Seiring dengan waktu, pohon berduri itu bertambah besar. Ia menutupi semua bagian jalan. Duri itu tidak saja melukai orang yang melalui jalan, tapi juga melukai pemiliknya. Orang tersebut sudah sangat tua. Ia menjadi amat lemah sehingga tidak mampu lagi untuk menebas pohon yang ia tanam sendiri.

Di akhir kisah itu Jamaludin Rumi memberikan nasihatnya, “Dalam hidup ini, kalian sudah banyak sekali menanam pohon berduri dalam hati kalian. Duri-duri itu bukan saja menusuk orang lain tapi juga dirimu sendiri. Ambillah kapak Haidar, potonglah seluruh duri itu sekarang sebelum kalian kehilangan tenaga sama sekali.”

Yang dimaksud Jamaludin Rumi dengan pohon berduri dalam hati adalah penyakit-penyakit hati dalam ruh kita. Bersamaan dengan tambahnya umur, bertambah pula kekuatannya. Tak ada lagi waktu yang lebih tepat untuk menebang pohon berduri di hati kita itu selain saat ini. Esok hari, penyakit itu akan semakin kuat sementara tenaga kita bertambah lemah. Tak ada daya kita untuk menghancurkannya.

Jauhi Perasaan Was-was Kerana Ianya Daripada Gangguan Syaitan

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perasaan was-was sering berlaku semasa kita sedang melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

Was-was samaada batal wudhuk atau tidak, was-was semasa mengambil wudhuk, semasa takbir untuk bersolat dan  sedang bersolat terlupa berapa rekaat. Semua jenis was-was ini adalah datangnya daripada gangguan syaitan dan iblis.

Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi s.a.w yang mudah dan senang dalam ibadah. Was-was wujud kerana terlalu melayan gangguan perasaan.

Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwudhuk sama seperti wudhuk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w”

Sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu”. Rasulullah s.a.w. menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah s.w.t.. Akupun melakukan hal itu dan Allah s.w.t. menghilangkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim)

Masalah was-was yang dijelaskan di atas ini berlaku pada semua orang. Bezanya ialah kadar was-was yang dihadapi. Sesetengah orang turut terjebak dengan mainan syaitan, tetapi kebanyakan orang berupaya mengatasinya dengan mudah.

Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk mengatasi was-was ini ulama' Islam telah memberi panduan hukum supaya kita segera mengatasi atau menghilangkan was-was tersebut.

Pertama : Jika asalnya sudah mengambil wudhuk jika timbul was-was samaada wudhuk itu batal atau tidak maka berpegang pada hukum asal iaitu masih ada wudhuk lagi.

Kedua : Bagi mereka yang menghadapi masalah semasa mengambil wudhuk, orang yang berkenaan hendaklah faham dan sedar bahawa apa yang berlaku adalah akibat was-was syaitan, dan jangan mengulangi membasuh anggota wudhuk lebih daripada tiga kali. Selagi seseorang itu mengulangi basuhan pada anggota wudhuk, maka was-was yang dialami akan menjadi lebih hebat lalu akhirnya keadaan menjadi lebih gawat.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Bagi wudhuk itu ada satu kumpulan syaitan dinamakan al-Wilhan, maka berhati-hatilah."

Akibat daripada gangguan makhluk jenis ini, seseorang itu boleh terganggu akibat was-was yang menyelinap dalam dirinya, menyebabkan orang yang berkenaan mengulangi bacaan niatnya berkali-kali, membasuh anggota wudhan sebagainya. Terasa juga air tidak sampai pada celah-celah kuku dan sebagainya. Semuanya itu berlaku akibat daripada was-was syaitan yang boleh menyebabkan seseorang itu mengambil wudhuk hingga basah dan mengambil masa yang begitu lama.

Ketiga : Jika semasa takbir untuk memulakan solat ada gangguan syaitan maka bacalah surah an-Nas, minta perlindungan Allah s.w.t supaya terhindar daripada gangguan syaitan. Yakin niat yang dilakukan itu betul dan sah dan jangan rasa ragu-ragu. Nama syaitan yang menganggu adalah Khinzab.

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku’.

Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak nyaman"

Keempat : Terlupa bilangan rekaat semasa solat.

Jika semasa sedang solat terlupa samaada sudah dilakukan rekaat ke 3 atau ke 4, maka perlu dianggap baru rekaat ke3 dan tambah satu rekaat lagi dan selepas tahyat akhir sujud sahwi dua kali sujud.

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, “Apabila dikumandangkan adzan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara adzan tersebut. Apabila muadzin telah selesai adzan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kelima : Melihat kekiri dan kanan akibat godaan syaitan.

Orang yang melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah s.a.w. menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba” (Hadis Riwayat  Bukhari)

Keenam : Menguap ketika solat adalah daripada syaitan .

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda, “Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha… berarti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim)

Ketujuh : Rasa seperti buang angin.

Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wudhuk dan solat. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira.  Sabda Nabi s.a.w maksudnya, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w maksudnya,  “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim)

Kelapan : Merasai air kencing terkena pakaian.

Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi.

Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insya Allah”.

Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwudhuk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Hadis Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Nabi s.a.w melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita.

Sahabat yang dikasihi,
Bagi orang yang rasa berdebar-debar, tidak menentu dan menjadi bingung, terasa sedih dan ada kalanya lupa bacaan-bacaan yang selalunya diingati ketika solat, orang yang seumpama ini sebenarnya mengalami was-was syaitan pada peringkat yang tinggi, bukan lagi seperti yang dialami oleh orang biasa. Besar kemungkinan ia mengalami gangguan iblis dan syaitan yang mengganggu rohnya.

Was-was adalah berpunca dari kurang faham sifat Islam ini.  Sedang Nabi s.a.w memberitahu kita: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka”
(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Oleh itu marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada perasaan was-was yang di bisikkan oleh syaitan. Sentiasalah mengingati Allah s.w.t dan sering membaca do'a perlindung daripada gangguan syaitan, sesungguhnya syaitan itu lemah dan tidak berupaya menganggu kita jika hati dan jiwa kita benar-benar yakin kepada Allah s.w.t.

Monday, October 25, 2010

Riak Memusnahkan Pahala Amalan

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah s.a.w. sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa tuan menangis?"

Sabda Rasulullah s.a.w., "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah s.w.t.. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Keistimewaan dan Kebaikan Surah al-Fatihah

Sahabat yang dirahmati Allah,
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji bagi Allah. Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

Surah al-Fatihah adalah surah Makkiyyah mengandungi tujuh ayat. Surah yang wajib dibaca berulang-ulang setiap rekaat semasa solat. Tidak sah solat tanpa membaca surah ini. Surah al-Fatihah juga dipanggil sebagai Umm al-Qur'an (ibu al-Qur'an) atau Umm al-Kitab (ibu al-Kitab)

Kita mengerjakan solat 5 waktu sehari, dan ini bermakna kita membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Jadi, persoalannya, kenapa diwajibkan? Mungkin bagi sesetengah orang, kata-kata diwajibkan berbunyi seolah-olah suatu beban yang dipaksa ke atas orang Islam. Namun, bagi orang yang beriman, seharusnya, kata-kata diwajibkan tidak dirasakan suatu beban tetapi suatu penghargaan dan kerelaan.

Di sinila peranan mengenali diri amatlah penting. Kerana setelah mengenali diri sendiri, seseorang manusia itu boleh merasakan bahawa surah Al-Fatihah itu suatu keperluan yang bersesuaian dengan kehendak manusia. Manusia yang tidak akan berubah hakikatnya sebagai hamba Allah yang lemah dan sering membuat kesilapan tatkala hatinya berbolak-balik tiap saat tiap detik tatkala dilanda ujian. Dan Allah Maha Mengetahui hakikat ini. Bukankah Dia itu Maha Pencipta segala sesuatu?

Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara menyeluruh, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti aqidah, ibadah, tasyri’, iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadah, meminta pertolongan dan do'a kepada Allah s.w.t.

Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Oleh itu Surah al-Fatihah juga dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya "Mukadimah fi at-Tafsir " berkata  : "Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya."

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya "Fi Zilal al-Quran" antara lain berkata : "Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati aqidah Islamiyah, tasawwur Islam, perasaan dan harapan do'a kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya  "Ma`arij at-Tafakkur" telah  membahagikan inti pati Surah al-Fatihah kepada empat :

Pertama : Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika hidup di dunia secara mesti. 

Kedua : Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya untuk beribadah dan bergantung kepada-Nya tanpa gangguan dengan yang lain. 

Ketiga : Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya Sirat al-Mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya. 

Keempat : Dua masa ujian iaitu ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga hari kiamat terhadap tuntutan Allah.

Oleh itu dinamakan surah ini Umm al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita hayati dan amalkan Surah al-Fatihah ini kerana ianya mengandungi tujuh keistimewaan yang tidak terdapat di dalam surah-surah lain di dalam al-Qur'an.

Pertama : Paling Besar (A’zham)

Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi baginda, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? Aku menjawab : Kerana aku dalam bersolat ya Rasulullah.Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : 'Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu'. Kemudian baginda berkata : 'Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid ini'. Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, baginda memegang tanganku, lalu aku berkata : 'Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mau mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an.'Berkata Rasulullah : 'Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’i)

Kedua : Membaca Surah al-Fatihah sama seperti membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Qur’an.

Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w.  bahawa Rasulullah s.a.w. berkata maksudnya : “Siapa yang membaca Fatihatul-Kitab (al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan (al-Qur’an)”.

Ketiga : Hanya Kepada Nabi Muhammad s.a.w. diiturunkan.

Ibnu Abbas r.a. katanya : “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. duduk bersama Jibril, tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas, lalu Jibril menoleh ke atas, kemudian lalu berkata : “Itu sebuah pintu sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu terbuka sebelum ini”, dari pintu itu turun satu Malaikat, yang langsung menuju kepada Rasulullah, dan berkata : “Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tak pernah kedua cahaya ini diberikan kepada Nabi yang manapun sebelum engkau, kedua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap huruf engkau baca dari keduanya pasti engkau mendapatkannya”.(Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Keempat : Langsung mendapat jawapan daripada Allah s.w.t.

Siapa yang membaca Surah al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca itu langsung dijawab oleh Allah.  Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta. Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”, dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta; dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.(Hadis Riwayat Muslim)

Kelima : Aman Dari Segala Bahaya.

Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a. : Bersabda  Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut”.

Keenam : Langsung Dari Arasy

Dari Ma’qal bin Yasaar r.a. : Telah berkata Rasulullah s.a.w maksudnya : “Amalkanlah segala apa yang tersebut di dalam al-Qur’an, halalkanlah apa yang dihalalkannya, haramkanlah apa yang diharamkannya, dan patuhilah ia, jangan sekali-kali engkau engkar apa-apa yang tersebut di dalamnya, dan apa-apa yang kamu ragukan (maksudnya), kembalikanlah kepada Allah dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan sesudah meninggal aku nanti, supaya diterangkannya kepada kamu, dan berimanlah kamu dengan Taurat, Injil dan Zabur, dan apa saja yang dibawa oleh para Nabi dari Tuhan mereka, dan akan memberi kelapangan kepadamu al-Qur’an dan segala keterangan yang tersebut di dalamnya, maka sesungguhnya al-Qur’an itu Pemberi Syafaat, sesuatu yang tak pandai bercakap tetapi membawa kebenaran, dan kepadaku diberikan Allah Surah al-Baqarah dari ZIKIR PERTAMA (Kitab-Kitab Suci yang diturunkan sebelum Musa a.s.) dan diberikan kepadaku surah yang berawalan Thaha, Thasin dan Hamim dari Papan-papan Musa (maksudnya : TAURAT), dan diberikan kepadaku Surah al-Fatihah langsung dari Arasy”.(Hadis Riwayat al-Hakim)

Ketujuh : Sebagai Ubat dan jampi.

Dari Abu Said al-Khudri r.a. “Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : “Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengubatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengubatinya ?” Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dijampinya dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. Ketika ia kembali kami bertanya : “Apakah engkau membolehkan jampi, dan apakah engkau tukang jampi ?” Ia menjawab : “Tidak, saya bukan tukang jampi, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” Kami katakana : “Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. lebih dahulu”. Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah s.a.w. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : “Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah jampi (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dikasihi,
Surah Al-Fatihah sebenarnya macam suatu do'a dan munajat kita sebagai hamba-Nya. Adalah penting untuk kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan konsep bergantung kepada Allah s.w.t. sahaja.

Didalam surah ini juga terangkum Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Di dalam Tauhid Rububiyah mengandungi sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t., nama-nama Allah yang mulia dan dan kekuasaan Allah s.w.t mentadbir Allah semesta dan berkuasa di hari akhirat. 

Di dalam Tauhid Uluhiyah pula adalah pengabdian diri sepenuhnya manusia kepada Allah s.w.t., termasuk juga penyembahan, pergantungan dan pengharapan manusia kepada-Nya. 

Jalan yang lurus dalam surah ini bermaksud jalan hidup Islam yang sempurna dan lengkap.  Jalan yang membolehkan manusia merasai nikmat iman, jalan ketaataan, jalan beramal dan beribadah hanya kerana Allah, jalan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, sebagaimana yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah s.w.t..  Jalan-jalan lain yang bengkuk adalah jalan syaitan yang akan menyesatkan manusia.

Siapakah golongan yang diberi nikmat oleh Allah s.w.t.? Allah s.w.t menjelaskan dalam surah An-Nisa' bahawa mereka yang diberi nikmat adalah para Nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh seperti didalam firman-Nya yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (Surah An-Nisa': 69 -- 70).

Di akhir surah ini minta dijauhi daripada orang yang dimurkai Allah s.w.t dan orang yang sesat. Siapkah orang yang sesat dan orang yang dimurkai Allah? Menurut Hadis Nabi  s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).

Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:

“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.

"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.   

Sunday, October 24, 2010

Berbakti Kepada Ibu bapa.

 Hadis Nabi s.a.w mengenai berbakti kepada ibu bapa.

1. Berbakti terhadap kedua orang tua dan bahwa mereka adalah yang paling berhak menerima kebaktian tersebut

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Seseorang datang menghadap Nabi saw. memohon izin untuk ikut berperang. Nabi saw. bertanya: Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Orang itu menjawab: Ya. Nabi saw. bersabda: Maka kepada keduanyalah kamu berperang (dengan berbakti kepada mereka). (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

2. Mengutamakan kebaktian kepada kedua orang tua daripada salat sunat dan perkara sunat lainnya

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seorang yang bernama Juraij sedang salat di sebuah tempat peribadatan, lalu datanglah ibunya memanggil. (Kata Humaid: Abu Rafi` pernah menerangkan kepadaku bagaimana Abu Hurairah ra. menirukan gaya ibu Juraij memanggil anaknya itu, sebagaimana yang dia dapatkan dari Rasulullah saw. yaitu dengan meletakkan tapak tangan di atas alis matanya dan mengangkat kepala ke arah Juraij untuk menyapa.)

Lalu ibunya berkata: Hai Juraij, aku ibumu, bicaralah denganku! Kebetulan perempuan itu mendapati anaknya sedang melaksanakan salat. Saat itu Juraij berkata kepada diri sendiri di tengah keraguan: Ya Tuhan! Ibuku ataukah salatku. Kemudian Juraij memilih meneruskan salatnya. Maka pulanglah perempuan tersebut. Tidak berapa lama perempuan itu kembali lagi untuk yang kedua kali. Ia memanggil: Hai Juraij, aku ibumu, bicaralah denganku!

Kembali Juraij bertanya kepada dirinya sendiri: Ya Tuhan! Ibuku atau salatku. Lagi-lagi dia lebih memilih meneruskan salatnya.

Karena kecewa, akhirnya perempuan itu berkata: Ya Tuhan! Sesungguhnya Juraij ini adalah anakku, aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata dia enggan menjawabku. Ya Tuhan! Janganlah engkau mematikan dia sebelum Engkau perlihatkan kepadanya perempuan-perempuan pelacur. Dia berkata: Seandainya wanita itu memohon bencana fitnah atas diri Juraij niscaya ia akan mendapat fitnah.

Suatu hari seorang penggembala kambing berteduh di tempat peribadatan Juraij. Tiba-tiba muncullah seorang perempuan dari sebuah desa kemudian berzinalah penggembala kambing itu dengannya, sehingga hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Ketika ditanya oleh orang-orang: Anak dari siapakah ini? Perempuan itu menjawab: Anak penghuni tempat peribadatan ini. Orang-orang lalu berbondong-bondong mendatangi Juraij. Mereka membawa kapak dan linggis. Mereka berteriak-teriak memanggil Juraij dan kebetulan mereka menemukan Juraij di tengah salat. Tentu saja Juraij tidak menjawab panggilan mereka.

Akhirnya mulailah mereka merobohkan tempat ibadahnya. Melihat hal itu Juraij keluar menemui mereka. Mereka bertanya kepada Juraij: Tanyakan kepada perempuan ini! Juraij tersenyum kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya: Siapakah bapakmu? Anak itu tiba-tiba menjawab: Bapakku adalah si penggembala kambing.

Mendengar jawaban anak bayi tersebut, mereka segera berkata: Kami akan membangun kembali tempat ibadahmu yang telah kami robohkan ini dengan emas dan perak. Juraij berkata: Tidak usah. Buatlah seperti semula dari tanah. Kemudian Juraij meninggalkannya.
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Haram berbuat zalim dan Adab Sopan

Hadis-hadis Nabi s.a.w melarang berbuat zalim.

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kezaliman itu akan mendatangkan kegelapan-kegelapan pada hari kiamat kelak."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan mengulur-ulur waktu bagi orang yang zalim. Tetapi ketika Allah akan menyiksanya, maka Dia tidak akan melepaskannya. Kemudian baginda membaca firman Allah maksudnya : "Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Dua orang pemuda, yang satu dari golongan Muhajirin dan yang lain dari kaum Ansar, saling berbaku-hantam. Seorang dari kaum Muhajirin berteriak: "Wahai kaum Muhajirin!"
Dan seorang dari Ansar juga berteriak:" Wahai orang-orang Ansar! "
Kemudian keluarlah Rasulullah saw. dan berkata: "Ada apa ini? Kenapa harus berteriak dengan seruan jahiliah?"
Mereka menjawab:" Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah! Kecuali ada dua pemuda yang berkelahi sehingga seorang dari keduanya memukul tengkuk yang lain. "
Rasulullah saw. bersabda: "Kalau demikian, tidak apa-apa! Tapi hendaklah seseorang itu menolong saudaranya yang lain baik yang zalim maupun yang dizalimi. Kalau ia berbuat kezaliman hendaklah dicegah karena begitulah cara memberikan pertolongan kepadanya dan apabila dizalimi maka hendaklah ia membelanya."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Musa ra. dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bagiannya saling menguatkan bagian yang lain."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Kasih sayang sesama Muslim .

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Bersikap lemah lembut.

Hadis riwayat Aisyah ra.:
Bahawa seorang lelaki minta izin menemui Nabi saw. lalu baginda berkata: "Persilakanlah dia masuk! Kerana dia itu adalah anak paling buruk sebuah keluarga atau lelaki paling buruk pada sebuah keluarga. "
Ketika lelaki itu masuk, Nabi saw. melembutkan perkataan kepadanya.
Aisyah lalu mengatakan: "Wahai Rasulullah! Engkau telah mengatakan tentangnya apa yang telah engkau katakan tetapi kemudian engkau melembutkan perkataan kepadanya?"
Baginda bersabda: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya orang yang kedudukannya paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang dijauhi atau ditinggalkan orang lain kerana mereka takut akan kejahatannya."
(Hadis Shahih Rwayat Muslim)

Hadis riwayat Aisyah ra. istri Nabi saw.:
Rasulullah saw. bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya. (Hadis Shahih Muslim )

Barang siapa yang dikutuk atau dicaci-maki atau didoakan jelek oleh Nabi saw. sedang sebenarnya dia tidak layak diperlakukan seperti itu, maka itu adalah suatu zakat atau pahala serta rahmat :

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ya Allah! Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, maka siapa dari kaum muslimin yang aku caci atau aku laknat atau aku pukul, maka jadikanlah itu sebagai zakat dan rahmat baginya. (Shahih Muslim No.4706)

Pengharaman dusta dan dusta yang mubah

Hadis riwayat Ummu Kaltsum binti Uqbah ra.:
Bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Bukanlah termasuk pendusta orang yang berdusta untuk mendamaikan antara manusia. Dia berkata yang baik dan menyampaikan yang baik pula. (Shahih Muslim No.4717)

Haram mengadu-domba di antara manusia

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra.:
Sesungguhnya Muhammad saw. pernah bersabda: Maukah kamu sekalian aku beritahukan tentang apa itu adhhu? Adhhu adalah perkataan adu-domba yang selalu diucapkan di antara orang banyak. Dan sesungguhnya Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda: Sesungguhnya seseorang selalu berkata jujur sehingga dia tercatat sebagai orang jujur dan seseorang selalu berdusta sehingga dia dicatat sebagai seorang pendusta. (Hadis Shahih Muslim)

Keutamaan orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah, dan cara meredahkan kemarahan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bukanlah orang kuat itu dengan menang bergulat, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Hadis Shahih Muslim)

Hadis riwayat Sulaiman bin Shurad ra., ia berkata:
Dua orang pemuda saling mencaci di hadapan Rasulullah saw. lalu mulailah mata salah seorang dari mereka memerah dan urat lehernya membesar. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan yang didapati yaitu "Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk". Lelaki itu berkata: Apakah engkau menyangka aku orang gila?. (Shahih Muslim N)

Larangan memukul wajah

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila salah seorang kamu bertengkar dengan saudaranya, maka hindarilah pemukulan wajah. (Hadis Shahih Muslim )

Perintah bagi orang yang lewat dengan membawa senjata di mesjid atau di pasar atau di tempat-tempat umum lainnya, agar dia memegangi atau menutupi bagian yang tajam

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Seseorang berlalu di mesjid dengan membawa anak panah lalu Rasulullah saw. berkata kepadanya: Peganglah mata panahnya. (Hadis Shahih Muslim)

Hadis riwayat Abu Musa ra.:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila salah seorang kamu lewat di suatu majlis atau di sebuah pasar, sedang ia membawa anak panah, hendaklah dia memegang mata panahnya itu, kemudian hendaklah dia memegang mata panahnya itu, kemudian hendaklah dia memegang mata panahnya itu. (Hadis Shahih Muslim)

Larangan menghunus senjata ke arah seorang muslim

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Abul Qasim saw. pernah bersabda: Barang siapa yang menghunuskan senjata ke arah saudaranya, maka malaikat akan terus mengutuknya sampai ia melepaskannya meskipun dia itu adalah saudara kandungnya sendiri. (Hadis Shahih Muslim)

Kesabaran Mukmin di Timpa Penyakit dan Kesedihan


Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling banyak menanggung penderitaan daripada Rasulullah saw."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Aku masuk menemui Rasulullah saw. ketika baginda  sedang menderita penyakit demam lalu aku mengusap baginda  dengan tanganku dan berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar terjangkit demam yang sangat parah." Rasulullah saw. bersabda maksudnya :" Ya, sesungguhnya aku juga mengidap demam seperti yang dialami oleh dua orang di antara kamu."Aku berkata: "Itu, kerana  engkau memperoleh dua pahala." Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Benar."
Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa suatu penyakit dan lainnya kecuali Allah akan menghapus dengan penyakit tersebut kesalahan-kesalahannya seperti sebatang pohon yang merontokkan daunnya. "
(Hadis Shahih Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Tidak ada seorang Muslim pun yang tertusuk duri atau tertimpa bencana yang lebih besar dari itu kecuali akan tercatat baginya dengan bencana itu satu peningkatan derajat serta akan dihapuskan dari dirinya satu dosa kesalahan".
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Tidak ada satu kepedihan pun atau keletihan atau penyakit atau kesedihan sampai perasaan keluh-kesah yang menimpa seorang Muslim kecuali akan dihapuskan dengan penderitaannya itu sebagian dari dosa kesalahannya."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Ketika turun ayat: "Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu, kaum Muslimin merasa sangat sedih sekali, lalu Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih dan tetaplah berbuat kebaikan kerana dalam setiap musibah yang menimpa seorang Muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang menimpanya atau karena sebuah duri yang menusuknya."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Dari Atha bin Abu Rabah ia berkata: Ibnu Abbas ra. pernah berkata kepadaku: "Maukah kamu aku perlihatkan seorang wanita penghuni Syurga?
Aku menjawab: "Mau".
Ia berkata: "Wanita berkulit hitam ini pernah mendatangi Nabi saw. dan berkata: 'Sesungguhnya aku menderita penyakit ayan dan auratku terbuka, maka mohonlah kepada Allah demi kesembuhanku.
Nabi saw. bersabda maksudnya : "Kalau kamu mau bersabar, maka bagimu adalah Syurga. Dan kalau kamu mau sembuh, maka aku akan memohonkan kepada Allah semoga Dia menyembuhkan penyakitmu."
Wanita itu berkata: "Baiklah aku akan bersabar."
Wanita itu berkata lagi: "Sesungguhnya auratku selalu terbuka, maka mohonkanlah kepada Allah agar aku tidak terbuka aurat."
Lalu Rasulullah berdoa untuknya.
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Berburuk Sangka Dan Mencari-cari Aib Orang Lain

Hadis Nabi s.a.w mengenai buruk sangka dan mencari aib orang lain.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)