RAMADHAN disebut juga bulan penuh berkah atau syahrul mubarak. Ramadhan memiliki keistimewaan dibandingkan bulan lainnya. Bulan ini menjanjikan penyucian diri bagi umat Islam yang memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Yakni digunakan untuk beribadah dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Bagi sebagian ulama, Ramadhan diklasifikasi dalam tiga fasa. Yaitu sepuluh hari pertama yang disebut syahrurrahmah atau bulan kasih sayang, lalu sepuluh hari kedua yang disebut syahrul maghfirah atau bulan pengampunan, dan sepuluh hari terakhir yang disebut idqun minannaar atau pembebasan dari api Neraka. Kini, umat Islam sedang memasuki fasa kedua Ramadhan.
Pada fasa ini, Allah menjanjikan ampunan kepada hambanya. Sepanjang digunakan secara maksima untuk ibadah. Yakni melakukan amalan-amalan yang baik sesuai dengan tuntunan Al-Qur'an dan Rasulullah s.a.w., dengan penuh kesungguhan diasaskan keimanan yang teguh, keikhlasan dalam penghambaan, dan penuh harap akan diterimanya seluruh amal ibadah oleh Allah s.w.t.
Ustaz Arifuddin Lewa menjelaskan, di fasa Ramadhan sebagai fasa magfirah atau pengampunan yang harus dilakukan adalah memperbanyak memohon ampun kepada Allah s.w.t. Apalagi kerana sebagai manusia yang selalu melakukan dosa, baik dosa kecil maupun besar. Momentum Ramadhan inilah sebagai peleburnya. Ampunan itu sendiri disediakan dan terbuka lebar kepada seluruh umat Islam kerana Allah Maha Pengampun.
Menurut Arifuddin, orang yang memohon ampun disebut bertaubat. Sementara orang bertaubat disebut orang yang menyucikan diri. Hal itu, kata dia, sesuai dengan Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu . Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya ." (Surah Ash-Syams ayat 9-10)
"Di fasa kedua ini banyak-banyaklah mendekatkan diri kepada-Nya melakukan taubat kepada Allah s.w.t. Kita hilangkan rasa iri hati, kesombongan, apalagi dendam dalam diri kita," kata Ustaz Arifuddin.
Berbagai penyakit yang sering bersarang dalam hati manusia turut mendatangkan dosa seseorang. Oleh kerana Ramadhan boleh dijadikan sebagai bulan penghapus dosa kerana Allah menyediakan hal tersebut khususnya bagi orang yang mau bertaubat secara serius. Yakni yang mau melakukan taubat nasuha atau taubat yang bersungguh-sungguh.
Tidak ada amalan khusus untuk malam magfirah. Yang penting adalah menjalankan serta memerbanyak amalan ibadah. Namun, kata Arifuddin, khusus di malam terakhir di fasa kedua, atau malam ke dua puluh, umat Islam disunatkan solat tahajjud di sepertiga malam terakhir. "Lalu banyak berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan di atas segala kesalahan yang telah diperbuat," tambahnya.
Kerana syahrul magfirah adalah malam-malam pengampunan Allah, maka seterusnya beliau mengatakan semua permohonan ampun pasti akan diterima. Taubat akan menjadi milik siapa saja yang melaksanakannya dengan taubat nasuha. "Gunakanlah sepuluh hari ini untuk memohon ampunan kepada Allah s.w.t. Kita akan disucikan kembali oleh Allah sepanjang kita mau bertaubat" jelas Arifuddin lagi.
Hal-hal yang dilakukan adalah memperbanyak ibadah, temasuk solat sunat. Baik slat sunat rawatib, terawih, dan solat sunat lainnya. Lalu memperbanyakkan membaca Al-Qur'an, zikir, dan beristighfar katanya, diucapkan dengan penuh khusyuk kepada Allah s.w.t. Ketika mengucap istighfar fikiran dan perasaan perlu diberi penumpuan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Orang yang mengisi malamnya dengan ibadah akan mendapat kemuliaan dari Allah dalam bentuk pengampunan dosa. Sebagamana sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih, yang berbunyi: “Barang siapa melakukan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.”
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment