Ucapkanlah KALIMAH ISTIGHFAR (ASTAGHFIRULLAH) minima 70-100 sehari semalam berdasar Al-Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga"
(Hadis Riwayat Abu Dawud).
"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali"
(Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"
(Hadis Riwayat Muslim).
Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah s.a.w. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari).
Rasulallah s.a.w. yang sudah dijamin suci dari dosa (maksum) masih melakukan hal itu, apalagi kita, mestinya lebih banyak lagi beristighfar, kerana jelas tidak dijamin suci. Bahkan mungkin lebih banyak kita melakukan dosa setiap hari.
Kata-kata hukama : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Saya berminat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah melalui tulisan terhadap semua peringkat dalam masyarakat umum umat Islam.Semuga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu kerja-kerja dakwah untuk menyedarkan masyarakat.
Sahabat-sahabat semua:
Saya membenarkan semua atau sebahagian artikel yang terdapat dalam blog ini untuk di hantar dan di sebarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.Segala usaha-usaha murni sahabat semua akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.insya Allah.
Pesanan dari Wahab al-Munabbih : "Puncak kebahagiaan ada tiga, pertama ialah nikmat Islam, kedua nikmat kesihatan dan ketiga nikmat kekayaan. Bermula dengan nikmat Islam kemudian bermanfaatlah nikmat yang lain. Dalam Islam terdapat banyak peluang ibadah untuk bekalan kehidupan dunia dan untuk kembali kepada akhirat dengan jaya, serta untuk mendapat rehat di alam baru. Bersabda Nabi s.a.w., 'Ya Allah jadikan hidupku penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan'."
Diseret atas muka-muka ke neraka Jahannam
-
Peringatan daripada Al-Quran.
đAllah Subhanahu wa Ta'ala menceritakan tentang buruknya keadaan
orang-orang kafir pada hari mereka dikembalikan kepada Al...
Cartier Love Necklace
-
Gloria Swanson has been in the cartier love necklace with the cartier love
necklace a friend of Louis Cartier, caught the cartier love necklace of
entert...
Penghapus Dosa
-
*Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,*
*DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,*
*Lihatlah* pada mereka yang *TUA,*
*SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA,...
Mengambil nafas ketika membaca AlQuran
-
Apakah hukum mencuri nafas semasa sedang membaca Al-Quran?
Jawapan:
Mengambil nafas ketika membaca Al-Quran tidak dikira bersalah selagi mana
ayat Al-Qura...
Pelajar Terbaik Perakaunan UNISEL
-
Seorang pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar
Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama
11 wakil uni...
Siapakah Orang-orang Kafir itu?
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah yang selayaknya dipuji. Selawat serta salam buat
junjungan mulia nabi Muhammad, kelua...
Kepentingan MERANCANG KEWANGAN dalam Islam
-
*Ketahuilah saudaraku...*Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik di
masa depan. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang
dengan ...
No comments:
Post a Comment