Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w adalah kekasih dan hamba Allah yang paling mulia, penutup para Nabi dan Nabi pertama akan memasuki Syurga sebelum di masuki oleh Nabi-nabi yang lain. Selepas Nabi s.a.w dikalangan sahabatnya orang yang paling mulia dan mendapat jaminan Syurga adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.
Nabi s.a.w memberi kemulian yang cukup tinggi kepada beliau dengan sabda baginda yang bermaksud : “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”
(Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu’abul Iman, dari Umar bin al-Khattab)
Rasulullah s.a.w sendiri juga pernah memuji keIslaman Abu Bakar, seperti dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wal al-Nihayah:
“Tidak aku mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, hanyalah Abu Bakar. Ketika aku menyampaikan ajakan itu, dia langsung menerimanya tanpa ragu-ragu sedikitpun. Puncaknya adalah pada peristiwa Israk dan Mikraj, di mana semua manusia mendustai Rasulullah s.a.w., namun Abu Bakar yang membenarkan kejadian itu.”
Apabila ditanya kepada Sayyidina Abu Bakar apakah yang beliau tinggalkan untuk ahli keluarganya, beliau mengatakan dia meninggalkan Allah dan Rasul, kesemua hartanya di infak di jalan Allah s.w.t.
Kenapa Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq mendapat kemuliaan ini?
Ini adalah kerana beliau menjalankan kerja-kerja dakwah mengajak orang musyrikin untuk memasuki Islam. Bermula beberapa orang sahabatnya yang terdekat di Makkah memasuki Islam dari sinilah Islam tersebar di Mekkah, Madinah dan seluruh dunia. Bayangkanlah betapa besarnya pahala Sayyidina Abu Bakar bermulanya daripada zaman Nabi s.a.w hingga sekarang dan berterusan hingga kehari kiamat setiap orang beriman dan masuk Islam Sayyidina Abu Bakar mendapat sahamnya, tidak hairanlah Nabi s.a.w menyatakan iman seluruh umat bila ditimbang tidak dapat menyamai iman Sayyidina Abu Bakar.
Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita bergantung amal ibadah , sedekah , kebajikan dan amal soleh yang kita buat sebenarnya tidak cukup untuk meraih Syurga Allah s.w.t sebab harga Syurga adalah cukup mahal dan perlu kepada amalan yang berkualiti , ikhlas dan khusyuk. Kita beribadah tidak khusyuk dan jarang-jarang bertahajjud, kurang berzikir dan baca al-Qur'an, sedekah kadang-kadang, amal soleh yang lain pun boleh dikira dengan jari. Kuantiti sedikit dan kualiti pula tidak memenuhi taraf yang sepatutnya.
Dosa pula kita lakukan berterusan samaada kita sedar atau pun tidak. Yang paling ditakuti adalah dosa-dosa kering yang kita buat tetapi kita tidak merasi bahawa perkara itu mendatangkan dosa.Belum dikira perasaan riak dan ujub yang timbul dihati kita yang akan menghapuskan amal-amala soleh kita.
Dari itu kita perlu berfikir apakah satu perniagaan yang amat menguntungkan dan dapat menyelamatkan kita daripada azab Allah dan mendapat balasan Syurga?
Sebenarnya pelaburan pahala yang cukup besar tidak dapat menandingi pahala seseorang adalah ia berdakwah kepada orang bukan Islam hingga dia beriman dan memeluk agama Islam. Apabila seseorang masuk Islam disebabkan usaha-usaha kita maka pahala orang tersebut dan pahala ahli keluarganya dan cucu cicitnya yang beriman hingga ke hari kiamat kita akan mendapat sahamnya. Malahan ada hadis menyatakan pahala yang akan diberi Allah kepada seseorang yang berdakwah hingga seseorang itu masuk Islam lebih baik daripada dunia dan isi-isinya.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka." (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Apakah maksud diri dan harta orang Mukmin telah dibeli Allah s.w.t. dengan Syurga?
Perlu kita berkeyakinan bahawa harta, nyawa, masa bukan milik kita tapi milik Allah, dan Allah telah membeli jiwa orang yang berjihad dan berdakwah di jalan Allah dengan SyurgaNya. Untuk melaksanakan matlamat ini kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah dan tarbiyah mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t. dan menarik orang-orang bukan Islam untuk beriman kepada kalimah syahadah.
Ramai para pendakwah hanya menumpukan berdakwah kepada orang Islam sahaja sedangkan mereka melupakan orang-orang yang bukan Islam, sedangkan usaha-usha dakwah perlu diberikan tumpuan kepada mereka ini kerana kita akan ditanya nanti adakah kita pernah sampaikan dakwah kepada mereka? Urusan hidayah itu adalah urusan Allah sedangkan kita diminta hanya untuk memenuhi tugas dakwah dan mengajak kepada kebenaran.
Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu Syurga."
Allah s.w.t. telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka Syurga. Allah s.w.t. ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda menghabiskan seluruh masa, tenaga dan harta untuk memenuhi tuntutan dakwah ini. Sahabat-sahabat berjihad dijalan Allah s.w.t keluar daripada Madinah pergi ke Mesir, Iran, Iraq, India, China dan Afrika semata-mata menyebarkan dakwah Islam, untuk membebaskan manusia daripada menyembah sesama manusia untuk diberikan penyembahan hanya sanya kepada Allah s.w.t.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:“Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: “Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima”
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa – semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). (Surah Ali-Imran ayat 157)
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah ayat 20-22)
Dan apabila sebut berkenaan kerja dakwah ini, dia bukan sekadar dalam masjid sahaja, ataupun bukannya terhenti pada musim-musim hari kebesaran Islam sahaja; malah ianya adalah sepanjang masa. Tidak ada batasan waktu dalam kerja dakwah ni. Asalkan kita boleh ajak masyarakat kepada petunjuk hidayah Islam yang betul dan kita mengajak orang bukan Islam untuk memahami Islam.
Sama-samalah kita berperanan sebagai pendakwah untuk mengaut hasil yang cukup lumayan di hari akhirat nanti. Hasil yang besar itu disebut pada ayat 111 dalam Surah At-Taubah iaitu balasan Syurga. Ini yang kita kena faham dulu, sebab apa terasa kemanisan dalam berdakwah akan diberikan oleh Allah s.w.t walaupun terasa penat dan letih.
Sahabat yang dikasihi,
Selain mendapatkan keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah, golongan yang berjihad dijalan Allah ini akan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah di akhirat. Mereka akan disatukan bersama Nabi, siddiqin, orang syahid serta salihin.
Firman Allah bermaksud: “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu Nabi, golongan siddiqin, syuhada dan salihin, mereka itulah teman sebaik-baiknya.” (Surah al-Imran ayat 69).
Oleh itu marilah sama-sama kita berjihad dan berdakwah mengikut kemampuan kita kepada rakan-rakan atau jiran yang bukan Islam supaya mereka faham kebenaran Islam dan bersetuju untuk mendekatkan diri kepada Islam. Kita juga berkewajipan memberi bantuan berupa wang ringgit, masa dan tenaga yang diperlukan oleh Jemaah Islam, Perkim, Persatuan Cina Islam, Jabatan Agama dan pendakwah bebas yang bertugas menyebarkan dakwah Islam kepada bukan Islam daripada bangsa Cina, India, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Serawak.
Akhirkata hayatilah hadis Nabi s.a.w. dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t. menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah s.w.t. akan memasukkannya ke dalam Syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:
Post a Comment