Wednesday, November 17, 2010

Ciri-ciri Budi Pekerti dan Amalan Perbuatan Yang Terpuji

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal, bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik terpuji."

Para ulama telah menyenaraikan ciri budi pekerti dan amal perbuatan terpuji Rasulullah s.a.w. itu antaranya :

1. Memberi salam kepada sesama Islam.
2. Pergaulan yang baik dalam hidup bermasyarakat
3. Menghormati orang Iain.
4. Berbudi bahasa dan bersopan santun.
5. Berbuat kebajikan kepada sesama manusia.
6. Selalu memberi sedekah makanan dan minuman
7. Menziarahi orang yang sakit.
8. Menziarah dan mengiring jenazah ke perkuburan
9. Berbuat baik dan kebajikan dengan semua jiran tetangga, tanpa
mengira agama atau bangsa.
10. Menghormati orang yang lebih tua.
11. Mengasihani kanak-kanak.
12. Menerirna jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya.
13. Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati
terbuka atau berlapang dada.
14. Mendamaikan orang yang bertelingkah.
15. Tabiat bermurah hati - sentiasa memberi.
16. Meninggalkan segala larangan agama.
17. Meninggalkan cacian atau menghina orang.
18. Tidak bercakap atau bersumpah bohong.
19. Tidak bakhil, lokek atau kikir.
20. Tidak boros atau membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya.
21. Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau
bantuan sama ada dengan akal fikiran atau harta benda.
22. Tidak menipu orang.
23. Tidak mengumpat atau mengata orang di belakang.
24. Tidak mengadu-domba atau melaga-lagakan seorang ada-dengan yang lain
atau sekumpulan dengan kumpulan yang lain.
25. Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan atau silaturrahim,
sama ada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau umat Islam.
26. Tidak berkelakuan jahat dan maksiat.
27. Tidak sombong atau meninggi diri tetapi hendaklah merendah diri.
28. Tidak bermegah-megah atau memuji diri sendiri.
29. Tidak ujub (menghairani) kebaikan diri sendiri.
30. Tidak banyak bercakap, terutama yang sia-sia.
31. Tidak bercakap perkara-perkara yang kotor, lucah dan seumpamanya.
32. Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, maksiat dan
kemungkaran.
33. Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain.
34. Tidak melakukan hasad atau dengki khianat.
35. Tidak mengkhianati orang lain.
36. Tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
37. Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain.
38. Hendaklah menepati janji.
39. Hendaklah menunaikan amanat.
40. Belas kasihan terhadap anak yatim.
41. Berkata-kata dengan lunak, jangan meninggikan suara.
42. Baik dan bertekun dalam kerjaya.
43. Hendaklah sedikitkan angan-angan.
44. Hendaklah mempelajari serta mendalami al-Quran.
45. Hendaklah mencintai hari akhirat.
46. Hendaklah merasa gentar dan takut akan ketibaan hari kiamat.
47. Tidak memarahi atau memaki orang yang bijaksana.
48. Tidak mendustakan orang yang benar.
49. Tidak menuruti kemahuan atau perbuatan orang yang berdosa.
50. Tidak menderhakai pemerintah yang adil.
51. Tidak merosakkan tanah.
52. Hendaklah bertaubat pada setiap dosa yang dilakukan.
53. Hendaklah berusaha meneguhkan keimanan dalam jiwa dengan amalan
yang salih.

Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah s.a.w.  dalam usaha mendidik umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar. Daripada senarai ciri budi pekerti yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w . seperti di atas, sudah mencukupi untuk menjadi
manusia yang baik akhlaknya sekiranya diamalkan.

No comments: