Friday, November 19, 2010

Mengapa Perlu Bersuci Sebelum Solat


Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebelum wudhu' hendaklah diketahui mengapakah dan apakah tujuannya Allah memerintahkan wudhu' sebelum melakukan solat samaada solat sunat mahupun solat wajib. Kerana Allah tidak menyuruh sesuatu itu tanpa sebab dan hikmahnya.

Sekiranya kita dapat memahami apa yang Allah kehendaki di dalam wudhu', maka perjalanan wudhu' lebih lancar tanpa was-was dan Allah menerima wudhu' kita dan perjalanan solat lebih khusyuk dan taqwa. Insyaallah.

1. Berkumur

- dari segi syariat berkumur untuk membuang sisa makanan agar tidak terjadi perkara yang membatalkan solat iaitu makan ketika solat. Walaupun secebis sisa makanan.

- dari segi hakikat berkumur untuk membersihkan kekejian mulut kerana berkata sesuatu yang dibenci walaupun tidak disengajakan.
- berdo'alah kepada Allah semoga mulut kita sentiasa berkata benar dan berzikir kepada Allah s.w.t. Ramai manusia memasuki Neraka kerana kejahatan mulut.

2. Membasuh muka

-dari segi syariat membasuh muka untuk menghilang kekotoran pada muka, debu-debu yang mengandungi kuman yang membawa penyakit agar tidak meresap pada kulit muka. Dalam erti kata lain kebersihan untuk mengadap Allah kerana Allah suka hamba yang bersih.

-dari segi hakikat membasuh muka untuk membuang segala kekotoran yang dilakukan yang mendatangkan malu pada agama Islam , mata melihat yang haram dan yang dilarang oleh Allah s.w.t.

-berdo'alah kepada Allah s.w.t supaya wajah kita berseri-seri dihari akhirat kerana sentiasa wajah sentiasa meghadap Allah s.w.t ketika solat.

3. Membasuh tangan

-dari segi syariat membasuh tangan untuk menghilangkan daki atau debu atau apa saja kekotoran yang membuatkan air tidak terkena pada kulit. Dalam erti kata lain kebersihan yang Allah sukai.

-dari segi hakikat membasuh tangan untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan seperti mencuri, menggunakan tangan pada jalan yang tidak diredhai Allah.

-berdo'alah kepada Allah s.w.t semoga tangan kanan ini akan mengambil buku catitan di hari akhirat, dan dijauhi pula tangan kiri untuk mengambil buku catitan kerana binasalah mausia apabila mengambil buku catitannya ditangan kirinya.

4. Menyapu kepala

-dari segi hakikat menyapu kepala agar kepala terasa sejuk dan selesa untuk memudahkan daya pemikiran berfikir dengan waras dan selesa secara tidak langsung mengurangkan tekanan.

-dari segi hakikat meyapu kepala bagi membersihkan akal fikiran dari dosa kerana berfikir perkara yang keji dan meningati akal fikiran agar meningati Allah sahaja bukan sahaja di dalam solat malah sepanjang hidup setiap detik nafas.

-berdo'alah kepada Allah s.w.t. semoga fikiran kita sentiasa memikirkan keagungan Allah s.w.t. dan berfikir untuk melakukan amal maaruf dan meninggalkan kemungkaran.

5. Membasuh telinga

-dari segi syariat membasuh telinga untuk membuang kotoran pada telinga dalam erti kata lain menjaga kebersihan. Secara tidak langsung kebersihan diri menunjukan kebersihan agama Islam.

-dari segi hakikat membasuh telinga untuk membersihkan dosa kerana mendengar fitnah serta umpatan walaupun tidak disengajakan. Selain itu membersihkan telinga dari dosa mendengar sesuatu yang melalaikan dari meningati Allah.

-berdo'alah kepada Allah s.w.t. supaya telinga ini sentisa mendengar ilmu yang bermanfaat, mendengar bacaan al-Qur'an dan mendengar perkara-perkara kebaikan yang mendatangkan kecintaan kepada Allah s.w.t.

6. Membasuh kaki

-dari segi syariat membasuh kaki bagi membersihkan kotoran terpijak najis untuk mengelakan kekotoran pada tempat inadat yang succi.

-dari segi hakikat membasuh kaki bagi membersihkan kaki dari dosa kerana melangkah ketempat yang Allah tidak redha.

-berdo'alah kepada Allah s.w.t semoga kaki kanan dapat memasuki Syurga Allah s.w.t. kemudian diikuti oleh kaki kiri, kedua-duanya selamat menjejaki Syurga seluas langit dan bumi.

Sahabat yang dimuliakan,
Wudhu' adalah satu ibadah dan ianya adalah jalan untuk menyempurnakan yang wajib. Tanpa wudhu' solat tidak sah. Wudhu' jua membuktikan pada Allah bahawasanya diri kita masih bersih seperti awal-awal mula Allah wujudkan kita di dunia yang mana Allah mewujudkan kita di dunia ini dari bayi yang bersih. Maka kebesihan yang kita jaga menunjukkan amanah Allah yang dipinjamkan masih lagi bersih dan tidak rosak samada dari segi zahir mahupun batin. Apabila kita faham apa yang Allah inginkan, maka semuanya akan berjalan lancar dan makbulNya insya Allah.

2 comments:

aby said...

salam cemerlang ..

dikate dgn bersuci, mengalir nye air dari badan kite, mengalir keluar juge dosa2 kecil bersame air tu yg terpalit kt kite seblm kite bersuci .. wal

abubasyer said...

benar aby, dosa2 kecil akan terhapus tapi dosa2 besar perlu kpd bertaubat