Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T telah memilih dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa, dalam hidupnya sentiasa mentaati Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Kedudukan mereka adalah sama dengan kekasih Allah S.W.T. yang telah dimuliakan dan diberi nikmat di dunia dan akhirat,iaitu para nabi, para siddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh.
Firman-Nya yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para siddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (Surah An-Nisa': 69 -- 70).
Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya kita ingin berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat perlulah kita mencontohi perjuangan dan pengorbanan empat golongan yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. iaitu :
Pertama : Para Nabi dan Rasul.
Semua para Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T. adalah hamba Allah yang paling mulia dan mendapat kedudukan yang paling tinggi di hari akhirat nanti iaitu Syurga Firdaus. Para Nabi dan Rasul sentiasa di uji oleh Allah S.W.T. untuk mengajak kaum mereka untuk mentauhidkan Allah S.W.T. dan meninggalkan sembahan-sembahan mereka.
Rasul (para rasul yang diberi risalah oleh Allah). iaitu, para nabi yang diutus untuk sekelompok umat manusia atau kepada seluruh umat manusia. Hanya Nabi Muhammad S.A.W. yang diutus untuk seluruh umat manusia untuk menyampaikan perintah Allah, sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud : "Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan Tuhan kepadamu"
(Surah Al-Maidah ayat 67)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan risalah "
(Surah Al-Maidah ayat 99).
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
(Surah Ali Imran ayat 146)
Setiap para Nabi dan Rasul telah dihina, disakiti dengan berbagai serangan fizikal dan mental tapi mereka tetap bersabar. Sebahagian daripada para Rasul ada yang dibunuh oleh kaumnya sendiri.
Kedua : Para siddiqun.
Siddiqun (orang-orang yang meyakini Allah dan Rasul-Nya). Allah telah menganugerahi mereka keyakinan kepada Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang-orang siddiqin (Surah Al-Hadid ayat 19).
Salah seorang sahabat Nabi S.A.W yang mendapat gelaran siddiq adalah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq keran beliau orang lelaki yang pertama menerima Islam .
Sayidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah S.A.W. tanpa ditemani oleh orang lain.
Beliau mendapat gelaran as-siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Sayidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Siddiq (bentuk tunggal dari shiddiqun) adalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana perkataan yang disampaikan Rasulullah S.A.W.
Ketiga : Orang-orang yang mati syahid (para syuhada).
Syuhada (orang-orang yang syahid). Allah menganugerahkan 'kesaksian' kepada mereka, yakni orang-orang yang dekat dengan Allah, yang selalu menghadap Allah dengan pengetahuan yang luas tentang-Nya. Allah berfirman maksudnya : "Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan hal itu (Surah Ali-Imran ayat 18).
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman".
(Surah Ali-Imran ayat 169-171)
Ibnu Abbas menjelaskan bahawa suatu saat, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Allah telah menjadikan roh saudara-saudaramu yang gugur di medan Uhud berada di dalam rongga burung berwarna hijau yang berada di pinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah-buahan syurga, kemudian bertengger di atas lampu-lampu yang terbuat daripada emas yang tergantung di bawah Arasy. Saat mereka telah mendapat makanan, minuman, dan tempat tidur yang menyenangkan, mereka berkata : "Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa-apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang." Lalu turunlah ketiga-tiga ayat ini (ayat 169, 170 dan 171) ( Hadis Sahih menurut Hakim diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Tirmidzi)
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Barangsiapa sungguh-sungguh memohon mati syahid kepada Allah, maka Allah menghantarkannya ke kedudukan orang-orang yang mati syahid, sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya”
Keempat : Orang-orang soleh.
Orang-orang soleh adalah orang-orang yang tidak mempunyai cacat dalam perbuatan dan keimanan mereka kepada apa yang berasal dari Allah. Apabila ada cacat, maka batallah kedudukannya sebagai orang soleh. Kesolehan seperti inilah yang disukai para nabi. Jadi, setiap orang yang tidak ada cacat dalam keyakinan, kesaksian, dan sentiasa patuh kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya maka ia termasuk orang yang soleh.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi boleh memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku boleh membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam menjelaskan hadis ini Imam An-Nawawi berkata, “Hadis ini berbicara tentang keutamaan bergaul dengan orang-orang yang soleh, pelaku kebaikan, akhlak mulia, warak, berilmu, dan mempunyai sopan santun. Sebaliknya, hadis ini melarang kita bergaul dengan pelaku kejahatan, pembuat bidah, suka mengumpat, berbuat dosa, dan sikap tidak terpuji lainnya.”
Saydina Ali bin Abi Thalib k.w. berkata, “Hati-hatilah kalian dalam memilih teman, sesungguhnya teman adalah bekal di dunia dan akhirat.”
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mencontohi empat golongan yang dinyatakan di atas yang akan menyelamatkan kita daripada azab Allah S.W.T. Jika kita ingin mendapat nikmat iman dan nikmat Islam dan mendapat keredaan dan golongan yang di kasihi Allah S.W.T. maka kita perlu mentaati suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya dan mengikuti sunnah dan ajaran Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita.
Doa ini sering kita baca semasa kita membaca surah al-Fatihah maksudnya : "Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang di murkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Surah al-Fatihah ayat 6-7)

No comments:
Post a Comment