أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Sahabat yang dirahmati Allah,
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan.
Dalam akhbar Harian Metro hari ini 06.06.2911 seorang pelawak Salih Yaccob berkata, "Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali ke 4. Alhamdulillah ia juga peluang saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul dalam satu keluarga besar." . Beliau dan 4 orang isteri-isterinya bersama 7 anak berlepas ke Bejing Cina semalam untuk bercuti 6 hari.
Jarang-jarang berlaku di dalam masyarakat kita seseorang berpoligami sehingga 4 orang isteri dengan dikurniakan hidup bahagia dan saling hormat menghormati di antara para isteri.
Bukanlah satu perkara yang mustahil seorang lelaki berkemampuan mengemudi bahtera kehidupan bersama para isteri seramai 4 orang dalam keadaan rukun damai seperti yang ditunjukkan oleh Salih Yaccob.
Firman Allah SWT. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 3)
Sahabat yang dimuliakan,
Berkahwin dengan isteri kedua sah hukumnya tanpa meminta izin kepada isteri pertama. Syarat sah nikah tidak disyaratkan izin pada isteri bagi yang akan berpoligami, maka poligami tanpa izin isteri sah pernikahannya dari segi syariah, namun alangkah baiknya ia mendapat keizinan pada isterinya, walaupun bukan syarat sah namun selayaknya ia memberitahu dengan jujur pada isterinya, dan mengemukakan alasan-alasannya seperti yang ditunjukkan oleh isteri-isteri Salih Yaccob.
Isteri Barra’ bin Muawwir r.a berkata kepada Rasulullah SAW : "Aku syaratkan pada suamiku agar jangan menikah lagi!, Maka Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ucapan itu tidak benar." (Hadis Riwayat Imam Tabrani dan periwayatnya sahih, majmu zawaid Juz 4 hal 255).
Hukum asal berpoligami adalah sunah kerana Nabi SAW berpoligami, demikian pula Saydina Abu Bakar shiddiq r.a, Umar bin Khattab r.a, Utsman bin Affan r.a dan Ali bin Abu Talib k.wj, begitu juga para sahabat-sahabat Nabi SAW yang lain.
Salah satu hikmah poligami adalah jumlah wanita masa kini yg lebih ramai daripada lelaki , adakah cara penyelesaian untuk membantu kaum wanita yang hidup keseorangan yang memperlukan seorang ketua keluarga yang berwibawa?
Inilah satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi jumlah wanita yang lebih ramai daripada lelaki. Semoga Allah SWT memberikan kesedaran kepada kita untuk mencintai sunnah Nabi SAW. Islam tidak mewajibkan poligami, tidak pula menghalangnya, bagi yang ingin mengamalkannya maka syariah telah memperbolehkannya, bagi mereka yang takut berlaku tidak adil maka masih banyak sunnah yang lain yg menantinya, sesiapa yang mempertikaikan hukum poligami sebenarnya dia cuba mempertikaikan hukum Allah SWT.
Walaupun poligami adalah sunnah, tanpa keraguan, namun penyelewengan individu memang sering berlaku namun hal itu tak boleh menafikan hukum sunahnya secara keseluruhan . Islam adalah agama yang kesempurna, tidak ada kekurangan ataupun cela dalam segala hal yang fardu dan sunah, yang silap dan salah adalah penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.
Poligami bukan saja dipandang untuk memenuhi keperluan seksual sahaja tetapi poligami adalah untuk menolong para wanita yang tidak bersuami seperti wanita bujang yang lanjut usia atau ibu-ibu tunggal yang memerlukan suami sebagai tempat berlindung, sebagai pendidik dan sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan penyelesaian masaalah kehidupan. Poligami juga dikira sebagai ibadah kerana dapat tolong menolong sesama muslim dan muslimat.
Isteri pertama tidak boleh menuduk wanita yang menjadi madunya sebagai 'perampas' suami orang kerana dalam Islam tidak ada istilah 'perampas' kerana istilah tersebut adalah ditaja oleh wanita barat yang anti poligami. Seorang lelaki mempunyai 4 kuota dan harus dipenuhi semuanya jika berkemampuan seperti yang dipraktikkan oleh Salih Yaccob.
Wahai kaum wanita yang solehah! Kalian bersabar dan reda dengan suami kalian adalah sebesar-besar pahala disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada isteri adalah bergantung pada reda suami selagi suami kalian tidak melakukan sesuatu yang maksiat atau berdosa di sisi Allah SWT.
Sahabt yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah SWT. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah SWT. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan akidahnya. Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.
2 comments:
Salam,..mohon untuk memaklumkn.kalau x silap saya surah an-nisaa seperti yg tersebut di atas adalah daripada ayat 3..wassalam
waalikumyusalam, terima kasih kerana buat pembetulan, memang benar surah an-Nisaa' yang sebenarnya adalah ayat 3 bukan ayat 2, saya sudah buat pembetulan. wasslam.
Post a Comment